You are on page 1of 22

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI 2012




HBMT 1203
PENGAJARAN MATEMATIK PRA-SEKOLAH



NO. MATRIKULASI : 810407135041001
NO. KAD PENGENALAN : 810407-13-5041
NAMA : JASNI BIN EHWAN
NO. TELEFON : 013-8415439
E-MEL : jassz19@yahoo.com
: jassz19@oum.edu.my
PUSAT PEMBELAJARAN : PPT SIBU


810407135041001 HBMT1203


ISI KANDUNGAN


Bil.

Kandungan

Muka Surat


1

1.0 Pengenalan

2

2

2.0 Konsep Pendidikan Prasekolah
2.1 Konsep Awal Matematik

3
3

3

3.0 Konsep Pra Nombor

4

4

4.0 Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

8

5

5.0 Aktiviti Pembelajaran Prasekolah
5.1 Aktiviti Memadankan Objek
5.2 Aktiviti Membanding Objek

12
12
13

6

6.0 Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget
6.1 Tahap-Tahap Perkembangan Kognitif Jean Piaget
6.2 Implikasi Teori Kognitif Piaget Kepada Pengajaran

14
14
16

7

7.0 Teori Pembelajaran Bruner
7.1 Implikasi Teori Bruner Ke Atas Pengajaran Dan Pembelajaran

17
18

8

8.0 Kesimpulan

20



Rujukan

21




810407135041001 HBMT1203

2


1.0 Pengenalan
Pendidikan prasekolah adalah asas kepada pendidikan di sekolah. Ia merupakan
pendedah awal murid kepada perkembangan individu selepas pendidikan awal di rumah.
Oleh itu, guru prasekolah perlu mempunyai pengetahuan yang luas mengenai pendidikan
prasekolah yang merangkumi pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak, strategi
pengajaran dan pembelajaran dan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan pendidikan
prasekolah. Dalam pengajaran dan pembelajaran, guru prasekolah perlu menggunakan
pendekatan yang bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak supaya
pengajaan dan pembelajaran guru berkesan dan dapat difahami oleh kanak- kanak. Dalam
pendidikan prasekolah, guru prasekolah perlu mengendalikan pengajaran dan
pembelajaran dalam bentuk aktiviti kumpulan, individu dan kelas. Guru perlu sentiasa
menggalakkan murid terlibat secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
supaya mereka berasa lebih seronok semasa belajar.
Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas adalah berdasarkan beberapa
prinsip teori pembelajaran. Antara teori tersebut ialah teori pembelajaan kognitif. Teori
pembelajaran kognitif merupakan salah satu teori yang sangat penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak di pra sekolah. Teori ini menekankan proses
kognitif bagi menghasilkan perubahan tingkah laku murid dalam pembelajaran. Teori
pembelajaran kognitif ini menegaskan bahawa pengalaman sedia ada kanak-kanak dapat
membantu mereka dalam menyelesaikan masalah.
Teori pembelajaran kognitif juga memberikan beberapa implikasi terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Selain itu, teori tersebut juga memberi
penekanan kepada penyusunan isi pelajaran hendaklah disediakan berdasarkan peringkat
perkembangan kanak-kanak. Ini kerana pengetahuan dan kebolehan kanak-kanak adalah
berbeza mengikut umur atau tahap masing-masing. Di sini, guru haruslah menyampaikan
dan menyusun isi-isi pelajaran mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak tersebut
agar pembelajaran lebih bermakna.



810407135041001 HBMT1203

3


2.0 Konsep Pendidikan Prasekolah
Pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman
pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau
lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal.
Ia bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan,
menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk
ke alam sekolah rendah.

2.1 Konsep Awal Matematik
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dibangunkan dengan
matlamat untuk memperkembang dan menyuburkan potensi kanak-kanak yang secara
menyeluruh dan seimbang meliputi segenap aspek perkembangan sama ada fizikal,
emosi, rohani, intelek dan sosial. Proses ini berupaya dicapai melalui persekitaran
pembelajaran yang kondusif, selamat dan ceria serta disokong oleh pelaksanaan aktiviti
yang kreatif, menyeronokkan dan bermakna. Dalam konteks ini, peluang yang sama rata
akan diberikan kepada semua kanak-kanak untuk memperkembangkan potensi diri
melalui penglibatan aktif dalam aktiviti yang dirancangkan.
Prinsip utama yang diguna pakai dalam KSPK adalah berdasarkan kepada
pendekatan dan kandungan pembelajaran yang relevan dengan peringkat perkembangan
kanak-kanak serta turut mengambil kira perbezaan potensi antara individu. Adalah
diharapkan melalui pelaksaaan KSPK akan memberi kesempatan kepada kanak-kanak
memperoleh konsep dan kemahiran asas secara holistik yang berupaya menjana asas
yang kukuh dalam proses kesinambungan pembelajaran di sekolah rendah kelak.
Awal Matematik membekalkan pengalaman awal matematik kepada kanak-kanak
berumur 4 hingga 6 tahun. Pengalaman matematik awal adalah penting kerana ia
merupakan asas untuk membantu murid menjalani kehidupan seharian dengan lebih
sistematik dan memudahkan murid memahami konsep matematik yang lebih tinggi.



