You are on page 1of 24

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

DENGAN KERJASAMA UNIVERSITI PERGURUAN SULTAN IDRIS

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

KAA 3023

MATEMATIK DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

KERJA KURSUSU UINDIVIDU

TAJUK : KONSEP WANG

NAMA : MOZIANA BINTI ABDUL RAHMAN

NO. MATRIK : PPG/30874/11

NO. KAD PENGENALAN : 810213-13-5968

UNIT/AMBILAN : KOHORT 1/ AMBILAN MAC 2011

UNTUK PERHATIAN:

DR AZNAN CHE AHMAD


ISI KANDUNGAN MUKASURAT
PENGENALAN 1
SEJARAH MATA WANG MALAYSIA 2-5
KONSEP WANG DALAM PENDIDIKAN AWAL 6-9

KANAK-KANAK
TEORI-TEORI PEMBELAJARAN BERKAITAN 10-11

PENGAJARAN KONSEP WANG


PEMAHAMAN MURID DALAM OPERASI ASAS 12-13

YANG MELIBATKAN WANG

CONTOH AKTIVITI-AKTIVITI KONSEP WANG 14-17

DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


KESIMPULAN 18-19
RUJUKAN 20
PENGENALAN
Matematik merupakan mata pelajaran yang memerlukan kefahaman yang mendalam
dan ia berkesinambungan daripada satu topik dan topik yang lain. Sebelum pembelajaran
topik baru dimulakan, penguasaan kepada topik sebelumnya adalah amat penting.
Pembelajaran matematik akan bertambah susah kepada murid-murid apabila umur mereka
meningkat sehingga kehilangan minat terhadap mata pelajaran itu, akibat kurang faham pada
peringkat awal.

Selaras dengan perkembangan pendidikan pada masa kini, Kurikulum Standard


Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dibangunkan dengan matlamat untuk memperkembang dan
menyuburkan potensi kanak-kanak yang secara menyeluruh dan seimbang meliputi segenap
aspek perkembangan sama ada fizikal, emosi, rohani, intelek dan sosial. Prinsip utama yang
diguna pakai dalam KSPK adalah berdasarkan kepada pendekatan dan kandungan
pembelajaran yang relevan dengan peringkat perkembangan kanak-kanak serta turut
mengambil kira perbezaan potensi antara individu.

Konsep Awal Matematik membekalkan pengalaman awal matematik kepada kanak-


kanak berumur 4 hingga 6 tahun. Pengalaman matematik awal adalah penting kerana ia
merupakan asas untuk membantu murid menjalani kehidupan seharian dengan lebih
sistematik dan memudahkan murid memahami konsep matematik yang lebih tinggi.

Berdasarkan kepada Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, KSPK tajuk


yang akan dibincangkan adalah Konsep Wang dalam pembelajaran awal kanak-kanak
prasekolah. Konsep wang dimasukkan ke dalam kerana pakar pendidikan merasakan ilmu
ini perlu di ajar di peringkat kanak – kanak lagi supaya pada peringkat ini mereka akan
mendapat pendedahan awal. Melalui aktiviti-avktiviti berkonsepkan wang juga kita melihat
bagaimana murid-murid ini memberi reaksi yang sebenar apabila mereka diberi peluang
untuk menjalankan aktiviti mencari maklumat, membanding, membuat operasi asas dan
melahirkan idea yang kreatif, bernas dan logik.

1
SEJARAH MATA WANG MALAYSIA

Sejarah mata wang Malaysia adalah bermula daripada penggunaan RM


( ringgit Malaysia) iaitu ringgit bermaksud "bergerigi" pada asalnya ringgit bermaksud sisi
bergerigi yang terdapat pada wang perak dolar Sepanyol dan digunakan secara meluas pada
zaman penjajahan Portugis pada abad ke-16 dan ke-17. Dolar Singapura dan dolar Brunei
juga dipanggil ringgit dalam bahasa Melayu (namun mata wang A.S. dan Australia tetap
dolar). Dengan itu, singkatan rasmi ringgit Malaysia ialah RM.

