You are on page 1of 22

Koleksi

karangan
tundingan
Bahasa melayu
Kertas 1103/1
spm 2015
PANAHAN GEMILANG

Disediakan oleh:
Roslan bin daud
Guru bahasa melayu smk taman keramat
Guru sumber bahasa melayu daerah gombak

1
KARANGAN TUNDINGAN 1 : KEPENTINGAN MEMULIHARA SUNGAI

Isi penting:
a. Sumber air bersih
b. Tempat rekreasi dan ekopelancongan
c. Sumber makanan kepada masyarakat

(Ayat Rangsangan) Isu pencemaran sungai bukanlah suatu isu baharu, tetapi sudah
lama menjadi polemik dalam kalangan masyarakat, bukan sahaja di negara kita malahan di
peringkat global. (Ayat Huraian) Sebenarnya, masalah pencemaran sungai telah berlaku sejak
2100 Sebelum Masihi di Sungai Nil disebabkan oleh sikap golongan bangsawan yang
membuang sampah sarap ke dalam sungai itu. (Ayat Huraian) Kata orang, kemusnahan alam
ialah harga yang perlu dibayar akibat pembangunan, begitulah juga dengan sungai yang
tercemar akibat kemodenan yang diagung-agungkan oleh setiap negara. (Ayat Huraian)
Buktinya, pertumbuhan bilangan kilang yang didirikan bagai cendawan tumbuh selepas hujan
adalah untuk memastikan Malaysia mampu merealisasikan Wawasan 2020, iaitu sebagai
negara maju berstatus perindustrian. (Ayat Contoh) Tanpa kita sedari, kegiatan perindustrian
yang tidak terkawal menjadikan Sungai Pinang dan Sungai Juru di Pulau Pinang kekal dalam
senarai antara sungai paling tercemar di negara ini. (Ayat Arah) Persoalannya, apakah
kepentingan memulihara sungai kepada hidupan di muka bumi ini?

(Ayat Topik) Antara kebaikan memulihara sungai yang telah tercemar ialah sungai dapat
membekalkan sumber air yang bersih untuk kelangsungan hidup manusia. (Ayat Huraian)
Umum mengetahui bahawa sungai ialah nadi kehidupan manusia sejak zaman awal tamadun
manusia kerana empat tamadun awal manusia, iaitu Tamadun Mesir Purba, Tamadun
Mesopotamia, Tamadun Hwang Ho dan Tamadun Indus berkembang di lembangan sungai.
(Ayat Contoh) Sebagai contoh, masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman seperti Sabah
dan Sarawak menjadikan sungai sebagai punca utama mendapatkan sumber air yang bersih.
(Ayat Kesan) Kesan positif daripada itu, masyarakat dapat menjalani kehidupan harian dengan
lebih lancar untuk masak, minum, mandi dan mencuci pakaian. (Ayat Kesan) Tambahan pula,
masyarakat kurang dijangkiti penyakit yang boleh mengancam nyawa seperti taun, cirit-birit dan
keracunan makanan. (Ayat Kesan) Sementalahan pula, masalah catuan air seperti yang
berlaku di Selangor, Kuala Lumpur dan Kota Tinggi, Johor tidak berulang lagi seterusnya
memberikan keselesaan kepada masyarakat untuk menjalani rutin hidup. (Ayat Penegasan)
Tegasnya, usaha memulihara sungai penting bagi membekalkan sumber air yang bersih
kepada masyarakat.

(Ayat Topik) Selain itu, sungai juga dapat dijadikan sebagai tempat rekreasi dan
ekopelancong kepada masyarakat. (Ayat Huraian) Seperti yang kita sedia maklum, kelembutan,
kederasan dan kesejukan air sungai menjadi tarikan utama kepada masyarakat untuk
berkunjung ke sungai bagi melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama keluarga dan rakan
taulan. (Ayat Contoh) Misalnya, Sungai Pahang yang terdapat di Taman Negara Pahang
menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara untuk melakukan aktiviti seperti berakit,
berkayak, menyusuri sungai untuk menikmati pemandangan, mandi-manda dan berkelah. (Ayat
Kesan) Akibatnya, masyarakat dapat melepaskan lelah daripada beban kerja yang menimbun di
pejabat sekali gus meredakan tekanan perasaan. (Ayat Kesan) Tidak kurang juga, masyarakat
yang sihat dapat dilahirkan kerana aktiviti lasak dapat mengeluarkan peluh dan melancarkan
2
peredaran darah ke seluruh anggota badan. (Ayat Kesan) Dalam jangka masa yang panjang,
bukan sahaja ekonomi negara tetapi juga pendapatan masyarakat dapat ditingkatkan melalui
kehadiran pelancong asing dan perbelanjaan yang dilakukan sepanjang penginapan mereka di
negara kita. (Ayat Penegasan) Pendek kata, inisiatif memulihara sungai amat perlu dijalankan
secara giat kerana kepentingannya sebagai tempat rekreasi dan ekopelancongan kepada
masyarakat.

(Ayat Topik) Di samping itu, sungai juga perlu dipulihara kerana penting sebagai sumber
makanan kepada masyarakat. (Ayat Huraian) Hal ini demikian kerana sungai membekalkan
pelbagai hidupan akuatik yang dapat dimakan seperti ikan air tawar seperti haruan, sepat, keli,
talapia, lampan, dan udang galah yang banyak terdapat di sepanjang sungai negara kita. (Ayat
Contoh) Umpamanya, Sungai Pahang menjadi lubuk rezeki buat pemancing dan masyarakat
kerana sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia ini terdapat ikan patin yang
sememangnya terkenal di negeri tersebut. (Ayat Kesan) Implikasi yang nyata ialah tahap
kesihatan masyarakat dapat dijamin melalui penggantian tisu yang rosak melalui pengambilan
ikan kerana mempunyai protein yang diperlukan oleh setiap manusia. (Ayat Kesan) Bukan itu
sahaja, masyarakat juga dapat menjanakan pendapatan dengan menjual hasil tangkapan di jeti
dan pasar tani seterusnya dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat kampung yang
sememangnya terkenal dengan hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. (Ayat
Kesan) Dalam pada itu, sumber makanan ini dapat mengelakkan kepupusan sumber agar
spesies yang semakin terancam ini dapat diselamatkan. (Ayat Penegasan) Sudah terang lagi
bersuluh, sungai perlu dipulihara agar dapat menjadi sumber makanan kepada masyarakat.

(Ayat Kesimpulan) Secara kesimpulannya, terdapat seribu satu kemaslahatan


memulihara sungai yang telah tercemar akibat aktiviti manusia di negara kita. (Ayat Cadangan
Umum) Sehubungan dengan itu, semua pihak perlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing
untuk menangani masalah pencemaran sungai yang kian membarah ini. (Ayat Cadangan
Khusus) Oleh hal yang demikian, pihak berkuasa seperti Jabatan Alam Sekitar perlulah
menguatkuasakan undang-undang dengan melakukan pemantauan secara berkala dan
mengenakan kompaun kepada pesalah. (Ayat Cadangan Khusus) Dalam pada itu, pihak
sekolah hendaklah memberikan pendidikan kesedaran alam sekitar tentang kepentingan
memelihara dan memulihara sungai kerana sekolah ialah agen pendidikan melalui Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan, pertandingan dan pameran. (Ayat Cadangan Khusus) Tindakan
yang lebih penting ialah ibu bapa haruslah mendidik anak-anak tentang manfaat sungai kepada
manusia dan hidupan lain sejak kecil kerana peribahasa ada berbunyi, melentur buluh, biarlah
dari rebungnya. (Ayat Harapan) Semoga perbelanjaan kerajaan yang memperuntukkan RM500
juta dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) untuk memulihkan sungai tercemar di
seluruh negara tidak lagi dibazirkan kerana jumlah ini lebih baik disalurkan untuk pembangunan
infrastruktur. (Ayat Peribahasa) Akhir kata, tepuk dada tanya selera kerana usaha yang
direncanakan tidak akan bermakna tanpa kesedaran dalam diri individu.

Perbendaharaan kata:
polemik perbahasan / perdebatan dengan rencana atau tulisan dalam akhabar
kelangsungan kesinambungan / kelanjutan
kemaslahatan kebaikan / kepentingan
membarah menjadi barah (teruk / kronik)
3
KARANGAN TUNDINGAN 2 : FUNGSI HUTAN KEPADA HIDUPAN

Isi penting:
a. Habitat flora dan fauna
b. Kawasan tadahan air
c. Kawasan rekreasi dan ekopelancongan

(Ayat Rangsangan) Isu kemusnahan hutan bukanlah suatu isu baharu, tetapi sudah
lama menjadi polemik dalam kalangan masyarakat, bukan sahaja di negara kita malahan di
peringkat global. (Ayat Huraian) Sebenarnya, kemusnahan hutan bukan sahaja memberikan
kesan kepada manusia tetapi juga kepada tumbuh-tumbuhan dan haiwan. (Ayat Huraian) Kata
orang, kemusnahan alam ialah harga yang perlu dibayar akibat pembangunan, begitulah juga
dengan hutan yang ditebang akibat kemodenan yang didewa-dewakan oleh setiap negara.
(Ayat Huraian) Umum mengetahui bahawa pembakaran hutan dilakukan oleh masyarakat
petani untuk tujuan bercucuk tanam kerana cara ini menjimatkan kos dan masa tanpa
mengambil kira kesannya kepada alam sekitar. (Ayat Contoh) Tanpa kita sedari, kemusnahan
hutan yang berlaku di seluruh dunia menyumbang ke arah fenomena pemanasan global dan El-
Nino yang berlaku sejak tahun 1990-an lagi. (Ayat Arah) Persoalannya, apakah kepentingan
hutan kepada hidupan di muka bumi ini?

