AKTIVITI PENGAJARAN PERBANDINGAN KAPASITI ISIPADU CECAIR.

AKTIVITI 1 : Untuk Pelajar-Pelajar Pintar. Topik : Isipadu Cecair Subtopik : Pengenalan Kepada Isipadu Cecair Kemahiran : Membandingkan dua isipadu cecair menggunakan perbandingan secara terus. Hasil Pembelajaran : Murid-murid akan dapat menyukat dan membandingkan jumlah isipadu cecair dengan cara perbandingan terus. Strategi P & P : Demonstrasi dan tunjuk-cara. KBKK : Membanding-beza Nilai : Berkerjasama dan yakin BBM : Pinggan Plastik, Cawan Teh, botol plastik, corong air, air oren dan besen air. Perbendaharaan Kata : Isipadu, banyak, setengah, sedikit Prosedur : 1. Sediakan dua cawan teh yang kosong, pinggan plastik, botol plastik dain air oren yang disimpan di dalam besen yang diletakkan di atas meja. 2. Arahkan dua orang murid untuk memasukkan air oren dengan menggunakan cawan teh dari dalam besen ke dalam pinggan dan botol sehingga penuh. 3. Minta pelajar di dalam kelas untuk mencatatkan berapa cawankah isipadu air yang digunakan untuk mengisi sehingga pinggan dan botol tersebut penuh. Guru jangan memberitahu betul atau salah pada peringkat ini. 4. Guru memberi peluang kepada pelajar untuk memperjelas akan jawapan mereka. 5. Selepas semua pelajar terpilih tadi menyebut dan menerangkan jawapan mereka, barulah guru membuat kesimpulan akan jawapan mereka tadi. 6. Rumusan guru perlu merangkumi : i. Tidak semestinya bekas yang lebad atau tinggi akan mempunyai kapasiti isipadu cecair yang banyak. Ia adalah bergantung kepada penuh, setengah atau sedikit cecair yang digunakan. ii. Lihat dengan teliti terlebih dahulu isipadu cecair di dalam bekas yang dibandingkan sebelum membuat keputusan dan memberikan jawapan.

AKTIVITI 2 : Untuk Pelajar-Pelajar Lemah. Topik : Isipadu Cecair Subtopik : Pengenalan Kepada Isipadu Cecair

Kemahiran : Membandingkan dua isipadu cecair menggunakan perbandingan secara terus. Hasil Pembelajaran : Murid-murid akan dapat menyukat dan membandingkan jumlah isipadu cecair dengan cara perbandingan terus. Strategi P & P : Membuat pemerhatian dan tunjuk-cara. KBKK : Membanding-beza dan membuat rumusan Nilai : Berkerjasama dan yakin BBM : Bikar, Pinggan Plastik, botol plastik, air strawberi, besen air dan corong air. Perbendaharaan Kata : Isipadu, banyak, sama jenis, sedikit Prosedur :

1. Sediakan bikar, pinggan plastik, botol plastik dan air strawberi yang disimpan di dalam besen yang diletakkan di atas meja. 2. Arahkan dua orang murid untuk memasukkan air strawberi dengan menggunakan bikar dari dalam besen ke dalam pinggan dan botol sehingga penuh. 3. Minta pelajar di dalam kelas untuk menyebut tentang bekas yang manakah yang mengandungi kapasiti isipadu air yang banyak. Guru jangan memberitahu betul atau salah pada peringkat ini. 4. Guru memberi peluang kepada pelajar untuk memperjelas akan jawapan mereka. 5. Guru meminta dua orang murid untuk ke depan kelas. Kedua-dua mereka diminta untuk menuangkan air strawberi dari dalam pinggan dan diikuti dengan air dari botol plastik ke dalam besen menggunakan bikar yang sama saiznya. Sediakan corong air untuk aktiviti ini bagi mengelakkan air strawberi dari tumpah ke tempat lain. 6. Minta pelajar yang menjadi pemerhati aktiviti tersebut untuk memerhatikan aktiviti dengan baik dan perlu dimaklumkan juga kepada pelajar bahawa mereka perlulah membuat kesimpulan terhadap isipadu air yang manakah lebih banyak dari yang satu lagi. 7. Akhir sekali, guru perlu membuat rumusan berkaitan aktiviti ini. Rumusan guru perlu merangkumi : i. Tidak semestinya bekas yang lebad atau tinggi akan mempunyai kapasiti isipadu cecair yang banyak. Ia adalah bergantung kepada penuh, setengah atau sedikit cecair yang digunakan. ii. Lihat dengan teliti terlebih dahulu isipadu cecair di dalam bekas yang dibandingkan

