You are on page 1of 17

KERTAS KONSEP

PERTANDINGAN e-ACTIV JAM


SENAM AEROBIK 1MURID 1SUKAN
KPM-MILO PERINGKAT
KEBANGSAAN TAHUN 2022

TARIKH PENGHANTARAN VIDEO PENYERTAAN:


15 OGOS 2022 – 14 OKTOBER 2022

ANJURAN:
UNIT PENGGALAKAN SUKAN
BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM & KESENIAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BERSAMA- SAMA
NESTLE PRODUCTS SDN. BHD.

PENGELOLA:
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
PERTANDINGAN E-ACTIV JAM SENAM AEROBIK 1MURID 1SUKAN KPM-MILO PERINGKAT
KEBANGSAAN KALI KE-5, 2022
1. PENDAHULUAN
Pertandingan e-Activ Jam Senam Aerobik 1Murid 1Sukan KPM-MILO
Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 ini adalah anjuran Bahagian Sukan,
Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) bersama-sama Nestle Products Sdn. Bhd. dan
akan dikelolakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor bagi tahun 2022.

Pertandingan ini dianjurkan buat pertama kalinya pada 26 - 27 Oktober


2018 yang telah diadakan di Kompleks Darul Putri, Jalan Cheras, Kuala Lumpur
dan seterusnya menjadi acara tahunan sehingga kini. Pada tahun 2021 buat kali
pertama kalinya Kategori Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) telah
diadakan bagi menarik minat murid menyertai pertandingan ini.

Selaras dengan hasrat pihak KPM-MILO, matlamat


memperkenalkan pertandingan e-Activ Jam Senam Aerobik kepada murid-murid
menerusi 1Murid 1Sukan ialah untuk menunjukkan betapa mudahnya untuk kekal
aktif dan sihat dengan senam aerobik yang ringkas dan menyeronokkan namun
menyihatkan badan.

2. OBJEKTIF

2.1 Menjadi platform kepada murid untuk mempraktikkan pembelajaran yang


mereka pelajari di dalam kelas melalui Subjek Pendidikan Jasmani
(Pergerakan Kreatif) - (Transfer of Learning);

2.2 Menjadi platform untuk membantu murid-murid kekal aktif dan


mengamalkan gaya hidup sihat;

2.2 Membina kesedaran tentang kepentingan aktiviti fizikal terhadap


pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan serta kesihatan diri;

2.3 Mewujudkan peluang kepada murid sekolah bagi memperkembangkan


potensi diri dalam aktiviti sukan; dan

2.4 Menjadi platform intervensi dalam menguruskan masalah berat badan.

3. JENIS SUKAN
Jenis sukan yang dipertandingkan adalah SENAM AEROBIK.

4. PENGELOLA
Anjuran : Unit Penggalakan Sukan
Bahagian Sukan, Kesenian dan Kokurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia
bersama-sama Nestlé Products Sdn. Bhd.

Pengelola : Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

1
PERTANDINGAN E-ACTIV JAM SENAM AEROBIK 1MURID 1SUKAN KPM-MILO PERINGKAT
KEBANGSAAN KALI KE-5, 2022

5. TARIKH PENGHANTARAN VIDEO : 15 OGOS 2022 – 14 OKTOBER 2022

6. SASARAN PESERTA : MURID TAHAP 2


6.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid Tahap 2 di Sekolah Rendah
yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
6.2 Bagi Kategori Keluarga, penyertaan boleh disertai oleh ahli keluarga peserta terdiri
daripada ibu bapa dan adik beradik sahaja.

7. KATEGORI PERTANDINGAN
Pertandingan ini terbahagi kepada lima (5) kategori iaitu:

7.1 Kategori Individu Lelaki


[seorang (1) murid]

7.2 Kategori Individu Perempuan


[seorang (1) murid]

7.3 Kategori Berpasukan


[lima (5) murid]

7.4 Kategori Keluarga


[seorang (1) murid tahap 2 + dua (2) ahli keluarga]

7.5 Kategori Individu Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK)


[seorang (1) murid) MBPK yang dibenarkan] berdasarkan ketetapan berikut:

- Kurang Upaya Pendengaran,


- Kurang Upaya Penglihatan (B3 – rabun) sahaja
- Masalah Pembelajaran

8. PERATURAN AM
Peraturan am ini perlu dibaca bersama dengan peraturan pertandingan yang
disertakan di Lampiran B dan kriteria pemarkahan di Lampiran C dan Lampiran D.