810407135041001 HBMT1203

4


Pengalaman yang diberikan adalah merangkumi pengetahuan tentang konsep pra nombor,
nombor, operasi nombor yang mudah, nilai wang, konsep waktu, bentuk dan ruang.
Guru hendaklah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara tersusun bagi
mencapai standard pembelajaran yang dihasratkan dan memastikan pengalaman
pembelajaran yang bermakna, menggembirakan, berkesan serta memberi motivasi kepada
murid untuk belajar.

3.0 Konsep Pra Nombor
Kemahiran pranombor merupakan kemahiran yang paling awal yang perlu
diperkenalkan kepada kanak- kanak sebelum memperkenalkan murid dengan konsep
nombor. Pendedahan awal konsep pra nombor pada seawal usia kanak-kanak adalah
penting bagi membina sikap positif terhadap Matematik. Pendekatan yang dirancang rapi
sesuai untuk membantu kanak-kanak untuk membina kemahiran numerasi. Kanak- kanak
memerlukan banyak pengalaman hands-on dan menyebut sebelum kemahiran
menulis nombor. Seawal umur 2 tahun, kanak-kanak telah mula mengajuk patah-patah
kata yang didengar di sekelilingnya. Contohnya satu, dua, tiga dan seterusnya.
Konsep pranombor dalam pendidikan prasekolah terbahagi kepada beberapa bahagian
iaitu :-
i. Pengelasan
ii. Perbandingan
iii. Seriasi
iv. Padanan satu dengan satu
v. Pola
vi. Keabadian






810407135041001 HBMT1203

5


3.1 Pengelasan
Pengelasan merupakan pengumpulan objek konkrit dan semi konkrit berdasarkan
ciri-ciri yang jelas. Tujuannya untuk memastikan murid dapat membezakan dan
mengumpul objek berdasarkan kesamaan dan perbezaan. Klasifikasi objek tersebut boleh
dilakukan berdasarkan kepada :-
a) Satu ciri ( contohnya : warna, saiz, bentuk)
b) Dua ciri ( contohnya : warna dan bentuk, warna dan saiz )
c) Tiga cirri ( contohnya : warna, bentuk dan saiz )
d) Negatif ( contohnya : objek yang tidak terdapat dalam kumpulan tertentu )
Aktiviti pengelasan adalah proses yang penting bagi membentuk konsep nombor. Oleh
itu, prses pengelasan perlu melalui beberapa tahap iaitu :-
a) Memilih dan membanding
b) Mengumpul
c) Memilih semula
d) Mengasingkan kumpulan
e) Memilih objek berdasarkan fungsi, kegunaan atau konsep

3.2 Perbandingan
Proses mengaitkan antara dua benda menggunakan ciri tertentu sebagai asas
perbandingan (Gibbs dan Castadena, 1975). Perbandingan berlaku apabila kita
membandingkan ciri- ciri kuantitatif dan kualitatif dua objek. Tujuannya adalah untuk
memastikan murid- murid menguasai konsep yang selalu digunakan dalam perbandingan
seperti banyak, lebih kurang dan lebih tinggi. Contoh perbandingan digunakan ialah :-
Ukuran ( Panjang : Pendek , Tinggi : Rendah , Tebal : Nipis )
Saiz ( Besar : Kecil )
Berat ( Berat : Ringan )
Bilangan ( Banyak : Sedikit )


810407135041001 HBMT1203

6


3.3 Seriasi
Seriasi merupakan susunan lebih daripada dua objek mengikut turutan
berdasarkan kriteria yang jelas. Tujuannya adalah untuk membolehkan murid mencari
pertalian antara satu objek dengan objek yang lain atau antara konsep matematik yang
lain. Kebolehan menyusun dan menertib adalah mengikut perkembangan konservasi dan
pengelasan. Ini menjadikan proses pembelajaran yang mereka lalui akan lebih bermakna.
Contoh seriasi yang biasa dilakukan adalah seperti berikut:
i) Menyusun mengikut pola urutan
Kecil Besar , Nipis Tebal , Rendah Tinggi
Pendek Panjang , Sempit Luas
ii) Menyusun objek mengikut cirri bentuk, saiz, warna dan sebagainya.

