You are on page 1of 13

QKJ3013

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA MOHAMAD TAUFIQ BIN MARZUKI


NO MATRIK D20182086447
KUMPULAN KUMPULAN A
PROGRAM AT59- IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
(PENDIDIKAN JASMANI)

NAMA PENSYARAH:
ENCIK SADZALI BIN HASSAN

1
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 PENGENALAN 3

2 KEPENTNGAN PENDIDIKAN JASMANI KEPADA KANAK- 3


KANAK KURANG UPAYA

3 DEFINISI MASALAH PENGLIHATAN 4

4 TAHAP MASALAH KESIHATAN 5

5 SEJARAH MASALAH KESIHATAN 6

6 JENIS-JENIS MASALAH PENGLIHATAN (FISIOLOGI) 7-10

7 FAKTOR MASALAH PENGLIHATAN 11

8 CADANGAN RAWATAN MASALAH PENGLIHATAN 12-13

2
PENGENALAN
Pendidikan jasmani sualan adalah direka khas untuk kanak- kanak yang mengalami kecacatan dari
segi mental mahupun fizikal serta kanak- kanak yang tidak mempunyai keupayaan seperti seorang
manusia yang normal. lanya merangkumi perkembangan kecergasan fizikal dan lakuan motor,
perkembangan kerahiran motor, dan perkembangan kemahiran dalam akuatik, tarian, sukan dan
permainan secara individu atau kumpulan. Terdapat dua komponen penting untuk péndidikan
jasmani suaian bagi kanak- kanak kurang upaya laitu mengembang dan melaksanakan Individual
Education Program (IEP) dan mengajar kurikulum pendidikan jasmani yang telah digariskan oleh
Kementerian Pendidikan di Malaysia.

KEPENTNGAN PENDIDIKAN JASMANI KEPADA KANAK-KANAK KURANG UPAYA

Antara kepentingan pendidikan jasmari bagi kanak- kanak kurang upaya ialah untuk
perkembangan keseimbangan, diskriminasi dan integrasi ceria, dan fungi deria-motor. Selain itu,
perkembangan kernahiran lokomotor dan bukan lokomotor. Perkembangan kemahiran mengawal
objek. Perkembangan bermain, kesenggangan, rekreasi,sukan dan kemahiran kecergasan fizikal.
Perkembangan kecergasan fizikal untuk kehidupan seharian dan kesihatan. Menghalang dan
menguruskan keadaan kesihatan diri. Perkembangan kemahiran pergerakan unluk hidup berdikari.

3
DEFINISI MASALAH PENGLIHATAN

Kecacatan penglihatan atau buta adalah sejenis kecacatan fizikal di mana sebahagian daripada alat-
alat pancaindera telah rosak sama ada rosak teruk atau mengalami kehilangan yang sedikit
sehingga meninggalkan kesan yang negatif terhadap pertumbuhan seseorang kanak-kanak. Dari
aspek pendidikan, masalah penglihatan bermaksud, cacat separuh atau kurang nampak ialah
mereka yang berkemampuan untuk membaca dan melihat huruf biasa. Buta ialah mereka yang
langsung tidak dapat melihat dan perlu menggunakan kod Braille untuk membaca. Definisi yang
dikemukakan oleh The World Council for the Welfare of the Blind dalam Hajah Hasnah (1988)
tentang masalah penglihatan adalah seperti berikut:

I. Tidak dapat melihat langsung.


II. Kebolehan melihat tidak lebih daripada 6/60 atau 20/200 iaitu dengan Ujian Snellen.
III. Penglihatan yang terhad iaitu kurang daripada 20 peratus.

DEFINISI MASALAH PENGLIHATAN DARI SEGI PENDIDIKAN

Sekumpulan kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas kerana maslah penglihatan. Kaedah
penyampaian pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlu diadaptasi dengan keperluan kanak-
kanak ini supaya dapat menoptimakan pembelajaran dan pencapaian mereka. Kanak-kanak yang
cacat penglihatan biasanya normal seperti kanak-kanak biasa cuma mereka hanya kekurangan dari
segi kebolehan melihat sahaja. Namun yang menimbulkan masalah adalah cacat penglihatan yang
disertai dengan beberapa kecacatan lain seperti pekak, autisme dan kecacatan anggota badan. Bagi
kanak-kanak yang mempunyai kecacatan pelbagai ini, ia menimbulkan masalah terutamanya
dalam penerimaan pendidikan. Kanak-kanak cacat penglihatan sepenuhnya iaitu buta adalah sama
seperti kanak-kanak normal lain cuma kekurangan dari segi melihat. Malah kebanyakan daripada
mereka menunjukkan pencapaian yang menggalakkan berbanding dengan murid yang rabun.