8.1 SYARAT PENYERTAAN


8.1.1 Setiap penyertaan wajib mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP)
terkini Kementerian Pendidikan Malaysia.
8.1.2 Penyertaan adalah PERCUMA.

2
PERTANDINGAN E-ACTIV JAM SENAM AEROBIK 1MURID 1SUKAN KPM-MILO PERINGKAT
KEBANGSAAN KALI KE-5, 2022
8.1.3 Sebarang kos (sekiranya ada) sebelum, semasa dan selepas menyertai
pertandingan ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh murid /peserta.

8.1.4 Penyertaan akan terbatal sekiranya didapati peserta memuat naik video
senam aerobik milik individu lain.
8.1.5 Peserta adalah bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan diri
semasa menjalankan aktiviti dan bukan di bawah tanggungjawab
penganjur sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini
sepanjang menyertai pertandingan ini.
8.1.6 Sebarang pelanggaran syarat-syarat di atas akan membatalkan
penyertaan.

8.2 KELAYAKAN
Murid Tahap 2 di sekolah rendah yang berdaftar di bawah Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) dibenarkan menyertai SATU KATEGORI INDIVIDU
DAN SATU KATEGORI BERPASUKAN (Berpasukan Murid atau Berpasukan
Keluarga). Manakala murid Tahap 2 bagi kategori individu MBPK di Sekolah
Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) / Program Pendidikan Khas Integrasi
(PPKI) dan Program Pendidikan Inklusif (PPI) sahaja bermula dari umur 10 tahun
hingga 14 tahun.

8.2.1 Kategori Individu Lelaki dan Perempuan [seorang (1) murid]


8.2.1.1 Penyertaan berasaskan Individu.
8.2.1.2 Murid mestilah yang bersekolah sepenuh masa di sekolah
yang berdaftar di bawah KPM.
8.2.1.3 Sekolah boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.

8.2.2 Kategori Berpasukan [lima (5) murid]


8.2.2.1 Penyertaan murid berasaskan sekolah.
8.2.2.2 Murid mestilah yang bersekolah sepenuh masa di sekolah
yang berdaftar di bawah KPM.
8.2.2.3 Sekolah boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.

8.2.3 Kategori Keluarga [seorang (1) murid + dua (2) ahli keluarga]
8.2.3.1 Penyertaan murid mesti disertai bersama dengan ahli
keluarga mereka.

3
PERTANDINGAN E-ACTIV JAM SENAM AEROBIK 1MURID 1SUKAN KPM-MILO PERINGKAT
KEBANGSAAN KALI KE-5, 2022
[tiga (3) orang peserta – seorang (1) murid Tahap 2 + dua
(2) orang ahli keluarga iaitu ibubapa dan adik beradik
sahaja].
8.2.3.2 Murid mestilah yang bersekolah di sekolah yang berdaftar
di bawah KPM.
8.2.3.3 Penyertaan kategori ini perlu melalui pihak Sekolah, dan
boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.

8.2.4 Kategori Individu (seorang murid MBPK)


8.2.4.1 Penyertaan peserta berasaskan Individu.
8.2.4.2 Murid mestilah mempunyai kad Orang Kurang Upaya
(OKU) yang bersekolah sepenuh masa di sekolah yang
berdaftar di bawah KPM.
8.2.4.3 Berumur 10 tahun hingga 14 tahun pada tahun 2022.
8.2.4.4 Kategori MBPK yang dibenarkan:
• Kurang Upaya Pendengaran,
• Kurang Upaya Penglihatan (B3 – rabun) sahaja
• dan Masalah Pembelajaran

8.3 HAD UMUR PESERTA


8.3.1 Penyertaan murid bagi kategori Individu dan berpasukan terdiri daripada
murid Tahap 2 berumur 10 hingga 12 tahun pada tahun 2022.
8.3.2 Penyertaan Kategori keluarga terdiri daripada seorang murid Tahap 2
berumur 10 hingga 12 tahun pada tahun 2022 bersama dua ahli keluarga
(tiada had umur).
8.3.3 Penyertaan Kategori Individu MBPK terdiri daripada seorang murid tahap
2 berumur 10 hingga 14 tahun pada tahun 2022.

