You are on page 1of 15

DISEDIAKAN OLEH:

1) NURUL HUSNA BINTI ROSLI


2) NUR SYAHIRAH BINTI MOHD RAZALI
3) NORFATINI BINTI AHMAD AYUB
KECACATAN FIZIKAL
■ Merujuk kepada kanak-kanak yang mengalami
ketidakupayaan fizikal dan memerlukan pengubatan/
peralatan khas/ kerusi roda.
■ Ketidakupayaan berbentuk neurologi yang melibatkan otak
dan urat saraf yang rosak (Mohd Sharani, 2006)
■ Selain itu, ia juga melibatkan kecederaan ortopedik yang
melibatkan tulang, sendi dan otot.
■ Punca-punca utama ialah kekurangan zat makanan atau
kecederaan disebabkan kemalangan.
■ Pergerakan anggota badan ynag kurang cekap atau lancar adalah ciri
yang jelas bagi kanak-kanak cacat fizikal.
■ Menjejaskan pencapaian akademik khasnya dalam pelajaran yang
bergantung kepada kecekapan anggota-anggota badan.
- Seni
- Pendidikan Jasmani
- Muzik
Cerebral
Palsy

MASALAH
Muscular
Dystrophy KECACATAN Sawan
FIZIKAL

Spina
Bifida
1) Cerebral Palsy
■ Kecacatan yang melibatkan disfungsi pada otak dan
kerosakan fungsi psikomotor.

■ Kesukaran dalam pergerakan serta koordinasi tubuh


badan.

■ Menghadapi masalah lain seperti pertuturan,


bahasa, penglihatan dan terencat akal.
2) Muscular Dystrophy
■ Kelemahan dan kemerosotan sel-sel otot.
■ Bersifat progresif dan murid yang menghadapinya
akan menjadi semakin lemah sehingga keadaan
lumpuh.
■ Persediaan guru:
1. Guru perlu bersedia membantu murid apabila
dia mula kehilangan fungsi-fungsi psikomotor
tertentu.
2. Guru harus melengkapkan diri dengan pengetahuan
tentang penggunaan kerusi roda, alat pendakap
serta ubat-ubatan yang perlu diberikan kepada
murid itu.

3. Guru perlu mengetahui murid yang berada dalam


keadaan ini akan berasa letih dan perlu diberi masa
rehat.
3) SPINA BIFIDA
■ Kecacatan pada tulang belakang yang boleh menyebabkan
kelumpuhan pada bahagian bawah badan.
■ Ia adalah satu keadaan yang berlaku sejak kelahiran tetapi
boleh dibantu dengan pembedahan.
■ Musculardystrophy kemerosotan kekuatan otot secara
progresif sehingga kanak-kanak akan memerlukan kerusi
roda.
■ Kecerdasan kanak-kanak tersebut tidak terjejas.
■ Terdapat beberapa masalah perkembangan fizikal yang
dikenalpasti iaitu perkembangan fizikal tidak sempurna,
kebolehan mental yang teruk, cara percakapan yang
janggal, sukar berjalan mengikut arah bunyi dan hanya
menggunakan isyarat tangan apabila berkomunikasi.
SAWAN ATAU EPILEPSI
■ Epilepsi atau sawan merupakan sejenis serangan penyakit yang kebanyakannya
disebabkan kecederaan atau jangkitan penyakit di bahagian otak.
■ Ianya juga merupakan ketidakaliran otak yang mengganggu fungsi sistem saraf
yang normal.
■ Serangan penyakit ini menyebabkan penghidapnya mengalami sawan berulang
kali atau tidak sedarkan diri secara tiba-tiba.
■ Sawan adalah disebabkan oleh pelepasan elektrik dari otak yang dalam
sekumpulan sel-sel otak secara mengejut, selalunya berlaku dalam jangka yang
amat pendek.
PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG
MELIBATKAN MURID KECACATAN FIZIKAL
■ Tenang dan meyakinkan murid-murid.
■ Murid yang mengalami sawan perlu diletakkan di atas lantai
kepalanya disendeng ke tepi.
■ Mengurangkan kerja tugasan yang minimum.
■ Membenarkan masa tambahan dalam peperiksaan.
■ Melengkapkan alatan pendidikan Jasmani sesuai dengan
kecacatan fizikalnya.

You might also like