(Ayat Topik) Antara fungsi hutan yang utama ialah hutan menjadi habitat flora dan fauna.
(Ayat Huraian) Hal ini demikian kerana hutan menjadi kawasan yang paling sesuai untuk
hidupan ini meneruskan kelangsungan hidup memandangkan kawasan ini mempunyai sumber
makanan semula jadi dan kesesuaian persekitaran. (Ayat Contoh) Sebagai contoh, Taman
Negara Kinabalu di Sabah menjadi tempat pembiakan spesies bunga paksa dan orang utan
yang diancam kepupusan. (Ayat Kesan) Kesannya, rantaian atau siratan makanan akan
terjamin memandangkan hidupan di dalam hutan saling memerlukan. (Ayat Kesan) Secara tidak
langsung, spesies ini tidak akan pupus dan boleh dilihat oleh generasi akan datang. (Ayat
Kesan) Pada masa yang sama, negara dapat membangunkan bidang penyelidikan tentang
hutan seperti yang dipertanggungjawabkan kepada Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
(FRIM). (Ayat Penegasan) Tuntasnya, hutan amat penting sebagai habibat flora dan fauna.

(Ayat Topik) Selain itu, hutan juga memainkan fungsinya sebagai kawasan tadahan air
bagi keperluan manusia. (Ayat Huraian) Hal ini disebabkan oleh hutan berfungsi sebagai
penyerap air semula jadi lantaran terdapat sungai, tasik dan air terjun. (Ayat Contoh) Misalnya,
hutan di sekitar Empangan Bakun di Sarawak membekalkan air kepada masyarakat di
sekitarnya selain mengelakkan kejadian bencana alam di kawasan itu. (Ayat Kesan) Impaknya,
sumber air bersih dapat disalurkan kepada masyarakat sekali gus mengelakkan penyakit
bawaan penyakit seperti taun dan keracunan makanan. (Ayat Kesan) Tambahan pula, aktiviti
harian seperti membasuh pakaian, menanak nasi dan mandi dapat dijalankan tanpa gangguan
seterusnya mengelakkan masalah catuan air yang pernah melanda Kuala Lumpur, Selangor
dan Kota Tinggi pada tahun ini. (Ayat Kesan) Bukan itu sahaja, kejadian banjir dan tanah runtuh
dapat dielakkan kerana hutan melindungi tanah dan menyerap air hujan. (Ayat Penegasan)
Sesungguhnya, hutan berperanan sebagai kawasan tadahan air bagi keperluan manusia.

4
(Ayat Topik) Di samping itu, hutan juga menjadi kawasan rekreasi dan ekopelancongan
bagi sesebuah negara. (Ayat Huraian) Umum mengetahui bahawa persekitaran hutan yang
dikelilingi oleh kehijauan membawa aura ketenangan, kedamaian dan ketenteraman jiwa dan
minda lebih-lebih lagi kepada individu yang sibuk bekerja. (Ayat Contoh) Umpamanya, Hutan
Simpan Belum di Perak sering dikunjungi pelancong dari dalam mahupun luar negara untuk
menerokai rahsiah kehijauannya memandangkan hutan ini dikatakan lebih tua daripada Hutan
Amazon. (Ayat Kesan) Implikasinya, masyarakat dapat menyihatkan tubuh badan melalui
pengeluaran peluh dan pengaliran darah ke seluruh anggota badan dengan menjalankan aktiviti
seperti mendaki bukit, berbasikal dan berkayak. (Ayat Kesan) Seterusnya, hutan mampu
mengurangkan kadar tekanan emosi seseorang kerana kicauan burung, desiran angin dan
deruan air terjun dapat menjanjikan ketenangan. (Ayat Kesan) Dari segi ekonomi pula, hutan
mampu menarik pelancong asing sekali gus menjanakan pendapatan negara melalui
perbelanjaan mereka semasa berlibur di negara kita. (Ayat Penegasan) Sudah terang lagi
bersuluh, hutan menjadi kawasan rekreasi dan ekopelancongan bagi sesebuah negara.

(Ayat Kesimpulan) Secara kesimpulannya, terdapat seribu satu kelebihan memelihara


dan memulihara hutan daripada sebarang bentuk kemusnahan. (Ayat Cadangan Umum)
Sehubungan dengan itu, semua pihak perlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk
mengekalkan kehijauan hutan yang terdapat di negara kita. (Ayat Cadangan Khusus) Oleh hal
yang demikian, pihak berkuasa seperti Jabatan Perhutanan perlulah menguatkuasakan
undang-undang dengan melakukan pemantauan secara berkala dan mengenakan kompaun
kepada pesalah yang menggondolkan hutan. (Ayat Cadangan Khusus) Dalam pada itu, pihak
sekolah hendaklah memberikan pendidikan kesedaran alam sekitar tentang kepentingan
memelihara dan memulihara hutan kerana sekolah ialah agen pendidikan melalui Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan, pertandingan dan pameran. (Ayat Cadangan Khusus) Tindakan
yang lebih penting ialah ibu bapa haruslah mendidik anak-anak tentang manfaat hutan kepada
manusia dan hidupan lain sejak kecil kerana peribahasa ada berbunyi, melentur buluh, biarlah
dari rebungnya. (Ayat Harapan) Semoga saiz hutan di negara kita dapat dikekalkan melalui
pengwartaan lebih banyak kawasan hutan simpan. (Ayat Peribahasa) Akhir kata, tepuk dada
tanya selera kerana usaha yang direncanakan tidak akan bermakna tanpa kesedaran dalam diri
individu.

5
KARANGAN TUNDINGAN 3 : CIRI-CIRI PENGGUNA BIJAK

Isi penting:
a. Melakukan perbandingan harga
b. Meneliti maklumat barangan
c. Membeli barangan buatan tempatan

(Ayat Rangsangan) Isu kenaikan harga barangan di pasaran menjadi rungutan dalam
kalangan masyarakat, khususnya golongan berpendapatan rendah yang hidupnya kais pagi
makan pagi, kais petang makan petang. (Ayat Huraian) Walaupun begitu, golongan
berpendapatan sederhana yang tinggal di bandar metropolitan seperti Kuala Lumpur, Pulau
Pinang dan Johor Bahru juga tidak ketinggalan merasai tempias kenaikan harga barangan.
(Ayat Contoh) Umum mengetahui bahawa kenaikan harga barangan seperti gula, minyak
masak dan petrol disebabkan oleh kenaikan harga minyak di pasaran dunia akibat kekurangan
penawaran petroleum dari negara pengeluar seperti Iran, Arab Saudi, Bahrain dan Kuwait yang
dikaitkan dengan pergolakan dunia hari ini. (Ayat Huraian) Sebenarnya, sebagai pengguna kita
tidak boleh menunding masalah kenaikan harga barangan di pasaran bulat-bulat atas faktor
tersebut kerana masalah ini juga amat berkait dengan sikap masyarakat di negara kita yang
tidak cakna akan peranan mereka sebagai pengguna yang bijak. (Ayat Arah) Persoalannya,
apakah ciri-ciri pengguna bijak yang perlu diaplikasikan oleh masyarakat di negara ini?

(Ayat Topik) Ciri pengguna bijak yang utama ialah pengguna yang bijak akan melakukan
perbandingan harga. (Ayat Huraian) Hal ini demikian kerana peniaga yang suka mengambil
keuntungan dengan cara yang mudah bak kata peribahasa menahan lukah di pergentingan
akan mengambil kesempatan atas sikap pengguna yang tidak celik maklumat tentang harga
barangan di pasaran. (Ayat Contoh) Sebagai contoh, pengguna boleh melakukan perbandingan
harga barangan melalui katalog yang diedarkan oleh pasar raya seperti Econsave, Tesco, Giant
dan Aeon Big. (Ayat Contoh) Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi kini
menjadikan pengguna lebih mudah melakukan perbandingan harga kerana pengguna boleh
melayari laman sesawang pasar raya tertentu untuk melihat perbezaan harga yang ditawarkan.
(Ayat Contoh) Oleh hal yang demikian, pengguna yang bijak perlu berbelanja di pasar raya
yang menawarkan harga borong seperti Hero dan NSK kerana barangan yang dijual jauh lebih
rendah daripada di kedai runcit. (Ayat Kesan) Kesannya, pengguna dapat mengurangkan
perbelanjaan harian dan bulanan sekali gus meningkatkan kadar tabungan untuk jaminan masa
depan. (Ayat Penegasan) Tuntasnya, pengguna yang bijak harus melakukan perbandingan
harga.