8.4 PENDAFTARAN (LAMPIRAN A)


Kategori Individu, Individu (Pendidikan Khas), Berpasukan dan Keluarga
8.4.1 Setiap murid yang menyertai pertandingan ini perlu mendaftar melalui
pautan pendaftaran yang disediakan oleh pihak urusetia.
(Rujuk Lampiran A)
8.4.2 Pendaftaran hendaklah mendapat pengesahan guru besar sekolah
dengan menggunakan pautan pendaftaran yang disediakan.

4
PERTANDINGAN E-ACTIV JAM SENAM AEROBIK 1MURID 1SUKAN KPM-MILO PERINGKAT
KEBANGSAAN KALI KE-5, 2022
8.4.3 Pendaftaran Kategori Individu, Kategori Berpasukan, Kategori Keluarga
dibuka bermula pada 1 September 2022 hingga 30 November 2022.
8.4.4 Setiap pendaftaran hanya sah untuk seorang (1) murid dan satu (1)
kategori pertandingan yang ditetapkan sahaja.

8.5 PERATURAN TEKNIKAL


8.5.1 Persembahan murid dalam penyediaan video penyertaan mestilah
mengikut SOP terkini yang ditetapkan oleh KPM.
8.5.2 Spesifikasi Ruang Senam Aerobik
KATEGORI INDIVIDU = 3m x 3m
KATEGORI MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBPK) = 3m x 3m
KATEGORI BERPASUKAN & KELUARGA = 5m x 5m

5m
3m

Lantai pelan Lantai pelan


3m individu/MBPK berpasukan/keluarga 5m

8.5.3 Ruang ini perlu ditandakan dengan jelas menggunakan Pita Pelekat.
8.5.4 Masa Persembahan adalah 1 minit 20 saat (+/- 5 saat). Masa
persembahan yang melebihi masa atau kurang dari jumlah masa yang
ditetapkan akan menyebabkan penyertaan tidak layak ke peringkat akhir
dan penolakan markah (maksima 0.2).

8.6 PENGADIL / HAKIM


Jawatankuasa Pengelola akan melantik dan menyediakan pengadil / hakim untuk
menilai rutin bagi pertandingan ini.

8.7 BANTAHAN
Keputusan juri adalah MUKTAMAD. Sebarang bantahan tidak akan diterima.

5
PERTANDINGAN E-ACTIV JAM SENAM AEROBIK 1MURID 1SUKAN KPM-MILO PERINGKAT
KEBANGSAAN KALI KE-5, 2022

8.8 PINDAAN DAN HAK JAWATANKUASA PENGELOLA


8.8.1 Semua peraturan pertandingan yang dinyatakan di atas mesti dipatuhi.
Pihak pengelola berhak membuat pindaan terhadap peraturan
pertandingan. Pindaan yang dibuat akan dimaklumkan dan peserta perlu
mematuhi pindaan tersebut.
8.8.2 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am dan Peraturan
Pertandingan seperti di lampiran B akan diputuskan oleh Jawatankuasa
Pengelola pertandingan dan keputusannya adalah muktamad.
8.8.3 Penyertaan yang tidak berjaya mematuhi syarat pertandingan tidak akan
dinillai dan sijil penyertaan tidak akan diberikan.

