You are on page 1of 5

JUSTIFIKASI PEMILIHAN BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)

1.0 KESESUAIAN NAMA BBM

Nama Colour Pop telah dipilih bagi BBM ini bersesuaian dengan reka bentuk dan fungsi
BBM ini sendiri. Ini kerana BBM ini terdiri daripada beberapa warna yang terang seperti
merah, biru, kuning, hijau dan jingga. Berdasarkan artikel yang ditulis oleh Institut CECE,
Persekitaran yang berwarna-warni membawa kesan yang besar kepada pemerhatian,
pemikiran dan ingatan dalam kanak-kanak. Kanak-kanak yang membesar dalam
persekitaran yang berwarna-warni mempunyai kebolehan yang lebih kukuh berbanding
dengan mereka yang membesar dalam persekitaran biasa.

2.0 FUNGSI BBM

BBM Colour Pop yang dihasilkan berfungsi untuk:

 meningkatkan kemahiran sosial murid


 meningkatkan kemahiran berkomunikasi murid
 meningkatkan keyakinan murid bercakap di khalayak ramai
 membantu murid meluahkan emosi dengan lebih baik
 memberi peluang kepada murid lebih mengenali rakan lain

3.0 KEKUATAN BBM

Antara kekuatan BBM Colour Pop ialah:

 Mudah dibawa
 Mudah untuk disimpan
 Warna yang menarik
 Penggunaan ayat arahan yang mudah
4.0 REKA BENTUK BBM

Terdapat 3 komponen dalam BBM Colour Pop ini iaitu dadu warna, tikar warna dan kad
arahan.

4.1 Dadu Warna/Kotak Simpanan


 Diperbuat daripada mounting board
 Permukaan dadu warna terdiri daripada 6 warna (merah, biru, kuning, hijau, jingga
dan putih)
 Pada permukaan putih terdapat perkataan Colour Pop
 Dadu warna dijadikan kotak penyimpanan bagi bahan-bahan lain
 Boleh dibuka dan ditutup
 Disertakan dengan tali pemegang untuk mudah dibawa
 Saiz sederhana besar mudah disimpan

4.2 Tikar Warna


 Permukaan tikar warna terdiri daripada 5 warna (merah, biru, kuning, hijau dan
jingga)
 Diperbuat daripada kertas warna yang licin dan berkilat
 Saiz besar dan boleh dilipat untuk disimpan di dalam kotak simpanan
4.3 Kad Arahan
 Diperbuat daripada kertas yang telah di-laminate
 Terdapat 3 keping kad arahan yang disediakan
 Warna pada kad arahan sama seperti warna yang terdapat pada tikar warna
 Setiap warna pada setiap kad disertakan arahan yang berbeza

5.0 BAHAN ASAS BAGI MENGHASILKAN BBM

Terdapat beberapa bahan asas yang digunakan dalam menghasilkan BBM Colour Pop
antaranya ialah kertas warna, mounting board, reben, laminate film dan beberapa bahan
lain.

5.1 Kertas warna

Kertas warna telah digunakan dalam menghasilkan tikar warna. Kertas warna yang
digunakan terdiri daripada warna merah, biru, kuning, hijau dan jingga. Warna-warna yang
dipilih merupakan warna yang terang dan menarik. Permukaan kertas yang dipilih licin dan
berkilat untuk kelihatan lebih menarik.

5.2 Mounting board

Mounting board digunakan dalam menghasilkan kotak simpanan/dadu warna bagi BBM
Colour Pop. Mounting board yang dipilih terdiri daripada warna merah, biru, kuning, hijau,
jingga dan putih. Mounting board dipilih kerana struktur bahan yang kukuh dan keras
membolehkan bahan untuk dijadikan kotak penyimpanan. 6 warna berbeza dipilih bagi
mewakili permukaan dadu.

5.3 Reben

Reben digunakan sebagai pengikat kotak simpanan dan pemengang bagi BBM Colour Pop.
Reben berukuran 15cm dimasukkan pada 4 lubang pada permukaan mounting board untuk
dijadikan pengikat kotak simpanan. Reben berukuran 30cm pula dimasukkan pada 2 lubang
di sisi kotak simpanan untuk dijadikan pemegang. Pemengang yang dihasilkan
membolehkan BBM Colour Pop mudah dibawa ke mana sahaja.

5.4 Laminate Film

Laminate film digunakan pada kad arahan bagi BBM Colour Pop. Laminate film digunakan
bagi menjadikan kad arahan keras dan kalis air. Ini dapat memastikan kad yang dihasilkan
tahan lama dan mudah diurus.

6.0 KOS PENGHASILAN BBM

HARG
BIL A HARGA
BAHAN UNIT
. SEUNI (RM)
T (RM)
1. Kertas Warna 5 helai RM0.40 RM2.00
2. Mounting Board 6 keping RM0.80 RM4.80
3. Metal Ring 1 keping RM0.20 RM0.20
4. Laminate Film 2 helai RM0.40 RM0.80
5. Kertas A4 2 helai RM0.05 RM0.10
6. Pita Pelekat - RM0.80 RM0.80
7. Reben - RM0.40 RM0.40
JUMLAH RM9.10
RUJUKAN

Institut CECE. Kanak-kanak dan Perkembangan Awal: Warna Merangsang Perkembangan


Otak Kanak-kanak. Diperoleh pada 12 April 2019 daripada http://cece-earlychildhood-
ms.blogspot.com/2013/05/kanak-kanak-dan-perkembangan-awal-
warna.html#.XLIYJzAzbIU

Jaslinah binti Makantal. (2012). Perkembangan Kemahiran Sosial Kanak-kanak Melalui


Bermain. Satu Kajian Kes Di Sebuah Prasekolah. Universiti Pendidikan Sultan Idris

Kate. Easy DIY Giant Dice. Diperoleh pada 10 April 2019 daripada
https://www.thecrafttrain.com/easy-diy-giant-dice/

Nani Menon. (2007). Permainan, lagu & puisi kanak-kanak. Selangor: PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.

Pamapedia. Permainan Yang Sesuai Untuk Perkembangan Kanak-Kanak #Menarik.


Diperoleh pada 12 April 2019 daripada https://pamapedia.com/permainan-yang-
sesuai-untuk-perkembangan-kanak-kanak-menarik/1966#

Youtube. Video Mounting Boards Overview. Diperoleh pada 10 April 2019 daripada
https://www.youtube.com/watch?v=1yvdpTvwr3Y

You might also like