You are on page 1of 11

FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN

DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


SESI II 2022/2023
KOD KURSUS :
SEC 3623
NAMA KURSUS :
KANAK-KANAK DENGAN KEPERLUAN KHAS
TAJUK TUGASAN :
SEJARAH PERKEMBANGAN BERKAITAN KANAK-KANAK
BERKEPELUAN KHAS
NAMA PELAJAR :
ALIS SYAMIMI BINTI AHMAD ARIFIN
NO. MATRIK :
D2210195
SEMESTER DAN KUMPULAN :
SEMESTER 2 / KUMPULAN 2
NAMA PENSYARAH :
CIK AZIYATI ZAHIRAH BINTI ASNIL AIMI
ISI KANDUNGAN

NO. TAJUK MUKA SURAT


1.0 PENGENALAN 1

2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN BERKAITAN INDIVIDU 2


BEKERPERLUAN KHAS

3.0 SEJARAH PERKEMBANGAN BERKAITAN INDIVIDU 3-4


PENDIDIKAN KHAS

4.0 SEJARAH PERKEMBANGAN BERKAITAN INDIVIDU INKLUSIF 5

5.0 KESIMPULAN 6

6.0 RUJUKAN 7
1.0 PENGENALAN
Secara ringkas, kanak-kanak berkeperluan khas merujuk kepada kanak-kanak yang yang
memerlukan perhatian dan penjagaan yang berbeza daripada kanak-kanak lain. Gargiulo
(2003) mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas sebagai individu yang mempunyai
kelianan dari aspek norma standard sosial dan komuniti. Kelainan ini disebabkan perbezaan
yang ketara dari segi fizikal, kognitif, sensori (deria) atau ciri-ciri tingkah laku. Kebanyakan
kanak-kanak ini memerlukan program pembelajaran yang disesuaikan dengan keperluan
unik mereka.

Selain itu, Gargiulo juga mengkategorikan individu-individu tersebut kepada sembilan


kategori seperti terencat akal,kurang upaya dalam pembelajaran,kecelaruan emosi dan
tingkah laku,pintar,cerdas dan berbakat, masalah bahasa dan pertuturan,masalah
penglihatan,masalah pendengaran,kecelaruan spektrum autism,kurang upaya fizikal dan
masalah kesihatan.Daripada definisi dan kategori yang disenaraikan di atas, dapat
disimpulkan bahawa kanak-kanak berkeperluan khas (bukanlah semua kanak-kanak yang
dilabelkan sebagai kanak-kanak kelainan upaya (OKU)) seperti yang difahami oleh
kebanyakan masyarakat am terutamanya di Malaysia.

Setiap daripada mereka mempunyai kemahiran dan keperluan yang berbeza.Oleh


itu, penilaian oleh doctor pakar dan ahli profesioanal yang berkaitan yang sangat penting
untuk menentukan arah tuju dan merancang pelan kemahiran dan pembelajaran yang
bersesuaian supaya kanak-kanak ini dapat terus berkembang serta dapat menyesuaikan diri
mereka dengan norma standard sosial dan komuniti.Sekarang cuba anda bayangkan
perasaan ibu dan bapa kanak-kanak Ketika diberitahu bahawa mereka mempunyai masalah
kesihatan atau didiagnos dengan kelewatan perkembangan atau anak mereka berbeza dari
kanak-kanak sebaya? Tentunya perasaan ibu bapa tersebut ketika itu bercampur baur –
luluh, sedih, marah,berasa gagal atau menyalahkan diri sendiri atas pengkhabaran dan
berita yang baru sahaja mereka dengar.

1
2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN BERKAITAN INDIVIDU BERKEPERLUAN KHAS

Kanak-kanak berkeperluan khas adalah merujuk kepada kanak-kanak yang memerlukan


perhatian dan penjagaan yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak normal. Kanak-
kanak ini berbeza daripada kanak-kanak normal dari segi ciri-ciri mental, keupayaan
berkomunikasi, tingkah laku dan emosi dan ciri-ciri fizikal. Menurut (Jamila, 2005), kanak-
kanak khas berbeza dalam aspek ciri-ciri mental, keupayaan sensoria tau deria, keupayaan
komunikasi, tingkah laku sosial dan ciri-ciri fizikal. Oleh yang demikian kanak-kanak khas
memerlukan modifikasi atau perubahan dalam aktiviti-aktiviti sekolah ataupun perkhidmatan
pendidikan khas bertujuan mengembangkan potensi diri kanak-kanak khas ke tahap yang
optimum dan tidak terabai seperti kanak-kanak normal.