9. GARIS MASA PERTANDINGAN


BIL PERKARA TARIKH TEMPAT
9.1 Bengkel Kerja Pemurnian Kertas Konsep 17 Mei 2022 Bilik Olimpian,
Pertandingan e-Activ Jam Senam Aerobik KPM-MILO Selasa Aras 7, BSKK
1Murid 1Sukan Peringkat Kebangsaan 2022 9.00 pagi

Taklimat Pengurusan Pengelolaan Pertandingan e- 30 Mei 2022 Bilik UPBM (KOKU),


9.2 Activ Jam Senam Aerobik KPM-MILO 1Murid 1Sukan Isnin JPNS
Peringkat Kebangsaan 2022 9.00 pagi

9.3 Bengkel Penyediaan Pautan Pendaftaran & Data 15 & 16 Julai SSTP, JPN Selangor
Studio Pertandingan e-Activ Jam Senam Aerobik 2022
KPM-MILO 1Murid 1Sukan Peringkat Kebangsaan (Khamis &
2022 Jumaat)

9.4 Hebahan ke JPN & sekolah 25 Julai 2022 Email rasmi JPN
9.5 Taklimat Penyelarasan Pertandingan e-Activ Jam 4 Ogos 2022 Secara dalam talian
Senam Aerobik KPM-MILO 1Murid 1Sukan Peringkat Khamis
Kebangsaan 2022 10.00 pagi

9.6 Tarikh Pendaftaran & Penghantaran Video 15 Ogos - 14 Pautan disediakan


Pertandingan e-Activ Jam Senam Aerobik KPM-MILO Oktober 2022
1Murid 1Sukan Peringkat Kebangsaan 2022

9.7 Bengkel Verifkasi Video Penyertaan Pertandingan e- 18, 19 & 20 SSTP, JPN Selangor
Activ Jam Senam Aerobik KPM-MILO 1Murid 1Sukan Oktober 2022
Peringkat Kebangsaan 2022
9.8 Tarikh Penilaian Video Penyertaan 24-28 Oktober SSTP, JPN Selangor
2022
9.9 Bengkel Penyediaan Video Majlis Penutupan Dan 7 – 10 SSTP, JPN Selangor
Pengumuman Pemenang Pertandingan e-Activ Jam November
Senam Aerobik KPM-MILO 1Murid 1Sukan Peringkat 2022
Kebangsaan 2022
9.10 Pengumuman Pemenang 19 November Youtube
PERTANDINGAN e-ACTIV JAM SENAM AEROBIK 2022
1 MURID 1 SUKAN KPM-MILO Sabtu
PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-5, 2022 10.00 pagi
(Secara Dalam Talian-Youtube)

6
PERTANDINGAN E-ACTIV JAM SENAM AEROBIK 1MURID 1SUKAN KPM-MILO PERINGKAT
KEBANGSAAN KALI KE-5, 2022
10. SIJIL PENYERTAAN & SIJIL PENCAPAIAN
Setiap peserta yang memenuhi syarat pertandingan Pertandingan e-Activ Jam Senam
Aerobik 1Murid 1Sukan KPM-MILO Peringkat Kebangsaan 2022 akan menerima sijil
penyertaan (dalam bentuk e-sijil) dan sijil pencapaian dari pengelola pertandingan.

11. HADIAH (TERTAKLUK KEPADA PINDAAN)

11.1 Hadiah untuk pemenang Kategori Individu Lelaki Peringkat Kebangsaan


i. Tempat Pertama : RM 500.00 tunai + sijil pencapaian
ii. Tempat Kedua : RM 300.00 tunai + sijil pencapaian
iii. Tempat Ketiga : RM 200.00 tunai + sijil pencapaian
iv. Tempat Keempat : Sijil pencapaian
v. Tempat Kelima : Sijil pencapaian

11.2 Hadiah untuk pemenang Kategori Individu Perempuan Peringkat Kebangsaan


i. Tempat Pertama : RM 500.00 tunai + sijil pencapaian
ii. Tempat Kedua : RM 300.00 tunai + sijil pencapaian
iii. Tempat Ketiga : RM 200.00 tunai + sijil pencapaian
iv. Tempat Keempat : Sijil pencapaian
v. Tempat Kelima : Sijil pencapaian

11.3 Hadiah untuk pemenang Kategori Berpasukan Peringkat Kebangsaan


i. Tempat Pertama :RM 1500.00 tunai + sijil pencapaian
ii. Tempat Kedua : RM 1000.00 tunai + sijil pencapaian
iii. Tempat Ketiga : RM 500.00 tunai + sijil pencapaian
iv. Tempat Keempat : Sijil pencapaian
v. Tempat Kelima : Sijil pencapaian