3.4 Padanan Satu Dengan Satu
Padanan satu dengan satu adalah hubungan perkaitan satu dengan satu antara
objek yang sama atau berbeza. Proses memadan bermula daripada :
i) konsep memadan objek dengan objek mengikut warna, saiz, bentuk,
bilangan, pasangan dan sebagainya.
ii) konsep objek dengan nombor.
iii) konsep nombor dengan nombor.
Contoh padanan satu dengan satu adalah seperti berikut:
a. Memadan benda yang berpasangan yang sama (kasut)
b. Memadan benda yang berpasangan tetapi tidak sama (sudu dan garpu)
c. Memadan bilangan yang sama
d. Memadan bilangan objek dengan simbol nombor




810407135041001 HBMT1203

7


3.5 Pola
Salah satu aspek dalam Matematik adalah mengkaji pola. Contohnya dalam
kehidupan seharian kita, ada waktu siang dan ada waktu malam. Terdapat empat cara
bagaimana konsep pola boleh dikembangkan dalam diri murid:
a) Meniru pola
b) Menyambung pola
c) Melengkapkan pola
d) Membina pola sendiri

3.6 Keabadian
Ketekalan (consistency) merupakan satu aspek yang boleh dikaitkan dengan jisim,
isipadu dan keluasan. Tujuan konsep keabadian diperkenalkan adalah untuk memastikan
murid- murid memahami ketekalan jisim dan isipadu walaupun diletakkan, disusun atau
diatur di tempat atau keadaan yang berbeza.















810407135041001 HBMT1203

8


4.0 Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

Konsep nombor merupakan salah satu kemahiran yang perlu dipelajari oleh
kanak-kanak prasekolah. Nombor memainkan peranan yang penting dalam menguasai
pembelajaran Matematik prasekolah. Namun begitu, didapati segelintir guru tidak
memahami perkembangan kanak-kanak dan asas dalam perkembangan Matematik
dengan terus mengajar kanak-kanak simbol nombor 1, 2, 3 dan seterusnya tanpa
mengaitkan nombor-nombor ini dengan objek di sekeliling (Rohani et. al, 2004). Ini
menyebabkan kanak-kanak tidak dapat mengaitkan nombor dengan keadaan sebenar.
Aktiviti bermain adalah asas dalam proses pembelajaran kanak-kanak. Frobel
(1805) percaya proses pembelajaran yang paling berkesan adalah sesuatu yang berlaku
dalam keadaan yang menggembirakan. Bermain adalah suatu aktiviti pilihan bagi kanak-
kanak. Pembelajaran berbantukan komputer dapat meningkat keyakinan dan semangat
ingin tahu yang tinggi kepada kanak-kanak (Van Horn et. al., 2007). Ini mendorong
kanak-kanak mencari penyelesaian tanpa merasa takut. Selaras dengan itu suatu sistem
pembelajaran bagi tajuk konsep nombor dibangunkan berasaskan pendekatan permainan
bagi kanak-kanak prasekolah.
Menurut Mohd Daud Hamzah (1996), kanak-kanak mempelajari matematik
melalui kegiatan seharian tertentu. Ada beberapa aktiviti yang membantu kanak-kanak
memperolehi konsep-konsep awal matematik iaitu aktiviti padanan, penjenisan, dan
susunan atur. Padanan ialah kegiatan memilih sifat tertentu dan membuat perbandingan.
Penjenisan pula adalah kegiatan memilih sifat umum di kalangan bentuk-bentuk.
Manakala susunan aturan adalah kegiatan meletakkan perkara sepanjang satu barisan.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa teori daripada pakar-pakar pembelajaran
bagaimana kanak-kanak mempelajari matematik dan jenis matematik yang boleh
dipelajari pada peringkat yang berbeza dalam perkembangan kognitifnya.





