You are on page 1of 2

1.

0 JEMPUTAN PERTANDINGAN

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH (JPN KEDAH) BAHAGIAN PEMBANGGUNAN BAKAT MURID
menjemput semua sekolah di Negeri Kedah untuk menyertai pertandingan ini yang akan diadakah pada
29 Mei 2021 & 5 Jun 2021 (Peringkat Daerah) 12 Jun 2021 (Peringkat Negeri) secara atas talian
mengunakan aplikasi LICHESS. 

Matlamat pertandingan adalah untuk memberi pendedahan kepada sukan catur secara atas talian ini
kepada pelajar diseluruh sekolah Negeri Kedah. Juteru itu kerjasama pihak sekolah untuk mengambil
bahagian ini untuk penyertaan sekolah dan penyertaan murid.

SURAT SIARAN PERTANDINGAN - akan disertakan kemudian

2.0 PENYERTAAN
Pertandingan ini hanya terbuka kepada semua pelajar sekolah di Negeri Kedah sahaja dan penyertaan
hendaklah melalui sekolah. PENYERTAAN ADALAH PERCUMA

Jumlah penyertaan bagi satu sekolah terhad kepada empat (4) peserta sahaja bagi satu kategori
dipertandingkan.

3.0 KATEGORI
Pertandingan terbahagi kepada tiga (3) peringkat umur dan pecahan kepada ketegori lelaki dan
perempuan.

BAWAH 12 TAHUN (LELAKI) & BAWAH 12 TAHUN (PEREMPUAN)


BAWAH 15 TAHUN (LELAKI) & BAWAH 15 TAHUN (PEREMPUAN)
BAWAH 18 TAHUN (LELAKI) & BAWAH 18 TAHUN (PEREMPUAN)

4.0 TARIKH DAN MASA PERTANDINGAN

29 MEI 2021 (SABTU) - DAERAH (KBB)(KP)(SIK)(PDG)(LKW) - (10PAGI - 12TGH HARI) 


05 JUN 2021 (SABTU) - DAERAH (KS)(PT)(BLG)(KMY) - (10PAGI - 12TGH HARI)
12 JUN 2021 (SABTU) - NEGERI (09.00PAGI - 01.00 PETANG)
5.0 FORMAT PERTANDINGAN

Peringkat bagi setiap sembilan (9) Daerah akan menggunakan sistem Arena dan peringkat Negeri akan
menggunakan sistem Swiss.

Sistem Arena :
-Pemain akan diberi masa selama 2 jam dan setiap perlawanan diberi 5min kawalan masa.
-Selama tempoh tersebut pemain perlu mengumpul sebanyak mungkin mata dari pemain lain.
-Pengunaan 'Berserk' dibenarkan.
-Mata setiap perlawanan dikira 
0mata(kalah); 1mata(seri); 2mata(menang); 3mata(menang Berserk) 
4mata(menang 3kali tanpa Berserk); 5mata(menang 3kali dengan Berserk)

Sistem Swiss :
-Pemain akan bermain 7 pusingan
-Masa akan diberikan 10min dan 2saat tambahan masa untuk setiap pergerakan
-Pemain perlu menghabiskan setiap pusingan
-Mata setiap perlawanan dikira - 0mata (kalah) ; 0.5mata (seri) ; 1mata (menang)
-Mata tertinggi akan dinobatkan pemenang
6.0 TANGUNGJAWAB PEMAIN
Segala kelengkapan seperti komputer, telefon dan kelajuan jaringan (Internet Speed) adalah
tanggungjawab pemain untuk menyediakan dan segala permasalahan terhadap peralatan mahupun
masalah jaringan perlu diselesaikan sendiri oleh pemain.

Integriti pemain sangat diperlukan memandangkan aktiviti ini dijalankan secara atas talian. Pihak
penganjur mengalakkan penggunaan ZOOM bagi setiap pemain. Pautan ZOOM akan diberi dan ini tidak
wajib untuk mereka yang mempunyai kesukaran menyediakan peralatan dan masalah kepada kelajuan
jaringan.

7.0 HADIAH
UTAMA
JOHAN, NAIB JOHAN, TEMPAT KE 3, TEMPAT KE 4 & TEMPAT KE 5

TAMBAHAN (SATU TEMPAT SAHAJA UNTUK SETIAP KATEGORI)


TERBAIK 07 THN ; 08 THN ; 09 THN ; 10 THN ; 11 THN (SEKOLAH RENDAH)
TERBAIK 13 THN ; 14 THN ; 16 THN ; 17 THN (SEKOLAH MENENGAH)

8.0 SIJIL
Sijil penyertaan untuk semua murid yang menyertai akan diberi pada 30 JUN 2021 secara sijil digital.

Sijil percapaian untuk semua murid yang mendapat tempat akan diberi dalam satu majlis khas
diumumkan kemudian. Satu jemputan khas akan dibuat melalui wakil sekolah. 

9.0 TARIKH TUTUP PENYERTAAN


20 MEI 2021 (05.00PTG) - BAGI SEMUA DAERAH

10.0 PAUTAN PENDAFTARAN


KUBANG PASU                 http://bit.ly/CATURKP2021
LANGKAWI                     http://bit.ly/CATURLKW2021
PADANG TERAP                http://bit.ly/CATURPT2021
KOTA SETAR                   http://bit.ly/CATURKS2021
KULIM BANDAR BAHARU      http://bit.ly/CATURKBB2021
KUALA MUDA YAN             http://bit.ly/CATURKMY2021
BALING                       http://bit.ly/CATURBLG2021
SIK                           http://bit.ly/CATURSIK2021
PENDANG                     http://bit.ly/CATURPDG2021

11. KEPUTUSAN SERTA PENGESAHAN PENDAFTARAN


Keputusan rasmi dan pengesahan pendaftaran kejohanan akan dinyatakan di datastudio ini untuk
rujukkan.

You might also like