You are on page 1of 18

GAYA PEMBELAJARAN, KESAN PERBEZAAN

INDIVIDU DAN PENYELESAIANNYA


BERDASARKAN TEORI KECERDASAN PELBAGAI
HOWARD GARDNER

DISEDIAKAN OLEH:
MUMTAZ SOLEHAH BINTI HAMIR
NIK NUR KAMILIA BINTI NIK MAWARDI
NUR SYAHIRAH BINTI MOHAMED RAZALI
Gaya pembelajaran merujuk kepada ciri-ciri afektif,
kognitif dan tingkah laku psikologi yang berkhidmat
sebagai indikator terhadap penerimaan para pelajar,
berinteraksi dan memberikan respons terhadap
pembelajaran persekitaran. Konsep gaya pembelajaran
telah digunakan untuk pelbagai sifat-sifat pelajar dan
perbezaan (Felder dan Brent, 2005).
TEORI KECERDASAN PELBAGAI
THOWARD GARDNERTE

TEORI KECERDASAN
PELBAGAI HOWARD GARDNER
● Setiap kanak-kanak mempunyai kecerdasan yang berbeza-beza. Setiap kecerdasan perlu dinilai sama
rata dan sama berat. Kecerdasan kanak-kanak dapat dipertingkatkan melalui peluang-peluang
pendidikan seperti menyediakan persekitaran yang kaya dengan bahan dan aktiviti yang
menyeronokkan.
● Teori ini diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983) yang menjelaskan bahawa kecerdasan adalah
kebolehan untuk menyelesaikan masalah ataupun mencipta produk yang dihargai oleh sesuatu
budaya. Sehingga kini, beliau mengenal pasti sembilan jenis kecerdasan (Gardner dalam McKenzie,
1996), iaitu:
1. Kecerdasan linguistik
2. Kecerdasan logikal
3. Kecerdasan muzikal
4. Kecerdasan kinestetik
5. Kecerdasan interpersonal
6. Kecerdasan intrapersonal
7. Kecerdasan visual/spatial
8. Kecerdasan naturalist
9. Kecerdasan existentialist
i) Linguistik (word smart)
● Pelajar yang memiliki kecerdasan ini akan menggunakan bahasa secara
berkesan dan mempunyai keupayaan auditori yang optimum. Belajar paling
baik melalui pendengaran .Tidak membina gambaran mental. Suka bercakap.
Gemar membaca, bermain teka kata dan penulisan.
● Kerjaya: Sasterawan (Penulis, Penyajak, Penceramah, Pensyarah dalam bidang
sastera)
● Contoh: A. Samad Said, William Shakespeare
ii) Logikal (number/reasoning smart)
● Pemikiran secara konsep, abstrak. Berkebolehan menjelajahi dan
menghubungkait. Mereka gemar kepada pembuktian, pengiraan, permainan
berasaskan kepada logik dan penyelesaian puzzle.
● Kerjaya: Ahli Matematik, Saintis, Jurutera, Akauntan.
● Contoh: Al-khawarizmi, Isaac Newton.
iii) Muzik (Music smart)
● Sensitif terhadap irama dan bunyi. Mereka boleh belajar dengan menggunakan
muzik.
● Kerjaya: Komposer, Penyanyi
● Contoh: P. Ramlee, Siti Nurhaliza

iv) Bodily / Kinestetik (Body smart)


● Gemar pergerakan aktif dalam pembelajaran. Mempunyai kemahiran
berkomunikasi melalui pergerakan badan dan aktiviti fizikal. Cemerlang dalam
aktiviti 'hands-on'. Kadang-kadang mereka didapati sukar untuk memberikan
tumpuan dan fokus.
● Kerjaya: Atlit sukan, pemain bola sepak, peninju, penari.
● Contoh: Nicol David
v) Interpersonal (people smart)
● Gemar untuk berinteraksi dengan individu yang lain. Pembelajaran
yang paling berkesan ialah dengan aktivti berkumpulan.
● Kerjaya: Ahli Politik, Peniaga, Pengacara, Usahawan
● Contoh: Aznil Hj. Nawawi

vi) Intrapersonal (Self smart)


● Kebolehan untuk refleksi diri sendiri dan sedar akan sifat dalaman
diri. Individu ini cuba untuk memahami perasaan dalaman, impian,
perhubungan dengan orang lain, kelemahan dan kekuatan yang ada.
● Kerjaya: Pengarang, Ahli Motivasi, Pakar Kaunseling, Ahli Psikologi.
● Contoh: Dr. Fadzilah kamsah, Jean Piaget.
vii) Visual / Spatial (Picture smart)
● Kebolehan untuk berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan paten(corak).
Kebolehan untuk membentuk model secara visual dan mengaplikasi model itu
kepada dunia fizikal. Individu ini gemar melihat peta, carta, gambar, video dan
filem. Kebolehan individu ini termasuk membaca, menulis, memahami carta dan
graf. melakar, melukis dan menterjemah imej secara visual.
● Kerjaya: Pelukis, Pengukir, Arkitek.
● Contoh: Leonardo Da Vinci

viii) Naturalist (Nature smart)


● Mempunyai kebolehan untuk berinteraksi dengan persekitaran.
● Kerjaya: Ahli Biologi, Geologist.
● Contoh: Charles Darwin
BAHAN UJI KAJI : Borang Soal Selidik.
KESAN PERBEZAAN INDIVIDU BERDASARKAN GAYA
PEMBELAJARAN

● Pelajar yang mengambil nota dengan mengaplikasikan peta minda/ i-Think dan
lukisan visual - Mempunyai kecerdasan visual/ spatial.
● Pelajar yang gemar membaca dan mengeluarkan/ menggariskan isi penting -
Mempunyai kecerdasan linguistik.
● Pelajar yang gemar beriadah - Mempunyai kecerdasan kinestetik.
● Pelajar yang suka belajar secara berkumpulan - Mempunyai kecerdasan
interpersonal.
● Pelajar yang suka belajar secara bersendirian - Mempunyai kecerdasan
intrapersonal.
● Pelajar yang gemar belajar sambil mendengar lagu / makan - Mempunyai
kecerdasan muzik dan kinestetik.
CARA-CARA
MENYELESAIK
AN MASALAH
PERBEZAAN
INDIVIDU
1. Kaedah Kumpulan

● Kaedah ini dijalankan kerana murid berbeza dari segi keupayaan dan memudahkan
guru menyediakan latihan serta bahan sumber pembelajaran.
● Kaedah berkumpulan dapat memberikan kesan yang baik kepada murid dan guru.
Sebahagian besar daripada tugas guru adalah bekerja dengan kumpulan dan tidak
dengan murid secara individu.
● Tujuan pengumpulan ini ialah supaya setiap kelas mengandungi murid yang
homogen mengikut markah ujian pencapaian.
● Tiga aras pencapaian dibentuk, iaitu aras tinggi, sederhana dan rendah. Rasional
mengumpulkan murid sedemikian adalah agar dia memperbaiki kecekapan dan
keberkesanan guru kerana pengajaran guru akan selaras dengan ciri-ciri kebolehan
murid.
● Murid pencapaian rendah memerlukan perhatian yang lebih, pengarak pengajaran
yang agak lambat, pengulangan serta latihan. Sementara kumpulan pencapaian
tinggi pula memerlukan autonomi yang lebih tinggi dan tugasan yang lebih kompleks
dan mencabar.
2. Kaedah Dalton

● Murid digerakkan dalam pembelajaran mereka dengan terlebih dahulu


supaya mengetahui apa yang patut dibuatnya.
● Dalam kaedah Dalton, guru menjadi pembimbing dan perujuk kepada
kanak-kanak.
● Guru mencadangkan kegiatan murid serta mengadakan perbincangan
dengan mereka. Guru menyimpan graf kemajuan harian murid.
● Dengan cara ini dianggarkan setiap murid belajar dan berjaya mengikut
kebolehan dan minat sendiri.
● Rancangan Dalton membolehkan murid bebas sediakan tugasannya dan
guru sebagai pembimbing murid sahaja
3. Kaedah Gerak Balas

● Kaedah ini akan melibatkan penglibatan aktif murid dalam suasana


pembelajaran.
● Murid-murid tidak bersifat pasif atau menerima sahaja maklumat daripada
pengajaran guru.
● Mereka digalakkan merancang projek menyelidik, merancang, menyusun
dan membuat demonstrasi, dan melaporkan hasil daripada projek yang
berkenaan.
4. Kaedah Pendidikan Pemulihan
● Menerusi kaedah pendidikan pemulihan guru akan membantu kanak-kanak
yang lemah dalam pelajaran mereka agar diberi pengajaran pemulihan
sama ada secara formal atau tidak formal.
● Pendidikan pemulihan bertujuan mengurangkan masalah pembelajaran
yang dihadapi oleh murid serta mengembangkan minat mereka terhadap
pelajaran ke tingkat keperluan yang memuaskan.
● Kaedah Pengayaan adalah sejenis kaedah pembelajaran yang memberi
peluang kepada murid mengembangkan sifat ingin tahu, semangat
berdikari, daya cipta serta bakat kepimpinan mereka.
● Pengayaan boleh merupakan pengayaan mendatar dan menegak.
Pengayaan mendatar merupakan aktiviti pengajaran berdasarkan
kebolehan murid-murid dalam sesuatu kumpulan. Pengajaran menegak
adalah berdasarkan minat dan bakat murid dalam kumpulan cerdas sahaja.

You might also like