810407135041001 HBMT1203

9


Dalam memahami konsep nombor pula, kanak-kanak perlu menguasai kemahiran
serasi dan padanan satu dengan satu secara logik. Konsep nombor melibatkan tujuh aspek
pembelajaran iaitu mengetahui konsep nombor 1 hingga 5, mengetahui konsep nombor 1
hingga 10, mengetahui konsep dan nilai sifar, mengetahui konsep nombor 10 hingga 20,
mengetahui konsep siri 20, 30, 40, dan 50, operasi tambah dan akhir sekali ialah operasi
tolak. Contohnya, guru menjalankan aktiviti dalam mengetahui konsep dan nilai sifar, di
mana guru tersebut meletakkan 5 biji limau ke dalam bakul dan menyuruh mereka
mengeluarkan kesemua limau tersebut, setelah kesemua limau tersebut dikeluarkan maka
guru memberikan penerangan bahawa baki yang tinggal di dalam bakul tersebut adalah
sifar.
Konsep pra nombor perlu dipelajari oleh kanak-kanak sebelum mereka boleh
menggunakankonsep nombor keseluruhannya dengan betul. Konsep ini penting untuk
membolehkan kanak-kanak memperoleh sebahagian gambaran yang berkesan tentang
nombor keseluruhannya. Kebolehan mengelaskan objek atau benda mengikut warna ,
bentuk dan saiz. Kebolehan mengenal kuantiti melaluiperbandingan, banyak atau sedikit,
sama banyak atau tidak sama banyak dan lebih atau kurang.
Pada peringkat ini, instruksi yang boleh digunakan oleh guru ialah menunjukkan
mereka benda-benda maujud. Guru boleh membawa bahan seperti buah-buahan dan
benda-benda yang menarik ke dalam kelas agar kanak-kanak mengenali bahan tersebut
dengan lebih dekat. Mereka boleh memegang, mengenali bentuk dan merasa bahan-bahan
tersebut serta mengingatinya. Melalui kaedah ini para pelajar akan dapat mengetahui
bahawa kuantiti objek adalah berbeza. Hal ini boleh digunakan oleh guru kerana pada
tahap ini pelajar sudah boleh mengingati sesuatu dengan lebih lama dan suka bertanya
serta cuba memahami konsep.Mereka mula menggun akan bahasa secara sedikit demi
sedikit dan berfikir menggunakan bentuk-bentuk simbol.





810407135041001 HBMT1203

10


Permainan adalah satu kaedah pengajaran yang akan dapat mengembangkan daya
kreativiti dan memupuk minat terhadap Matematik . Ianya juga akan dapat
mengurangkan rasa bosan dan jemu, khusus semasa menyelesaikan pelbagai masalah
Matematik. Penggunaan aktiviti permainan sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran
dalam dan luar bilik darjah adalah berlandaskan prinsip bermain sambil belajar.
Penyelesaian bagi beberapa masalah dalam matematik boleh ditunjukkan melalui aktiviti
permainan dan simulasi, khususnya masalah yang melibatkan aplikasi kehidupan
seharian. Simulasi juga sering digunakan untuk menerangkan jawapan atau penyelesaian
dalam rekreasi Matematik. Flansburg (1994) telah menyatakan bahawa pembelajaran
Matematik bukanlah dengan mengingat tetapi merupakan aktiviti yang kreatif seperti
melukis, menulis atau bermain.
Berlainan pula dengan Bruner, beliau juga tidak menafikan mungkin satu lagi
jenis kecerdasan wujud iaitu kecerdasan naturalis dan menjadikan jumlah keseluruhan
kecerdasan yang ada ialah lapan. Setiap murid di dalam kelas bukan hanya tertakluk
kepada satu jenis kecerdasan sahaja. Seseorang itu mungkin memiliki dua atau lebih
kecerdasan dan ini adalah tugas guru untuk mencari cara pembelajaran yang sesuai
dengan seseorang pelajar itu berdasarkan jenis kecerdasan mereka.
Pengetahuan Matematik tidak wujud dalam objek atau realiti luaran, tetapi ia
adalah perkaitan (Kamii, 1982). Sebaliknya proses mengira sebenar hanya berlaku
sekiranya kanak-kanak faham maksud satu dengan satu benda, dua dengan dua benda dan
seterusnya (Fuson, 1988).
Selain itu, guru juga perlu sedar bahawa pada peringkat awal kanak-kanak di
prasekolah perlu didedahkan kepada bahan-bahan pelajaran yang terdiri daripada objek-
objek besar iaitu yang senang dilihat dan disentuh. Pelbagai jenis alat bantu mengajar
diperlukan untuk mengajar kanak-kanak disebabkan perkembangan kognitifnya yang
terhad. Murid-murid di peringkat ini juga masih belum bersedia menyelesaikan masalah
abstrak atau dalam bentuk hipotesis. Oleh itu, banyak contoh konkrit dan analogi
diperlukan untuk memudahkan pemahaman murid-murid.


