You are on page 1of 43

Projek Inovasi Stem :Mr BIN

Tema :
KESIHATAN DAN MAKANAN

Peserta :
EUNICE LAW EN HUI
SARAH YII XIANG XIANG
ANSELM WONG SIONG TZE

Guru pembimbing :
En. LAW SIE TUNG
En. SIONG TECK KWONG

Sekolah

SJKC Kwang Chien , Sarikei, Sarawak, Malaysia

1
Jadual Kandungan Halaman

No. Isi Kandungan Muka surat


1.0 Halaman Ringkas 3

2.0 Dokumentasi Pencarian Keaslian 5

3.0 Dokumentasi Tinjauan Pelanggan 10

4.0 Huraian Ciptaan 14

5.0 Lukisan dan/atau Rajah Skema 17

6.0 Ujian Penciptaan 19

7.0 Analisis Kos Penemuan 29

8.0 Catatan Jurnal 33

9.0 Penghargaan 35

10.0 Bibliografi 36

2
1.0 Halaman Ringkasan

1.1 Penyataan Masalah

Pada 2020 , Pandemik Covid-19 telah menular di seluruh dunia. Unjuran daripada

perkara ini, Negara kita Malaysia juga tidak dapat mengelakkan daripada Pandemik

ini. Kes jangitan Covid –19 semakin meningkat menjelang tahun 2021 sehingga

semua sekolah ditutup bermula bulan April 2021 dan sekolah dijangka akan buka

pada bulan September 2021.

Kesihatan semua orang telah terjejas. Maka perkara utama bagi semua orang

ialah mencapai tahap kesihatan yang maksimum dalam kehidupan seharian.

Untuk mengelakkan jangkitan Covid-19 , pelitup muka menjadi bahan utama

untuk melindungi diri bagi semua golongan .Apabila balik ke sekolah , semua murid

dan guru diwajibkan untuk memakai pelitup muka. Menurut kepada WHO

( Persatuan Kesihatan Sedunia) pelitup muka tidak boleh dipakai melebihi 4 jam.

Masalahnya, apabila sekolah buka , masa murid dan guru di sekolah melebihi

4 jam . Oleh itu mereka perlu menukar pelitup muka sekurang – kurang 1 kali. Jadi

mereka perlu membuka pelitup muka dan buang ke dalam tong sampah. Proses ini

mendedahkan murid-murid tersentuh ke permukaan luar pelitup muka dan

seterusnya menyentuh permukaan penutup tong sampah apabila membuang

sampah. Bayangkan seorang murid terjangkit penyakit ini membuang sampah ,

maka murid-murid seterusnya mempunyai risiko yang tinggi terdedah kepada

jangkitan penyakit ini.

Oleh itu satu tong sampah yang “ contactless ” atau tidak bersentuhan

dengan pengguna dapat menjaga kesihatan semua pengguna di sekolah.

3
Maka , satu alat inovasi Mr Bin telah dibangunkan untuk menjadi kesihatan

dan kesejahteraan semua guru dan murid di sekolah. Mr Bin ini mempunyai ciri-ciri

STEM iaitu ( Science , Technology , Engineering dan Mathematic ) . Ia juga

merupakan satu produk yang sejajar dengan Industri Evolusi 4 ( IR4) kerana

menggunakan pengaturcaraan ( coding ) dalam pengoperasian.

1.2 Objektif

1. Maka kami telah mereka satu Tong Sampah ( contactless ) di mana

pengguna tidak perlu menyentuh permukaan tong sampah .

2. Ini adalah penting supaya Kesihatan semua warga sekolah terjamin

terutama dalam tempoh Pandemik ini.

4
2.0 Dokumentasi Pencarian Keaslian

2.1 Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma

Baharu 2.0

Menurut Garis Panduan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 2.0 yang

dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan dalam bahagian Pengurusan Prasarana

iaitu ;

2.3.2 memastikan fokus utama pembersihan adalah pada permukaan yang

sering disentuh dan pada paras ketinggian yang boleh dicapai oleh tangan

seperti tombol pintu, penutup tong sampah , suis lampu, singki, kepala paip,

butang lif, pengepam tandas, pelapik duduk tandas, susur tangan di laluan

5
pergerakan murid/pelajar bagi sekolah yang mempunyai Murid Berkeperluan

Khas (MBK) dan lain-lain;

Murid setiap hari akan berpegang kepada penutup tong sampah kerana perlu

membuang sampah , Perbuatan ini terdedah kepada risiko jangitan Covid-19 kerana

tong sampah tidak dapat disanitasi setiap masa. Oleh itu satu tong sampah yang

automasi diperlukan.