(Ayat Topik) Seterusnya, pengguna yang bijak juga hendaklah meneliti maklumat
barangan yang terdapat pada produk yang dipasarkan. (Ayat Huraian) Hal ini disebabkan oleh
terdapat penyelewengan yang dilakukan oleh segelintir penjual seperti tanda harga dan jaminan
kualiti barangan seperti yang pernah berlaku ketika masalah kegawatan ekonomi pada tahun
1997 dahulu. (Ayat Contoh) Misalnya, pengguna perlu melihat tanda harga yang terdapat pada
barangan, khususnya barang terkawal seperti lada merah, ayam dan daging lembu yang patut
diletakkan tanda harga berwarna merah jambu. (Ayat Contoh) Bukan itu sahaja, barangan yang
tidak tahan lama seperti roti, ikan, udang dan daging, juga produk di dalam tin pula harus diteliti
tarikh luput kerana khuatir pengguna membeli barangan yang telah tamat tarikh luputnya. (Ayat

6
Contoh) Bagi pengguna beragama Islam pula, kandungan ramuan dan bahan makanan
perlulah dilihat bagi mengelakkan makanan tersebut mengandungi alkohol dan lemak haiwan
ternakan yang haram seperti khinzir. (Ayat Kesan) Impaknya, pengguna dapat menjamin
kesihatan dan kesejahteraan hidup kerana tidak terdedah kepada risiko penyakit dan makanan
yang meragukan. (Ayat Penegasan) Sesungguhnya, pengguna yang bijak mesti meneliti
maklumat barangan yang terdapat pada produk yang ingin dibeli.

(Ayat Topik) Selain itu, pengguna yang bijak juga mesti membeli barangan keluaran
tempatan selari dengan seruan kerajaan melalui Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia.
(Ayat Huraian) Umum mengetahui bahawa penggunaan barangan tempatan boleh membantu
industri pelancongan, industri kecil dan sederhana dan industri berat yang terdapat di negara ini.
(Ayat Contoh) Umpamanya, pengguna tidak perlu melancong di luar negara sebaliknya memilih
destinasi domestik kerana tiada kurangnya Malaysia dari segi tempat pelancongan yang
menarik berbanding negara luar. (Ayat Contoh) Tidak ketinggalan juga, pengguna yang bijak
harus membeli produk keluaran tempatan seperti Proton, Perodua dan Bata kerana keluaran
kita juga mempunyai kualiti yang setanding dengan barangan jenama luar. (Ayat Contoh)
Barangan kraf tangan seperti batik, songket, keropok dan kerepek juga seharusnya perlu dibeli
oleh pengguna kerana produk sebeginilah yang mencerminkan wajah Malaysia yang
sebenarnya. (Ayat Kesan) Implikasinya, pengguna barangan tempatan ini akan menjanakan
ekonomi Malaysia ke arah yang lebih berkembang agar dapat duduk sama rendah, berdiri sama
tinggi dengan negara-negara yang ekonominya maju kerana pengaliran wang ke luar negara
dapat dikawal. (Ayat Penegasan) Sudah terang lagi bersuluh, pengguna yang bijak wajar
membeli barangan keluaran tempatan.

(Ayat Kesimpulan) Secara kesimpulannya, terdapat seribu satu ciri pengguna bijak bagi
mengelakkan masyarakat ditindas oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab. (Ayat Cadangan
Umum) Sehubungan dengan itu, semua pihak perlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing
untuk melahirkan pengguna yang bijak. (Ayat Cadangan Khusus) Oleh hal yang demikian, pihak
berkuasa seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna hendaklah
melakukan pemantauan secara berkala di premis perniagaan. (Ayat Cadangan Khusus) Dalam
pada itu, pihak sekolah khususnya Kelab Pengguna hendaklah menganjurkan pameran
kepenggunaan. (Ayat Cadangan Khusus) Tindakan yang lebih penting ialah ibu bapa haruslah
mendidik anak-anak tentang kepentingan menjadi pengguna bijak sejak kecil kerana
peribahasa ada berbunyi, melentur buluh, biarlah dari rebungnya. (Ayat Harapan) Semoga
hasrat kerajaan untuk mencapai inflasi sifar akan tercapai jika pengguna tidak bersikap
melepaskan batuk di tangga. (Ayat Ramalan) Cuba kita bayangkan, adakah kita mahu menjadi
seperti Zimbabwe yang mencatatkan kadar inflasi tertinggi di dunia? (Ayat Peribahasa) Akhir
kata, tepuk dada tanya selera kerana usaha yang direncanakan tidak akan bermakna tanpa
kesedaran dalam diri individu.

7
KARANGAN TUNDINGAN 4 : PUNCA-PUNCA TEKANAN PERASAAN

Isi penting:
a. Masalah peribadi
b. Bebanan kerja yang banyak
c. Kesesakan jalan raya

(Ayat Rangsangan) Statisitik yang didedahkan oleh negara Jepun bahawa saban hari,
secara puratanya tiga orang remaja di negara matahari terbit itu membunuh diri akibat tidak
berjaya mengawal tekanan perasaan yang dialami. (Ayat Contoh) Barangkali, kes bunuh diri
seorang remaja berbangsa India suatu ketika dahulu di negara ini akibat tidak berjaya
memperoleh keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia boleh dijadikan kayu
ukur bahawa masalah tekanan perasaan tidak boleh dipandang enteng oleh masyarakat. (Ayat
Huraian) Sekiranya dibuat perbandingan, masalah tekanan perasaan jarang-jarang didengari
berlaku dalam kalangan masyarakat di negara ini. (Ayat Huraian) Walaupun begitu, keadaan ini
seperti langit dengan bumi kerana peningkatan kadar masyarakat yang tertekan semakin
bertambah dari sehari ke sehari. (Ayat Huraian) Menurut ahli psikitari, orang yang mengalami
tekanan perasaan akan menjadi pendiam, tidak suka bergaul dengan orang lain, kemurungan,
hilang selera makan dan mudah marah walaupun hal kecil. (Ayat Arah) Persoalannya, apakah
punca-punca masalah tekanan perasaan terjadi dalam kalangan masyarakat di negara ini?

(Ayat Topik) Antara faktor utama tekanan perasaan dalam kalangan masyarakat di
negara kita ialah masalah peribadi yang sering menghantui kehidupan individu. (Ayat Huraian)
Umum mengetahui bahawa setiap manusia pasti akan berhadapan dengan gelombang cabaran
dalam melayari kehidupan. (Ayat Peribahasa) Hal ini bertepatan dengan peribahasa yang
berbunyi, bumi mana yang tidak ditimpa hujan, laut mana yang tidak bergelora. (Ayat Huraian)
Kerenggangan hubungan dengan anggota keluarga, masalah putus cinta, perceraian ibu bapa
dan masalah kewangan sering menjadi pencetus kepada tekanan perasaan dalam diri
seseorang. (Ayat Contoh) Sebagai contoh, kajian yang dilakukan oleh ahli psikologi mendapati
bahawa masalah perceraian ibu bapa menjadikan anak-anak tidak mampu menanganinya
dengan baik lantaran mereka masih memerlukan perhatian dan kasih sayang kedua-dua ibu
bapa. (Ayat Kesan) Kesannya, masyarakat, khususnya remaja yang tidak bijak mengurus
tekanan perasaan akan mengambil jalan singkat seperti lari dari rumah, merokok dan menagih
dadah lebih teruk lagi membunuh diri. (Ayat Penegasan) Secara ringkasnya, tekanan perasaan
dalam kalangan masyarakat berpunca daripada masalah peribadi yang dihadapi.

(Ayat Topik) Selain itu, bebanan kerja yang banyak juga menjadi sebab masyarakat
mengalami tekanan perasaan dewasa ini. (Ayat Huraian) Hal ini demikian kerana terdapat
segelintir masyarakat yang suka mengamalkan sikap bertangguh walaupun ada kata-kata
hikmat yang berbunyi, bertangguh itu pencuri masa. (Ayat Peribahasa) Dalam Islam juga ada
ditegaskan bahawa sikap suka bertangguh itu tidak elok kerana terdapat hadis yang
menyatakan bahawa masa itu ibarat pedang, sesiapa yang tidak pandai mengunakannya,
pedang itu akan memenggal kepalanya. (Ayat Huraian) Tidak kurang juga terdapat pekerja
yang dibebani dengan tugas yang banyak dan diberikan masa yang singkat untuk
menyelesaikannya. (Ayat Huraian) Bukan itu sahaja, bagi pekerja yang memegang peranan
yang besar dalam sesebuah organisasi, semakin besarlah tanggungjawab dan risikonya. (Ayat

8
Contoh) Barangkali tidak mengejutkan kita apabila statistik Kementerian Kesihatan Malaysia
mendedahkan bahawa guru ialah golongan yang paling ramai mengalami tekanan perasaan
lantaran bebanan kerja yang ditanggung terlalu banyak. (Ayat Kesan) Impaknya, tekanan yang
diterima daripada bebanan kerja yang banyak menyebabkan segelintir masyarakat tidak cukup
rehat dan boleh mencetuskan masalah dalam hubungan kekeluargaan yang akhirnya
menyumbang kepada masalah keretakan rumah tangga. (Ayat Penegasan) Pendek kata,
tekanan perasaan juga disebabkan oleh bebanan kerja yang banyak.

