You are on page 1of 4

LAKARAN PELAN LANTAI BILIK DARJAH 5

Ruang Permainan
&
Aktiviti Kumpulan

Sudut Seni
Tingkap & Langsir

Tingkap & Langsir


Sudut Hasil Kerja Murid

Ruang Aktiviti

Meja Guru
Pintu Depan

Papan Putih

Meja

Kerusi
Ahli kelas
Biodata
Almari

Sudut Moral &


Sudut Sains &

Kerohanian
Matematik
Rak ABM

Sudut Bahasa

Sudut Ketatanegaraan

PENERANGAN PELAN LANTAI

Meja Guru

Meja guru diletakkan di hadapan kelas, menghadap meja murid bagi membantu
berlakunya kontek visual antara murid dan guru sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran. Kedudukan meja guru adalah di bahagian tepi kelas bukan di tengah
supaya penglihatan murid pada papan putih tidak terhalang.

Almari/Rak ABM
Almari dan Rak ABM diletakkan bersebelahan dengan meja guru bagi kemudahan
guru untuk menyimpan dan meletakkan Alat Bantu Mengajar serta alatan yang akan
digunakan murid untuk aktiviti-aktiviti tertentu.

Meja Murid
Meja murid disusun mengikut kumpulan supaya berlakunya komunikasi antara mereka
didalam kumpulan tersebut. Dengan susunan meja tersebut memberi keselesaan
kepada murid sewaktu menghadap papan putih disamping dapat mengekalkan
konteks visual antara guru.

Sudut Bacaan
Diletakkan di bahagian belakang kelas. Memuatkan rak buku dan majalah bagi murid
membaca dan membuat rujukan . Di sudut ini diletakkan beberapa meja untuk
keselesaan murid.

Sudut-sudut
Setiap sudut yang dinyatakan, diletak atau ditampal carta-carta yang berkaitan. Sudut
hasil kerja murid juga dapat melahirkan rasa bangga murid apabila hasil kerja mereka
dipamerkan.

Papan lembut
Ditampal dengan jadual tugasan murid-murid, jadual kelas dan carta organisasi kelas.

PELAN LANTAI YANG DICADANGKAN BAGI MENGATASI MASALAH DISPLIN


DALAM KELAS.

PENDAHULUAN
Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran
merupakan tempat yang terpenting yang perlu ada pada sekolah. Ia juga merupakan
medan perjuangan utama kerjaya seseorang guru.
Secara amnya, bilik darjah ialah bilik-bilik di sekolah di mana sekumpulan murid
atau pelajar mengikuti pelajaran atau belajar sesuatu mata pelajaran yang di ajar oleh
guru. Untk konsep yang lebih luas, bilik darjah tidak semata-mata merupakan ruang
untuk proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi mencakupi murid-murid dan guru
yang beajar dan mengajar dan berinteraksi antara satu sama lain didalamnya.
Didalam bilik darjah, selain mengajar, guru juga memainkan peranannya
sebagai pengurus. Tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah,
mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas,
mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif, mengurus bahan-
bahan pengajaran dan sebagainya.
Pelbagai kekangan dan permasalahan yang akan wujud dalam bilik darjah.
Oleh itu keperluan dan kesedaran tentang pentingya pengurusan bilik darjah perlu ada
dalam dada semua insan yang bergelar pendidik.
Suasana bilik darjah yang harmonis membantu peningkatan pengajaran dan
pembelajaran yang lebih bermakna adalah menjadi tanggungjawab guru untuk
membentuknya. Guru perlu bijak dalam menggunakan pendekatan-pendekatan bagi
mengawal aktiviti dalam bilik darjah berlandaskan tahap perkembangan murid.
Berdasarkan perkara-perkara yang telah dihuraikan di atas, satu lakaran pelan
lantai bilik darjah telah dicadangkan bagi membantu mengurangkan masalah displin
di dalam kelas.

You might also like