810407135041001 HBMT1203

11


Guru memainkan peranan penting dalam merancang aktiviti-aktiviti yang
menyeronokkan dan bermakna bagi kanak-kanak. Aktiviti yang dirancang haruslah
bervariasi kerana kanak-kanak mempunyai pelbagai jenis kecerdasan. Antara cadangan
lain aktviti yang boleh dilaksanakanialah :-

a) Aktiviti di dalam bilik darjah
Aktiviti dalam bilik darjah melibatkan semua murid dalam aktiviti yang sama.
Kebiasaannya aktiviti berdasarkan maklumat yang disampaikan oleh guru melalui
penerangan, arahan, penceritaan, pertanyaan dan menjawab soalan di akhir sesi
pembelajaran menunjukkan aktiviti bermain secara berkumpulan dalam bilik darjah.
b) Aktiviti berkumpulan
Aktiviti berkumpulan sangat penting kerana melalui aktiviti ini kanak- kanak belajar
berkongsi dan menanti giliran untuk mengambil bahagian. Apabila bermain dalam
aktiviti berkumpulan, guru hendaklah memastikan setiap kumpulan melibatkan jantina,
agama dan bangsa yang berlainan. Kumpulan hendaklah dalam jumlah ahli yang kecil
supaya setiap kanak- kanak mendapat peluang yang sama rata. Objektif sampingan
adalah supaya kanak-kanak dapat bekerjasama antara satu sama lain.
c) Aktiviti individu
Di samping aktiviti di dalam bilik darjah dan berkumpulan, guru juga hendaklah
mengadakan aktiviti perseorangan. Ada ketikanya aktiviti perseorangan sesuai kepada
kanak- kanak kerana ia memberi peluang kepada kanak- kanak untuk berdikari dan
membenarkan guru memberi arahan secara perseorngan kepada kanak- kanak.







810407135041001 HBMT1203

12


5.0 Aktiviti Pembelajaran Prasekolah
Bagi mencapai matlamat pembelajaran, guru seharusnya merancang dan
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang positif kepada kanak-kanak.
Kejayaan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran amat dipengaruhi oleh sejauh
mana tahap pemahaman dan penghayatan guru dalam merealisasikan hasrat dan matlamat
yang terkandung dalam KSPK. Dalam masa yang sama, tahap pengetahuan, kemahiran,
sikap dan komitmen guru untuk merencanakan pendidikan di peringkat prasekolah yang
berkualiti menjadi sebahagian daripada elemen yang perlu diberi perhatian yang serius.

5.1 Aktiviti Memadankan Objek
Objektif pembelajaran bagi aktiviti ini ialah murid dapat memadankan dua
kumpulan objek yang mempunyai bilangan sama. Berikut ialah contoh langkah
pengajaran bagi aktiviti tersebut :-
a) Guru menunjukkan tiga kuntum bunga tiruan dan tiga helai daun tiruan.
b) Guru meminta murid memadankan dua kumpulan objek tersebut .







Rajah 1 : Memadan dua kumpulan objek


c) Guru ulangi aktiviti di atas dengan objek dan bilangan yang lain.
(Contoh : 5 batang pensel dengan 5 batang pembaris)





810407135041001 HBMT1203

13


5.2 Aktiviti Membanding Objek
Objektif pembelajaran bagi aktiviti ini ialah murid membuat perbandingan dua
kumpulan objek dengan menyatakan sama banyak, lebih atau kurang. Berikut ialah
contoh langkah pengajaran bagi aktiviti tersebut :-
a) Semua murid diminta mengambil gula-gula yang disediakan.
b) Murid mengira dan memberitahu bilangan gula-gula masing-masing.
c) Guru memanggil 2 orang murid ke hadapan dan bandingkan gula-gula yang
dikumpul. (seorang mempunyai lebih dan seorang lagi kurang)
d) Guru bersoal jawab dengan murid.
Gula-gula siapa lebih banyak?
Gula-gula siapa kurang?
e) Guru membimbing murid-murid menyebut.
Contoh : 1) Gula-gula Abu lebih banyak daripada gula-gula Ali.
2) Bilangan B lebih banyak daripada bilangan A






Rajah 2 : Membanding dua kumpulan objek

f) Aktiviti diulang dengan menggunakan objek yang
berlainan sehingga murid-murid boleh membuat perbandingan.