kanak-kanak biasanya membuat perbandingan mengenai panjang bekas sahaja berbanding kapasiti. botol air mineral. jug air. kesilapan biasa berlaku dalam hal kandungan isipadu cecair. Ianya boleh di takrifkan dalam 2 skala unit iaitu unit bukan piawai (lebih atau kurang) dan unit piawai seperti dalam millimeter (ml) dan liter (l) dalam sistem metrik. Tetapi mereka tidak mempunyai pengetahuan berkaitan dengan kapasiti. mangkuk dan lain-lain untuk memudahkan murid memahami dengan lebih jelas tentang sukatan dan kandungan isipadu cecair.sebelum membuat keputusan dan memberikan jawapan. contohnya cawan. ini kerana kanak-kanak tidak dapat memahami berkaitan jumlah isipadu dalam sesuatu bekas dengan tepat. Guru boleh menggunakan bahan-bahan yang mudah di dapati seperti cawan. baldi. sama ada bekas yang lebih tinggi ataupun bekas yang pendek. Pada peringkat kanak-kanak. Pengujian boleh di buat untuk membezakan jumlah cecair yang boleh diisi kedalam bekas yang berlainan bentuk dan saiz . Apabila ditanya tentang bekas mana yang mempunyai lebih isi. pendek. Posted by ALFRED KENDIM at 7:01 AM Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz Labels: Dua Aktiviti Pengajaran Isipadu Cecair 0 comments: Post a Comment MEMBANDING DAN MENGUKUR ISIPADU CECAIR Definisi Isipadu Cecair Isipadu cecair membawa maksud kandungan air yang dapat di muatkan dalam sesuatu bekas. kecil dan beberapa kosa kata yang berkaitan dengannya. bikar. Walaupun perbandingan persepsi boleh dibuat di antara dua bekas. kebanyakan kanak-kanak mengetahui beberapa konsep panjang. . baldi atau bekas ±bekas lain. besar. jug.

Bahan Bantu Belajar: -Bekas yang berlainan saiz: cawan.murid biasa dengan peralatan yang di gunakan dalam sesi pengajaran.kebanyakkan kanak-kanak akan memilih bekas yang lebih tinggi walaupun bekas yang pendek itu mempunyai lebih isi. Guru mengedarkan 3 jenis bekas yang berlainan saiz. tuperware. rendah Langkah pengajaran : 1. cadangan saya sebagaimana berikut:- Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Aktiviti 1: Menggunakan Unit Bukan Piawai Topik : Mengukur dan membanding Isipadu Cecair Objektif : Selepas sesi pengajaran. -satu baldi air Kosa kata : lebih. 4. 3. banyak atau sedikit. -Murid-murid telah belajar bagaimana membanding sesuatu objek : lebih atau kurang. Pengetahuan Sedia ada : . penuh. Meminta seorang murid menjadi pencatat dalam setiap kumpulan. jug air. guru mestilah memberi penekanan kepada konsep kapasiti dengan menggunakan kaedah perbandingan secara konkrit. separuh. sebaldi air dan sati jug kosong kepada setiap kumpulan.Setiap kumpulan akan mencatat bilangan bekas yang berisi air yang diperlukan untuk memenuhi jug yang diberi dalam jadual yang disediakan. kosong. Untuk membolehkan kanak-kanak memahami dengan lebih jelas mengenai kapasiti air dalam sesuatu bekas. 2. tinggi atau rendah dalam tajuk lepas. . Oleh itu.tinggi. murid-murid sepatutnya dapat mengukur dan membanding isipadu cecair dengan menggunakan unit bukan piawai dengan betul. beberapa aktiviti dapat di jalankan. kurang. Bahagikan kelas kepada beberapa kumpulan yang mempunyai 4 orang ahli untuk menjalankan aktiviti pembelajaran secara kooperatif.

