You are on page 1of 8

1.

0 MAKLUMAT & SYARAT PERTANDINGAN

1.1 Plastic Fantastic 2022 merupakan pertandingan inovasi dan reka cipta
yang dianjurkan oleh SBP Integrasi Rawang (SEPINTAR) sebagai satu
inisiatif untuk memupuk pemikiran kritikal, mengembangkan kemahiran
penyelesaian masalah dan literasi murid selaras dengan saranan
kemahiran dalam pendidikan abad ke-21.

1.2 Objektif penganjuran ini ialah sebagai platform perkongsian idea dan
pengalaman dalam mengembangkan konsep inovasi sains dan reka cipta
serta bakat bagi murid melahirkan perlakuan pintar cerdas melalui
penghasilan idea kreatif atau produk inovasi.

1.3 Butiran pelaksanaan pertandingan inovasi/reka cipta Plastic Fantastic


adalah seperti berikut:

Pertandingan : PLASTIC FANTASTIC 2022

Tarikh : 1 Mei – 31 Ogos 2022

Mod pertandingan : Secara dalam talian

Tema : Lestari plastik*

Penyertaan : ● 1 kumpulan terdiri dari maksimum 4 orang


murid dengan seorang mentor guru
● Terbuka kepada semua sekolah menengah
di bawah KPM
● Tiada bilangan had penyertaan. Sekolah
boleh menghantar seberapa banyak
penyertaan.
● Penyertaan akan ditutup secara rasmi pada
31 Ogos 2022
Sasaran : Murid Tingkatan 1-5 (peserta pertandingan)

Yuran penyertaan : Percuma

*Plastik yang digunakan di dalam pertandingan ini merangkumi


semua bahan sisa plastik seperti botol dan bekas plastik (botol air,
botol sabun dan detergen), beg plastik, pinggan dan cawan plastik,
penyedut minuman plastik, pembalut makanan.

2.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

2.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah menengah di


bawah KPM secara berkumpulan.

● Setiap kumpulan terdiri dari maksimum 4 orang murid

● Dibimbing oleh seorang mentor guru

2.2 Setiap sekolah boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tanpa had.
Penyertaan adalah PERCUMA.

2.3 Setiap penyertaan perlu mengetengahkan idea produk inovasi, reka cipta
atau bakat yang bermanfaat mengikut konsep dan tema pertandingan iaitu
PLASTIK.

2.4 Tarikh tutup pendaftaran penyertaan: 30 JULAI 2022.

Tarikh akhir penghantaran penyertaan lengkap: 31 OGOS 2022

3.0 PENGHANTARAN PENYERTAAN

3.1 Setiap kumpulan perlu membuat pendaftaran awal selewatnya 30 JULAI


2022 di pautan https://forms.gle/mKewTKBN9c8C2tQo7 atau melalui kod
QR di bawah:
Tarikh akhir penghataran lengkap adalah pada 31 OGOS 2022
merangkumi:

● Poster inovasi/reka cipta


● Video inovasi/reka cipta

Poster dan video hendaklah diemailkan ke alamat


step.sepintar@gmail.com dengan menulis nama sekolah sebagai tajuk
email.

Adalah menjadi tanggungjawab peserta untuk memastikan fail poster


yang dilampirkan adalah dalam format PDF SAHAJA serta pautan
video yang diberikan berfungsi kerana penjurian akan dilakukan
sepenuhnya melalui dua evidens ini.

3.2 Poster inovasi/reka cipta yang dihantar perlulah:

● Dalam format PDF sahaja.