2.2 Project Handbook – Arduino Project ( Chumbaka)

Untuk menghasilkan satu tong sampah yang automatik , kami memerlukan

peralatan elektronik dan pengaturcaraan. Saya memilih Arduino sebagai asas alat

inovasi saya kerana arduino merupakan pengaturcaraan yang senang dikendalikan.

Oleh itu , saya telah mengaji buku yang dikeluarkan oleh Chumbaka ini berkaitan

dengan projek-projek yang boleh dibuat oleh Arduino.

2.3 Buku Teks Reka Bentuk Dan Teknologi ( RBT ) Tahun 5

6
Pengaturcaraan dalam micropengawal merupakan sukatan dalam Kurikulum

Standard Sekolah Rendah ( KSSR Semakan ). Arduino merupakan salah satu

micropengawal yang dipelajari dalam sukatan. Oleh itu saya mendapat pengetahuan

tentang penggunaan sensor dan komponen elektronik yang lain melalui buku Teks

dan buku rujukan.

7
2.4 KOLOKIUM PENDIDIKAN REVOLUSI INDUSTRI 4.0

Dalam ucapan Menteri Pendidikan , YB DR. MASZLEE MALIK dalam TEKS

UCAPAN UCAPTAMA DAN MAJLIS PERASMIAN di KOLOKIUM PENDIDIKAN

REVOLUSI INDUSTRI 4.0 5 NOVEMBER 2019 (SELASA) PUSAT KONVENSYEN

ANTARABANGSA PUTRAJAYA , menyatakan bahawa

Coding ialah coding, yang paling hakiki dan utama yang perlu kita ubah ialah

kita. Dalam mengharungi era IR 4.0 ini, yang menekankan kepada digital

economy, artificial intelligence, big data, robotic, blockchain, teknologi

angkasa dan sebagainya, setiap daripada kita perlu menjadi pegawai atau

kakitangan yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis, dan bukan hanya

menjadi seorang pengikut.

8
Menurut beliau, Pendidikan merupakan cara untuk negara kita ke arah Industri

Evolusi 4( IR4 ) . Oleh itu, alat inovasi yang dihasilkan perlu mempunyai ciri-ciri IR4

supaya ia sejajar dengan perkembangan sedunia.

2.5 Sumber Penyelidikan

2.5.1 Journal of Sciences and Management Research 2600-738X yang bertajuk

REVOLUSI INDUSTRI 4.0: IMPAK TERHADAP PERKEMBANGAN

PENDIDIKAN TINGGI DI Malaysia menyatakan Budaya inovasi dalam

sesebuah institusi pendidikan amat penting dalam menghadapi Revolusi

Industri 4.0. Perkembangan teknologi yang pesat perlu disahut oleh

mahasiswa dengan berusaha menyiapkan diri dalam menghadapi cabaran

pada masa hadapan. Era Revolusi Industri 4.0 lebih menumpukan

penggunaan data secara globalisasi, pembinaan robot genius, pemanduan

secara kendiri serta neuro-teknologi otak dan pembaikian genetik.

2.5.2 Jurnal of Social Science and Humanities Vol. 16. No.6 (1-13), ISSN: 1823-

884x yang bertajuk MENGURUS MODAL INSAN DALAM INDUSTRI 4.0 KE

ARAH KECEMERLANGAN NEGARA. Artikal ini menyatakan Pendedahan

media berkaitan Industri 4.0 lebih cenderung menggembar-gemburkan aspek

kecanggihan dan kehebatan teknologi dan automasi yang bakal mengganti

tenaga manusia dan menyebabkan pengecilan saiz organisasi. Oleh itu

penggunaan komponen elektonik dan pengaturcaraan adalah penting dalam

menghasilkan satu produk inovasi.