3. Minta murid mengisi bekas tinggi untuk membuktikan perbezaan kapasiti air dari dua bekas yang berbeza bentuk. gelas kaca) tersebut dengan air yang sirap. Minta murid mengisikan bekas yang berlainan saiz ( tuperware. Bahan-bahan : Pelbagai bekas kecil berlainan saiz ( bekas plastik tinggi. 7. Minta murid menjawab soalan berikut. Ulang dengan bekas-bekas yang lain. 2. Berikan satu set bekas yang berlainan saiz dan satu bekas tinggi kepada setiap kumpulan. 4. ( bulatkan jawapan yang betul) Isipadu air di dalam botol susu adalah ( sama / tidak sama ) dengan kapasiti air dalam tuperware Isipadu air di dalam botol susu ( lebih / kurang ) daripada isipadu air dalam tuperware. botol susu. Langkah-langkah : 1. 5. Murid bergerak dalam kumpulan berempat. 8. . 10. jug. dan tuperware). yang mana satu mempunyai kapasiti paling kecil. botol susu baby dan tuperware).Aktiviti 2 : Menggunakan unit bukan piawai. setiap kumpulan mempunyai seorang perekod. Minta murid berbincang mengenai ketiga-tiga jenis bekas tersebut (bekas plastik tinggi. gelas kaca. Topik: Menyukat isipadu cecair Hasil Pembelajaran : Murid seronok dan dapat menyukat isipadu cecair menggunakan unit-unit bukan piawai dan melihat perbezaan kapasiti air dari berbagai bentuk bekas.

.

0 Pengenalan Salah satu daripada topik baru bagi murid tahun 2 ialah isipadu cecair . Isipadu cecair adalah banyaknya cecair di dalam sesuatu bekas tertentu. Setelah memahami konsep isipadu.Kesimpulan: Sesuatu konsep yang hendak di terapkan khususnya kepada kanak-kanak memerlukan daya kreativiti guru yang tinggi. Sebelum memasuki alam . semakin banyak kuantiti air yang boleh diisi ke dalamnya. Semakin besar bekas yang digunakan. Untuk aktiviti ini murid-murid ditanamkan dalam minda mereka bahawa isipadu cecair boleh diubah berdasarkan bekas yang digunakan. lebih mudah untuk murid membuat sebarang anggaran berkaitan kapasiti air dan juga boleh di aplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. penggunaan alat yang menarik banyak membantu dalam hal ini. sipadu Cecair 1.

Pengalaman ini dilalui sejak mereka mula menyusu. Selain susu. Bekas yang berlainan bentuk dan saiz mungkin mempunyai kapasiti yang sama.persekolahan. Bahan Bantu Mengajar Pertama . minyak. Kemahiran membanding beza isipadu cecair di antara dua bekas yang berlainan saiz merupakan salah satu kemahiran yang agak sukar dikuasai oleh murid. Penggunaan bahan konkrit dan aktiviti yang memusatkan murid harus dipakai guna dalam membantu murid dengan memahami kemahiran ini dengan lebih mendalam. Berikut merupakan beberapa alat bantu mengajar dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan bagi membolehkan murid memahami dengan lebih mendalam dalam membanding beza isipadu cecair bagi dua bekas yang berlainan saiz . kanak-kanak juga sudah biasa dengan cecair lain seperti air. Mereka menganggap bahawa bekas yang tinggi mempunyai kapasiti yang besar dan bekas yang rendah mempunyai kapasiti yang kecil. kanak-kanak sudah biasa dengan cecair. sirap dan ubat. Kanak-kanak sudah mengenali beberapa jenis bekas seperti botol . Kanak-kanak biasanya sudah terkeliru dengan bentuk bekas yang digunakan . baldi . sudu dan sebagainya . yang digunakan mengisi cecair tersebut. Jumlah cecair yang boleh memenuhi sesuatu bekas disebut kapasiti(muatan ) bekas itu.