(Ayat Topik) Di samping itu, kesesakan jalan raya di bandar-bandar utama khususnya
turut menjadi punca tekanan perasaan dalam kalangan masyarakat di negara kita. (Ayat
Huraian) Hal ini disebabkan oleh pertambahan bilangan kenderaan di jalan raya saban tahun
memandangkan kereta bukan lagi barang mewah tetapi sudah menjadi barang keperluan. (Ayat
Huraian) Peningkatan taraf hidup masyarakat juga menjadikan kesesakan saban hari menjadi
hidangan memualkan buat pengguna jalan raya walaupun pengangkutan awam telah
disediakan. (Ayat Huraian) Bukan itu sahaja, kemalangan dan kerja-kerja naik taraf jalan raya
juga menjadikan kesesakan jalan raya semakin teruk. (Ayat Contoh) Umpamanya, kajian yang
dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Malaysia mendapati bahawa masyarakat kota di Kuala
Lumpur, Pualau Pinang, Melaka dan Johor Bharu lebih stres kerana berhadapan dengan
kesesakan jalan raya setiap hari, iaitu semasa menuju ke tempat kerja dan juga ketika pulang
ke rumah. (Ayat Kesan) Implikasinya, penyakit seperti serangan jantung dan darah tinggi lebih
mudah dihidapi oleh masyarakat sekiranya bersikap tidak sabar ketikan berhadapan dengan
kesesakan lalu lintas. (Ayat Penegasan) Sesungguhnya, faktor terjadinya tekanan emosi dalam
kalangan masyarakat ialah kesesakan jalan raya, terutamanya di bandar-bandar besar.

(Ayat Kesimpulan) Secara kesimpulannya, terdapat seribu satu punca masyarakat


mengalami tekanan emosi pada zaman moden ini. (Ayat Cadangan Umum) Sehubungan
dengan itu, semua pihak perlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menangani
masalah tekanan perasaan dalam kalangan masyarakat sejak akhir-akhir ini. (Ayat Cadangan
Khusus) Oleh hal yang demikian, pihak media massa haruslah menghebahkan kempen
kesedaran tentang cara mengurus stres yang betul. (Ayat Cadangan Khusus) Dalam pada itu,
pihak sekolah khususnya kaunselor hendaklah mengenal pasti pelajar yang bermasalah dan
berusaha menyelesaikannya. (Ayat Cadangan Khusus) Tindakan yang lebih penting ialah ibu
bapa haruslah mencurahkan kasih sayang dan bertanyakan masalah anak-anak agar mereka
lebih difahami. (Ayat Harapan) Semoga hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang
sihat, bukan sahaja fizikal tetapi juga mental dapat direalisasikan agar Wawasan 2020 dicapai.
(Ayat Ramalan) Cuba kita bayangkan, apakah yang akan berlaku jika kadar pesakit mental di
negara kita kian bertambah? (Ayat Peribahasa) Akhir kata, tepuk dada tanya selera kerana
usaha yang direncanakan tidak akan bermakna tanpa kesedaran dalam diri individu.

9
KARANGAN TUNDINGAN 5 : KEBAIKAN KEMPEN BELILAH BARANGAN BUATAN
MALAYSIA

Isi penting:
a. Menjimatkan perbelanjaan masyarakat
b. Mewujudkan peluang pekerjaan
c. Menggalakkan perkembangan industri dalam negara

(Ayat Rangsangan) Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia telah dilancarkan buat
kali pertama oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, iaitu Datuk Seri Dr Mahathir bin
Mohamad pada tahun 1984. (Ayat Huraian) Kini, kempen ini telah dihidupkan kembali oleh
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. (Ayat Huraian) Walaupun
seruan kerajaan telah lama dilakukan untuk menggalakkan masyarakat menggunakan
barangan keluaran tempatan, namun sikap prejudis masyarakat yang memandang rendah
produk negara sukar untuk dikikis. (Ayat Huraian) Situasi menjadi lebih rumit apabila barangan
import dikatakan lebih berkualiti dan jauh lebih baik daripada produk yang dihasilkan di dalam
negara. (Ayat Contoh) Contohnya, setiap tahun Malaysia mengimport barangan makanan
sebanyak RM1.9 bilion. (Ayat Huraian) Menyedari hakikat akan kerugian ini, kerajaan giat
menjenamakan kempen ini semula agar ekonomi negara dapat dipacu ke arah yang lebih baik.
(Ayat Arah) Persoalannya, apakah kebaikan-kebaikan Kempen Belilah Barangan Buatan
Malaysia kepada rakyat dan negara?

(Ayat Topik) Kebaikan utama yang diperoleh masyarakat jika bersama-sama


menjayakan Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia ialah masyarakat dapat menjimatkan
perbelanjaan harian. (Ayat Huraian) Umum mengetahui bahawa harga barangan import lebih
mahal tetapi masyarakat kita berpegang pada peribahasa biar papa, asalkan bergaya. (Ayat
Contoh) Sebagai contoh, pembelian kereta berjenama Proton atau Perodua berharga lebih
kurang RM50 ribu berbanding kereta import seperti Honda dan Toyota berharga paling murah
RM70 ribu bagi kereta jenis yang sama. (Ayat Kesan) Kesannya, pengguna tidak perlu
menanggung beban hutang kerana semakin tinggi jumlah pinjaman dengan pihak bank,
semakin besar jumlah hutang yang ditanggung. (Ayat Kesan) Pada masa yang sama,
pengguna dapat mengelakkan masalah kemuflisan kerana laporan Jabatan Insolvensi Malaysia
mendapati bahawa pengguna berusia 23 hingga 30 tahun paling ramai disenaraihitamkan.
(Ayat Kesan) Dengan kata lain, kita dapat menggalakkan jumlah tabungan keluarga untuk
kegunaan pada masa akan datang. (Ayat Penegasan) Sesungguhnya, kebaikan Kempen
Belilah Barangan Buatan Malaysia sememangnya dapat menjimatkan perbelanjaan harian
masyarakat.

(Ayat Huraian) Selain itu, Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia dapat
mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat di negara ini. (Ayat Huraian) Umum mengetahui
bahawa kilang-kilang banyak didirikan ibarat cendawan tumbuh selepas hujan apatah lagi
selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad menggariskan keperluannya melalui Wawasan 2020 yang
memacu negara ke arah negara maju berteraskan industri. (Ayat Contoh) Misalnya, Rancangan
Malaysia Kesebelas (RMK11) mengunjurkan bahawa peluang pekerjaan yang dibuka oleh
bidang perkilangan dan pembuatan sebanyak 23.6 peratus. (Ayat Kesan) Impaknya, peluang
pekerjaan ini dapat mengurangkan kadar pengangguran di negara kita memandangkan tahap

10
yang baik untuk sesebuah negara memacu ekonomi ialah kadar pengangguran kurang
daripada tiga peratus. (Ayat Kesan) Secara tidak langsung, pekerjaan yang ditawarkan ini
mampu meningkatkan taraf hidup anggota masyarakat, khususnya golongan yang hidupnya
kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. (Ayat Kesan) Dalam nada yang sama,
pekerjaan ini dapat mengurangkan masalah kemiskinan tegar dan masalah jenayah seperti
gejalan penagihan dadah, kes pecah rumah, ragut dan rompakan. (Ayat Penegasan) Sudah
terang lagi bersuluh, Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia dapat mewujudkan peluang
pekerjaan yang besar kepada seluruh anggota masyarakat.

(Ayat Topik) Di samping itu, penjenamaan Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia
semula berupaya menggalakkan perkembangan industri dalam negara agar setanding dengan
negara luar. (Ayat Huraian) Seperti yang kita sedia maklum, pemasaran produk tempatan
seperti makanan halal, kraf tangan dan industri kecil dan sederhana memerlukan sokongan
padu daripada segenap anggota masyarakat. (Ayat Contoh) Umpamanya, Kerajaan Negeri
Terengganu telah mengisytiharkan tenunan songket, cantingan batik dan keropok lekor sebagai
produk pelancongan negeri yang terkenal dengan ikon penyu. (Ayat Kesan) Implikasinya, kita
dapat mengelakkan pengaliran wang ke luar negara melalui bayaran import jika masyarakat kita
tidak meminta produk luar negara sebaliknya meminta keluaran tempatan. (Ayat Kesan) Pada
masa yang sama, kita dapat menstabilkan nilai mata wang Ringgit yang kian merundum akibat
kemelesetan ekonomi yang melanda negara. (Ayat Kesan) Dalam jangka masa yang panjang,
kita dapat memulihkan masalah deflasi seterusnya meningkatkan ekonomi negara ke tahap
yang lebih memberangsangkan agar duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara
penguasa ekonomi dunia baru seperti China dan India. (Ayat Penegasan) Pendek kata,
sekiranya kempen ini digerakkan secara bersepadu, sudah pasti perkembangan industri dalam
negara akan berkembang pesat.