Sejarah penggunaan Perkataan ringgit dan sen diterima guna sebagai nama rasmi
pada Ogos 1975. Sebelum ini, ia dipanggil dollar dan cent dalam bahasa Inggeris . Di negeri-
negeri utara Semenanjung Malaysia, nilai 10 sen dipanggil satu kupang (atau "poat8" dalam
bahasa Hokkien), cth. 50 sen bersamaan 5 kupang (atau "5 poat8" dalam bahasa Hokkien).

Berikut merupakan jadual sejarah kemunculan syiling dan wang kertas malaysia

SEJARAH DUIT SYILING MALAYSIA

Sejarah Duit Syiling Malaysia bermula apabila Malaya mendapat kemerdekaan pada
31 Ogos 1957. Sabah dan Sarawak kemudiannya menyertai Malaya untuk membentuk
Malaysia pada 16 September 1963. Bank Negara Malaysia telah diberi kuasa untuk
mengeluarkan mata wang Malaysia sejak 1958. Kuasa ini telah diberikan di bawah Ordinan
Bank Negara Melayu Tanah 1958. Namun, Lembaga Pesuruhjaya Mata Wang Malaya dan
British Borneo masih terus mengeluarkan mata wang sehingga 12 Jun 1967. Pada 16 Januari
1969, mata wang Malaya lama telah diberhentikan edarannya. Sebelum itu, ia telah diedarkan
bersama-sama dengan mata wang Malaysia 1 sejak Jun 1967.

2
SEJARAH DUIT SYILING MALAYSIA

SIRI PERTAMA DUIT SYILING SIRI KEDUA DUIT SYILING SIRI KETIGA DUIT SYILING PADA TAHUN 2012,

 mula diperkenalkan pada 12 Jun  dikeluarkan pada 4 September  di umumkan pada 25 Julai 2011  walaupun duit syiling baru
1967 dengan nilai 1 sen, 5 sen, 10 1989. Motif Bunga Kebangsaan oleh Gabenor Bank Negara diedarkan anda masih lagi boleh
sen, 20 sen, 50 sen dan diikuti Malaysia, Bunga Raya Malaysia (BNM), Tan Sri Dr menggunakan duit syiling siri
oleh pengenalan duit syiling 1 diperkenalkan Zeti Akhtar Aziz. pertama dan kedua. Kedua-dua
ringgit (yang terus menggunakan siri lama itu masih sah digunakan
 Pada Hadapan duit syiling, BNM  hanya akan memulakan
simbol $ duit syiling terbesar di Malaysia sehingga BNM
telah memilih Keris , Wau, edaran/digunakan di Malaysia
dalam siri ini) pada 1 Mei 1971. mengumumkannya kelak.
Perhiasan, Congkak, Gasing pada awal 2012.
 dikenali sebagai "siri Parlimen" dan Rebana Ubi. Bank Negara
 Duit syiling tersebut adalah
kerana gambar parlimen di Malaysia (BNM) mengelar Siri
rekaan Malaysia sepenuhnya dan
belakang syiling tersebut. kedua ini sebagai "Siri budaya
dicetak di Kilang Wang Bank
artifak".
Negara, Shah Alam.
 Duit syiling ini diperkenalkan
 Duit syiling ini diperkenalkan
dengan nilai 1 sen, 5 sen, 10 sen,
dengan nilai 5 sen, 10 sen, 20 sen
20 sen, 50 sen dan 1 ringgit.
dan 50 sen.

3
SEJARAH WANG KERTAS MALAYSIA

SIRI PERTAMA (1967) SIRI KEDUA (1982) SIRI KETIGA (1996) SIRI KEEMPAT (2008, 2012)