9
3.0 Dokumentasi Tinjauan Pelanggan

3.1 Responden 1: Soal Selidik ( Google Form )

Sasaran : Guru Kelas SJKC Kwang Chien

Bilangan Respondan : 16 orang

Jantina : 5 Lelaki

11 perempuan

Pengalaman Bekerja : 0 -5 Tahun : 3 Orang

6 – 10 Tahun : 6 orang

Lebih 11 Tahun : 7 orang

Saya telah membuat satu soal selidik terhadap 16 orang guru kelas di SJKC Kwang

Chien,

Analisis Soal Selidik Terhadap Guru Kelas

No Item Setuju Tidak Setuju

1 Murid selalu menjaga SOP di Bilik 0 16 orang

Darjah

2. Permukaan tong sampah disanitasi 16 orang

setiap masa

3. Saya menukar pelitup muka 16 orang

sekurang-kurang 1 kali di sekolah

Menurut kepada kajian soal selidik ini , saya dapati semua guru berasa bimbang

terhadap penyebaran Covid-19 di bilik darjah . Ini kerana bilik darjah merupakan

tempat utama murid apabila balik ke sekolah

10
3.2 Responden 2: Soal Selidik ( Google Form )

Sasaran : Murid – murid di SJKC Kwang Chien

Bilangan Respondan : Tahun 1 – 26 orang

Tahun 2 – 31 orang

Tahun 3 – 33 orang

Tahun 4 – 36 orang

Tahun 5 – 43 orang

Tahun 6 – 54 orang

Jumlah Respondan:

Saya telah membuat satu soal selidik terhadap murid – murid di SJKC Kwang Chien,

Link google form bagi soalan soal selidik ini disebar di kumpulan “ Whatappss “ kelas

masing- masing . Selepas 1 minggu jumlah respondan yang diterima ialah 223

orang. Berikut ialah analisis soalan kajian ini.

Analisis Soal Selidik Terhadap Murid – murid SJKC Kwang Chien

No Item Setuju Tidak Setuju

1 Saya membuang sampah ke dalam 198 25

tong sampah

2. Saya mensanitasi tangan saya 35 188

selepas membuang sampah

3. Saya menukar pelitup muka 198 25

sekurang-kurang 1 kali di sekolah

11
3.3 Responden 3:

Nama: Cikgu Helen Ling Ling

Umur: 38 tahun

Pekerjaan: Guru

Pengalaman: selama 15 tahun

Komen:

Saya berasa bimbang dengan anak murid saya ,kerana kami guru tidak dapat

menjaga keselamatan mereka setiap masa di kelas. Murid- murid selalu menyentuh

permukaan seperti meja , tong sampah ,pintu dan lain-lain. Semua kawasan ini tidak

dapat disanitasi setiap masa. Tong Sampah adalah kawasan yang paling kotor ,

bukan sahaja terdedah kepada Virus Covid-19 , tetapi juga bakteria – bakteria lain.

Oleh itu alangkah baiknya kalau penutup tong sampah itu dapat dibuka sendiri.

3.4 Responden 4:

Nama: Cikgu Lau Ling Ling

Umur: 50 tahun

Pekerjaan: Penolong Kanan Hal Ehwal

Pengalaman: selama 25 tahun

Komen:

Walaupun pihak sekolah telah mengatur guru bertugas pada sebelum kelas bermula

pagi , waktu rehat dan waktu balik sekolah , tetapi guru tidak dapat menjaga murid

setiap masa . Pihak sekolah ada menyedia bahan sanitasi di kelas , tetapi murid ini

12
tidak dapat menjaga kebersihan diri sepenuh terutama di kelas. Oleh itu kalau ada

satu tong sampah yang automasi , maka ia memang berguna bagi sekolah.

3.5 Responden 5:

Nama: Pn Betty an Linggi

Umur: 53 tahun

Pekerjaan: Pekerja Pembersihan Sekolah

Pengalaman: selama 5 tahun

Komen:

Setiap hari apabila saya membuang sampah di bilik darjah, saya dapati tong

sampah adalah penuh. Banyak pelitup muka di dalam tong sampah. Oleh itu saya

percaya murid -murid di kelas selalu membuang sampah pada tong sampah .

Perkara ini adalah baik , tetapi ini mungkin menjadi satu agen penyebaran jangkitan

Covid-19

13
4. Huraian Ciptaan

4.1 Kreativiti

Mr Bin merupakan alat inovasi yang dicipta untuk menyelesaikan masalah sentuhan

Tong Sampah di bilik darjah. Melalui soal selidik , dan temu ramah terhadap

respondan-respondan , kami dapati murid di sekolah mengamalkan amalan

membuang sampah di tong sampah . Amalan ini adalah baik dan perlu dipuji. Ini

bermasuk murid – murid perlu membuka penutup tong sampah apabila hendak

membuang sampah . Perkara ini menjadi masalah semasa penularan Pandemik

Covid-19 ini. Murid- murid mempunyai risiko terhadap jangkitan Covid-19 kerana kita

tidak tahun siapa yang pembawa virus ini. Di samping itu , guru juga tidak dapat

memastikan tong sampah disanitasi setiap masa dan murid mencuci tangan selepas

membuang sampah. Semua ini akan menjejaskan kesihatan murid dan guru di

sekolah.