A
B


810407135041001 HBMT1203

14


6.0 Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget
Terdapat beberapa konsep penting yang terkandung dalam teori kognitif ini.
Antara konsep-konsep tersebut adalah skema, asimilasi, akomodasi dan adaptasi. Teori
ini menekankan perkembangan kognitif kanak-kanak iaitu merujuk kepada aktiviti-
aktiviti mental seperti berfikir, menaakul, menganalisis, membentuk konsep,
menyelesaikan masalah dan sebagainya. Menurut Piaget (1983), perkembangan kognitif
seseorang kanak-kanak adalah mengikut siri urutan yang berperingkat-peringkat. Teori
perkembangan kognitif ini dibahagikan kepada empat peringkat seperti berikut :-
i) Peringkat deria motor ( 0 2 tahun )
ii) Peringkat praoperasi ( 2 7 tahun )
iii) Perinkat operasi konkrit ( 7 11 tahun )
iv) Peringkat operasi formal ( 11 tahun dan keatas )

6.1 Tahap-Tahap Perkembangan Kognitif Jean Piaget
6.1.1 Peringkat deria motor ( 0 2 tahun )
Pada peringkat ini, bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan
persekitaran. Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa. Bayi
tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh, dan mendengar di
sekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenali
sebagai pembelajaran melalui pemerhatian (observational learning), Mussen dan Kagan
(1974).










810407135041001 HBMT1203

15


6.1.2 Peringkat praoperasi ( 2 7 tahun )
Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku
yang ketara seperti kebolehan mengira. Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian
tingkah laku yang dikukuhkan dan digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah
laku yang stabil. Hal-hal umum yang betul-betul difahami oleh individu bagi
mewujudkan sesuatu pengukuhan tingkah laku. Selain itu, Piaget juga mengatakan
bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan pada tiga fenomena mental yang penting
iaitu pengamatan, ingatan dan bayangan. Pengamatan merupakan suatu proses di mana
kanak-kanak memberikan sepenuh perhatian terhadap sesuatu yang dilihat. Ingatan pula
ialah satu proses pembinaan, pengumpulan dan pengambilan kembali memori mengenai
peristiwa lalu. Manakala, bayangan merupakan satu proses yang menyebabkan sensasi
yang statik, selalunya pandangan dan pendengaran yang dikumpulkan di bahagian
mental. Tahap ini bahagikan kepada dua sub tahap iaitu tahap pra-konseptual (2-4 tahun)
dan tahap pra-operasi (4-7 tahun).

6.1.3 Perinkat operasi konkrit ( 7 11 tahun )
Tahap operasi konkrit berlaku semasa kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun.
Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik seperti yang berlaku
pada tahap praoperasi. Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak pada tahap ini akan
gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa.
Perkembangan semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula menerima
pendapat orang lain. Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-
rakan yang sebaya kerana pada tahap ini mereka akan mula memasuki zaman
persekolahan. Dengan itu, Inhelder dan Piaget (1958) menegaskan bahawa kanak-kanak
pada tahap ini boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas objek lain tetapi tidak
boleh beroperasi ke atas operasi atau proses pemikirannya sendiri.




810407135041001 HBMT1203

16


6.1.4 Peringkat operasi formal ( 11 tahun dan keatas )
Pada peringkat ini kanak-kanak berkebolehan untuk memikirkan beberapa
pertimbangan bagi satu satu masalah. Mereka berupaya untuk berfikir secara abstrak.
Justeru, mereka boleh menyelesaikan masalah kompleks dan berbentuk hipotetikal yang
melibatkan operasi abstrak.

6.2 Implikasi Teori Kognitif Piaget Kepada Pengajaran
Berikut adalah beberapa implikasi teori kognitif Piage terhadap pengajaran :-
Memahami perkembangan kognitif pelajar. Oleh itu pengajaran hendaklah
dilaksanakan berpandukan tahap pemahaman pelajar.
Pelajar memerlukan aktiviti hands on dan explorasi aktif.
Pelbagai bahan bantu mengajar digunakan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran.
Pengajaran hendaklah diperingkatkan dimana setiap topik perlu disusun dari
aras yang senang ke susah.
Contoh-contoh konkrit dan analogi digunakan bagi memudahkan pemahaman
murid terhadap isi pembelajaran.