Bahan Bantu Mengajar Kedua Subjek Kelas Topik : Matematik : Tahun 2 : Isipadu cecair .

cawan plastik .Kemahiran : Membanding beza isipadu cecair antara dua bekas Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran. Alat Bantu mengajar kedua .Bekas yang mempunyai pelbagai jenis saiz seperti berikut .silinder penyukat . murid dapat mengukur isipadu cecair dengan menggunakan units yang standard.

Aktiviti pengayaan .

.

.

.

Aktiviti Pengukuhan .

.

.

.

Menguasai asas matematik adalah penting dalam memastikan murid mengikut pelajaran yang seterusnya setelah mereka pergi ke tahun 3 dan tidak ketinggalan ke belakang.Rumusan Pada keseluruhan. . guru memainkan peranan penting dalam mendidik murid untuk menguasai asas kemahiran matematik .

html Rujukan buku Lee Tak Sing .Kapasiti boleh di ukur dengan menggunakan bekas yang tidak besistematik dan diukur secara sistematik. Segala perancangan guru adalah penting dalam memastikkan murid mengikut pelajaran guru. guru harus mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid .2003 Toh Sing Ho Matematik Tahun 2.dan menarik minat guru dalam pencapaian objektif pembelajaran kita.Dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini. Untuk mengukur isipadu cecair. HMBT2103 Teaching Mathematics in Year Two. Bhd . Aktiviti ini juga boleh .Mathematics .com/watch?v=iPkZlce84ag&feature=player_embedded http://www.( Jilid 2) The Malaya Press Sdn Bhd Toh Sing Ho Matematik Tahun 2.blogspot.kita boleh menggunakan bekas yang mempunyai bentuk dan saiz yang berbeza.2003 Lee Tak Sing .com/watch?v=Wl6VDFaNn10&feature=related http://mykisshar.com/2009/10/measure-and-compare-volume-of-liquid. Rujukan internet http://www. Bhd . memilih alat bantu yang sesuai dan merancangkan aktiviti yang berpusatkan murid dan mengikut kebolehan murid agar dapat menarik perhatian murid.Bhd Maksud Isipadu Cecair Isipadu cecair merujuk kepada kapasiti cecair di dalam sebuah bekas. Buku Teks . activity book (Part 2) Hypersurf Corporation Sdn. Buku latihan dan aktiviti . Meteor Doc. Sdn .youtube. Matematik Tahun 1 . Unit sistem metrik yang digunakan untuk mengukur isipadu cecair ialah millimeter dan liter.youtube. (Jilid 2) The Malaya Press Sdn Bhd Murugiah s/o Velayutham and Kao Thuan Keat .Teks book ( Part 2) Hypersurf Corporation Sdn.

Melalui kaedah ini. tin minuman ringan. Pegang ketiga-tiga gelas 2. Konsep mengukur isipadu cecair ini perlu dilakukan oleh pelajar itu sendiri supaya mereka akan lebih memahami konsep isipadu cecair itu sendiri. Bahan-bahan : 3 gelas minuman yang sama saiz. . Pelajar juga boleh membawa bekas yang sedia ada seperti botol mineral. 3 mangkuk yang sama saiz.dilakukan di dalam kelas dengan menggunakan pelbagai jenis bekas dan saiz yang berbeza. pasu dan lain-lain yang boleh didapati di rumah untuk melakukan aktiviti mengukur isipadu cecair. Alat-Alat yang digunakan untuk Mengukur Isipadu Cecair Aktiviti 1 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Aktiviti 1 ( Mengukur isipadu cecair dengan menggunakan bekas tidak bersistematik ) Hasil Pembelajaran : Untuk membuat perbandingan persepsi terhadap kapasiti. 3 cawan yang sama saiz dan 1 jag air yang besar Langkah-langkah : 1. Minta murid memberitahu persamaan antar ketiga-tiga gelas. pelajar akan lebih memahami konsep isipadu dengan lebih jelas lagi.

