You are on page 1of 15

PAKK3353

GURU DAN INTERVENSI KANAK-KANAK


BERKEPERLUAN KHAS
SOALAN 2 :

Ciri-ciri kanak-kanak berkeperluan khas mengikut


kategori :
1. Masalah penglihatan
2. Masalah fizikal
3. Akta-akta berkaitan KKBK
DEFINISI KKBK

McDonnell et. al. (1995) : Mengklasifikasikan murid keperluan khas


kepada rencatan akal, gangguan tingkah laku, autisme, gangguan
pembelajaran, kecacatan deria serta kecacatan fizikal dan
kesihatan yang lain.

Sheila & Samsilah (2006) : Mengkategorikan murid berkeperluan


khas sebagai kanakkanak yang memerlukan pendekatan pengajaran
dan pembelajaran yang berbeza daripada murid biasa. Dibahagikan
kepada murid bermasalah penglihatan, pendengaran dan
pembelajaran.
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013:
kanak-kanak yang diperakukan oleh pengamal perubatan, ahli optik, ahli
audiologi atau ahli psikologi mengikut mana-mana yang berkenaan sama
ada dalam perkhidmatan kerajaan atau tidak sebagai murid yang
mempunyai ketidakupayaan penglihatan, ketidakupayaan pendengaran,
ketidakupayaan pertuturan, ketidakupayaan fizikal dan masalah
pembelajaran atau mana-mana kombinasi ketidakupayaan dan masalah
yang telah dinyatakan.
Buku Garis Panduan Pendaftaran OKU, JKM yang berkuat kuasa pada 1 Julai
2014 menyenaraikan tujuh kategori OKU yang boleh dipertimbangkan bagi
tujuan pendaftaran OKU oleh JKM iaitu seperti berikut:
 Kurang Upaya Pendengaran
 Kurang Upaya Penglihatan
 Kurang Upaya Pertuturan
 Kurang Upaya Fizikal
 Masalah Pembelajaran
 Kurang Upaya Mental dan
 Pelbagai (Multiple Disabilities)
MASALAH PENGLIHATAN
 Dua kategori utama : tidak dapat melihat atau buta
 mempunyai penglihatan kurang daripada 3/60 pada mata terbaik
 penglihatan terhad atau rabun yang mempunyai penglihatan kurang dari 6/18 sehingga persepsi
cahaya pada mata yang terbaik.
 Murid-murid bermasalah penglihatan dikenal pasti berdasarkan pada rupa dan alatan bantu yang
digunakan seperti berikut:
1. Rupa
 Bebola mata yang selalu berputar-putar
 Mata yang selalu bergerak-gerak
 Bintik-bintik putih pada pupil
 Tiada anak mata
 Juling
2. Memegang bahan bacaan terlalu dekat dengan muka ataupun pada sudut berlainan
3. Menggunakan braille dan kanta pembesar untuk membaca
4. Menggunakan tongkat putih untuk mobiliti
MASALAH FIZIKAL

 Ketidakupayaan fizikal, memerlukan pengubatan atau peralatan khas seperti


pendakap atau kerusi roda.
 Contoh kecacatan :
– Cerebral Palsy
– Epilepsi
– Spina bfida
– Muscular Dystrophy
– Limb deficiencies
Epilepsi :
Cerebral Palsy :
Penyakit sawan yang disebabkan
Kesukaran bergerak kerana
oleh masalah neurologi yang
tidak dapat mengkoordinasi badan,
menyebabkan kanak-kanak
kecederaan di bahagian otot
mengeletar.
& menyebabkan neurologi
motor tidak dapat berfungsi
dengan baik.
Spina Bifida :
Kecacatan pada tulang belakang yang
boleh menyebabkan kelumpuhan pada
bahagian bawah badan, boleh dibantu
dengan pembedahan.
Muscular Dystrophy :
Kemerosotan kekuatan otot secara
progresif sehingga kanakkanak
memerlukan kerusi roda.
Limb Deficiencies :
Anggota badan yang tidak sempurna,
boleh dilatih menggunakan anggota
palsu.
AKTA BERKAITAN
 Akta Pendidikan 1996 seksyan 312

-kanak-kanak dikatakan memerlukan keperluan khas jika mereka mempunyai


masalah dalam aspek pembelajaran yang memerlukan peruntukan pendidikan
khusus terhadap mereka.
-kanak-kanak itu dikatakan menghadapi masalah dalam aspek pembelajaran jika
mereka :
1. Mempunyai masalah pembelajaran yang besar dan signifikan berbanding
kanak-kanak yang sebaya dengannya
2. Mempunyai kecacatan yang menghalangnya menggunakan kemudahan
pendidikan yang digunakan oleh kanak-kanak yang sebanya dengannya
3. Adalah di bawah umur wajib bersekolah dan berada di kategari (2) di atas
 AKTA ORANG CACAT 2002 (BAHAGIAN 2).
 PENDIDIKAN :
1. Setiap kanak-kanak yang mempunyai apa jua jenis atau
tahap kecacatan harus menerima pendidikan percuma
dalam suasana yang bersesuaian sehingga umur lapan
belas tahun.
2. Pendidikan bagi orang kurang upaya harus termasuk ke
dalam perancangan pendidikan kebangsaan,
perkembangan kurikulum serta organisasi sekolah.
3. Pihak berkenaan harus berusaha mengalakkan
mengintegrasikan pelajar kurang upaya ke dalam sekolah
biasa.
 AKTA OKU 2008 (BAHAGIAN 4 (I))
Akses kepada pendidikan
1. Orang kurang upaya tidak boleh dikecualikan daripada sistem
pendidikan umum atas asas ketidakupayaan, dan kanakkanak kurang
upaya tidak boleh dikecualikan daripada pendidikan prasekolah,
rendah, menengah dan tinggi, atas asas kesetaraan dengan orang
atau kanak-kanak upaya, termasuk latihan vokasional dan
pembelajaran sepanjang hayat.
2. Kerajaan dan penyedia pendidikan swasta hendaklah, bagi
membolehkan orang dan kanak-kanak kurang upaya melanjutkan
pelajaran, menyediakan penyesuaian munasabah yang sesuai dengan
keperluan orang dan kanak-kanak kurang upaya dari segi, antara lain,
prasarana, kelengkapan dan bahan pengajaran, kaedah pengajaran,
kurikulum dan bentuk sokongan lain yang memenuhi pelbagai
keperluan orang atau kanak-kanak kurang upaya.
RUJUKAN
https://www.pendidik.com.my/2017/06/08/ketahui-7-kategori-murid-berkeperluan-khas/

https://www.slideshare.net/KarenYongfen/kategori-kanakkanak-keperluan-khas?from_action=save

Jamila K.A Mohamed. (2005). Pendidikan Khas untuk Kanak-Kanak Istimewa. Pahang : PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd
(https://books.google.com.my/books?hl=en&lr=&id=h9j1OpSgx8sC&oi=fnd&pg=PR9&dq=ciri-ciri+kanak-
kanak+berkeperluan+khas&ots=3sryiP6akA&sig=5IklvnQoxyhBtTUz2-fakfB6xDc#v=onepage&q=ciri-
ciri%20kanak-kanak%20berkeperluan%20khas&f=false)

https://www.slideshare.net/cikgusuepkhas/pengenalan-pendidikan-khas

http://rehabmalaysia.org/wp-content/uploads/2011/12/Akta-Orang-Kurang-Upaya-2008.pdf

You might also like