810407135041001 HBMT1203

17


7.0 Teori Pembelajaran Bruner
Pembelajaran ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan
kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran
berlaku sepanjang hayat seseorang manusia. Proses pembelajaran berlaku di mana-mana
tempat dan pada sebarang masa. Dalam konteks pendidikan, guru biasanya berusaha
sedaya upaya mengajar supaya pelajar dapat belajar dan menguasai isi pelajaran bagi
mencapai sesuatu objektif yang ditentukan. Pembelajaran akan membawa kepada
perubahan pada seseorang.
Jerome Bruner (1966), menyatakan bahawa pembelajaran merupakan proses yang
aktif. Ini bermaksud pelajar membina pengetahuannya sendiri atau konsep baru
berasaskan pengalaman. Pembelajaran akan lebih berkesan jika pelajar berhadapan
dengan tugasan atau masalah yang telah biasa ditemui. Pelajar akan memahami dan
mengingati sesuatu konsep dengan mudah serta kekal melalui pembelajaran yang
bermakna, Abu Hassan Kassim (2003).
Teori Perkembangan Kognitif oleh Bruner berpendapat bahawa perkembangan
kognitif kanak-kanak adalah melalui tiga peringkat iaitu peringkat enaktif, peringkat
ikonik dan peringkat simbolik. Pada peringkat awal, kanak-kanak kebiasaannya belajar
melalui peringkat enaktif. Peringkat ini adalah serupa dengan peringkat deria motor iaitu
untuk memahami berinteraksi dengan persekitarannya. Banyak aktiviti yang dilakukan
adalah berdasarkan kepada pergerakan anggota kanak-kanak itu sendiri. Kanak-kanak
mudah mempelajari apa sahaja pada peringkat ini. Pada peringkat ini, kanak-kanak
haruslah diberi pengalaman yang kukuh tentang sesuatu pembelajaran supaya semua
aktiviti yang dipelajarinya tersimpan dalam jangka masa yang panjang.
Pada peringkat ikonik pula merupakan peringkat seterusnya dalam perkembangan
kognitif kanak-kanak. Kanak-kanak belajar memikirkan sesuatu melalui imej dan
gambarajah. Menurut Richard Overbaugh (2004), kanak-kanak dapat menyatakan
bilangan objek yang ditunjukkan. Sebagai contoh, nombor 3 dikaitakan dengan objek
yang mempunyai nilai 3.


810407135041001 HBMT1203

18


Manakala dalam peringkat simbolik pula kanak-kanak boleh memahami dan
belajar melalui simbol dan konsep yang lebih meluas. Bruner (1966) berpendapat bahawa
ketiga-tiga peringkat perkembanagan kognitif itu tidak boleh terpisah antara satu sama
lain, tetapi terus berkembang dalam kehidupan seseorang.

7.1 Implikasi Teori Bruner Ke Atas Pengajaran Dan Pembelajaran
Murid-murid belajar melalui pengalaman. Dengan itu guru perlu menyediakan
peluang untuk murid-murid meneroka, memegang, mencium dan merasa. Pengalaman
seperti ini mewujudkan proses pembelajaran yang bermakna. Bagi murid-murid
prasekolah, bahan pengajaran dan pembelajaran seperti gambar, carta dan objek perlu
digunakan bagi memudahkan pembentukan konsep.
Bruner juga menekankan pembelajaran yang terhasil daripada interaksi murid
dengan guru, interaksi dengan murid-murid lain dan interaksi dengan bahan pengajaran.
Maka kerja berkumpulan dan sesi perbincangan perlu diadakan dari masa ke semasa.
Penglibatan murid-murid penting agar mereka dapat menikmati pembelajaran bermakna.
Pengetahuan juga perlu disusun dan diperingkatkan agar pembentukan konsep bermula
daripada peringkat yang mudah kepada peringkat yang rumit. Ini bermakna guru perlu
memeringkatkan isi pelajaran.
Bruner juga menekankan motivasi ekstrinsik dan motivasi intrinsik. Ini bermakna
guru perlu memberi ganjaran dan pujian apabila sesuatu tingkahlaku yang diingini
dilakukan. Kesediaan belajar juga ditekankan oleh Bruner. Dengan itu, guru perlu
mengambil kira kesediaan belajar murid-murid ketika merancang proses pengajarannya.
Sementara itu, nilai-nilai murni seperti bekerjasama, bertolak ansur dan tolong-menolong
akan dapat dipupuk dalam aktiviti pengumpulan maklumat projek dan perbincangan.