● Poster boleh menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
● Sehelai/satu muka sahaja.
● Mengandungi perkara-perkara berikut:
⮚ Nama peserta dan nama sekolah
⮚ Tajuk
⮚ Abstrak
⮚ Metodologi
⮚ Hasil keputusan/data (jika ada)
⮚ Perbincangan/kelebihan/kekurangan/kegunaan
⮚ Gambar produk inovasi/prototaip
⮚ Rujukan

3.3 Video inovasi/reka cipta:

● Berdurasi tidak lebih dari 5 minit


● Video perlu dimuat naik di Youtube dan hanya pautan video dihantar
sebagai bahan pertandingan (berserta dengan poster melalui emel)
● Video boleh dihasilkan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
● Alamat pautan video Youtube ini perlulah dinyatakan di dalam poster
4.0 PENILAIAN & KEPUTUSAN PERTANDINGAN

4.1 Bahan pertandingan akan dinilai oleh panel juri yang dilantik oleh pihak
penganjur. Barisan juri merupakan pensyarah dalam bidang yang
berkaitan dengan tema pertandingan dari pelbagai universiti di Malaysia
dan Pusat STEM Negara.

4.2 Penilaian yang akan dilakukan merangkumi aspek

● Keaslian
● Kreativiti
● Jenis plastik dan peratus bahan plastik yang digunakan
● Keberkesanan untuk menyelesaikan masalah yang diutarakan/
berfungsi mengikut tujuan rekaan
● Kesesuaian konsep sains yang dikaitkan (jika ada)
● Ketelitian dan kekemasan
● Video yang menarik
● Poster yang bersesuaian

4.3 Proses penilaian mengambil kira evidens tambahan yang disertakan.


Contoh gambar, keputusan ujian, hasil analisis, graf, proses penghasilan,
video demonstrasi, sijil pengesahan dan lain-lain bahan sampingan yang
dirasakan sesuai menjadi nilai tambah dalam poster/video.

4.4 Keputusan panel juri adalah muktamad. Pihak penganjur berhak menolak
sebarang bantahan dari peserta.

5.0 HADIAH MENGIKUT KATEGORI

5.1 Semua peserta dan guru pembimbing akan menerima e-sijil penyertaan
secara automatik melalui email.

5.2 Terdapat 3 kategori pemenang iaitu:

KATEGORI VIDEO INOVASI PLASTIC FANTASTIC TERBAIK

TEMPAT HADIAH
PERTAMA

KEDUA 1 PINGAT/KUMP
KETIGA SIJIL PENCAPAIAN SETIAP AHLI
KEEMPAT KUMPULAN

KELIMA

KATEGORI PERSEMBAHAN POSTER PLASTIC FANTASTIC TERBAIK

TEMPAT HADIAH

PERTAMA

KEDUA 1 PINGAT/KUMP
KETIGA SIJIL PENCAPAIAN SETIAP AHLI
KEEMPAT KUMPULAN

KELIMA

KATEGORI ANUGERAH KHAS JURI

TEMPAT HADIAH

ANUGERAH KHAS JURI 1 PINGAT/KUMP


x5
SIJIL PENCAPAIAN SETIAP AHLI
KUMPULAN

5.3 Oleh kerana setiap kumpulan yang menang hanya akan menerima 1
pingat sahaja, pesanan pingat tambahan adalah dibenarkan dengan
bayaran tambahan sebanyak RM 15 untuk satu pingat.

5.6 Urusan pengeposan hadiah dan sijil pencapaian akan dilakukan melalui
Pos Malaysia atau perkhidmatan kurier yang bersesuaian seawal 12
September 2022.
6.0 CARTA ALIR

Hebahan program
Edaran surat jemputan
dan hebahan Hebahan bermula
pada:

1 Mei 2022

Pendaftaran awal Tarikh tutup


pendaftaran
penyertaan:
Penghantaran Video & 30 Julai 2022.
Poster

Tarikh akhir
penghantaran
penyertaan lengkap:

31 Ogos 2022

Penilaian
Oleh pakar yang
dilantik melalui poster, Penilaian bermula
dan video Youtube pada:

1 September 2022
Keputusan
Pengumuman
Makluman dilakukan pemenang pada:
secara dalam talian.
12 Sept 2022
Pingat dipos ke sekolah.

7.0 HUBUNGI KAMI

7.1 Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh menghubungi:

● Pn. Julia binti Jamaluddin (017-2755576)


● Pn. Nur Adilah binti Che Arif (019-3703304)
● Pn. Ilyani Munawwirah binti Idham (019-2718201)
● emel kami: step.sepintar@gmail.com

You might also like