You are on page 1of 1

Seramai 14 Orang Murid Keracunan Makanan

KLUANG,7 Jun – Seramai 14 orang murid dari Sekolah Kebangsaan Kampung


Melayu telah mengalami keracunan makanan. Kejadian telah berlaku pada pukul
10.30 pagi ketika murid-murid makan nasi lemak di kantin sekolh. Kejadian tersebut
menyebabkan mangsa dihantar ke Hospital Kluang.
            Menurut guru besar sekolah tersebut, Encik Irfan Hadi, pda awalnya hanya
tiga awal murid sahaja yang muntah. Beberapa minit kemudian, jumlah murid yang
muntah semakin bertambah. Tanpa berfikir panjang, beliau melarng murid supaya
tidak memakan nasi lemak yang sudah dibeli.
           Murid yang disyaki keracunan makanan telah dibawa kebilik kesihatan. Oleh
sebab kejadian tersebut agak serius, pihak hospital telah dihubungi. Kira-kira 20
minit kemudian, ambulan telah dating dan mangsa yang seperti ayam berak
kapur segera dikejarkan ke hospital.
            Tiga orang pegawai kesihatan daripada Kementerian Kesihatan telah
memeriksa kantin sekolah. Menurut pegawai yang membuat pemeriksaan, keadaan
tempat memasak kantin sangat kotor. Mereka mengarahkan kantin mentup
peniagaan selama dua minggu untuk tujuan pembersihan.
            Mangsa yang dihantar ke hospital telah ditahan di wad. Ibu bapa mereka telah
dihubungi. Doktor yang bertugas telak membuat pemeriksaan rapi terhadap setiap
mangsa.        
            Ekoran kejadian tersebut, ramai murid yang bercadang membawa bekal ke
sekolah. Cara ini bukan sahaja dapat memastikan kesihatan terjamin, tetapi dapat
menjimatkan wang. Kini, murid-murid semakin sedar bertapa pentingnya menjaga
kebersihan

You might also like