4
TAHAP MASALAH KESIHATAN

Terdapat beberapa tahap masalah penglihatan yang membezakan antara buta dengan penglihatan
terhad ataupun low vision berdasarkan ujian visual acuity dan juga adaptasi pendidikan khas.
Masalah Penglihatan dapat dilihat dalam tahap berikut:

1. Tahap sederhana
Masalah tahap sederhana masih membolehkan kanak-kanak melihat cahaya dan
menjalankan aktiviti melibatkan deria penglihatan dengan menggunakan alat bantu khas
seperti kanta.

2. Tahap teruk
Teruk Masalah pada tahap teruk menyebabkan kanak-kanak mungkin memerlukan lebih
banyak masa dan tenaga dalam menjalankan aktiviti malam mengalami kesukaran
melakukan aktiviti berkaitan penglihatan termasuk mobiliti, walaupun dengan bantuan
khas.

3. Tahap sangat teruk


Masalah pada tahap sangat teruk mengakibatkan kanak-kanak menghadapi kesukaran
melakukan aktiviti visual seperti membaca dan mobiliti serta perlu bergantung kepada
deria-deria lain.

5
SEJARAH MASALAH KESIHATAN
Pada tahun 1934, Persatuan Perubatan Amerika menerima pakai istilah buta seperti yang berikut
iaitu ketajaman pandangan pusat pada 20/200 atau kurang pada mata terbaik dengan kanta
pembetulan atau ketajaman pandangan pusat lebih dari 20/200 sekiranya terdapat kecacatan medan
penglihatan di mana pandangan sisi kucup pada tahap di mana keratan rentas terlebar dari mana
luas medan penglihatan tidak melebihi 20 darjah pada mata.

1926 Pembukaan Sekolah Rendah Pendidikan Khas(SRPK) St. Nicholas oleh Gereja
Anglican di Melaka 1931
1931 SRPK St. Nicholas berpindah ke Pulau Pinang
1948 Pembukaan SRPK Princess Elizabeth dengan kemudahan asrama oleh JKM di
JB.
Pembukaan Institut Berasrama Pusat Latihan Gurney – JKM
1953 Pembukaan Institut Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh
1958 Pembukaan Institut Taman Cahaya, Pusat Pertanian, Sandakan (JKM)
1962-1963 Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di
sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih, diperkenalkan.
1977 Permulaan Latihan perguruan Khas dalam bidang cacat penglihatan di Maktab
Perguruan Ilmu Khas, Cheras
1978 Penubuhan J/Kuasa Utama Pembentukan Kod Braille B.Melayu untuk
mengembangkan Sistem Kod Braille B.Melayu
1983 Pembukaan Sekolah Menengah Berasrama Cacat Penglihatan, Setapak
Pengambilalihan SRPK Princess Elizabeth oleh Kementerian Pendidikan sebagai
sekolah bertaraf penuh

1984 Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille AI-Quran dan Bengkel Penulisannya bagi
tujuan mengembangkan Sistem Kod Braille AI-Quran
Penubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan Braille/Kerabunan,
Kementerian Pendidikan untuk menyediakan bahan-bahan dalam braille
khususnya buku teks dan penyenggaraan alatan braille

6
JENIS-JENIS MASALAH PENGLIHATAN (FISIOLOGI)

1. Astigmatisme
Astigmatisme atau mata silindris merupakan kelainan pada mata yang disebabkan oleh
kerana lengkung kornea mata yang tidak merata.

2. Myopia
Ini adalah penyakit rabun mata yang paling lazim di kalangan kanak-kanak dan remaja dan
boleh disebabkan oleh keturunan. Kanak-kanak yang rabun dekat memiliki bentuk kornea
yang terlalu melengkung atau bola mata yang terlalu panjang. Ini akan menyebabkan
cahaya difokuskan ke bahagian hadapan retina dan bukannya ke atas retina seperti yang
sepatutnya. Rabun dekat biasanya dapat dikesan ketika kanak-kanak memulakan alam
persekolahan, seawal-awalnya ketika berumur 6 tahun. Imej terbentuk di hadapan retina
Penggunaan kanta cembung membolehkan imej difokuskan di retina.

7
3. hyperopia
Dikenali juga sebagai rabun jauh. Terjadi apabila bentuk kornea kurang melengkung atau
bola mata terlalu pendek dan menyebabkan cahaya bertumpu ke bahagian belakang retina.
Bayi dan kanak-kanak kecil lebih cenderung untuk rabun jauh. Keadaan ini akan menjadi
lebih baik apabila mata semakin membesar dan menjadi lebih panjang. Imej terbentuk di
belakang retina Penggunaan kanta cekung membolehkan imej kembali difokus pada retina.

4. Rabun warna
Ramai yang menganggap orang yang mempunyai rabun warna mempunyai penglihatan
bagaikan televisyen hitam putih. Sebenarnya, orang yang rabun warna itu tidak sebenarnya
buta warna, cuma persepsi warnanya sahaja yang berbeza dengan orang yang mempunyai
penglihatan normal. Jika kita melihat warna merah menyala, seseorang yang mempunyai
defeksi warna merah akan melihat warna tersebut seperti warna merah gelap. Jenis rabun

8
warna adalah pelbagai dan tahap keterukan rabun warna itu sendiri berbeza. Ada segelintir
orang yang mempunyai Defek warna yang sangat teruk di mana ia boleh menyebabkan
mereka ‘buta’ terhadap semua warna. Jenis rabun warna yang biasa dijumpai adalah jenis
defek warna hijau-merah atau biru-kuning.

5. Strabismus (juling)
Suatu keadaan di mana kedua-dua mata tidak searah dan memandang pada titik yang
berbeza. Masalah ini adalah ketidakbolehan untuk memfokuskan objek yang sama pada
kedua-dua belah mata kerana penyimpangan ke dalam atau ke luar pada sebelah atau
kedua-dua belah mata. Sekiranya tidak dirawat, strabismus boleh mengakibatkan
kehilangan penglihatan kekal. Dalam kebanyakan kes, tiada sebab yang diketahui Ia boleh
disebabkan oleh otot-otot mata yang tidak berfungsi dengan baik pada mata yang juling itu
atau kelumpuhan otot-otot mata itu sendiri. Rabun jauh juga boleh menyebabkan mata
bergerak ke dalam. Mata juling adalah lebih lazim di kalangan kanak-kanak yang
mengalami masalah otak seperti Cerebral Palsy, Down Syndrome, hydrocephalus dan
barah otak.

6. Diplopia(double vision)

9
Diplopia atau penglihatan ganda adalah suatu gangguan penglihatan yang mana objek
terlihat ‘double’ atau berganda. Diplopia berasal dari bahasa Yunani, diplo = ganda opia
= penglihatan

7. Amblyopia

Dikenali sebagai lazy eye / mata malas. Suatu keadaan di mana salah satu mata tidak
berfungsi dan perlu bergantung pada sebelah mata yang sihat. Mata malas merupakan
gangguan yang terjadi pada masa perkembangan penglihatan. Oleh sebab ketajaman
penglihatan berkurang, mata menjadi malas melakukan fungsinya. Saraf mata yang
seharusnya berkembang menjadi terhenti. Masalah ini sukar dikenal pasti kerana dengan
hanya satu mata sahaja, individu mampu melakukan kegiatan dengan normal. Sekiranya
mata yang baik mengalami gangguan, barulah dapat dikesan bahawa salah satu mata
sebenarnya malas melakukan fungsinya.

10
FAKTOR BERLAKU MASALAH PENGLIHATAN
Faktor-faktor masalah penglihatan ini antaranya adalah disebabkan oleh faktor sindrom, baka
(masalah penglihatan yang diwarisi), komplikasi pre-natal (sebelum kelahiran hingga semasa
kelahiran) dan post-nataliaitu ianya berlaku selepas kelahiran. Selain itu, punca kehilangan
penglihatan ini juga boleh berlaku apabila seseorang itu mengalami kemalangan yang boleh
menyebabkan seseorang tersebut hilang daya penglihatan, ataupun disebabkan oleh penyakit dan
jangkitan kuman yang memberikan impak kepadanya untuk kehilangan deria tersebut.

Masalah penglihatan ini boleh berlaku sejak bayi itu dilahirkan ataupun semasa zaman kanak-
kanaknya ataupun setelah ia dewasa. Masalah penglihatan ini boleh bertambah buruk dari semasa
ke semasa ataupun ianya akan kekal ataupun ianya akan bertambah baik melalui proses pemulihan
dan rawatan. Ianya boleh berlaku disebabkan oleh satu atau lebih sistem penglihatan seseorang
individu itu mengalami kerosakan ataupun tidak berfungsi. Contohnya, satu struktur mata rosak,
kerosakan atau masalah berkaitan dengan pembiasan (refractive) yang mana ianya gagal untuk
membentuk imej ataupun arca pada retina dan jika ada kerosakan pada bahagian otak yang
berkaitan dengan saraf penglihatan yang boleh menyebabkan seseorang itu kehilangan
penglihatan.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO, 2002), antara jenis-jenis penyakit yang
menyebabkan kebutaan ialah katarak, glaukoma, masalah diabetes, kecacatan sejak lahir dan
masalah kornea. Selain dari itu, kecederaan dibahagian mata adalah juga penyebab utama boleh
menjadikan kebutaan. Sebagai contoh, kebutaan pada sebelah mata. Punca kebutaan ini juga boleh
terjadi melalui genetik contohnya “albinism”. Kebanyakan orang yang mempunyai penyakit
keturunan seperti albino ini, mempunyai masalah penglihatan dan ada yang buta.