 Bank Negara Malaysia mula-mula  Siri kedua dikeluarkan dengan  Siri wang kertas ketiga  Pada awal tahun 2008, Bank
mengeluarkan wang kertas ringgit reka bentuk hiasan tradisional dikeluarkan dengan reka bentuk Negara mengeluarkan satu lagi
Malaysia pada Jun 1967, dengan pada tahun 1982–1984, dalam yang bersemangat Wawasan 2020 wang kertas RM50 dengan reka
peringkat-peringkat nilai $1, $5, tingkat-tingkat nilai $1, $5, $10, pada tahun 1996–1999 dalam bentuk baru, yang diedarkan
$10, $50 dand $100, diikuti $20, $50, $100, $500, dan $1000. peringkat-peringkat nilai RM2, mulai 30 Januari 2008. Sebelum
dengan $1000 pada 2 September Wang kertas $20 agak jarang RM5, RM10, RM50 dan RM100. itu, 20,000 lagi wang kertas
1968. ditemui. Wang kertas siri ini Wang kertas RM50 dan RM100 sedemikian dalam pembungkusan
masih ditemui sekali-sekala. T dilengkapi dengan jalur holografik khas diedarkan oleh pihak bank
 mengandungi wajah Tuanku
untuk mencegah pemalsuan wang. pada 26 Disember 2007.
Abdul Rahman, iaitu Yang di-  anda benjol bagi kemudahan
Pertuan Agong pertama Malaysia, orang cacat penglihatan di sudut  Pada tahun 2000, wang kertas  Wang kertas RM50 yang serba
serta tandatangan Tun Ismail bin kiri atas digugurkan pada RM1 diperkenalkan semula, baru ini mengekalkan warna
Mohamed Ali, Gabenor pertama semakan kedua pada tahun 1986. ditambah dengan wang kertas utama hijau-biru,
Bank Negara Malaysia. Pada 16 RM2 yang kekal sebagai wang
 Pada tahun 1999, wang kertas  Potret ukir benam Seri Paduka
Ogos 1972, sah, dan juga syiling RM1.
RM500 dan RM1000 Baginda Yang di-Pertuan Agong
dinyahwangkan disebabkan krisis  Syiling RM1 akhirnya yang pertama, Tuanku Abdul
kewangan Asian 1997 apabila dimansuhkan dan dinyahwang Rahman, dikekalkan di bahagian
sejumlah besar wang ringgit pada 7 Disember 2005. kanan sementara bunga
dibawa keluar dari negara dan kebangsaan, iaitu bunga raya,
 Pada tahun 2004, Bank Negara
ditukarkan dalam bentuk wang ditampilkan di tengah muka
mengeluarkan wang kertas RM10
kertas berkenaan. Kesannya, hadapan wang kertas. Corak-
4
wang-wang kertas ini ditarik yang baru dengan ciri-ciri corak anyaman songket pada latar
keluar dari edaran dan jumlah keselamatan tambahan termasuk belakang dan sisi wang kertas ini,
ringgit yang dibawa keluar dari jalur holografik yang dinikmati ditampilkan untuk mencerminkan
negara dalam bentuk wang kertas oleh wang kertas RM50 dan kraf tangan dan sulaman tekstil
terhad kepada RM1000 RM100 notes. Melayu tradisional.
seorang. Pada tahun 1993, wang
 diperkenalkannya wang polimer
kertas $1 diberhentikan dan
RM5 dengan jendela lutsinar.
diganti dengan syiling $1.
Kedua-dua wang kertas baru ini
amat seiras dengan reka bentuk
masing-masing yang asal dalam
siri ketiga.

5
KONSEP WANG DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Dalam Kurikulum Standard Pendidikan Prasekolah Kebangsaan, Kemahiran


mengenal wang amat penting kerena ia adalah salah satu kemahiran yang digunakan dalam
kehidupan kita seharian. Kita memerlukan wang untuk mendapatkan keperluan harian kita
seperti makanan dan minuman, tempat tinggal dan perkhidmatan.

Berdasarkan kepada kandungan sukatan Standard Kurikulum Prasekolah


Kebangsaan , beberapa standard pembelajaran disediakan berkaitan dengan konsep wang
iaitu

NO HP STANDARD PEMBELAJARAN
ST 9.1.1 Mengecam duit yang berlainan nilai
Menyusun nilai wang mengikut tertib/urutan.
Member jumlah wang (duit syiling)yang tepat dalam simulasi jual-beli

Dalam Tunjang Sains Teknologi -matematik , standard pembelajaran lain


boleh digunakan dalam aktiviti pembelajaran berkaitan konsep wang iaitu

NO HP STANDARD PEMBELAJARAN
ST 8.1.6 Menyelesaikan masalah operasi tambah menggunakan objek konkrit (solve
number stories)
ST 8.2.5 Menyelesaikan masalah operasi tolak menggunakan objek konkrit (solve
number stories)
Member jumlah wang (duit syiling)yang tepat dalam simulasi jual-beli

