You are on page 1of 5

PENARAFAN PERMATA KARAKTER MURID JOHOR (KrMJ)

PERINGKAT NEGERI JOHOR

1. PENGENALAN
Penarafan ini merupakan garis panduan untuk rujukan kepada semua pihak yang
terlibat dalam memperkasakan Karakter Murid Johor berlandaskan Pendidikan Holistik
2.0 (2021-2025). Dengan slogan “Melahirkan Akhlak Terpuji”, penarafan KrMJ ini
diharapkan dapat disemarakkan bagi memenuhi hasrat dan harapan yang terkandung
dalam Falsafah Pendidikan Negara serta menepati enam Aspirasi Murid yang
digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Kandungan penarafan ini
meliputi perkara berikut:

1.1 Murid Permata KrMJ


1.2 Penyelaras Permata KrMJ
1.3 Sekolah Permata KrMJ

2. MATLAMAT
Proaktif memperkasakan Karakter Murid Johor di sekolah dalam membangunkan
potensi murid dan guru secara holistik.

3. OBJEKTIF
Objektif pelaksanaan penarafan ini adalah seperti berikut:
3.1 Mengiktiraf dan menghargai kejayaan murid, guru dan sekolah dalam
memperkasakan Karakter Murid Johor.
3.2 Meningkatkan pelaksanaan Karakter Murid Johor agar lebih menarik,
proaktif, kreatif dan berimpak dalam pembangunan kemenjadian murid
beridentiti Johor;
3.3 Membangunkan gaya kepimpinan murid Johor yang berkualiti di samping
memantapkan kemahiran insaniah dan membudayakan kesenian warisan
Johor.

4. SASARAN PENYERTAAN
Semua Pejabat Pendidikan Daerah, sekolah, guru dan murid dalam negeri Johor

1
GARIS PANDUAN PENARAFAN PERMATA KARAKTER MURID JOHOR PERINGKAT NEGERI JOHOR
MURID PERMATA KARAKTER MURID JOHOR (KrMJ)

1. Maklumat
Kategori ini mengiktiraf murid yang bersekolah di Negeri Johor serta menunjukkan
kriteria karakter murid Johor. Ia dinilai berdasarkan aspek keterampilan,
kemahiran pengucapan awam, kepimpinan, kesenian dan kebudayaan, serta
pencapaian kokurikulum yang boleh menjadi suri teladan kepada murid lain. Murid
Permata KrMJ perlu aktif menggerakkan rakan sebaya dalam membudayakan
karakter murid Johor di sekolah serta proaktif dalam melaksanakan tanggungjawab
di peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

2. Pencalonan
a. penarafan kendiri peringkat sekolah.
b. penilaian di peringkat daerah.
c. penilaian di peringkat negeri dan memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk
dicalonkan bagi mewakili Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing
untuk dinilai di peringkat negeri. Hanya satu (1) wakil sekolah rendah dan
menengah akan mewakili PPD masing-masing.
d. Peserta perlu menyediakan bahan pembentangan mengikut item dalam
borang penilaian (slaid powerpoint tidak lebih 15 slaid dan video berdurasi
tidak melebihi 5 minit) dan sinopsis tidak lebih 2 muka surat.

3. Instrumen Penilaian
Instrumen Penilaian adalah seperti borang pencalonan di Lampiran A. Penilaian
adalah berdasarkan item berikut :

Bil Item Skor

1 Keterampilan 10

2 Kepelbagaian Kemahiran 30

3 Pencapaian dan anugerah tertinggi 20

4 Penglibatan dan sumbangan 20

5 Keistimewaan dan keunikan sebagai Murid Permata KrMJ 20

JUMLAH 100

2
GARIS PANDUAN PENARAFAN PERMATA KARAKTER MURID JOHOR PERINGKAT NEGERI JOHOR
4. Hadiah
Piala Iringan dan Sijil Penghargaan Peringkat Negeri

Untuk pertanyaan / keterangan lanjut, sila hubungi:

Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid,

Jabatan Pendidikan Negeri Johor

3
GARIS PANDUAN PENARAFAN PERMATA KARAKTER MURID JOHOR PERINGKAT NEGERI JOHOR
PENYELARAS PERMATA KARAKTER MURID JOHOR (KrMJ)

1. Maklumat
Kategori ini mengiktiraf Penyelaras Permata Karakter Murid Johor yang
menunjukkan usaha murni, inisiatif berterusan dan kecemerlangan dalam
menyelaras pengurusan pembentukan murid berkarakter. Pengurusan yang
diberikan dapat membantu murid meningkatkan keterampilan dan kemahiran ke
arah pembentukan kemenjadian modal insan unggul. Pelaksanaan mengikut garis
panduan yang ditetapkan serta memberi impak kepada kumpulan sasaran.
Program-program dirancang dilaksanakan mengikut keperluan dan Pengukuran
Indeks Prestasi (KPI).

2. Pencalonan
Pencalonan terbuka kepada penyelaras sekolah rendah dan menengah yang dipilih
melalui penilaian kendiri peringkat sekolah, daerah dan negeri. Calon perlu
memenuhi kriteria yang ditetapkan bagi mewakili Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
masing-masing untuk dinilai di peringkat negeri. Hanya satu (1) wakil sekolah
rendah dan menengah akan mewakili PPD masing-masing.

3. Instrumen Penilaian

Instrumen Penilaian adalah seperti Lampiran B. Peserta perlu menyediakan slaid


powerpoint mengikut item dalam borang penilaian tidak lebih 15 slaid dan sinopsis
tidak lebih 2 muka surat.

4. Hadiah
Piala Iringan dan Sijil Penghargaan Peringkat Negeri

Untuk pertanyaan / keterangan lanjut, sila hubungi:

Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid,

Jabatan Pendidikan Negeri Johor

4
GARIS PANDUAN PENARAFAN PERMATA KARAKTER MURID JOHOR PERINGKAT NEGERI JOHOR
SEKOLAH PERMATA KARAKTER MURID JOHOR (KrMJ)

1. Maklumat
Kategori ini mengiktiraf sekolah-sekolah negeri Johor yang menunjukkan usaha
murni, inisiatif berterusan dalam mewujudkan persekitaran dan pembentukan
budaya murid berkarakter. Persekitaran yang diwujudkan dapat membantu warga
sekolah dalam membudayakan amalan Karakter Murid Johor secara holistik ke
arah pembentukan kemenjadian modal insan unggul. Pelaksanaan mengikut garis
panduan yang ditetapkan serta memberi impak kepada kumpulan sasaran.
Program-program dirancang dilaksanakan mengikut keperluan dan Pengukuran
Indeks Prestasi (KPI).

2. Pencalonan
Pencalonan terbuka kepada semua sekolah rendah dan menengah yang dipilih
melalui penilaian peringkat daerah serta memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk
dicalonkan bagi mewakili Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing ke
peringkat negeri. Hanya satu (1) wakil sekolah rendah dan menengah akan
mewakili PPD masing-masing.

3. Instrumen Penilaian

Instrumen Penilaian adalah seperti Lampiran C. Sekolah perlu menyediakan bahan


pembentangan mengikut item dalam borang penilaian (slaid powerpoint tidak lebih
15 slaid dan video berdurasi tidak melebihi 5 minit) dan sinopsis tidak lebih 2 muka
surat.

4. Hadiah
Piala Iringan dan Sijil Penghargaan Peringkat Negeri

Untuk pertanyaan / keterangan lanjut, sila hubungi:

Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid,

Jabatan Pendidikan Negeri Johor

5
GARIS PANDUAN PENARAFAN PERMATA KARAKTER MURID JOHOR PERINGKAT NEGERI JOHOR

You might also like