(Ayat Kesimpulan) Secara kesimpulannya, terdapat seribu satu kepentingan Kempen


Belilah Barangan Buatan Malaysia kepada rakyat dan negara. (Ayat Cadangan Umum)
Sehubungan dengan itu, semua pihak perlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk
menggalakkan masyarakat membeli dan menggunakan produk tempatan berbanding produk
import. (Ayat Cadangan Khusus) Oleh hal yang demikian, pihak media massa haruslah
menghebahkan kempen kesedaran tentang kepentingan membeli barangan buatan Malaysia.
(Ayat Cadangan Khusus) Dalam pada itu, agensi pelancongan hendaklah menawarkan pakej
percutian yang menarik dengan tawaran harga yang murah. (Ayat Cadangan Khusus) Tindakan
yang lebih penting ialah masyarakat perlulah mengubah persepsi terhadap keluaran negara
kerana Produk Kita, Wajah Kita. (Ayat Harapan) Semoga hasrat kerajaan untuk memacu
pembangunan ekonomi negara melalui produk tempatan menjadi kenyataan dan bukan sekadar
melepaskan batuk di tangga. (Ayat Ramalan) Cuba kita bayangkan, apakah yang akan berlaku
sekiranya barangan negara kita mampu menembusi pasaran luar negara? (Ayat Peribahasa)
Akhir kata, tepuk dada tanya selera kerana usaha yang direncanakan tidak akan bermakna
tanpa kesedaran dalam diri individu.

11
KARANGAN TUNDINGAN 6 : RENCANA USAHA MENJAGA KEBERSIHAN SUNGAI
TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Aktiviti manusia yang tidak terkawal menjadikan sungai di negara kita semakin tercemar.
Sempena Hari Air Sedunia, anda menyertai pertandingan menulis rencana. Tajuk rencana anda
ialah Memelihara dan Memulihara Sungai Tanggungjawab Bersama.
Tulis rencana anda selengkapnya.

Isi penting:
a. Pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang dengan lebih tegas
b. Media massa menghebahkan kempen kesedaran tentang kepentingan sungai
c. Pihak sekolah menganjurkan program pendidikan kesedaran memulihara sungai
d. Ibu bapa mendidik anak-anak tentang kepentingan sungai sejak kecil

Memelihara dan Memulihara Sungai Tanggungjawab Bersama


Oleh: Farah Asyikin binti Hairuddin

(Ayat Rangsangan) Isu pencemaran sungai bukanlah suatu isu baharu, tetapi sudah
lama menjadi polemik dalam kalangan masyarakat, bukan sahaja di negara kita malahan di
peringkat global. (Ayat Huraian) Sebenarnya, masalah pencemaran sungai telah berlaku sejak
2100 Sebelum Masihi di Sungai Nil disebabkan oleh sikap golongan bangsawan yang
membuang sampah sarap ke dalam sungai itu. (Ayat Huraian) Kata orang, kemusnahan alam
ialah harga yang perlu dibayar akibat pembangunan, begitulah juga dengan sungai yang
tercemar akibat kemodenan yang diagung-agungkan oleh setiap negara. (Ayat Huraian)
Buktinya, pertumbuhan bilangan kilang yang didirikan bagai cendawan tumbuh selepas hujan
adalah untuk memastikan Malaysia mampu merealisasikan Wawasan 2020, iaitu sebagai
negara maju berstatus perindustrian. (Ayat Contoh) Tanpa kita sedari, kegiatan perindustrian
yang tidak terkawal menjadikan Sungai Pinang dan Sungai Juru di Pulau Pinang kekal dalam
senarai antara sungai paling tercemar di negara ini. (Ayat Contoh) Sungai Kinabatangan di
Sabah dan Sungai Rajang di Sarawak pula menjadi semakin tercemar akibat kegiatan
pembalakan yang tidak terkawal. (Ayat Contoh) Tidak kurang juga dengan Sungai Tiram yang
telah menjadikan kawasan persekitaran berbau busuk akibat penyaluran najis haiwan ternakan
seperti lembu dan khinzir sehingga menimbulkan ketidakselesaan kepada penduduk. (Ayat
Huraian) Dalam hal ini, sikap tunding-menunding jari tidak mendatangkan keuntungan apatah
lagi menjadi penyelesaian terhadap masalah yang semakin meruncing ini. (Ayat Peribahasa)
Peribahasa Melayu juga ada menyebut bahawa bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.
(Ayat Huraian) Oleh hal yang demikian, peranan pelbagai pihak perlulah dimainkan untuk
memelihara dan memulihara pencemaran sungai di Malaysia. (Ayat Arah) Persoalannya,
apakah usaha-usaha memelihara dan memulihara sungai di negara kita?

(Ayat Topik) Antara usaha perdana untuk memelihara dan memulihara kebersihan
sungai di negara ini ialah pihak berkuasa tempatan perlulah menguatkuasakan undang-undang
dengan lebih tegas. (Ayat Huraian) Hal ini demikian kerana undang-undang yang tegas dapat
mengawal tindakan masyarakat agar lebih berdisiplin dan tidak melanggar norma masyarakat.
(Ayat Huraian) Sejak zaman tamadun awal manusia, undang-undang telah diwujudkan oleh
pemerintah seperti Raja Hammurabi melalui Kod Undang-undang Hammurabi telah digubal
bagi memelihara keamanan dan keharmonian hidup masyarakat. (Ayat Contoh) Sebagai contoh,
12
Jabatan Alam Sekitar di setiap negeri perlulah melakukan pemantauan secara berkala bagi
semua sungai, khususnya bagi sungai yang menjadi sasaran masyarakat menjadikannya
tempat pembuangan sampah. (Ayat Contoh) Sekiranya disabitkan kesalahan, kompaun
maksimum sebanyak RM500 ribu atau hukuman penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-
duanya boleh dikenakan atas pihak yang mencemarkan sungai. (Ayat Contoh) Bagi pihak kilang
yang mengalirkan sisa toksik ke dalam sungai pula, penarikan lesen perkilangan wajar diambil
memandangkan kebanyakan pihak kilang mahu mengaut keuntungan tanpa mengambil kira
persekitaran kerana kesalahan ini boleh disabitkan melalui Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
(Ayat Kesan) Kesannya, hukuman yang dijatuhkan kepada pesalah dapat mendisiplinkan
masyarakat agar menjaga kebersihan sungai. (Ayat Kesan) Secara tidak langsung, kita dapat
menjaga kualiti air bersih yang sebenarnya menjamin tahap kesihatan masyarakat dan
kelancaran aktiviti harian manusia. (Ayat Kesan) Oleh hal yang demikian, masalah catuan air
yang berlaku di negara kita seperti di Kuala Lumpur, di Selangor dan di Kota Tinggi, Johor tidak
akan berulang sehingga menghantui kehidupan rakyat. (Ayat Penegasan) Pendek kata, pihak
berkuasa haruslah menguatkuasakan undang-undang dengan lebih tegas bagi memelihara dan
memulihara sungai yang semakin tercemar di negara kita.

(Ayat Topik) Selain itu, media massa hendaklah menghebahkan kempen kesedaran
tentang kepentingan menjaga kebersihan sungai untuk memulihara sungai yang kian tercemar
di Malaysia. (Ayat Peribahasa) Bukankah kata-kata hikmat ada menyatakan bahawa mata pena
lebih tajam daripada mata pedang? (Ayat Huraian) Berpegang teguh pada ungkapan ini,
seharusnya kuasa media massa sebagai agen penyampai informasi kepada masyarakat untuk
mempengaruhi pemikiran, sikap dan tindakan masyarakat ke arah yang lebih positif. (Ayat
Huraian) Umum mengetahui bahawa perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang
amat cepat menjadikan segala maklumat amat mudah diperoleh hanya dengan satu klik sahaja,
lebih-lebih lagi masyarakat kini lebih celik maklumat. (Ayat Contoh) Contohnya, penyiaran iklan
tentang pencemaran sungai yang diterbitkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) seperti Atuk Oh
Atuk dan Cintailah Sungai Kita pada suatu ketika dahulu amat perlu disiarkan di corong radio
dan di kaca televisyen pada waktu kemuncak. (Ayat Contoh) Di televisyen juga, rancangan
bercorak dokumentari atau bual bicara seperti Majalah 3, Soal Jawab atau 999 boleh dijadikan
saluran untuk menyiarkan kesan-kesan pencemaran sungai, langkah mengatasi masalah
pencemaran sungai atau pihak yang ditangkap kerana ingkar untuk menjaga kebersihan sungai.
(Ayat Contoh) Dalam pada itu, rencana atau risalah boleh ditulis dalam akhbar dan risalah khas
seperti Berita Harian, Utusan Malaysia, Majalah Hijau dan Buletin Pengguna tentang
kepentingan memelihara dan memulihara fungsi sungai yang kian merosot akibat
pembangunan yang pesat. (Ayat Kesan) Akibatnya, masyarakat akan sedar akan peranan
mereka dalam menjaga kebersihan sungai seterusnya mengambil tindakan seperti tidak
membuang sampah ke dalam sungai dan sistem pengaliran. (Ayat Penegasan) Sudah terang
lagi bersuluh, untuk memulihara sungai yang semakin tercemar, pihak media massa haruslah
menghebahkan kempen kesedaran tentang kemaslahatan menjaga kebersihan sungai.