4. Bahan-bahan : Selinder penyukat. Selepas itu guru meminta murid datang kehadapan untuk mengisi air mengikut perkataan yang ditunjukkan oleh guru. satu jag air yang besar. 1 gelas minuman. 1 teko. Aktiviti 2 ii. 6. Perkenalkan perkataan ³kosong´. 7. ³separuh penuh´ dan ³penuh´. Ulang aktiviti tersebut dengan menggunakan mangkuk. Alat Bantu Mengajar 2 Aktiviti 2 ( Mengukur isipadu cecair dengan menggunakan sistem metrik ) Hasil Pembelajaran : Menyukat isipadu bekas dengan menggunakan unit piawai. Guru meminta pelajar lain pula tampil kehadapan dan menyusun gelas-gelas tersebut mengikut turutan dari kosong ke penuh. 5. Langkah-langkah : . dan 1 cawan. Semasa memperkenalkan perkataan tersebut guru memaparkan gambar gelas kosong. 1 mangkuk.3. dan cawan. gambar gelas air separuh penuh dan gambar gambar gelas air penuh. Guru meminta murid melekatkan perkataan di bawah gelas ± gelas tersebut mengikut kesesuaiannya. 8.

gelas. Guru meminta murid mengisi jag. Kesimpulan Melalui aktiviti-aktiviti tersebut pelajar akan dapat membuat perbandingan dengan menggunakan bekas yang berlainan saiz dan bentuk dengan lebih jelas lagi. teko. Guru meminta murid menyusun bekas secara menurun dari kapasiti paling besar ke yang paling kecil. Pelajar juga dapat mengukur dengan menggunakan unit system metric dan pelajar dapat mengukur dengan tepat dan mengambil bacaan dengan tepat. 3. Guru meminta murid membincangkan bekas mana yang mempunyai isipadu yang paling kecil. . 10. Guru meminta murid lain menyusun bekas secara menaik dari kapasiti paling kecil ke yang paling besar. 2. Lantik seorang murid menjadi pencatat. Murid merekod menggunakan seperti jadual di bawah : Bekas jag gelas teko mangkuk cawan Bacaan dalam Mililiter / liter 9. mangkuk dan cawan dengan air. 7. Kemudian guru meminta murid menuang air di dalam jag ke dalam selinder penyukat. 4. Bahagikan murid kepada 6 kumpulan. Murid diminta untuk mengulang aktiviti tersebut menggunakan bekas yang lain. 6. 8. 5. Murid merekodkan bacaan di dalam jadual yang disediakan. 11.1. Berikan satu set bekas kepada setiap kumpulan.

Dengan itu. Aktiviti yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran ini perlulah sesuai dengan pelajar dan persekitarannya. Seseorang pelajar akan menganggap tinggi kapasiti air sebagai penanda aras banyaknya air di dalam sesuatu bekas seperti gambar yang di bawah.Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam tajuk mengukur isipadu cecair ini juga kadangkala terdapat salah konsep di kalangan pelajar. guru perlu lebih berhati-hati di dalam mengajar tajuk ini. . Kaedah yang digunakan juga mestilah senang difahami oleh pelajar supaya mereka lebih memahami konsep mengukur isipadu cecair ini dengan lebih jelas lag Pengenalan Masalah konsepsi isipadu cecair boleh kita definisikan sebagai kesilapan penaakulan pelajar terhadap kapasiti isipadu dalam dua bekas yang berbeza.