Secara umumnya, pendekatan serta kaedah dan teori-teori perlulah bersesuaian


dengan pelaksanaan konsep wang dalam pendiidkan awal kanak-kanak. Langkah –langakah
pengajaran dan perlaksaan perlu secara mudah dan senang difahami oelh kanak-kanak.
Aktiviti –aktiviti yang dijalankan juga harus member peluang kepada kanak-kanak berfikir
dan menaakul beberapa kemahiran dan penyelesaian masalah dan secara tidak langsu
member kesan positif kepada pengalaman belajar sedia ada kanak-kanak.

Konsep wang diperkenalkan kepada kanak-kanak melalui 2 topik utama iaitu

6
1. Pengertian nilai wang
2. Operasi matematik yang melibatkan mata wang dalam aktiviti seharian (+,-,×,÷)

1. Pengertian nilai wang

Dalam topik ini, guru boleh mulakan pengajaran dengan memperkenalkan wang kertas
dan syiling kepAda kanak-kanak menggunakan sampel atau wang dan syiling sebenar.
Dalam aktiviti ini, guru memperkenalkan daripada nilai sen kepada ringgit supaya kanak-
kanak faham dan boleh membuat perbandingan melalui nilai kecil ke nilai besar

Wang syiling terdiri daripada 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen

Wang Kertas

7
Jadual dibawh berikut merupakan Wang kertas yang biasa digunakan dalam kehidupan harian
kita :

RM100 RM50

RM20 RM10

RM5 RM1

2. Operasi matematik yang melibatkan mata wang dalam aktiviti seharian (+,-,×,÷)
Sebelum melaksanakan aktiviti pembelajaran konsep wang berkaitan operasi
matematik, guru perlu kenalpasti dahulu kesediaan murid-murid melalui pengalaman
meraka seharian. Selepas itu , guru boleh menggunakanpendekatan belajar melaui
bermaian dengan menekankan aktiviti-aktiviti secara kumpulan. Aktiviti-aktiviti yang
disediakan juga boleh memberi pengalaman murid-murid dalam kemahiran berfikir
serta belajar berkomunikasi antara satu dengan yang lain. Aktivit-aktiviti yang
dirancang perlu menekankan beberapa subtopic untuk dipelajari seperti:

a. Menambah dua nilai wang yang melibatkan:


 ringgit
 ringgit dan sen

8
b. Menolak dua nilai wang yang melibatkan
 ringgit
 ringgit dan sen
c. Menyelesaikan masalah harian melibatkan wang berdasarkan
 gambar

 teks

9
TEORI-TEORI PEMBELAJARAN KONSEP WANG

TEORI JEAN PIAGET

Mengikut Jean Piaget, kanak-kanak yang berumur antara 7 hingga 10 tahun,


perkembangan kognitif mereka masih pada peringkat operasi konkrit dan semi konkrit. Untuk
menerapkan konsep matematik dengan berkesan aktiviti yang melibatkan penggunaan deria
motor seperti melukis gambarajah sangat sesuai dalam membantu mereka memahami sesuatu
konsep matematik tersebut dengan jelas.Teori dan penyelidikan Jean Piaget merupakan
pengajian mengenai pengetahuan dan bagaimana pengetahuan berkembang dalam organisme
manusia. Piaget telah mengemukakan teori yang berkaitan dengan proses pembelajaran dan
teori perkembangan kognitif. Menurut Piaget, empat faktor asas yang saling berkaitan boleh
mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak, iaitu:

 Kematangan biologi – faktor baka/genetik

 Interaksi individu dengan persekitaran – benda hidup dan bukan hidup

 Pengalaman sosial – pergaualan kanak-kanak dengan orang-orang di


sekelilingnya dan

 Proses adapatasi kognitif dengan situasi yang baru.

Dalam pembelajaran konsep wang ,pengalaman social serta pengalaman sedia ada
membantu murid meneroka serta memjalani proses adaptasi yang baru . ianya dapat
dibuktikan dengan adanya aktiviti permaian dan perkembangan idea , seperti main peranan
jual beli, permainan monopoli, permaiannag cantum nilai wang dan aktiviti yang meibatkan
operasi matematik seperti tambah dan tolak . aktiviti ini bukan saja member pengalaman
bahkan menggalakkkan murid-murid berfikir secara kritis menyelesaikan masalah serta
member peluang kepada mereka mengatasi msalah-masalah operasi melibatkan wang
bersama rakan mereka yang lain. Perkembangan social berlaku dan murid bebas memberikan

10
pendapat yang bernas. Interaksi bersama –sama rakan berlaku dan guru sebagai pembimbing
memberi respon tentang apa yang mereka hasil atau lakukan.

TEORI PEMBELAJARAN VYGOTSKY

Teori pembelajaran Vygotsky yang mempercayai bahawa perkembangan kognitif


berlaku dalam persekitaran sosio budaya. Kebanyakan daripada kemahiran kognitif kanak-
kanak terhasil; daripada interaksi sosial kanak-kanak dengan ibubapa, orang dewasa lain,
rakan sebaya dan guru. Kemahiran kognitif kanak-kanak diperoleh melalui bimbingan orang
yang lebih dewasa yang menjadi model dan menstrukturkan pengalaman pembelajaran
kanak-kanak. Proses bimbingan ini dikenali sebagai scalffloding. Konsep scalffolding adalah
sokongan sementara pada binaan kefahaman kanak-kanak.
Kanak-kanak beransur-ansur menerima tanggungjawab dari sedikit kepada
sepenuhnya ke atas pembelajaran. Pembelajaran ini berlaku dalam Zon Perkembangan
Proksimal (zone of proximal development (ZPD)). Menurut Vygotsky, ZPD adalah ’the
distance between the actual level of development as determined by independent problem
solving [without guided instruction] and the level of potential development as determined
by problem solving under adult guidance or in collaboration with more capable peers’.
Pengukuran boleh dicapai dengan membandingkan pencapaian pelajar atas tugasan yang
diberikan. Penyelesaian masalah dengan bimbingan daripada orang yang berkebolehan

11
PEMAHAMAN MURID DALAM OPERASI ASAS YANG
MELIBATKAN WANG

Konsep pembelajaran matematik kini dikonsepkan sebagai sesuatu proses dimana


kanak-kanak membina dan membentuk ilmu di dalam bidang matematik dengan
memperkaitkan ilmu atau konsep yang sedia ada pada mereka. Ini dapat disokong dengan
pandangan yang dikeluarkan oleh NCTM, 1989 yang mengatakan bahawa antara perkara
yang perlu diambil kira dalam menggunakan konsep konstruktif dalam pengajaran kanak-
kanak ialah konteks pembelajaran, peringkat perkembangan kognitif dan interaksi sosial yang
berlaku semasa pembelajaran.

Perkembangan pemikiran kanak-kanak adalah berperingkat-peringkat dan sentiasa


disokong oleh pengetahuan sedia ada mereka. Pengetahuan yang diperolehi melalui
persekitaran dan juga pengalaman harian ini dikenali sebagai pemikiran informal. Kanak-
kanak secara amnya belajar konsep-konsep informal daripada ahli keluarga, rakan, TV dan
permainan mereka. Pengetahuan informal yang mereka perolehi ini akan mempengaruhi
bagaimana mereka belajar dan memahami matematik formal yang mereka akan pelajari di
peringkat sekolah secara formal.

Sebagai guru, penggunaan pelbagai kaedah, teknik dan pendekatan dalam


memberikan sesuatu ilmu itu kepada pelajar atau mereka tidak sepatutnya menjadi sumber
ilmu kepada murid . Murid-murida dalam lingkungan 4-6 tahun menjadikan permaian serta
cuba larat mereka sebahgai jalan penyelesaian dapatan idea dan pengalaman pembelajaran
mereka. Untukmemudahkan seorang guru memberikan pengalaman belajar, , pendekatan
bermaian harusalah diterapkan. Intipati aktiviti yang dirancang juga menggalakkan
perbualan melalui pelbagai aktiviti yang boleh menggalakkan percambahan idea pelajar.