810407135041001 HBMT1203

19


Berikut adalah antara lain beberapa implikasi teori ini kepada pengajaran di bilik
darjah :-
Guru hendaklah menyediakan peluang untuk pelajar meneroka seperti projek,
lawatan dan kajian luar.
Gunakan gambar, carta dan objek bagi memudahkan pembentukan konsep.
Hukum dan prinsip hendaklah ditekankan supaya pelajar berupaya
mengaplikasikan dalam menyelesaikan masalah.
Kerja kumpulan dan perbincangan hendaklah dikendalikan.
Pengetahuan perlu disusun dan dipertingkatkan agar pembentukan konsep
bermula dari yang mudah kepada yang susah.
Mengambil kira kesediaan pelajar untuk belajar.
Mewujudkan peluang untuk pelajar menyusun, menganalisis dan membuat
sintesis.

















810407135041001 HBMT1203

20


8.0 Kesimpulan
Oleh itu, dapat dirumuskan perkembangan kognitif kanak-kanak pada usia 4
hingga 6 tahun adalah amat penting kerana proses ini akan mempengaruhi kehidupan dan
masa depan seseorang kanak-kanak tersebut. Ini disebabkan oleh perkembangan kognitif
merupakan salah satu daripada proses tumbesaran yang dilalui oleh setiap kanak-kanak
dan ianya sering dikaitkan dengan proses perkembangan intelek seseorang. Sekaligus
melibatkan perubahan-perubahan dalam kemampuan dan pola berfikir, kemahiran
berbahasa, dan cara individu memperoleh pengetahuan dari lingkungannya.
Komponen perkembangan kognitif menjadi fokus utama dalam pendidikan awal
kanak-kanak kerana keupayaan kognitif mempengaruhi semua aktiviti pembelajaran.
Selain itu juga, kanak-kanak dapat berfikir secara logikal matematik melalui manipulasi
objek secara konkrit dan pemperkembangkan sikap ingin tahu dan suka menyiasat serta
memperkembangkan kemahiran penyelesaian masalah dalam kehidupan harian kanak-
kanak tersebut. Selain itu, murid juga dapat menguasai kemahiran kognitif melalui
interaksi sebenar dengan menggunakan pelbagai jenis bahan yang mudah didapati di
sekeliling mereka bagi meningkatkan perkembangan kognitif kanak-kanak tersebut.




















810407135041001 HBMT1203

21


RUJUKAN

Abdul Aziz Abdul Shukor, Suppiah Nachiappan & Ramlah Jantan. (2008).
Psikologi Pendidikan. Selangor Darul Ehsan : Oxford Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Gibbs dan Castadena. (1975). Konsep Awal Matematik di Pra Sekolah. Dicapai pada 16
Jun 2012, daripada http://nzamy15.blogspot.com/2010/12/konsep-awal-
matematik-di-prasekolah.html

Kamarudin Hj. Husin, Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (2004). Pedagogi Asas
Pendidikan. Selangor : Penerbitan Kyazano Enterprise.

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. (2010). Bahagian Pembangunan
Kurikulum : Kementerian Pelajaran Malaysia.

Konsep Awal Matematik Di Prasekolah. (2010). Dicapai pada 16 Jun 2012, daripada
http://nzamy15.blogspot.com/2010/12/konsep-awal-matematik-di-
prasekolah.html

Lee Shok Mee. (1997) Psikologi Pendidikan 2 : Teori Dan Aplikasi Psikologi Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Luthfis. (2008). Teori Perkembangan Kognitif. Dicapai pada 16 Jun 2012, daripada
http://luthfis.wordpress.com/2008/04/20/perkembangan-kognitif-dalam-
persprektif-piaget/.

Nor Azira Zakaria. (2008). Teori Perkembangan Kognitif. Dicapai pada 16 Jun 2012,
daripada http://www.scribd.com/doc/5517475/teori-perkembangan-kognitif.

Pengajaran dan Pembelajaran Matematik. (2010). Dicapai pada 16 Jun 2012, daripada
http://allaboutpemulihan.blogspot.com/2011/10/kemahiran-asas-
matematik.html

Prinsip Teori Pembelajaran Kognitif. (2010). Dicapai pada 16 Jun 2012, daripada
http://syufaal.blogspot.com/2010/08/prinsip-teori-pembelajaran-kognitif.html

Sulaiman Ngah Razali. (1997). Pedagogi Teori dan Praktik. Selangor : Dewan
Bahasa & Pustaka.

You might also like