Pelajar sebenarnya pernah . Proses menyukat isipadu cecair Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa saiz bekas yang berbeza dapat mengelirukan kita dalam menentukan isipadu cecair. Seseorang pelajar akan menganggap tinggi kapasiti air sebagai penanda aras banyaknya air di dalam sesuatu bekas seperti gambar yang di bawah. Oleh demikian.Pengenalan Masalah konsepsi isipadu cecair boleh kita definisikan sebagai kesilapan penaakulan pelajar terhadap kapasiti isipadu dalam dua bekas yang berbeza. kita pada hari ini amat bertuah kerana dapat menggunakan unit standard untuk menentukan perkara ini.

proses bacaan perlulah berada selari dengan aras cecair yang hendak disukat. Bahan bantu mengajar Isipadu cecair Bagi mengajar topik ini. Setiap silinder penyukat adalah mempunyai skala yang sama dengan silinder penyukat lain. pastikan kita berada pada sebuah permukaan yang rata seperti sebuah meja. 1 Bagi proses menyukat pula. namun kapasiti dalamnya tetap tepat kerana ianya standard. maka seseorang guru akan dapat membantu mereka dengan sebaik mungkin. Terdapat beberapa kemungkinan jawapan yang memusykilkan pelajar iaitu garisan aras cecair agak tebal. adalah ditegaskan bahawa garis yang paling di bawah itulah merupakan jawapan yang paling tepat untuk menentukan aras cecair dalam silinder. Dengan memberikan bimbingan dan tunjuk ajar. Perkara ini akan membolehkan seseorang guru mendapatkan bahan tersebut dengan senang dan mudah. Aras pelajar juga perlulah diambilkira oleh gur . bahan yang akan digunakan juga perlulah bersifat ekonomi dan tidak terlau mahal. Sebelum menyukat isipadu. Biarpun saiz sesebuah silinder itu berbeza. bahan bantu mengajar yang digunakan juga perlulah berkaitan dengan kehidupan seharian pelajar supaya ianya lebih konkrit dan dapat diingat oleh pelajar jika dijadikan contoh. maka dapatlah kita mengurangkan masalah konsep pelajar terhadap perbezaan isipadu dalam dua atau lebih bekas yang berbeza saiz. Peranan kedudukan mata amatlah penting dalam memastikan ketepatan bacaan. Bacaan yang tepat adalah kedudukan mata berada selari dengan skala sukatan bukanya Sebagaimana yang telah ditunjukkan pada gambar ini. bahan bantu mengajar hendaklah sesuatu yang dikenalpasti oleh guru tersebut untuk direka dan digunakan. Penggunaan silinder penyukat amat sesuai untuk pelajar sekolah rendah kerana ianya boleh didapati di makmal sains sekolah. Selain daripada itu. Antara alat yang kita boleh gunakan ialah seperti bikar. Perkara ini membolehkan guru senang untuk mendapatkan bahan tersebut dan sekaligus menjimatkan masa guru. Terdapat dua sukatan yang kita dapat gunapakai dalam menyukat isipadu cecair pada tahap sekolah rendah iaitu milliliter (ml ) dan liter (l ).melihat ukuran standard isipadu cecair seperti yang terdapat pada botol ataupun tin minuman namun mereka tidak sedar akan perkara ini. adalah tanggungjawab seorang guru untuk menjelaskan perkara ini dengan lebih terperinci kepada pelajar kita agar mereka lebih faham dan masalah konsepsi dapat diatasi. Sebagaimana matapelajaran yang lain. kriteria bahan yang digunakan perlulah diambilkira terlebih dahulu. silinder penyukat dan sebagainya. Kesesuaian bahan bantu mengajar yang sesuai perlulah memiliki ciri seperti mudah didapati. kita bolehlah menuangkan air ke dalamnya dan membuat kiraan yang tepat. Namun demikian. Selain daripada itu. Dengan adanya unit ini. Tambahan pula. Oleh demikian. bahan yang sesuai amatlah penting untuk menerang konsep isipadu cecair kepada pelajar.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful