You are on page 1of 17

Kumpulan Pengajaran HNS 3032

Pengarah Program Mohamad Taufiq Bin Marzuki


Institusi UPSI
Nama Program Kejohanan Ragbi Rimau Proton City 7 (PC7) Dan
Program Rumah Hantu
Tarikh 11 Oktober 2019- 13 Oktober 2019
Lokasi Padang Ragbi Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI)
Jumlah Peruntukan Yang -
Diluluskan

LAPORAN PERLAKSANAAN PROGRAM / AKTIVITI DAN PENYATA


PERBELANJAAN PROGRAM KESUKARELAWANAN

Maklumat Program
1. Ringkasan program:

Program Kejohanan Ragbi Rimau Proton City 7 (PC7) ini merupakan program sukan
yang diadakan setiap tahun semenjak tahun 2014 sehingga kini. Kejohanan ini
dianjurkan oleh SK Proton City dengan kerjasama Unit Sukan JPN Perak, Batang
Padang Mualim, Fakulti Sains & Matematik (UPSI), Majlis Daerah Tanjong Malim
(MDTM), KRT Proton City yang memberi sokongan padu dalam melahirkan murid
yang cemerlang di peringkat Sekolah, Daerah, Negeri dan Kebangsaan. Kejohanan ini
diadakan mengikut kategori bermula dari 9 Tahun hinggalah 11 Tahun lelaki dan
perempuan dan kejohanan ini diadakan selama 2 hari yang melibatkan pelbagai
sekolah di setiap negeri bagi peringkat kebangsaan seperti Selangor, Perak,
Terengganu dan lain-lain lagi.

Sehari sebelum kejohanan berlangsung, mahasiswa dan mahasiswi yang terlibat


dengan kesukarelawanan dijemput untuk membantu tenaga pengajar mengajar asas
sukan ragbi kepada murid di sekolah SK Proton City pada hari jumaat sempena
Kejohanan Ragbi Kebangsaan yang melibatkan sekitar 350 orang murid SK Proton
City dan seterusnya mahasiswa dan mahasiswi yang terlibat dengan kesukarelawanan
ini bersama-sama membantu menjayakan kejohanan ragbi kebangsaan yang
berlangsung selama 3 hari.

Objektif program ini diadakan adalah untuk melatih murid mengenai asas-asas sukan
ragbi bagi mengenalpasti murid yang berbakat dalam sukan ragbi, membantu dalam
pengurusan teknikal agar kejohanan ini berjalan dengan lancar, membina hubungan
yang baik di antara Sekolah, Institut Pengajian Tinggi dan Masyarakat dan membantu
pihak sekolah untuk mencungkil bakat dan minat murid dalam sukan ragbi.

Program ini dijalankan bagi membolehkan murid yang selama ini tidak berkesempatan
untuk menunjukkan bakat mereka yang terpendam malah bakat baru ini sememangnya
boleh digilap bagi mewakili negara Malaysia ke pertandingan yang berprestij tinggi
seperti sukan olimpik, sukan asia dan sukan komanwel.

Pada masa yang sama, terdapat pelbagai program diadakan semasa kejohanan ini
berlangsung seperti rumah hantu, aktiviti memanah dan taman permainan bagi
memeriahkan lagi suasana kejohanan dan menceriakan para peserta yang hadir.