12
Melalui aktiviti-aktiviti yang telah dijalani oleh murid, guru boleh mengenalpasti
sejauh mana pemahaman mereka di dalam topik wang serta menggunakan kreativiti dan
pemikiran kritikal mereka sendiri. Berfikir secara matematik dapat membantu murid belajar
matematik dengan penuh yakin dan boleh mengaplikasikan pengetahuan mereka dalam
semua situasi yang berkaitan dengan kehidupan harian mereka. Aktiviti yang telah dirancang
leh guru pelu membolehkan murid menggunakannya secara kondusif dalam menyelesaikan
masalah matematik iaitu menggunakan kemahiran berfikir murid-murid dalam
menyelesaikan masalah atau mereka mesti menggunakan kaedah penyelesaian yang ringkas
dan cepat.

13
CONTOH AKTIVITI-AKTIVITI KONSEP WANG DALAM PENDIDIKAN AWAL
KANAK-KANAK

AKTIVITI 1

Melalui aktiviti ini, pengenalan kepada kanak-kanak tentang konsep wang dan nilai adalah
langkah utama dalam permulaan sesuatu pembelajaran melibtakan Wang. Berikut
merupakan cadangan aktiviti pembelajaran awal murid berkaitan nilai wang

Tajuk :MENGECAM WANG SYILING

Masa : 30 Minit

Kelas : Prasekolah Arif

Bilangan murid : 25 orang

Tunjang utama : sains teknologi

Standard Pengajaran Utama:

ST 9.1.1 mengecam duit berlainan nilai

OBJEKTIF PEMBELAJARAN : 

Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:

a. Membezakan duit syiling dan duit kertas dengan betul.


14
b. Mengelaskan duit siling satu sen hingga 50sen mengikut saiz.

Konsep utama : nilai wang syiling

Alatan dan bahan:

Wang syiling sebenar 50 sen, 10 sen, 10 sen, 5 sen dan 1 sen

Langkah-langkah perlaksanaan:

1. Guru Menunjukkan wang syiling 5 sen hingga 50 sen satu persatu.


2. Guru mempekenalkan stiap nilai syiling bebapa kali kepada murid
3. Guru membahagikan kanak-kanak kepada 4 kumpulan
4. Setiap kumpulan diberi 20 keping syiling yang berbeza nilai
5. Setiap kumpulan perlu mengasingkan wang syiling tersebut mengikut kumpulan

50 sen 20 sen 10 sen 5 sen

6. Kemudian, guru memilih seorang murid secara rawak daripada setiap kumpulan
menunjukkkan hasil perbandingan mereka.
7. Murid tersebut menunjukkan hasil sambil menerangkannya kepada rakan-rakan lain
8. Guru membimbing kanak-kanak menajlankan aktiviti ini

15
AKTIVITI 2

Melalui aktiviti ini, pengenalan kepada kanak-kanak tentang operasi tambah dan tolak
melibatkan wang . simulasi dan kemahiran berfikir diterapkan dalam aktiviti ini.

Tajuk : OPERASI TAMBAH DAN TOLAK.

Masa : 60 minit

16
Kelas : Prasekolah Arif

Bilangan murid : 25 orang

Tunjang utama : Sains Teknologi

Standard Pengajaran Utama:

ST 9.1.3 Memberi jumlah wang yang tepat dalam simulasi jual beli

Standard Pengajaran Yang Disepadukan :

ST 13.3.1 menggunakan CD atau VCD untuk memperoleh pengetahuan dan kemahiran

OBJEKTIF PEMBELAJARAN : 

Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:

 Mengenali nilai wang syiling dan wang kertas dengan betul.


 Mengaplikasi penggunaan wang bagi operasi tambah dan tolak dalam kehidupan
seharian.

KONSEP UTAMA :

penyelesaian operasi melibatkan wang

ALATAN DAN BAHAN:

Komputer, 2. LCD, 3. Bahan Audio. , Contoh wang syiling dan contoh wang kertas.

LANGKAH-LANGKAH PERLAKSANAAN:

1. Guru menunjukkan CD interaktif Konsep Wang kepada murid-murid


2. Murid-murid Mengenalpasti jenis wang syiling atau wang kertas melalui paparan yang
diberikan
3. Murid-murid mengecam dan Mengetahui nilai wang syiling dan wang kertas.