Di luar negara iaitu di Amerika Syarikat, keperluan khas merupakan istilah


yang digunakan di dalam diagnosis klinikal dan perkembangan fungsi bagi merujuk kepada
individu yang memerlukan bantuan bagi keadaan kurang upaya dari segi perubatan, mental
dan psikologi. Manakala, di United Kingdom pula, ianya merujuk kepada keperluan khas di
dalam konteks pendidikan. Antara klasifikasi kanak-kanak berkeperluan khas oleh
Individuals with Disabilities Education Act (IDEA), Amerika Syarikat adalah Kecacatan
pembelajaran khusus, Kerosakan kesihatan lain, Gangguan spektrum autism, Gangguan
emosi, Gangguan ucapan atau bahasa, Masalah penglihatan, Pekak, Masalah
pendengaran, Buta dan Pekak, Kerosokan ortopedik (tulang), Kecacatan intelektual,
Kecederaan trauma otak dan Ketidakupayaan pelbagai.

Berkeperluan khas di Malaysia pula, kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan


pengesanan pada peringkat awal lagi bagi membolehkan mereka mengikuti suatu sistem
persekolahan yang terancang bagi mengembangkan potensi diri mereka. Setiap kanak-
kanak perlu diberi intervensi awal iaitu satu program yang tersusun, berstruktur, dan
berperingkat. Intervensi awal mendidik kanak-kanak berkeperluan khas dari masa lahir
hingga prasekolah. Selain itu, juga melibatkan kolaborasi pelbagai disiplin (Zarin, Safani &
Soon, 2004).
2
3.0 PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan Khas ialah suatu program pengajaran yang direka bentuk berpandukan ciri-ciri
individu untuk memenuhi keperluan individu yang berpendidikan khas.matlamat paling
penting dalam pendidikan khas ialah untuk mencari dan membangkitkan keupayaan kanak-
kanak berkeperluan khas.Pengajarannya yang bercorak individu direka untuk memnuhi
keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya.Pendidikan khas
menyediakan peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum biasa atau
perkhidmatan sekolah biasa. Pendidikan khas ialah pengajaran yang direka bentuk untuk
memenuhi keperluan istimewa kanak-kanak berpengetahuan khas (Hallahan & Kaufman
2000).Pendidikan khas sebagai intervensi iaitu proses mencegah, menghapus atau
mengatasi halangan yang mungkin menyebabkan pelajar daripada penyertaan aktif dalam
sekolah atau masyarakat

.Oleh itu, Pendidikan Khas secara umumnya didefinisikan sebagai kaedah-kaedah


yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai
kecacatan / kurang upaya. Ia merupakan satu program pendidikan yang ditujukan kepada
golongan kurang upaya dari segi intelek, fizikal dan emosi serta sosialnya yang tidak
mengalami pertumbuhan dan perkembangan yang normal.Visi Pendidikan khas ialah
menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas kea rah
kecermerlangan hidup sejajar dengan Hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pendidikan khas juga adalah perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang


disediakan untuk individu berkeperluan khas, atau kurang upaya yang terdiri daripada
mereka yang mengalami kecacatan mental, bermasalah pembelajaran, gangguan emosi
dan tingkah laku, gangguan komunikasi (pertuturan dan Bahasa) hilang pendengaran,
hilang penglihatan atau darjah penglihatan atau darjah penglihatan yang rendah, kecacatan
fizikal dan golongan pintar cerdas.

Ia diwujudkan di peringkat prasekolah, sekolah harian biasa rendah dan menengah


serta sekolah menengah teknik, dengan menggunakan pendekatan pengajaran berasingan
dan separa inskulif.Bilangan murid Pendidikan khas rendah dan menengah di seluruh
Malaysia 2912, manakala guru pula iasalah 630 orang sahaja.

3
Pada peringkat permulaan pelaksanaan pendidikan khas di barat, khususnya
diBritain dan di Amerika tidak begitu mendapat perhatian. Namun, berbanding diMalaysia
perkembangan dan pembangunan di negara barat lebih cepat dan maju. DiMalaysia,
kepesatan pembangunan pendidikan khas bermula apabila AktaPendidikan 1996 diwartakan
dan di Amerika apabila Public Law 1975 diperkenalkan.Manakala di Britain pengumuman
Warnock Report 1978 merancakkanperkembangan pendidikan khas. Kedua-dua negara
tersebut mendahului lebihkurang 20 tahun lebih awal daripada Malaysia, yang kesannya
amat besar dariaspek pertumbuhan dan perkembangan serta kemajuan dalam pendidikan
khas.Dalam hal ini, selain daripada kesedaran masyarakat terhadap Pendidikan khas.