2. Adakah program ini mencapai matlamat:

Secara keseluruhannya, program ini telah mencapai matlamat sepertimana yang


diinginkan oleh setiap ahli kumpulan kami. Antara matlamat yang telah dicapai oleh
kami menerusi penglibatan program ini adalah kami dapat menjalinkan hubungan yang
baik antara sekolah, Institut Pengajian Tinggi dan masyarakat. Hal ini dapat dilihat
melalui proses komunikasi yang melibatkan kerjasama antara pihak sekolah, universiti
dan masyarakat dalam menjayakan program ini. Penyertaan pasukan dalam kejohanan
ragbi ini juga telah menjadi suatu wadah dalam mengeratkan persefahaman antara
sekolah-sekolah rendah yang berlainan daerah. Selain itu, kami juga berhasil
membantu pihak sekolah untuk mencungkil bakat dan minat murid dalam sukan ragbi
melalui penglibatan aktiviti latihan asas-asas sukan ragbi bagi memupuk semangat
kesukanan dan pengetahuan mengenai sukan ragbi dalam diri mereka. Program ini
juga secara tidak langsung menggalakkan sukan ragbi dalam kalangan pelajar tidak
kira lelaki mahupun perempuan di peringkat sekolah rendah terutamanya. Di samping
itu, kami juga berhasil membantu melancarkan pengurusan teknikal program dengan
memberi khidmat tenaga sepenuhnya sebagai urusetia agar kejohanan ini berjalan
dengan lancar. Di samping itu, terdapat program rumah hantu yang diadakan semasa
kejohanan ini berlangsung. Jadi kami juga sukarela untuk menjadi model bagi menjaya
kan program tersebut. Program sampingan seperti ini dijuwudkan bagi memeriahkan
lagi suasana kejohanan dan menceriakan para perserta yang mengambil bahagian.
Akhir sekali, sikap kesukarelawanan juga dapat diterapkan dalam diri kami melalui
penglibatan program ini kerana program seperti ini telah memberi memberi dorongan
dan motivasi kepada kami untuk bergiat lebih aktif dalam program sebegini pada masa
akan datang.

3. Aturcara program:

11 OKTOBER 2019 (JUMAAT)

MASA AKTIVITI

8.00 AM Murid-murid berkumpul di Padang Ragbi SK Proton City


8.30 AM Senamrobik dan pemanasan badan
Taklimat mengenai asas-asas ragbi daripada tenaga pengajar
9.00 AM
kepada mahasiswa mahasiswi terlibat
Murid-murid diagihkan kepada kumpulan mengikut grid bersama
9.15 AM
seorang pelatih (mahasiwa mahasiswi)
Aktiviti dalam kumpulan
1. Sentuhan – murid yang memegang bola perlu berlari dan
menyentuh rakannya dengan bola itu dan rakannya itu
secara automatiknya akan menjadi ahli untuk
membantunya
2. Sentuhan Orang-orang – murid yang memegang bola itu
perlu menyentuh rakannya dengan bola tersebut.
9.30 AM
Rakannya itu mati dan perlu berdiri tegak dan
mendepakan tangannya. Bagi menghidupkan rakannya itu,
rakannya yang lain perlu melalui bawah depaan
tangannya.
3. Mengikut Gaya – setiap murid dalam kumpulan itu perlu
mengikut gaya ketuanya memegang bola sama ada sambil
berlari ataupun berjalan.
10.00
Rehat
AM
Aktiviti dalam kumpulan
4. Hantaran Pendek Searas – murid yang memegang bola
perlu menghantar bola kepada rakannya yang berada pada
posisi yang dekat atau dalam kedudukan yang baik untuk
menerima bola. Searas bermaksud pada ketinggian yang
sama antara penghantar dan penerima bola, biasanya
antara lutut dan pinggang. Hantaran ini dilakukan dalam
10.15
keadaan berlari ke hadapan dan menghantar bola itu
AM
melalui sisi ke belakang.
5. Sukaneka – murid beratur mengikut kumpulan masing-
masing. Murid perlu berlari kearah satu titik dan perlu
pusing sebanyak dua kali sambil mengangkat bola
sebanyak satu kali. Aktiviti ini dilakukan secara bergilir-
gilir dan kumpulan yang tamat dahulu akan menjadi
pemenang.
10.45
Rehat
AM
11.00
Semua murid berkumpul untuk senaman cool down
AM
12.00
Penutup dan Bersurai
PM

12 OKTOBER 2019 (SABTU)

MASA AKTIVITI

7.00 AM Senamrobik
7.30 AM Pendaftaran pasukan dari sekolah-sekolah yang terlibat
8.00 AM Makan dan minum pagi
Pertandingan Ragbi peringkat kumpulan pusingan pertama
8.30 AM dimulakan dengan kategori bawah 9 Tahun, bawah 10 Tahun dan
bawah 11 Tahun Lelaki dan Perempuan.
12.30
Makan tengahari
PM
Pertandingan Ragbi pusingan kedua dimulakan bagi penentuan
2.00 PM
Suku Akhir, Separuh Akhir dan Akhir.
4.00 PM Makan petang
Majlis perasmian oleh YB Aminuddin bin Zulkipli (Timbalan
yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak ADUN Behrang)
5.30 PM
dan pemberian hadiah kepada pemenang Cup, Plate, Bowl dan
Shield
6.30 PM Bersurai

