You are on page 1of 6

Pintu Tingkap Tingkap

Tingkap
Ruang Makan
Ruang Meja Makan Bilik
Masak Air
Rak Kasut
Cermin
Pintu
Rak Buku Meja
Pameran

Pentas mini
Sudut Bahasa dan
Komunikasi
Pintu

Meja
Murid
Ruang
Papan Pintar Aktiviti Meja Papan Informasi
Kumpulan/ Murid Hasil Kerja Murid
Main Bebas Meja
Murid

Meja
Murid
Meja Tingkap
Alatan Manipulatif Murid

Sudut Manipulatif Rak Fail


Meja Guru

Alatan Muzik Meja PPM Pagar


Pintu
Jongkang jongkit
Taman
Gelungsur Permainan

Buaian Ketingting
Paip
JUSTIFIKASI LAKARAN PELAN LANTAI

Terdapat beberapa aspek yang diambil kira dalam menghasilkan pelan lantai bagi sebuah
kelas prasekolah. Ini bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang kondusif di mana
dapat membantu meransang proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Setiap
bahagian dan ruang prasekolah memainkan peranan penting bagi murid prasekolah (Atam
Fazli, 2016). Pelan lantai yang dibina turut merujuk kepada Garis Panduan Perancangan
dan Penubuhan Tadika dan Taska 2017 serta Garis Panduan Pengurusan Prasekolah.

(a) Sudut Bahasa dan Komunikasi


Di bahagian Sudut Bahasa dan Komunikasi terdapat pentas mini dan rak buku. Boneka
juga diletakkan di kawasan pentas mini bagi kegunaan murid dan guru.

(b) Sudut Manipulatif


Sudut manipulatif berfungsi sebagai ruang penyimpanan alatan serta ruang bagi murid
menjalankan aktiviti manipulatif

(c) Meja Pameran


Meja pameran berfungsi sebagai ruang pameran bertema. Bahan seperti diorama boleh
diletakkan di meja pameran bagi memberi murid-murid kesediaan terhadap tema
prasekolah.
(d) Meja Murid
Terdapat 5 meja murid yang mewakili 5 kumpulan. Meja yang digunakan berbentuk
bulat bagi mengurangkan risiko kecederaan semasa murid menjalankan aktiviti. Meja
diperbuat daripada bahan kalis air bagi membolehkan sebarang aktiviti menggunakan
cecair di atas meja.

(e) Taman Permainan


Terdapat beberapa alatan di taman permainan seperti gelungsur, buaian dan jongkang-
jongkit. Bahan-bahan asas bagi alatan permainan terdiri daripada plastik dan besi tahan
lasak yang selamat untuk murid prasekolah. Lantai di kawasan taman permainan terdiri
daripada material getah bagi mengurangkan impak sekiranya murid terjatuh. Selain itu,
taman permainan dilengkapi dengan paip luar untuk kegunaan murid selepas
melakukan aktiviti. Kawasan taman permainan juga dilengkapi dengan pagar bagi
mengelakkan kawasan tersebut dimasuki oleh penceroboh atau digunakan tanpa
pengawasan guru.

(f) Ruang Aktiviti Kumpulan/Main Bebas


Ruang ini membolehkan murid menjalankan aktiviti dengan bebas dan selesa. Ruang ini
juga dijadikan ruang untuk morning circle dan aktiviti tayangan video. Menurut
Norzalikha Buyong dan Suziyani Mohamed, tadika seharusnya mempunyai ruang yang
luas bagi memberi kebebasan kepada murid untuk melakukan aktiviti.
(g) Ruang Pengajaran dan Pembelajaran
Ruang pengajaran dan pembelajaran melibatkan keseluruhan ruang dalam kelas.
Terdapat 5 meja murid yang mewakili 5 kumpulan. Murid boleh menjalankan aktiviti
kumpulan atau individu di ruang ini. Papan pintar berfungsi sebagai papan putih serta
papan pemancar bagi tayangan video.

(h) Ruang Kerja Guru dan PPM


Ruang ini melibatkan meja guru, meja PPM serta rak fail. Ruang ini penting bagi guru
dan PPM mengurus dokumen serta kerja berkaitan prasekolah selepas murid pulang.

(i) Papan Informasi dan Hasil Kerja Murid


Papan informasi di luar kelas memaparkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di prasekolah
sepanjang tahun. Papan hasil kerja pula menjadi ruang bagi hasil-hasil kerja murid
dipamerkan dan perlu dikemaskini secara berkala

(j) Pintu dan Tingkap


Terdapat 4 pintu dan 4 tingkap di seluruh bangunan kelas prasekolah. Pintu dan tingkap
amat penting bagi aspek pengudaraan dan pencahayaan. Setiap pintu dan tingkap turut
dilengkapi dengan jeriji besi tidak kekal bagi memastikan aspek keselamatan murid
terjamin. Pintu kelas prasekolah perlulah dibuka sepanjang masa kelas berlangsung.
Guru perlu memberi penerangan kepada murid dan PPM berkaitan laluan kecemasan
apabila berlaku kebakaran.
(k) Dapur (Ruang Masak dan Ruang Makan)
Bahagian dapur dibahagikan kepada ruang masak dan ruang makan. Ini bagi
memastikan kelancaran aliran keluar masuk semasa waktu rehat. Selain itu, ruang
dapur turut dipisahkan bagi memberi keselesaan kepada murid serta memastikan aspek
kebersihan terkawal.

(l) Bilik Air


Terdapat 2 bilik air murid iaitu bilik air murid lelaki dan bilik air murid perempuan.
Ketinggian tandas juga dibina mengikut kesesuaian ketinggian murid prasekolah. Lantai
tandas dilengkapi dengan alas untuk memastikan latai tidak terlalu licin. Murid perlu
memakai selipar semasa menggunakan tandas. Guru perlu memastikan tiada bahan
atau alatan berbahaya diletakkan di dalam bilik air (Hon Shan Shan, 2017).
RUJUKAN

Atam Fazli. Pelan Lantai Prasekolah. Diperoleh pada 25 Februari 2020 daripada
https://www.slideshare.net/atamfazli/pelan-lantai-prasekolah

Hon Shan Shan. Pengurusan Prasekolah. Diperoleh pada 25 Februari 2020 daripada
https://www.slideshare.net/ShanShanHon/pengurusan-prasekolah

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. (2017). Garis


Panduan Perancangan dan Penubuhan Tadika dan Taska 2017. Kuala Lumpur:
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Garis Panduan Pengurusan Prasekolah.


Putrajaya: Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.

Mark Dudek. (2014). Kindergarten Architecture. London: Taylor & Francis Group

Norzalikha Buyong & Suziyani Mohamed. (2018). Ciri-ciri Tadika Berkualiti. Seminar
Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan (ISPEN2018). Universiti Malaya.

Prof Madya Dr Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd Sharani Ahmad. (2009). Panduan
Kurikulum Prasekolah. Selangor: PTS Profesional

You might also like