Mr Bin ini dapat menyelesaikan masalah ini. Mr Bin dapat membuka penutup

tong sampah secara automatik apabila tangan menghala ke sensor di depan

penutup tong sampah. Apabila murid menghala tangan ke sensor itu, maka penutup

akan membuka dengan sendiri , murid hanya perlu membuang sampah atau pelitup

muka ke dalam tong sampah. Selepas itu penutup itu akan tutup kembali . Proses

pembuangan sampah ini tidak berlaku sentuhan terhadap permukaan tong sampah

sepenuhnya. Maka , ia dapat mengelakkan jangkitan covid-19 melalui sentuhan.

Selain itu , Mr Bin mempunyai satu Skrin yang akan menunjukkan aras

sampah dalam tong sampah. Apabila sampah di dalam tong sampah melebihi 70%,

maka bunyi amaran akan dikeluarkan. Maka tindakan seterusnya boleh diambil oleh

murid-murid supaya sampah tidak keluar dari tong sampah.

14
Mr Bin ini menggunakan tenaga yang diperbaharui iaitu Tenaga Cahaya. Satu

Panel Suria atau Panel Fotovoltan digunakan untuk membekalkan tenaga elektrik

kepada Mr Bin . Pada waktu siang , Panel suria ini akan menghasilkan tenaga

elektrik dan akan disimpan pada Bateri yang boleh dicas.

Mr Bin ini menggunakan micropegawal Arduino UNO . Arduino UNO

merupakan sebahagian daripada sukatan dalam mata pelajaran RBT. Oleh itu , ia

menjadi “ user friendly ” kepada semua pengguna.

KELEBIHAN MR BIN

1. Kesihatan terjamin

- Contactless mengurangkan jangkitan penyakit dan seterusnya menjamin

kesihatan semua.

2. Penggunaan bahan buangan

70% bahan pada Mr Bin menggunakan bahan buangan seperti pipe lama ,

papan ,

3. Pendedahan kepada Industri Evolusi 4 (IR4)

- Penggunaan micropengawal , komponen elektronik dan pengaturcaraan

dalam Mr Bin dapat menarik minat penggunanya. Murid-murid akan

tertarik dengan pengautomasiannya dan seterusnya mencetus minat

mereka untuk belajar “ coding ”

4. RENEWABLE ENERGY –

- Sumber elektrik pengoperasian Mr Bin menggunakan tenaga boleh

diperbaharui daripada Panel Suria. Oleh itu, pengguna tidak perlu risau

tentang bilah mahu menukar bateri.

15
5. Kitar semula

- Mr Bin mempunyai 3 bahagian sampah iaitu

a. Pelitup muka

b. Kertas

c. Sisa makanan

Pengasingan ini dapat memudahkan pembersih kawasan sekolah

membuang dan mengurus sampah apabila ia sudah penuh. Proses ini

juga mengurangkan sentuhan terhadap pelitup muka di dalam tong

sampah.

6. Skrin Paparan

4.2 Impak Projek

Mr Bin dapat memberi faedah yang jelas kepada peningkatan kualiti atau

keberkesanan kepada pengajaran dan pembelajaran melalui aspek berikut;

1. Penjagaan SOP demi menjamin kesihatan. Kesihatan yang sihat , minda

cerdas

2. Penggunaan ( Arduino ) dan ( coding ) dalam mengendalikan Mr Bin. Ini akan

menambah minat murid-murid belajar Science , Technologi , Enginering and

Mathematic dalam sekolah. Ia sejajar hasrat negara mencapai Industri

Evolusi 4 ( IR4 )

16
5. Lukisan dan / atau Rajah Skema (sambungan unsur-unsur dalam sistem

yang digambarkan oleh simbol).

Gambar Keseluruhan Mr Bin

17
18
6. Ujian Penciptaan

6.1 Design Thinking Process

Kumpulan kami menggunakan Design Thinking Process dalam ujian

Penciptaan Mr Bin.

U
n
jia
ro
P M
tp
efk
k
Id
E m
ati
p

Design Thinking Precess

Bil Proses Ujian

1 Empati - Soal selidik

( Kes covid -19 menular dan - Temu ramah

sentuhan murid terhadap -Hasil temu ramah dan soal selidik

permukaan tong sampah terhadap guru-guru dan murid-murid

apabila membuang pelitup di SJKC Kwang Chien mendapati

muka meningkatkan risiko kekerapan membuang sampah

terhadap jangkitan Covid-19 semasa berada di sekolah adalah

tinggi

2 Mentakrifkan Pemerhatian

19
3 Idea Brainstorming

4 Prototaip Kolaborasi dengan Piak Swasta

5 Ujian Pengujian Kepuasan Pelanggan

6.1.1 Empati

Kes covid -19 menular dan sentuhan murid terhadap permukaan tong sampah

apabila membuang pelitup muka meningkatkan risiko terhadap jangkitan Covid-19.

Hasil temu ramah dan soal selidik terhadap guru-guru dan murid-murid di SJKC

Kwang Chien mendapati kekerapan membuang sampah semasa berada di sekolah

adalah tinggi. Murid-murid biasa tidak menstanitasi tangan mereka selepas

membuang sampah.

Analisis Penggunaan Tong Sampah oleh murid


250
200
150
100
50
0

Setuju Tidak Setuju

Merujuk kepada analisis di atas , kami dapati kebanyakan murid tidak menstanitasi

tangan mereka setelah membuang sampah. Ini meningkatkan risiko mereka

terhadap jangkitan penyakit melalui sentuhan permukaan tong sampah.

20
6.1.2 Mentakrifkan

Dengan menggunakan teknik empathy dan hasil daripada pemerhatian dan soalan

selidik terhadap guru dan murid , kami mengenal pasti “ point to view” kelemahan

utama pada tong sampah ialah di bahagian berikut,

1. Penutup Tong Sampah

- Murid perlu membuka penutup tong sampah apabila hendak

membukanya. Jikalau seorang murid yang terjangkit covid-19

membukanya, maka virus ini akan berada di permukaan tong sampah

melalui sentuhan .

2. Sampah yang bercampuran

- Sampah di dalam tong sampah adalah bercampuran kerana semua

pelitup muka, kertas , sisa makanan dan lain- lain dibuang bersama . Ini

akan meningkatkan masalah apabila pembersih kawasan membuang

sampah apabila penuh.

3. Aras sampah di dalam tong sampah tidak diketahui. Ini menjadi masalah

apabila sampah sudah penuh

6.1.3 Idea

Berdasarkan kepada ‘point of view’ tersebut kumpulan kami telah mengadakan

‘brainstorming’ untuk mendapat cadangan penyelesaian terbaik bagi mengatasi

masalah tersebut di atas. Antara cadangan penyelesaian adalah:

i. Merekabentuk Penutup Tong Sampah yang boleh dibuka sendiri.

ii. Pengasingan Sampah di dalam tong sampah supaya pembersih kawasan

dapat membuang sampah mengikut jenisnya terutama pelitup muka yang

mempunyai mempunyai banyak bakteria dan virus.

21
iii. Satu sensor yang boleh mengesan tahap sampah di dalam tong sampah

Setelah perbincangan dan undian telah dijalankan, kumpulan kami bersependapat

memilih cadangan penyelesaian di atas iaitu “Mereka bentuk satu Tong Sampah di

mana penutup boleh buka sendiri , paras sampah diketahui dan terdapat 3 bahagian

dalam tong sampah.

6.1.4 PROTOTAIP

Kumpulan telah menghasilkan prototaip pertama dan telah ditambahbaik pada

prototaip kedua mengikut maklumbalas yang diterima selepas penggunaan

peralatan berdasarkan prototype pertama. Berikut adalah lakaran awal dan gambar

prototaip kami seperti lampiran C:

BIL TINDAKAN STRATEGI PENYELESAIAN

1 Penyediaan kertas Membuat kajian tentang peralatan dan

cadangan kajian peralatan kefungsian yang diperlukan

untuk membina Mr Bin berdasarkan kajian dalam

menghasilkan projek.

2 Penyediaan lukisan rekabentuk Prototype telah dipersembahkan

peralatan kepada Guru Pembimbing tujuan

kelulusan projek.

3 Kolaborasi (Khidmat nasihat) Perbincangan dengan pihak swasta

dengan Jurutera untuk menghasilkan Mr Bin

4 Kerja-kerja fabrikasi untuk Kerja-kerja melarik, memasang dan

menghasilkan Mr Bin lain-lain bagi menghasilkan produk Mr

22
Bin

5 Ujikaji produk Mr Bin pada Soalselidik dijalankan semasa proses

komponen-komponen peralatan uji cuba dijalankan bagi mendapat

mekanikal dan elektrikal maklumbalas penggunaan prototype

projek.

6 Aplikasi produk Mr Bin pada Analisa data bagi memperolehi

komponen-komponen peralatan keputusan penurunan kes kecurian.

mekanikal dan elektrikal di rumah

7 Ujian ketegangan dan ketahanan Membuat ujian ketahanan bagi

Mr Bin memastikan tahap ketahanan produk

8 Serahan produk Mr Bin kepada Kelulusan daripada Guru Besar sekolah

pihak sekolah

6.2 Kolaborasi dengan Jurutera Teknikal

• Kolaborasi dengan Syarikat Swasta ( International ) . Pakar Rujuk kami ialah

Technical Manage , Equipment Metal , Thin Film 2 , Fab121 Division ,dari

United Microelectronic Corporation di Singapore En Law Sie Leong . Beliau

telah memberi jaminan terhadap mutu Mr Bin. Selain itu beliau berjanji akan

memberi bantuan untuk memperbaiki Mr Bin pada masa akan datang.

• Untuk mendapat pandangan daripada pihak swasta , kami menjalankan satu

kolaborasi dengan Jurutera Teknikal melalui Zoom. Beliau telah melihat

Projek Mr Bin kami dan memberi bimbingan terutama dalam bahagian

pengaturcaraan. Berikut merupakan komen dan pengesahan beliau terhadap

Mr Bin

Komen

23
- Arduino Uno merupakan satu micropengawal yang senang dioperasi.

Produk ini menggunakan komponen elektronik yang murah dan semua

komponen ini boleh diguna semula. Selain itu ia menggunakan banyak

bahan buangan di mana ia menjimatkan kos dan mesra alam. Coding

yang dihasilkan ini saya sahkan dapat berfungsi dengan baik.

6.3 UJIAN/KAJIAN

Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) , semua sekolah ditutup

mulai bulan April 2021 , maka ujian Mr Bin ini telah diberi kepada 5 orang

murid dan 5 orang guru untuk membuat pengujian terhadap

keberkesanannya .

Hasil pengujian daripada mereka, telah di paparkan dalam analisis graf di

bawah

6.3.1 Pengujian Kepuasan Pengguna setelah menggunakan Mr Bin

Bil Item Tidak setuju Sangat Setuju

1 2 3 4 5

1 Mr Bin senang digunakan 3 7

2 Mr Bin menyenangkan saya 10

membuang

sampah(contactless)

3 Mr Bin dapat mengurangkan 2 8

risiko jangkitan Covid-19

4 Saya akan membeli Mr Bin 4 6

24
5 Saya tidak menyentuh 10

Permukaan tong sampah

sepanjang masa

Analisis Respon Pengujian Kepuasan Pengguna terhadap


Mr Bin
12
10
8
6
4
2
0

1 2 3 4 5

Analisis Skor Kepuasan Pengujian Mr Bin


35

30

25

20

15

10

0
Skor 1 Skor 2 Skor 3 Skor 4 Skor 5

Series 1

Menurut kepada analisis di atas boleh dirumuskan bahawa Mr Bin ini mendapat Skor

Min 5 . Pengguna berasa puas hati dengan Mr Bin ini. Para pengguna juga yakin

25
bahawa Mr Bin dapat mengurangkan jangkitan Covid-19 semasa membuang

sampah. Oleh itu Mr Bin dapat menjaga Kesihatan semua pengguna.

26
6.3.2 Ujian Ketegangan dan ketahanan Mr Bin
Ujian REPLIKABILITI (KEBOLEHULANGAN) Mr Bin
- Kami menjalankan ujian terhadap Penutup Mr Bin. Setiap kali tangan
menghampiri Sensor , adakah penutup itu akan buka , dan selepas itu
akan tutup.
- Keputusan ditunjukkan di bawah.

Tangan dihulu Penutup Buka Penutup Tutup kembali


ke Sensor
1 √ √
2 √ √
3 √ √
4 √ √
5 √ √
6 √ √
7 √ √
8 √ √
9 √ √
10 √ √

Analisis Kebolehpercayaan Mr Bin


12

100% 100 %
10

0
Penutup Buka Penutup Tutup

Series 1

Menurut kepada ujian Kebolehpercayaan Mr Bin , ia telah mencapai tahap


kebolehpercayaan 100% . Oleh itu pengguna tidak perlu risau akan penutup tong
sampah tidak boleh buka dan perlu menyentuh permukaan tong sampah.

27
6.3.4 POTENSI KEBOLEHGUNAAN
Mr Bin ini mempunyai replikabiliti yang tinggi. Ia boleh dipakai terus oleh semua
orang . Ini boleh dibukti dalam ujian pengujian kepuasan Pengguna terhadap Mr
Bin . Ia mendapat skor min 5 iaitu sangat memuaskan .
• Mr Bin ini boleh diubah mengikut kesesuaian penggunaan.
1. Nama pada paparan , Ketinggian , komponen dalaman boleh diubah
mengikut cita rasa pengguna .

6.4. RUMUSAN

6.4.1 POTENSI KEBOLEHGUNAAN / APLIKASI


• Merujuk kepada Pengujian Mr Bin ke atas 10 orang guru dan murid, di dapati
100% pengguna tidak menyentuh permukaan Mr Bin. Ini adalah penting untuk
mengelakkan pengguna daripada dijangkiti Covid-19 ataupun kuman yang
lain. Maka Objektif inovasi ini tercapai sepenuhnya iaitu Kesihatan terjamin.
• 100% pengguna menyatakan akan membeli Mr Bin
• Mr Bin ini mempunyai potensi yang tinggi diperkembangkan. Walaupun di
pasaran mempunyai banyak Tong Sampah pintar , namun kebanyakannya
dari negara lain. Selain itu ia mempunyai keunikan seperti

6.4.2 Kelebihan Mr Bin


- Mr Bin mempunyai kelebihan berbanding dengan produk Tong Sampah di pasaran.
• 1. Menggunakan tenaga hijau, dengan bateri dicas semula menggunakan
tenaga solar.
• 2. Bateri dan solar disambung dengan USB boleh dicas sebanyak 1200 kali.
• 3.Terdapat pembesar suara untuk memberi isyarat apabila muatan sampah
yang penuh perlu dikosongkan.
• 4. Tong sampah dipasang dengan 4 roda untuk memudahkan pergerakan.
• 5. Tong sampah direka dengan konsep kitar semula, sampah diasingkan di
setiap bahagian khas
• Jadi Belilah barangan Malaysia , belilah barangan Kwang Chien.

28
7. Analisis Kos Penemuan

7.1 Kos Pembuatan

Bil Bahan Kuantiti Kos Seunit Jumlah


(RM)
1. 5V Solar Panel Battery 1 RM12.7 RM 12.70

Charger
2. Arduino Kit Uno R3( Set ) 1 RM 29.00 RM 29.00

3. 9V USB Rechargeable 1 RM 2.50 RM 2.50


Battery

4. Ultrasonic Sensor HC- 2 RM 2.90 RM5.80


SR04

29
5 20cm Male-Female 1 set RM 2.00 RM 2.00
Jumper

6 Buzzer with Jumper Wire 1 RM3.00 RM3.00


Male

7 Connector SG90 Servo 1 RM6.50 RM6.50


Motor

8 I2C 1602 LCD Display 1 RM9.90 RM9.90

Jumlah RM71.40

Harga Jualan : RM 79.90

Kos Pembuatan : RM 71.80

Keuntungan bersih = Harga jualan- harga pembuatan

= RM79.90- RM 71.80

= RM 8.10

7.2 Proses Pengeluaran

30
- Satu lagi Mr Bin boleh dihasilkan dengan cepat . Kami menggunakan lebih kurang

4 jam untuk menghasilkan Mr Bin.

Bil Proses Anggaran Masa

1 Pengaturcaraan ( Coding ) 15 min

2 Pemasangan Tapak 30 minit

3 Pemasangan Tiang 1 Jam

4 Pemasangan Komponen 1 ½ jam

Elektronik

5 Pemasangan Penutup 1 Jam

Jumlah 4 jam 15 minit

Kami berjanji penghantaran Mr Bin dalam Masa 24jam

7.3 Pemasaran

- Apabila pengeluaran Mr Bin secara besar-besaran , maka kos Mr Bin akan

menurun.

Kami akan memasarkan Mr Bin di Shopee , Lazada dan kedai-kedai elektrikal di

Sarawak . Berikutlah Proses Pemasaran Mr Bin

31
FasaSemua sekolah di Fasa
Shopee Fasa
Semua kedai – kedai
di Sarikei
1 Sarikei 2Lazada 3Seterusnya
Sarawak
di

Bulan Oktober 2021 Bulan Disember 2021


Bulan September 2021

7.4 Cadangan Penambahbaikan

- Kami bercadang membuat Mr Bin boleh bergerak sendiri dengan remote control

pada masa akan datang. Kami Janji , akan memberi khidmat naik taraf percuma.

Jadi apa tunggu lagi , beli satu Mr Bin hari ini ,

Ada Mr Bin no Covid-19

Kesihatan Terjamin , Otak Cerdas

32
8.0. Catatan Jurnal

Tempoh Agenda yang dibincangkan

Perjumpaan ahli kumpulan bersama dengan guru

pembimbing melalui Google Meet

Menentukan tema inovasi iaitu Kesihatan


12 Mei 2021
Pelajar diberi satu minggu untuk memikirkan masalah yang

perlu diselesaikan

Penyediaan kertas cadangan kajian peralatan untuk


12 - 28 Mei 2021
membina Mr Bin

29 - 31 Mei 2021 Penyediaan lukisan rekabentuk peralatan

Kolaborasi (Khidmat nasihat) dengan Jurutera

1 jun 2021

2 -20 Jun 2021 Kerja-kerja fabrikasi untuk menghasilkan Mr Bin

Ujikaji produk Mr Bin pada komponen-komponen peralatan


21 Jun – 25 Julai
mekanikal dan elektrikal
2021

Aplikasi produk Mr Bin pada komponen-komponen peralatan

33
26 Jun – 20 Julai mekanikal dan elektrikal di rumah oleh guru-guru dan murid-

2021 murid

Ujian ketegangan dan ketahanan Mr Bin


21-25 Julai 2021

Penghasilan laporan
26 – 31 Julai 2021

Menghasilkan video

Pemurnian laporan
1 -15 Ogos 2021
Menghasilkan brosur

Penghantaran video, laporan dan brosur melalui Google

20 Ogos 2021 Form

34
9.0. Ucapan terima kasih

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada guru-guru penasihat, En Law

Sie Tung dan En Siong Teck Kwong . Mereka telah memberikan bimbingan dan

tunjuk ajar kepada kami dalam proses penghasilan Mr Bin . Kami juga ingin

mengucapkan terima kasih kepada Jurutera Encik Law Sie Leong kerana memberi

bimbingan kepada kami terutama dalam bahagian pengaturcaraan Arduino.

Selain itu, kami ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Guru

Besar sekolah kita iaitu, En Teng Kim Ung yang banyak memberi sokongan kepada

kami dalam penghasilan produk tersebut. Di samping itu, kami juga ingin

mengucapkan terima kasih kepada sumber temu bual , dan soal selidik bagi guru-

guru dan murid-murid di SJKC Kwang Chien Sarikei. Akhir sekali, kami ingin

merakamkan terima kasih kepada ibu bapa kami yang sentiasa memberi sokongan

moral dalam penghasilan produk tersebut .

35
10. Bibliografi

World Health Organization. Coronavirus disease 2019 (COVID-19): Situation report–

91. [internet]. WHO;2020. Available

from: https://www.who.int/docs/default-source/coronaviruse/situation-reports/

20200420-sitrep-91-covid-19.pdf?sfvrsn=fcf0670b_4

Malaysia confirms first cases of coronavirus infection. Reuters [Internet]. 2020 Jan

25 [cited 2020 Apr 7]. Available from: https://www.reuters.com/article/china-health-

malaysia/malaysia-confirms-first-cases-of-coronavirus-infection-idUSL4N29U03A

"Ketua Pengarah Kesihatan" [Health Director-General]. Ministry of Health

(Malaysia) (in Malay). Archived from the original on 6 April 2020. Retrieved 31

March 2020.

36
LAMPIRAN

37
38
39
40
41
42
43

You might also like