13 OKTOBER 2019 (AHAD)

MASA AKTIVITI

7.00 AM Pendaftaran pasukan dari sekolah-sekolah yang terlibat


8.00 AM Makan dan minum pagi
Pertandingan Ragbi peringkat kumpulan pusingan pertama
8.30 AM dimulakan dengan kategori bawah 9 Tahun, bawah 10 Tahun dan
bawah 11 Tahun Lelaki dan Perempuan.
12.30
Makan tengahari
PM
Pertandingan Ragbi pusingan kedua dimulakan bagi penentuan
2.00 PM
suku akhir, separuh akhir dan akhir.
4.00 PM Makan petang
Majlis penutup dengan pemberian hadiah kepada pemenang Cup,
5.00 PM
Plate, Bowl, Shield, Spoon dan Saucer
6.30 PM Bersurai

4. Jumlah sukarelawan:

Lelaki 8 Perempuan

5. Jumlah Penerima Manfaat:

Warga Emas Belia


- Ibu bapa peserta

Kanak-Kanak Remaja -
48 pasukan
Orang Kelainan Upaya - Lain-lain -
6. Laporan Kewangan:

- Tiada
7. Cabaran yang dihadapi sebelum, semasa dan selepas program:
SEBELUM
Cabaran: Menghadapi masalah pembahagian tugas antara sukarelawan.
Cara mengatasi: Mengagihkan tugas semula diantara sukarelawan semasa
semua pasukan sedang melakukan aktiviti senamrobik.

Cabaran: Program bermula lambat dari yang dijangkakan kerana sewaktu


pendaftaran senarai nama pasukan sekolah yang menyertai belum
dicetak.
Cara mengatasi: Mencetak senarai nama pasukan sekolah segera.

SEMASA
Cabaran: Pasukan dari Sekolah Batu 4 tidak menerima makanan untuk sesi
petang mengakibatkan perselisihan faham antara pengurus
pasukan sekolah dengan pihak katering.
Cara mengatasi: Pihak katering membuat pembayaran balik kepada
pengurus pasukan sekolah untuk makanan tersebut.

Cabaran: Masalah teknikal kerana fius mikrofon terbakar menyebabkan


majlis penutup dilewatkan.
Cara mengatasi: Menggunakan mikrofon tambahan yang disediakan.

Cabaran : Berasa kekok dan kurang selesa dengan pemakaian serta ‘make up’ ketika
menjadi model rumah hantu.
Cara mengatasi : mempraktiskan berulang-kali dan membuat persedian awal sebelum
menjadi model rumah hantu tersebut.

SELEPAS
Cabaran: Pembahagian tugas untuk membuat laporan.
Cara mengatasi: Mencabut undi.
8. Cadangan penambahbaikan program pada masa akan datang:

● Sukarelawan bahagian makanan perlu peka setiap kali pihak katering


menghantar makanan dan memastikan semua sekolah mengambil makanan di
setiap sesi.

● Menyediakan hailer pembesar suara sebagai ‘backup plan’ untuk menggantikan


mikrofon jika rosak.

● Memastikan semua bahan yang diperlukan semasa pendaftaran cukup bagi


mengelakkan program tergendala dan habis lewat dari dijangkakan.

● Sukarelawan perlu datang lebih awal sebelum program bermula supaya dapat
menyediakan tempat dan bahan lebih awal.

● Mengingatkan ahli sukarelawan terhadap tugas masing – masing sebelum hari


program berlangsung.

9. Impak program:
Nyatakan impak program yang telah dijalankan:

Kepada penduduk/komuniti tempatan:


Program Kejohanan Ragbi PC7’s 2019 Peringkat Kebangsaan bukan sahaja
melibatkan para pelajar dan guru, malah penduduk tempatan dan ibubapa juga turut
menghadirkan diri pada hari tersebut. Pelbagai gerai dan aktiviti yang telah disediakan
semasa program itu berlangsung seperti gerai makanan dan minuman, istana lantun
untuk kanak-kanak, rumah hantu dan banyak lagi. Hal ini telah dapat menarik minat
ramai penduduk tempatan untuk hadir ke program itu. Dengan kehadiran penduduk
tempatan, mereka bukan sahaja dapat mengunjung karnival tetapi mereka juga dapat
memberi sokongan kepada para pemain atau anak mereka sendiri yang terlibat pada
kejohonan ragbi tersebut. Selain itu, mereka dapat melihat sendiri kegigihan dan
kesusahan para pemain dalam mengatasi halangan dan cabaran untuk membawa
pulang piala Kejohanan Ragbi itu. Disamping itu, pengunjung yang hadir terdiri
daripada pelbagai negeri dimana komuniti tempatan bertambah luas kerana penduduk
setempat dapat mengenali antara satu sama lain dengan pengunjung yang turut hadir
memberi sokongan untuk anak mereka pada hari tersebut. Selanjutnya, program
sampingan iaitu rumah hantu memberi kecerian kepada komuniti yang terlibat dan
memeriahkan lagi suasana kejohanan.

Kepada sukarelawan:
Program ini yang berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah
melibatkan ramai sukarelawan daripada universiti ternama ini. Banyak impak positif
yang diterima. Misalnya, para sukarelawan ini dapat mengenali dan bekerjasama
dengan guru-guru daripada pelbagai sekolah dan negeri yang terlibat dalam
mengendalikan Program Kejohanan Ragbi PC7’s 2019 Peringkat Kebangsaan dengan
jayanya sekaligus dapat menjalinkan hubungan baik antara Universiti Pendidikan
Sultan Idris dengan sekolah-sekolah yang terlibat. Selain itu, para pelajar universiti ini
tidak asing lagi dengan profesionnya sebagai bakal guru dapat mempraktikkan diri dan
menimba banyak pengetahuan tentang bagaimana mengendalikan sesuatu program itu
yang akan dilakukan semasa latihan mengajar disekolah nanti.

Kepada alam sekitar:


Program Kejohanan Ragbi PC7’s 2019 Peringkat Kebangsaan berlangsung di padang
berhadapan dengan Dewan Tunku Canselor, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Padang yang dipenuhi rumput merupakan salah satu elemen dalam alam sekitar. Alam
sekitar digunakan dengan baik misalnya seperti Kejohanan Ragbi ini yang
dilaksanakan di padang tersebut. Jadi, padang tersebut tidaklah dalam keadaan yang
terbiar sebaliknya digunakan untuk aktiviti–aktiviti yang berfaedah seperti ini. Selain
itu, semua individu yang terlibat menguruskan program ini mempunyai sikap
tanggungjawab yang tinggi dimana mereka akan membersihkan padang dan tapak
jualan setiap kali selesai program. Tong sampah dan plastik sampah juga disediakan di
merata tempat. Hal ini bertujuan adalah untuk mengelakkan pembuangan sampah-
sarap di merata tempat sekaligus dapat menjaga alam sekitar daripada tercemar. Jadi,
padang masih dalam keadaan yang baik seperti sebelum program ini dilangsungkan.
10. Adakah program ini membawa nilai-nilai seperti berikut:

(/) Nilai Penerangan



Komitmen Setiap ahli kumpulan memberi
komitmen yang penuh dalam
menjayakan Kejohanan Ragbi PC7’s
2019. Setiap ahli kumpulan
mendapat tugas yang berbeza-beza
dan dapat melaksanakan tugas yang
diberikan dengan cepat dan tepat
masanya.


Sumbangan Sumbangan yang diberikan oleh ahli
kumpulan kepada program
Yang dianjurkan oleh Sekolah
Kebangsaan Proton City ialah
sumbangan tenaga kerja. Hal ini
kerana, semua ahli kumpulan
merupakan AJK Urusetia program
itu agar program berjalan lancar
sepanjang 3 hari berlansung.


Tanggungjawab & Kerja Semua ahli kumpulan sangat
Berpasukan
bertanggungjawab dengan tugas
yang diberikan. Contohnya AJK
Urusetia bahagian makanan, mereka
akan bertanggungjawab untuk
mengagihkan makanan kepada
kumpulan- kumpulan yang
bertanding pada hari itu. Dari
program ini, semangat kerja
berpasukan sangatlah diterapkan oleh
setiap ahli kumpulan. Setiap ahli
kumpulan akan membantu antara
satu sama lain bagi menjayakan
program ini mengikut tentatif yang
telah ditetapkan.