17
4. Murid-murid dengan bimbingan guru cuba menyelesaikan operasi tambah melibatkan
wang.
5. Kemudian, murid-murid juga cuba menyelesaikan operasi tolak melibatkan wang .

*Murid-murid cuba menyelesaian setiap aktiviti dalam paparan dibimbing oleh guru sebagai
fasilitator.

18
KESIMPULAN

Dalam memberi pendedahan kepaada kanak-kanak berdasarkan konsep wang, guru


dapat melihat ia ada kaitan dengan konsep konstruktivisme. Konstruktisvisme merupakan
satu teori mengenai pengetahuan dan pembelajaran yang menarik minat, memotivasikan serta
memudahkan pemahaman pelajar. Di samping itu, konstruktivisme menyarankan kanak-
kanak membina pengetahuan secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada kanak-kanak
tersebut. Pembinaan pengetahuan tersebut boleh dihasilkan melalui permainan dan
eksperimentasi di samping pembelajaran koperatif. Apabila kanak-kanak bekerjasama,
mereka berkongsi dalam proses pembinaan idea.

Persekitaran pembelajaran berpusatkan kanak-kanak menjadi asas yang penting dan


guru bertindak sebagai fasilitator. Kanak-kanak juga didorong untuk mengemukakan idea dan
teori bagi menyelesaikan masalah. Dalam member pendedahan tentanga konsep wang kepada
murid-murid, guru perlulah mengambil berat tentang kandungan utama dalam member
pengalaman belajar kepada kanak-kanak. Jadi untuk menggalakkan sikap positif terhadap
matematik dan menggalakkan perkembangan pemikiran matematik di kalangan kanak-kanak,
guru perlulah mengetahui peringkat perkembangan murid. Kanak-kanak akan belajar dengan
seronok jika mereka boleh melihat dengan jelas dan memahami apa yang disampaikan oleh
guru terutama sekali apabila melibatkan pengalaman sebenar mereka.

Akhirnya, dalam pembelajaran konsep wang, guru boleh merancang dan memberi
langkah-lanagkah berikut dengan :

a. Menggalakkan pelajar mempelajari matematik daripada konteks yang spesifik,


menggunakan grafik-grafik berkaitan, menggunakan simbol-simbol matematik untuk
menerangkan sesuatu dalam usaha menerapkan pemikiran matematik mereka.

b. Menggalakkan murid bekerjasama menjalankan aktiviti melibatkan kumpulan.

19
c. Menggalakkan murid meningkatkan kesedaran kepentingan pemikiran matematik.

d. Galakkan pelajar supaya sentiasa berusaha untuk membuat pembuktian secara logik .

e. pendekatan Bermain Sambil Belajar diterapkan.

Secara kesimpulannya, kanak-kanak belajar matematik terutaamanya dalam


topic konsep wang perlumelalui pengalaman dan pengamatan sesuatu perkara. Selain
daripada itu, kanak-kanak juga dapat meningkatkan pemikiran dengan menghasilkan
konsep baru. Ini bermakna pengetahuan boleh dianggap sebagai koleksi konsep-konsep
dan tindakan-tindakan berguna berpandukan kepada keadaan dan masa yang diperlukan. 

20
RUJUKAN

Dokumen Standard Prasekolah Kebangsaaan, Unit Kurikulum Sekolah, Kementerian Pelajaran


Malaysia, 2010

Mok Soon Sang (2010), Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.

Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd. Ipoh.

Mok Soon Sang (2004). A Primary Education Course in MATHEMATICS for Post Graduate
Diploma (K.P.L.I). Teacher Education Series.

Mohamad Khairuddi, Marzita Puteh, Santhi Periasamy (2006 ). Mathematics Textbook Year 5. Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Mok Soon Sang(1996) , Pengajian Matematik Untuk Diploma Perguruan. Kumpulan Budiman Sdn
Bhd, Kuala Lumpur.

Prof . Dr.Ansary Ahmad & Prof. Madya T.K Mukherjee ( 2004). Methodology In Teaching
Mathematics. Open Universiti Malaysia.

21
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/profil-malaysia/7963-mata-wang.html

http://skjrsyedalwi.edu.my/wp-content/uploads/2013/01/Mate-5.pdf

22

You might also like