(Ayat Topik) Di samping itu, pihak sekolah perlulah menganjurkan program pendidikan
kesedaran memulihara sungai bagi memastikan kadar pencemaran sungai dapat dikurangkan.
(Ayat Huraian) Seperti yang kita sedia maklum, sekolah ialah tempat penyaluran ilmu,
pembinaan sahsiah yang terpuji dan pembentukan modal insan berminda kelas pertama. (Ayat
Huraian) Manakala, guru yang menjadi tunjang kekuatan fungsi sekolah pula ialah individu yang

13
memainkan peranan sebagai agen perubahan masyarakat melalui pendidikan formal sejak di
bangku sekolah rendah lagi. (Ayat Peribahasa) Bagi mengukuhkan peranan guru, peribahasa
yang berbunyi, hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai
amat sesuai kerana pembelajaran yang berkesan perlulah bertanya kepada orang yang
berpengalaman. (Ayat Contoh) Misalnya, Kelab Pencinta Alam boleh menganjurkan aktiviti
pembersihan sungai di kawasan rekreasi seperti Hutan Simpan Belum dengan mengutip
sampah sarap untuk dibuang mahupun dikitar semula bagi botol plastik dan tin aluminium. (Ayat
Contoh) Persatuan Sains pula boleh mengadakan pameran pada Hari Air Sedunia seperti
menunjukkan puca-punca kemerosotan kualiti air sungai, kesan-kesan pencemaran sungai
kepada hidupan di muka bumi dan langkah memelihara serta memulihara sungai. (Ayat Contoh)
Sempena Hari Air Sedunia juga, pelbagai pertandingan boleh dianjurkan oleh pihak sekolah
seperti melukis poster, kuiz alam sekitar, deklamasi sajak, menulis esei dan buku skrap
bertemakan sungai untuk memupuk kesedaran pelajar tentang kepentingan memelihara dan
memulihara sungai. (Ayat Kesan) Implikasinya, penyertaan para pelajar terhadap aktiviti yang
dianjurkan oleh pihak sekolah pasti akan menyuntik kesedaran mereka untuk mengubah wajah
sungai daripada penuh dengan sampah sarap kepada bersih dan jernih. (Ayat Peribahasa) Hal
ini amat bertepatan dengan kata-kata Plato yang berbunyi, arah yang diberikan pendidikan
adalah dengan mengawal hidup seseorang untuk menentukan masa depannya. (Ayat
Penegasan) Pendek kata, langkah untuk memelihara dan memulihara sungai daripada
pencemaran ialah pihak sekolah haruslah menganjurkan program pendidikan kesedaran
memelihara dan memulihara sungai.

(Ayat Kesimpulan) Sebagai kesimpulannya, terdapat seribu satu usaha yang boleh
dilakukan oleh pelbagai pihak untuk memelihara dan memulihara sungai yang kian tercemar di
negara kita. (Ayat Cadangan Umum) Sehubungan dengan itu, semua pihak perlulah
bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi memelihara dan memulihara sungai daripada
pencemaran yang boleh menjejaskan kehidupan di bumi ini. (Ayat Harapan) Semoga, usaha
yang berterusan bagai air mencari jenisnya ini dapat mengembalikan kebersihan sungai sama
seperti ketika Allah menjadikannya untuk hidupan di muka bumi ini. (Ayat Ramalan) Cuba kita
bayangkan, jika sungai di negara kita dipenuhi sampah sarap sehingga alirannya seolah-olah
mati, adakah kita selesa dengan keadaan sedemikian rupa? (Ayat Ramalan) Mungkin pada
masa itu, negara kita terpaksa membeli sumber air bersih daripada negara jiran kerana
kealpaan kita yang tidak menjaga harta yang dipinjam daripada generasi akan datang. (Ayat
Ramalan) Lebih teruk lagi, dalam jangka masa lima puluh tahun lagi, kita tiada langsung
sumber air bersih dan pada masa itu, rakyat kita hidup seperti masyarakat Afrika Selatan yang
terpaksa minum air kotor untuk meneruskan kelangsungan hidup. (Ayat Ramalan) Barangkali,
tiada lagi hidupan akuatik seperti ikan air tawar, udang dan rumpai air yang dijumpai di negara
kita memandangkan spesies ini pupus dek air sungai yang tercemar teruk. (Ayat Peribahasa)
Kita tidak mahu menyesal pada kemudian hari kerana sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tidak berguna dan jika penyesalan itu hadir ketika igauan negeri ini sudah menjadi
realiti, nasi sudah menjadi bubur. (Ayat Peribahasa) Tidak ada gunanya sudah terhantuk baru
hendak terngadah. (Ayat Peribahasa) Akhir kata, tepuk dada tanya selera kerana usaha yang
direncanakan tidak akan bermakna tanpa kesedaran dalam diri individu.

14
KARANGAN TUNDINGAN 7 : CERPEN BERTEMAKAN KETEKUNAN / KEGIGIHAN

Peribahasa sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain bermaksud usaha yang sedikit
tetapi berterusan akan memperoleh hasil akhirnya. Berdasarkan maksud peribahasa tersebut,
tulis sebuah cerpen yang menggambarkan maksud peribahasa.
Tulis cerpen anda selengkapnya.

Jalinan plot:
a. Permulaan latar belakang keluarga dan kehidupan watak utama
b. Perkembangan gambaran usaha yang sedikit tetapi berterusan
c. Konflik masalah yang dihadapi
d. Kemuncak permasalahan dapat diselesaikan
e. Peleraian kejayaan watak utama yang boleh dijadikan contoh

Pensel Kontot untuk Cikgu Hamidah


Oleh: Roslan Daud

Langit mendung sejak pagi tadi tidak membantutkan hasrat Rahman untuk mencari
sesuap nasi demi mengisi mulut dan perut tujuh penghuni rumah usang itu. Sejak kematian
ketua keluarga, selaku anak sulung, Rahman memikul amanah arwah ayahnya untuk menjaga
ibu dan adik-adiknya. Dia masih ingat, sejak ayahnya lumpuh ketika terpijak tunggul kayu ketika
menoreh getah, dia telah berhenti sekolah. Pada mulanya, keputusan itu dibantah oleh
emaknya, namun emaknya juga bagai ditelan mati emak, diluah mati bapa. Dia tiada pilihan lain,
selain membenarkan anak sulungnya melupakan cita-cita untuk menjadi seorang doktor sejak
kecil lantaran pengalaman kehilangan nenek akibat kanser hati. Sejak itu, Rahman mahu
merawat orang yang terdekat dengannya. Walaupun telah dipujuk oleh guru kelasnya, Cikgu
Hamidah berkali-kali, namun keputusannya sedikit pun tidak berganjak.
Rahman, rugi jika kita tidak berpelajaran. Zaman sekarang, pelajaran paling utama.
Kata-kata itulah yang sering terpacul dari bibir tua itu.
Kami miskin, tiada berduit nak bayar yuran. Lagipun, ayah dah lumpuh, tak boleh
menoreh getah lagi.
Guru tingkatannya terpaksa beralah. Tiada daya yang boleh dilakukannya lagi. Rahman
benar-benar keras hati dan tegar. Selaku guru tingkatan, dia telah berusaha memujuk Rahman
agar meneruskan pelajarannya. Sakit kaki yang ditanggungnya ibarat sembuh setiap kali
berkunjung ke rumah Rahman untuk memujuk anak itu. Seperti janji Rahman, dia akan
menyambung pelajarannya jika duitnya mencukupi suatu hari nanti. Namun, Cikgu Hamidah
tidak pasti, adakah janji itu sekadar janji kosong, seperti kosongnya pandangan dan fikiran
Rahman. Rahman masih terbayang-bayang, wanita tua itu berjujuran air mata di depan
emaknya yang demam ketika hari itu. Barangkali Cikgu Hamidah tersentuh melihat kesusahan
mereka sekeluarga, tambahan rumah usang itu amat daif, bumbungnya berluang-lubang, bagai
menadah air hujan di setiap penjuru rumah, begitu juga lantai papan yang jarang-jarang, cukup
untuk diselinapi angin malam yang bisa mencengkam ke tulang sum-sum.
Kematian ayahnya yang merupakan seorang penoreh getah yang mengambil upah
untuk menoreh getah di ladang penduduk kampung menyebabkan Rahman terpaksa
meneruskan kerja arwah ayahnya. Lagipun, Rahman tidak kekok mengerjakan pokok-pokok
getah yang sudah tua itu. Dia biasa mengikut ayahnya ke ladang getah selepas usai
15
mengerjakan solat subuh. Gigitan nyamuk yang meninggalkan bintat-bintat di seluruh tubuhnya
seakan-akan tidak apa-apa. Pak Ngah Kamil yang merupakan sahabat baik arwah ayahnya
bukan tidak bersimpati dengan Rahman yang terpaksa menoreh di ladang miliknya. Oleh sebab
perasaan kasihan yang menebal itulah, dia bersetuju mengambil Rahman sebagai pekerja
dengan bayaran RM15 sehari bekerja. Kadang-kadang, jika ada sayur-mayur yang matang di
kebun belakang rumahnya, Pak Ngah Kamil akan memberikan anak muda itu untuk menjadi
lauk buat keluarganya.
Menyedari janjinya kepada Cikgu Hamidah, Rahman menabung wang sehari lima puluh
sen, selebihnya diserahkan kepada ibunya untuk dibuat belanja harian seperti membeli ikan di
pasar dan membelanja barang-barang dapur. Dengan duit itu jugalah, dibahagi-bahagikan
kepada adik-adik untuk menjadi wang bekalan ke sekolah. Sebenarnya, Rahman tidak bulat-
bulat membuang pelajaran dalam kehidupannya. Setiap malam, Rahman mengulang kaji
pelajaran melalui buku-buku yang disedekahkan oleh Cikgu Hamidah. Berbekalkan pelita
minyak tanah, mereka enam beradik mengulang kaji pelajaran dalam kesuraman cahaya.
Ketika adik-adiknya tidak memahami sesuatu perkara, Rahman tidak jemu-jemu menerangkan
tajuk tersebut agar adik-adiknya lebih faham. Bukan sedikit pengorbanan Rahman, amanah
yang terpanggul di bahunya tidak pernah dilengahkan walau sedikit pun.
Benarlah kata arwah ayahnya, kemiskinan ialah penjara bagi hidup orang-orang miskin
seperti mereka. Ketika dia mengharap langit selalu cerah, rupanya hujan di tengah hari.
Kesibukan mengulang kaji pelajaran dan bekerja demi mencari sesuap nasi, Rahman terlupa
sesuatu yang amat penting. Tambahan pula, kejauhan dari bandar menyebabkan Rahman
sering lewat membayar cukai tanah. Peristiwa dia meredah hujan yang berderai dari langit
untuk membayar cukai tanah itu masih segar dalam ingatan. Namun, usaha itu telah terlewat
menurut pegawai yang bertugas di kaunter. Hal ini menyebabkan geran tanah mereka
digantung oleh Pejabat Tanah Daerah Kubang Kerian. Tambahan pula, kerenah birokrasi
menyebabkan Rahman sukar untuk mengurus cukai tanah. Ada-ada sahaja yang kurang ketika
dia pergi berurusan di kaunter.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Rahman berjumpa
dengan Cikgu Hamidah untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia. Tabung buluh itu semakin
hari semakin berat. Ibunya sering berpesan, biar menabung sedikit, asalkan terus-terusan,
jangan pula hangat-hangat tahi ayam. Setahun berlalu, Rahman mengira-ngira duit yang terisi
dalam tabung itu. Jumlahnya RM152.50. Jumlah itu cukup untuk membayar yuran pendaftaran,
juga membeli alat tulis, termasuklah pensel dan pen.
Dia masih ingat, kemiskinan menyebabkan dia malu untuk berhadapan dengan kawan-
kawan. Pertanyaan Cikgu Ghani bagai langit yang menimpa kepalanya.
Kenapa tulisan tak jelas? Oh, patutlah pensel kontot!
Ketawa berderai dalam kelas. Rahman menunduk malu. Wajahnya terasa tebal. Dia
keluar selepas semua kawan-kawannya bersurai. Cikgu Hamidah yang lalu ternampak wajah
sungul Rahman.
Kenapa Rahman? Awak macam ada masalah?
Rahman membatu. Rasa malunya masih besar. Setelah dipujuk oleh Cikgu Hamidah,
akhirnya dia menceritakan masalah. Keesokan harinya, Cikgu Hamidah memberikan dua
batang pensel baharu.
Bayangan itu hilang sebaik sahaja melihat susuk tubuh Cikgu Hamidah yang sedang
menyemak buku latihan.

16
Assalammualaikum, boleh saya berjumpa dengan Cikgu Hamidah?.
Masuklah. Jawab Cikgu Hamidah yang membelakangi suara itu.
Rahman mendekati wanita seusia ibunya itu. Usai menyusun buku, Cikgu Hamidah
menoleh. Suasana sepi seketika. Empat mata bertemu. Mulut Cikgu Hamidah terkunci dan pen
yang dipegangnya terlepas.
Eh, Rahman... !
Cikgu apa khabar? Saya datang ni... ,
Kamu nak mendaftar SPM? Cikgu Hamidah memintas.
Rahman mengangguk lemah. Tangan kanannya termasuk dalam beg sandang lusuh.
Beg itulah yang digunakan oleh anak muda ini sejak tingkatan satu. Dia kemudiannya
mengeluarkan uncang yang tampak berat juga.
Nah, ini yuran pendaftaran SPM. Duit syiling...
Eh, tak mengapa. Ini bukti kesungguhan kamu, Rahman. Jangan malu apabila kita
terlihat miskin tetapi malulah apabila kita pura-pura kaya.
Senyum Cikgu Hamidah menguntum indah apabila mendengar hasrat Rahman untuk
menduduki peperiksaan. Ada linangan air mata di kolam mata guru tua itu, barangkali dia sebak
melihat kesungguhan Rahman, walau diuji sebegitu getir, namun api semangat yang tidak
pernah padam menjadikan impian untuk berjaya sentiasa ada. Niat Rahman hanya satu, dia
ingin menebus tanah milik arwah ayahnya yang hanya sekangkang kera.
Rahman, cikgu fikir kamu dah lupa janji kamu. Kolam mata Cikgu Hamidah pecah.
Sedunya makin kuat.
Saya ingat cikgu. Masa dulu tu bukan tak nak ambil peperiksaan, duit saya masih tak
cukup. Ni pun menyimpan berdikit-dikit.
Syukurlah Rahman. Cikgu sentiasa mendoakan kejayaan kamu. Jika kamu tak faham
atau ada apa-apa masalah, jangan malu-malu untuk bertanya. Cikgu sedia membantu mana-
mana yang termampu.
Sebulan lagi peperiksaan SPM bakal tiba. Walaupun sibuk bekerja menoreh getah pada
awal pagi hingga tengah hari, Rahman tetap tidak melupakan pelajaran dan cita-citanya. Duit
baki daripada bayaran yuran telah ditabungkan dalam Amanah Saham Bumiputera. Dia
menyirat angan-angan jika duit itu bertambah suatu hari nanti. Dia ingin menjadi usahawan
yang berjaya. Cita-cita sebagai doktor terpaksa dikuburkan lantaran dia tidak mampu
membayar yuran pengajian yang mahal sekiranya ditawarkan menyambung pelajaran dalam
bidang itu.
Peperiksaan yang dihadapi oleh Rahman dijalaninya dengan tekun. Segala ilmu yang
ada dalam benaknya diterjemahkan dalam kertas jawapan. Tiga bulan berlalu, keputusan
diumumkan, Rahman berjaya memperoleh keputusan 7A dan 2B dalam SPM. Dia berjaya
mendapat tawaran belajar dalam jurusan ekonomi di Universiti Utara Malaysia. Namun, itu
kisah dua puluh tahun yang lalu. Hari ini Hari Guru. Dua batang pensel kontot berserta kad
ucapan saban tahun diterima oleh Cikgu Hamidah. Hadiah itu amat bermakna kepadanya.
Deringan telefon berbunyi. Suara lelaki itu tidak pernah luput daripada ingatan guru
wanita yang telah pencen itu. Suara itu milik Rahman yang kini seorang pengarah di kilang
pensel terkemuka. Jadi, benarlah kata peribahasa yang berbunyi sehari selembar benang,
lama-lama menjadi kain kerana usaha yang sedikit tetapi berterusan akan memperoleh hasil
akhirnya.
17
PERANAN IBU BAPA / INSTITUSI KELUARGA

(jika soalan bertanyakan peranan ibu bapa bagi sesuatu isu, ubah suai bahagian CONTOH)

AYAT KETERANGAN
AT mendidik anak-anak sejak kecil
AH Pr: melentur buluh biarlah dari rebungnya
anak-anak ialah amanah Tuhan kepada ibu bapa
menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mencorak keperibadian anak-anak
hadis ada menyebut bahawa anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapalah yang
mencorakkannya
anak-anak yang tidak dibentuk sejak kecil akan sukar menerima ajaran apabila
dewasa kerana hati mereka sudah keras, sekeras batu di kali