11.4 Hadiah untuk pemenang Kategori Keluarga Peringkat Kebangsaan


i. Tempat Pertama : RM 500.00 tunai + sijil pencapaian
ii. Tempat Kedua : RM 300.00 tunai + sijil pencapaian
iii. Tempat Ketiga : RM 200.00 tunai + sijil pencapaian
iv. Tempat Keempat : Sijil pencapaian
v. Tempat Kelima : Sijil pencapaian

7
PERTANDINGAN E-ACTIV JAM SENAM AEROBIK 1MURID 1SUKAN KPM-MILO PERINGKAT
KEBANGSAAN KALI KE-5, 2022
11.5 Hadiah untuk pemenang Kategori Individu MBPK Peringkat Kebangsaan
i. Tempat Pertama : RM 500.00 tunai + sijil pencapaian
ii. Tempat Kedua : RM 300.00 tunai + sijil pencapaian
iii. Tempat Ketiga : RM 200.00 tunai + sijil pencapaian
iv. Tempat Keempat : Sijil pencapaian
v. Tempat Kelima : Sijil pencapaian

11.6 Jumlah tajaan hadiah wang TUNAI dari Nestle Products Sdn. Bhd.
(MILO) bernilai RM7,000 (Ringgit Malaysia Tujuh Ribu Sahaja)

11.7 Perbelanjaan pengurusan pertandingan ditanggung dan diuruskan oleh


Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK).

11.8 Segala urusan pembayaran hadiah adalah dibuat oleh pihak Nestle
Products Sdn. Bhd. kepada pihak pemenang dan bukti resit pembayaran
kepada pemenang disertakan kepada pihak BSKK.

8
PERTANDINGAN E-ACTIV JAM SENAM AEROBIK 1MURID 1SUKAN KPM-MILO PERINGKAT
KEBANGSAAN KALI KE-5, 2022

LAMPIRAN A

PAUTAN PENDAFTARAN

Borang Pendaftaran Rasmi


URL Borang Pertandingan e-Activ Jam Senam Aerobik KPM-MILO Peringkat
Kebangsaan Tahun 2022

https://mylink.la/eactivjam_kebangsaan_tahun_2022

9
PERTANDINGAN E-ACTIV JAM SENAM AEROBIK 1MURID 1SUKAN KPM-MILO PERINGKAT
KEBANGSAAN KALI KE-5, 2022
LAMPIRAN B

PERATURAN PERTANDINGAN

1. PERTUKARAN NAMA PESERTA


Mana-mana peserta / pasukan tidak dibenarkan menukar nama peserta yang
telah didaftar di borang pendaftaran.

2. HAKIM
Hakim-hakim yang berkelayakan dan berpengalaman akan dilantik oleh
jawatankuasa pengelola untuk mengadili pertandingan ini. Panel hakim terdiri
daripada:
2.1. Chair Judge
2.2. Artistic Judge
2.3 Execution Judge
2.4 Line Judge
2.5 Time Keeper

3. KOD PAKAIAN
3.1 Peserta dikehendaki memakai seluar trek panjang, t-shirt dan kasut putih
(kanvas/sukan) agar kemas dan seragam serta menunjukkan kesukanan.
Seluar sukan hendaklah yang tidak berskirt. Pakaian sukan/t-shirt/seluar
yang dipakai semasa persembahan perlu kelihatan kemas.
3.2 Pakaian yang mencolok mata tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun,
tights panjang boleh digunakan.
3.3 Pemakaian yang melambangkan keganasan, keagamaan dan kekejaman
tidak dibenarkan sama sekali.
3.4 Rambut yang panjang mesti diikat sebagai sanggul dan kemas. Rambut
tidak boleh menutup dahi dan hendaklah dirapikan dengan kemas atau
digel. Penggunaan pewarna rambut mahupun butiran kerlipan di rambut
adalah tidak dibenarkan.
3.5 Barang kemas, jam tangan, topi/cap, hoodie, props, riben atau sebarang
aksesori tidak dibenarkan.