Keracunan juga adalah sebahagian daripada punca menghidapi masalah penglihatan. Kebutaan
boleh berlaku melalui pengambilan beberapa kimia. Contohnya minuman yang mempunyai
alcohol seperti yang mengandungi methanol. Methanol adalah sejenis kimia yang sangat tidak
merbahaya walaubagaimanapun jika ianya bertindakbalas dengan ethaol melalui proses
metabolisme, methanol akan dipecahkan dan akan membentuk bahan-bahan formaldehid dan asid
formic yang seterusnya boleh menyebabkan kebutaan dan pelbagai komplikasi kesihatan yang lain
serta boleh menyebabkan kematian. Methanol ini boleh dijumpai dalam minuman yang beralkohol
dan spirit.

11
CADANGAN RAWATAN MASALAH PENGLIHATAN

1. Amalkan pemakanan yang baik dan sihat


Antara nutrien yang anda perlukan untuk mendapatkan sepasang mata yang sihat adalah
protein, kalsium, zink, antioksidan, asid lemak omega-3, lutein dan zeaxanthin. Berikut
pula adalah contoh sajian yang baik untuk mata dan elak mata rabun
 Sayur-sayuran hijau berdaun: Ia merupakan sumber lutein dan zexanthin
semula jadi yang turut mengandungi serat, mineral dan pelbagai jenis
vitamin.
 Buah-buahan sitrus dan beri: Ia sangat kaya dengan vitamin C.
 Kekacang: Sebagai contoh, kacang badam merupakan sumber vitamin E
yang sangat tinggi.
 Ikan: Salmon, tuna, ikan bilis dan ikan kembung sangat kaya dengan DHA.
 Telur: Bahagian kuning telur juga adalah sumber lutein dan zeaxanthin.

2. Lakukan senaman mata untuk elak mata rabun


Selain pemakanan untuk elak mata menjadi rabun, anda juga perlu mengamalkan senaman
mata yang ringkas bagi mengekalkan tahap penglihatan yang optimal. Lakukannya
sebelum tidur, selepas bangun tidur atau pada bila-bila ketika mata anda berasa tidak selesa.
Caranya adalah seperti berikut:
 Tekapkan tapak tangan anda pada kedua belah mata dalam keadaan mata
tertutup selama beberapa saat.
 Pusingkan bebola mata anda dengan memandang ke atas, ke bawah dan
putarkannya dengan perlahan mengikut arah jam beberapa kali.
 Fokuskan pandangan mata anda terhadap sesuatu benda pegun. Sebagai
contoh, anda boleh menggunakan sebatang pen, dekatkan dan jauhkan ia
beberapa kali untuk mendapatkan fokus yang baik.
 Urutkan dahi anda. Lakukan ini dengan perlahan-lahan dalam gerakan
membulat beberapa kali. Selepas dahi, urutkan juga bahagian kening,
bawah mata dan sisi hidung.

12
 Akhir sekali, sandarkan badan anda, pejamkan mata, rehat dan relaks
selama beberapa minit.

3. Dapatkan waktu rehat untuk mata

Seperti anggota badan yang lain, badan anda juga memerlukan rehat. Ia sangat penting
terutamanya jika anda merupakan individu yang kerap menghadap komputer setiap hari di
pejabat atau di sekolah. Oleh itu, pastikan anda peruntukan waktu rehat untuk mata yang
mencukupi. Alihkan pandangan anda sekurang-kurangnya 1 jam ke arah pemandangan
yang menenangkan. Ketika malam pula, pastikan anda meluangkan masa untuk tidur
dengan sebaiknya iaitu sekitar 8 jam setiap hari.

4. Pembedahan

Pakar mata mencadangkan beberapa teknik lain seperti PRK, LASEK, Epi-LASIK dan
SMILE. Kaedah untuk merawat rabun melalui pembedahan secara umumnya diistilahkan
sebagai pembedahan pembetulan refraksi. Kaedah pembetulan yang kerap digunakan
dalam perubatan moden adalah melibatkan aplikasi laser (laser eksimer) pada lapisan
paling luar mata (kornea). Secara spesifik, kaedah ini merupakan pembedahan laser
refraksi kornea (laser corneal refractive surgery). Kaedah pancaran laser eksimer ini boleh
dilakukan melalui beberapa teknik pembedahan refraksi iaitu ‘photorefractive
keratectomy’ (PRK), ‘laser in-situ keratomileusis’ (LASIK).

13

You might also like