Sejarah Pendidikan Khas di luar negara mula mendapat tempat di Amerika apabila
Public Law 1975 diperkenalkan. Public Law 92-142 (USA) menyatakan undang-undang
mengenai hak kanak-kanak khas untuk menerima pendidikan dan sekiranya ibu bapa gagal
dan ingkar maka tindakan undang-undang boleh dikenakan ke atas mereka. Undang-
undang ini merupakan yang paling mempengaruhi bidang pendidikan khas. Akta ini juga
mempunyai kesan yang mendalam dalam amalan penaksiran. Undang-undang ini telah
menekankan 6 prinsip iaitu penyisihan sifar, penilaian tanpa diskriminasi, program
pendidikan individu, pesekitaran tidak terhad, proses hak dan penglibatan ibu bapa
Manakala di Britain Warnork Report 1978 merancakkan perkembangan pendidikan khas di
luar negara. Kedua-dua negara tersebut telah mendahului lebih kurang 20 tahun lebih awal
daripada Malaysia. Kesannya amat besar dari segi pertumbuhan dan perkembangan serta
kemajuan dalam pendidikan khas.

Sebelum laporan Warnock 1978 dikemukakan konsep pendidikan untuk kanakkanak


berkeperluan khas adalah berasaskan kepada ‘pengasingan’ iaitu kanakkanak berkeperluan
khas belajar di sekolah khas, yang menyekat dan menghalang mereka daripada bergaul
dengan kanak-kanak biasa. Laporan ini menekankan kepada konsep percampuran diantara
kanak-kanak berkeperluan khas dengan kanak-kanak biasa yang dikenali sebagai ‘integrasi’
atau ‘inklusif’’diperluaskan. Konsep integrasi atau inklusif menekankan bahawa kanak-kanak
berkeperluan khas perlu belajar di sekolah harian biasa dan berpeluang bergaul dengan
kanak-kanak biasa. Dasar ini dilaksanakan dan diamalkan hingga ke hari ini. Dasar ini juga
dijadikan panduan kepada negara-negara lain dalam melaksanakan pendidikan khas.

4
4.0 PENDIDIKAN INKLUSIF

Istilah pendidikan inklusif atau pendidikan inklusi merupakan kata atau istilah yang
dikumandangkan oleh UNESCO berasal dari kata Education for All yang artinya pendidikan
yang ramah untuk semua, dengan pendekatan pendidikan yang berusaha menjangkau
semua orang tanpa terkecuali. Mereka semua memiliki hak dan kesempatan yang sama
untuk memperoleh manfaat yang maksimal dari pendidikan. Hak dan kesempatan itu tidak
dibedakan oleh keragaman karakteristik individu secara fisik, mental, sosial, emosional, dan
bahkan status sosial ekonomi. Pada titik ini tampak bahwa konsep pendidikan inklusif
sejalan dengan filosofi pendidikan nasional Indonesia yang tidak membatasi akses peserta
didik kependidikan hanya karena perbedaan kondisi awal dan latarbelakangnya. Inklusifpun
bukan hanya bagi mereka yang berkelainan atau luar biasa melainkan berlaku untuk semua
anak.

Istilah pendidikan inklusif atau pendidikan inklusi merupakan kata atau istilah yang
dikumandangkan oleh UNESCO berasal dari kata Education for All yang artinya pendidikan
yang ramah untuk semua, dengan pendekatan pendidikan yang berusaha menjangkau
semua orang tanpa terkecuali. Mereka semua memiliki hak dan kesempatan yang sama
untuk memperoleh manfaat yang maksimal dari pendidikan. Hak dan kesempatan itu tidak
dibedakan oleh keragaman karakteristik individu secara fisik, mental, sosial, emosional, dan
bahkan status sosial ekonomi. Pada titik ini tampak bahwa konsep pendidikan inklusif
sejalan dengan filosofi pendidikan nasional Indonesia yang tidak membatasi akses peserta
didik kependidikan hanya karena perbedaan kondisi awal dan latarbelakangnya. Inklusifpun
bukan hanya bagi mereka yang berkelainan atau luar biasa melainkan berlaku untuk semua
anak.

5
5.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, semua pihak memainkan peranan penting dan perlu saling bekerjasama
bagi memastikan kanak-kanak yang berkeperluan khas ini boleh menerima pengajaran
dan pembelajaran serta penyesuaian diri dari awal dalam aspek hubungan sosial dan
kemasyarakatan yang ada di persekitaran sekolah dan komuniti setempat untuk
menjadikan mereka lebih Berjaya, mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat
yang lebih produktif. Selain itu, Kita akan dapat meningkatkan murid-murid yang
berkeperluan khas ini dari satu liability menjadi satu aset yang penting dan berguna
kepada negara di mana mereka boleh menjadi modal insan yang gemilang satu hari
nanti.
6

6.0 RUJUKAN

Kanak-kanak berkeperluan khas. (n.d). Academia

https://www.academia.edu/34964322/KANAK_KANAK_BERKEPERLUAN_KHAS

Program Pendidikan Inklusif Bagi Murid-Murid Berkeperluan Khas Di Malaysia. (n.d). Academia

https://www.academia.edu/39005906/Program_Pendidikan_Inklusif_Bagi_Murid_Murid_Berkeperl
uan_Khas_di_Malaysia

Inklusif (n.d). Academia

https://www.academia.edu/8545392/Inklusif
7

You might also like