10
PERTANDINGAN E-ACTIV JAM SENAM AEROBIK 1MURID 1SUKAN KPM-MILO PERINGKAT
KEBANGSAAN KALI KE-5, 2022
4. MUZIK
4.1 Mana-mana genre muzik beat 135-155 bpm (Perdana) dan beat 120-
135bpm (MBPK) dengan gabungan 2 atau 3 buah lagu termasuk lagu
tema MILO sebagai lagu wajib. Lagu MILO tersebut di: https://bit.ly/actvj20
.
4.2 Pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap mutu dan kualiti video.
Oleh itu setiap peserta hendaklah memastikan video persembahan yang
dimuat naik adalah berkualiti dan bermutu tinggi.

5. JANGKAMASA / TEMPOH PERSEMBAHAN


5.1 Jangkamasa / tempoh persembahan 1 minit 20 saat (+/- 5 saat).
5.2 Masa hanya akan dikira apabila muzik dimainkan dan bukannya pada
permulaan pergerakan masuk melainkan kedua-duanya bermula serentak.
5.3 Masa persembahan yang melebihi masa atau kurang dari jumlah masa
yang ditetapkan akan menyebabkan penyertaan tidak layak ke peringkat
akhir dan penolakan markah (maksima 0.2).

6. PENYERTAAN AKAN DIBATALKAN SEKIRANYA PESERTA:


6.1 Muzik
6.1.1 tiada gabungan sekurang-kurangnya dua (2) lagu iaitu lagu wajib
(Milo) dan 1 lagu pilihan.
6.1.2 tidak mengikut beat yang telah ditetapkan iaitu 135-155 bpm
(perdana) dan 120-135bpm (MBPK).
6.1.3 Sila rujuk juga lampiran B, Nombor 4 para 4.1 & 4.2

6.2 Pakaian
6.2.1 Tidak boleh memakai sebarang aksesori seperti jam tangan, barang
perhiasan/kemas, topi/cap, riben/hiasan kepala, bandana/hiasan
kepala dan seumpamanya.
6.2.2 Pakaian yang tidak bersesuaian seperti jaket, hoodie, seluar
berskirt, seluar pendek dan pakaian yang mencolok mata.
6.2.3 Memakai Costume, pakaian berhias, dan bukan pakaian sukan.
6.2.4 Sila rujuk juga lampiran B, Nombor 3 para 3.1 hingga 3.5

11
PERTANDINGAN E-ACTIV JAM SENAM AEROBIK 1MURID 1SUKAN KPM-MILO PERINGKAT
KEBANGSAAN KALI KE-5, 2022

6.3 Video
6.3.1 Paparan video persembahan yang tidak memaparkan keseluruhan
kawasan (angle) dan persembahan yang jelas.
6.3.2 Video yang dirakamkan tidak statik (bergerak-gerak).
6.3.3 Video yang mempunyai latar belakang yang telah diedit (diletakkan
latar belakang bertema/berwarna).
6.3.4 Kualiti video yang rendah.
6.3.5 Link yang tidak boleh dibuka.
6.3.6 Video yang tidak menepati tempoh masa persembahan (1 minit 20
saat +/- 5 saat.)
6.3.7 Sila rujuk juga Lampiran D, Nombor 3, para 3.1 hingga 3.5

12
PERTANDINGAN E-ACTIV JAM SENAM AEROBIK 1MURID 1SUKAN KPM-MILO PERINGKAT
KEBANGSAAN KALI KE-5, 2022
LAMPIRAN C

KRITERIA PEMARKAHAN

1. ARTISTIK
1.1 Komposisi (Kompleks dan Keaslian):
1.1.1 Muzik - Kepelbagaian irama bukan satu rentak sahaja dan
penggunaan sound effect. Muzik yang sesuai dengan pergerakan
aerobik.
1.1.2 Pergerakan - Pergerakan mestilah mengikut beat.
1.1.3 Kandungan Am (General Content)
1.1.4 Ruang/Formasi
1.1.5 Elemen difficulties dan acrobatic boleh dimasukkan di dalam rutin
tetapi markah khusus tidak diberikan.

1.2 Persembahan:
1.2.1 Kesenian - Koreografi yang menunjukkan keunikan keseluruhan dan
kombinasi yang asli dari penampilan muzik koreografi dan peralihan
(transition).
1.2.2 Tidak menggunakan sebarang peralatan.

2 KESEMPURNAAN PELAKSANAAN (Execution)


2.1 Kemahiran Teknikal
2.1.1 Berupaya mempersembahkan keseluruhan rutin dengan
pergerakan yang menunjukkan kekuatan, kuasa dan fleksibiliti
dengan pelaksanaan yang sempurna.
2.1.2 Ketepatan pergerakan.
2.1.3 Melakukan pergerakan dengan postur yang betul dalam
keseluruhan rutin koreografi.
2.1.4 Mengawal seluruh pergerakan tanpa gangguan keseimbangan pada
pendaratan dan lompatan.

13
PERTANDINGAN E-ACTIV JAM SENAM AEROBIK 1MURID 1SUKAN KPM-MILO PERINGKAT
KEBANGSAAN KALI KE-5, 2022

2.2. Keseragaman
2.2.1 Melakukan pergerakan yang sama dan serentak.
2.2.2 Susunan yang tepat dalam formasi.

3. UNSUR KESUKARAN (Difficulty Elements)


Peserta boleh membuat pilihan pergerakan dalam elemen kumpulan berikut:

3.1 Kumpulan A - Kekuatan Dinamik (Dynamic Strength)


Contoh : Push Up, Lunges, Sit Up

3.2 Kumpulan B - Kekuatan Statik (Static Strength)


Contoh : Straddle Support , L- Support .

3.3 Kumpulan C - Lompatan (Jumps and Leaps)


Contoh : Air Turn, Jumping Jack

3.4 Kumpulan D - Keseimbangan dan fleksibiliti


Contoh : Side Split, Back Split, Front Balance

* pergerakan yang dicadangkan di dalam unsur kesukaran (difficulty elements) bukanlah satu kemestian
untuk dilakukan di dalam rutin persembahan*

14
PERTANDINGAN E-ACTIV JAM SENAM AEROBIK 1MURID 1SUKAN KPM-MILO PERINGKAT
KEBANGSAAN KALI KE-5, 2022
LAMPIRAN D

PENGHANTARAN VIDEO
1. Penghantaran penyertaan bagi kategori INDIVIDU, INDIVIDU
MBPK, KELUARGA dan BERPASUKAN adalah bermula 00:00:01
pagi pada 15 Ogos 2022 sehingga 11:59:59 malam pada 14
Oktober 2022.
2. Pada bahagian video dalam borang penyertaan, sila muat naik
video ke Youtube dan tetapkan dengan paparan ‘Unlisted’.
Kemudian dapatkan pautan dan masukkan di ruangan yang
disediakan. Namakan tajuk video pada format berikut:
NEGERI / KATEGORI / NAMA SEKOLAH/ INDIVIDU

3. Penyerahan Video :
3.1 Video penyertaan dan borang penyertaan hanya perlu dihantar
SEKALI sahaja.
3.2 Video penyertaan perlu dirakam dari tempat yang lebih tinggi
supaya semua peserta dapat dilihat dengan jelas di dalam rakaman
video.
3.3 Video penyertaan hendaklah dirakam dalam bentuk landskap dan
secara pegun dengan kamera video hendaklah diletakkan di satu
tempat tetap dan tidak boleh digerakkan sepanjang rakaman.
Penggunaan tripod kamera adalah digalakkan.
3.4 Video ini mesti dirakam bersama muzik berdurasi 1 minit 20 saat (+/-
5 saat)
3.5 Pendaftaran penyertaan mestilah melalui guru dan menggunakan
emel guru.

15
PERTANDINGAN E-ACTIV JAM SENAM AEROBIK 1MURID 1SUKAN KPM-MILO PERINGKAT
KEBANGSAAN KALI KE-5, 2022

SELAMAT BERTANDING!

16

You might also like