AC melalui pengajaran di rumah ilmu agama


menggunakan pendekatan bercerita
menerapkan nilai-nilai murni mengubah gaya hidup

AK anak-anak akan terbiasa dengan ajaran ibu bapa


anak-anak akan mempraktikkan amalan ini sejak kecil
Pr: alah bisa, tegal biasa

AP ulang isi

AYAT KETERANGAN
AT menjadi suri teladan kepada anak-anak
AH Pr: bagaimana acuan, begitulah kuihnya
ibu bapa menjadi idola terunggul kepada anak-anak dalam kehidupan
anak-anak akan mengikut tindak-tanduk ibu bapa
tindakan ibu bapa perlu selari dengan nasihat kerana jangan menjadi ketam
mengajar anaknya berjalan lurus
sebatang kayu yang bengkok tidak mampu menghasilkan bayang-bayang yang
lurus

AC menunjukkan cara menanam sayur-sayuran


menjadi contoh berbelanja secara berhemat
melakukan sesuatu di hadapan anak-anak membeli mengikut bajet

AK anak-anak akan mengikut jejak langkah positif


anak-anak mencerminkan ibu bapa
Pr : ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi

AP ulang isi

18
AYAT KETERANGAN
AT memberikan kasih sayang dan perhatian kepada anak-anak
AH Pr: ibarat menatang minyak yang penuh
setiap insan dilahirkan dengan naluri ingin menyayangi dan disayangi
anak-anak yang kehausan kasih sayang akan mencari teman di luar rumah
anak-anak tidak bijak memilih rakan untuk didampingi kerana bimbang tersalah
pilihan antara kaca dengan permata

AC mendengar dan menyelesaikan masalah anak-anak dengan bijaksana umpama


menarik rambut di dalam tepung, rambut tak putus tepung tak berselerak
membawa anak-anak beriadah : melancong, bersenam
memenuhi keinginan anak-anak

AK anak-anak merasakan diri mereka dihargai


tidak membuat onar sehingga menjatuhkan maruah keluarga
Pr: menconteng arang ke muka

AP ulang isi

AYAT KETERANGAN
AT mengawasi perilaku dan pergaulan anak-anak
AH Pr: kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang pengaruh rakan sebaya
bukan bermaksud untuk mengongkong anak-anak tetapi untuk mengawal anak-
anak daripada melakukan perkara di luar jangkaan
kajian menunjukkan bahawa ibu bapa yang tidak mengambil tahu aktiviti anak-
anak di luar rumah menyebabkan mereka cenderung melakukan perkara negatif
seperti merokok, melepak dan lumba haram

AC mengambil tahu tempat dan tujuan anak-anak


mengenal rakan-rakan yang digauli oleh anak-anak
hadis: berkawan dengan penjual minyak wangi, kita akan dapat harumnya, tetapi
berkawan dengan tukang besi, kita akan dapat bau asapnya
mengekang anak-anak daripada terlibat dalam pergaulan bebas

AK anak-anak tidak melakukan perkara yang negatif


anak-anak tidak mudah terjebak dengan masalah sosial yang kian membarah

AP ulang isi

19
AYAT KETERANGAN
AT merancang perbelanjaan keluarga
AH Pr: ukur baju di badan sendiri
tidak terlalu boros ketika berbelanja tidak bermewah-mewah mahupun
mengamalkan gaya hidup yang menunjuk-nunjuk
memastikan sumber kewangan atau pendapatan mencukupi untuk keperluan
keluarga
Pr: ingat sebelum kena, jimat sebelum habis

AC menyediakan senarai perbelanjaan sebelum berbelanja


menyusun barangan yang hendak dibeli mengikut keutamaan seperti peribahasa
hendak kaya berdikit-dikit, hendak papa bertabur urai
membezakan kehendak dengan keperluan

AK mengelakkan keluarga daripada dibelenggu hutang


menjauhkan diri daripada penjara kemuflisan

AP ulang isi

AYAT KETERANGAN
AT membeli barangan buatan tempatan
AH barangan import dijual dengan harga yang mahal kerana mengandungi duti
import yang tinggi
beban cukai tersebut dipindahkan kepada pengguna
mengutamakan kualiti, bukannya memandang jenama semata-mata
mempunyai semangat patriotik
mengelakkan diri mengikut kata hati persis peribahasa ikut kata hati mati, ikut
rasa binasa

AC menyokong kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia


membeli kenderaan buatan tempatan Proton, Perodua
melancong di dalam negara Tahun Melawat Malaysia

AK menjimatkan perbelanjaan keluarga kerana tidak perlu membayar lebih


membantu meningkatkan ekon0mi negara
Pr: duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

AP ulang isi

20
PERANAN PELBAGAI PIHAK

AYAT KETERANGAN

AT media massa perlulah menghebahkan kempen kesedaran

AH media massa ialah wadah / medium penyaluran maklumat yang berkesan


masyarakat kini sudah celik maklumat, lebih-lebih lagi segala informasi berada di
hujung jari melalui pelayaran laman sesawang / web
kempen kesedaran bertujuan untuk menyuntik perasaan individu agar lebih
prihatin dengan isu yang menjadi buah mulut masyarakat
penggunaan media massa amat berimpak tinggi memandangkan masyarakat
tidak lekang dengan hiburan

AC televisyen menayangkan rancangan dokumentari / filem / drama


radio menyiarkan iklan
surat khabar menerbitkan rencana / resensi buku
laman sesawang diwujudkan blog yang dikendalikan oleh pihak berkenaan

AK menerapkan sikap bertanggungjawab / lebih peka


melahirkan masyarakat yang sejahtera tanpa dihantui ketakutan
menyebabkan masyarakat tidak memandang enteng terhadap isu

AP ulang isi

AYAT KETERANGAN

AT pihak berkuasa perlulah melaksanakan undang-undang dengan lebih ketat

AH sejak zaman tamadun awal manusia, undang-undang diwujudkan oleh


pemerintah untuk mewujudkan suasana yang aman damai bagi kesejahteraan
masyarakat dan negara
hukuman yang dikenakan bukanlah bersifat kekejaman sebaliknya hanyalah
untuk memberikan pengajaran kepada masyarakat
tindakan yang tegas dapat menakut-nakutkan masyarakat
langkah penambahan bilangan penguat kuasa adalah wajar memandangkan saiz
kelompok penguat kuasa yang kecil menjadi kekangan untuk melakukan operasi

AC membuat pemantuan setelah menerima aduan masyarakat


mengenakan denda / kompaun yang tinggi
mengenakan hukuman penjara yang setimpal dengan kesalahan
menarik lesen premis / syarikat

AK mengawal tingkah laku masyarakat


mendidik masyarakat agar lebih berdisiplin
berjaya mengatasi kemelut yang melanda agar luka tidak menjadi pekung

AP ulang isi

21
AYAT KETERANGAN

AT pihak sekolah mendidik pelajar melalui pengajaran dan pembelajaran

AH memikul tanggungjawab sosial untuk melahirkan masyarakat berilmu


sekolah dipertanggungjawabkan sebagai tempat lahirnya modal insan berminda
kelas pertama
pendidikan berlangsung dalam dua cara, iaitu melalui pendidikan formal, iaitu di
dalam kelas dan pendidikan tidak formal, iaitu aktiviti luar bilik darjah
sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan semata-mata perlu ditolak
memandangkan pelajar yang holistik ingin dilahirkan

AC mewujudkan persatuan / kelab atau melalui aktiviti kokurikulum


menganjurkan pertandingan menulis esei, melukis poster, kuiz, perbahasan,
mendeklamasikan sajak
menekankan isu dalam kelas melalui penyampaian ilmu dalam subjek seperti
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral
menganjurkan ceramah / seminar / bengkel
mengadakan lawatan sambil belajar

AK pelajar akan mempraktikkannya dalam kehidupan sehari-hari


pelajar menjadikan ajaran tersebut sebagai cahaya yang memandu tindakan
mereka
Pr: ilmu pelita hati ilmu dijadikan panduan dalam kehidupan

AP ulang isi

AYAT KETERANGAN

AT ibu bapa sewajarnya mendidik anak-anak sejak kecil

AH Prof. Diraja Ungku Aziz pernah menyatakan bahawa rumah ialah universiti
pertama anak-anak manakala ibu bapa pula merupakan profesor pertama anak-
anak
Pr: melentur buluh biarlah dari rebungnya
anak-anak ialah amanah Tuhan kepada ibu bapa
menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mencorak keperibadian anak-anak
hadis ada menyebut bahawa anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapalah yang
mencorakkannya
anak-anak yang tidak dibentuk sejak kecil akan sukar menerima ajaran apabila
dewasa kerana hati mereka sudah keras, sekeras batu di kali

AC melalui pengajaran di rumah ilmu agama


menggunakan pendekatan bercerita
menerapkan nilai-nilai murni mengubah gaya hidup

AK anak-anak akan terbiasa dengan ajaran ibu bapa


anak-anak akan mempraktikkan amalan ini sejak kecil (Pr: alah bisa, tegal biasa)

AP ulang isi

22

You might also like