Kesungguhan Setiap ahli kumpulan menunjukan
kesungguhan dalam menjayakan
program Kejohanan Ragbi PC7’s
2019 Peringkat Kebangsaan ini
dengan menjalankan tugas yang telah
diberikan dengan cekap dan teratur
agar program berjalan dengan lancar.


Ketabahan & Daya Tahan Setiap ahli kumpulan mempunyai
daya tahan yang tinggi kerana
program itu berlansung seharian di
padang. Perlawanan tetap berlansung
walaupun cuaca tidak mengizinkan
(hujan). Jadi, setiap ahli kumpulan
tetap berada di padang seawal 7 pagi
sehingga 7 malam. Hal ini bagi
memastikan program berjalan lancar
dan tidak ada gangguan teknikal.

√ Setiap ahli kumpulan menunjukan


Empati & Hormat
hormat kepada guru- guru SK Proton
City yang hadir dengan menyediakan
tempat duduk. Tambahan pula,
tempat duduk bagi pengadil-
pengadil rugby juga disediakan agar
mereka selesa sepanjang perlawanan
berlansung.


Jujur & Telus AJK Urusetia yang menjaga
makanan mejalankan tugas dengan
jujur dalam mengagihkan makanan
serta memberikan resit pembayaran
kepada pengurus setiap pasukan.
Oleh itu, setiap pasukan
mendapatkan makanan yang telah dia
di pesan untuk pemain- pemain ragbi
sepanjang 3 hari berlansung.

Pendapatan

PENDAPATAN
BIL PENDAPATAN RM

1. Kutipan daripada ahli kumpulan RM 10.00 x 8 orang = RM 80


JUMLAH PENDAPATAN RM 80.00

Perbelanjaan

BIL PERBELANJAAN HARGA KUANTITI JUMLAH ULASAN


SUMBANGAN SEUNIT / RM
1. Makanan & Minuman Ditanggun
Hari Jumaat: g
11/10/2019 RM 5.00 x 1 hari 8 RM 216 sepenuhny
Makan tengahari a oleh
rakan
Hari Sabtu:
12/10/2019 strategik
RM 3.00 x 1
Minum pagi hari
Makan tengahari RM 5.00 x 1 hari
Minum petang RM 3.00 x 1 hari

Hari Ahad:
13/10/2019
RM 3.00 x 1
Minum pagi hari
Makan tengahari RM 5.00 x 1 hari
Minum petang RM 3.00 x 1 hari

2. Pengangkutan RM 40.00 1 RM 40.00 -


(Sewa Kereta)
3. Banner program RM 30.00 1 RM 30.00 -
JUMLAH PERBELANJAAN RM 70.00

Gambar Aktiviti

Gambar Catatan
-Pra-kejohanan Ragbi PC’s 7
yang diadakan di Sekolah
Kebangsaan Proton City pada
11 Oktober 2019

Membantu memasang khemah


di padang A dan Padang B.

-Aktiviti pendaftaran bagi


semua kumpulan yang
menyertai pertandingan rugbi.
Sesi ini adalah untuk
memastikan semua kumpulan
hadir pada hari kejadian.
Pertandingan rugbi bermula
bagi kedua-dua padang iaitu
padang A dan padang B.

-Aktiviti membahagikan air


minuman kepada setiap
pasukan yang menyertai
pertandingan ini.

-Aktiviti senamrobik dijalankan


pada hari kedua pertandingan
berlangsung bersama-sama
pemain perempuan rugbi.
-Aktiviti pengumuman bagi
setiap pertandingan mengikut
kategori yang ditetapkan.

-Aktiviti pancaragam diadakan


sebelum penyampaian hadiah
untuk penutup pertandingan
tersebut.

-Aktiviti pengagihan makanan


kepada para peserta yang
terlibat dengan Kejohanan
Ragbi PC’s 7.
Proses mengenalpasti butiran
pemain sebelum bermula
perlawanan.

Gambar banner kejohanan

Gambar hantu ramai- ramai 2-3 keping

Membantu progam rumah


hantu dengan menjadi model

You might also like