You are on page 1of 3

Pengenalan

Artikel “Heat Stroke and Heat Exhaustion” hasil penulisan K.G Gopinath, Department of
Geriatric Medicine, Christian Medical College, Vellore, Tamil Nadu, India membincangkan
tentang bagaimana peningkatan suhu boleh menyebabkan dehadrasi, kerosakan otak dan organ
dalam badan, koma dan seterusnya kematian kepada penduduk di negara tropikal seperti India.
Strok haba berlaku kerana kegagalan termoregulasi oleh tubuh badan dan menyebabkan
peningkatan suhu badan melebihi 40 darjah celcius. Oleh itu, proses penyejukan perlu dilakukan
secepat mungkin supaya individu tidak berisiko mengalami dehidrasi dan strok haba.

Isu dari artikel


Daripada artikel ini, pelbagai isu berkaitan telah dikupas antaranya mengenai jenis penyakit
berkaitan haba, tanda-tanda awal menghidap strok haba, kesan strok haba dan cara mengawal
apabila menghidap strok haba.
I. Jenis penyakit berkaitan haba

Strok haba adalah penyakit yang disebabkan oleh kegagalan termoregulasi dengan
ketinggian suhu teras hingga melebihi 40 darjah celsius. Strok haba boleh dibahagikan
kepada dua kategori iaitu exertional dan nonexertional. Keletihan haba merupakan
penyakit yang berkaitan haba yang palig ringan dimana suhu teras adalah antara 37 ° C
hingga 40 ° C. Simpton awal keletihan haba termasuk sakit kepala, pucat, mempunyai
suhu tubuh yang tinggi, pening atau pengsan, kelemahan dan kulit lembap, perubahan
emosi seperti cepat marah atau kekeliruan, sakit perut atau muntah dan peluh yang
banyak. Pesakit yang mengalami keletihan haba tidak mempunyai gangguan sistem saraf
seperti mereka yang mengalami strok haba. Gejala ini selalunya dapat diselesaikan segera
melalui proses penghidratan dan penyejukan yang betul.

II. Tanda-tanda awal menghidap strok haba

Menurut artikel ini, tanda-tanda awal strok haba boleh dibahagikan kepada dua kategori
iaitu peningkatan suhu badan melebihi 40 darjah celsius dan kegagalan sistem saraf yang
boleh mengkibatkan individu tersebut keletihan dan kelesuan tubuh badan, penghasilan
urin yang sikit, sakit kepala, kulit kering dan kemerahan, kekeringan lidah, loya, gelisah
dan koma.
III. Kesan apabila menghidap strok haba

Strok haba memberi beberapa kesan kepada penghidapnya. Antaranya adalah kegagalan
otak untuk berfungsi hingga boleh memberi akibat yang buruk seperti sawan dan
hipotensi. Selain itu, akibat dari suhu badan yang sangat tinggi (hypertemia) boleh
mengakibatkan kegagalan beberapa organ utama badan berfungsi seperti buah pinggang,
hati dan paru-paru yang boleh menjurus kepada gangguan sistem penafasan. Lebih buruk
lagi, strok haba boleh mengakibatkan pendarahan dalaman kepada pesakitnya yang boleh
mengundang maut.

IV. Patofisiologi

Peningkatan haba boleh menyebabkan kecederaan pada sel-sel tubuh badan. Proses
pertukaran haba diantara tubuh badan dan persekitaran adalah melalui konduksi, koveksi,
radiasi dan penyejatan. Penyejatan peluh daripada permukaan kulit memberi kesan
penyejukan disebabkan penyejukan sejat. Pertukaran haba ini menjadi kurang efisien
dengan peningkatan suhu dan kandungan kelembapan udara. Oleh itu, cuaca yang panas
dan lembap memberikan risiko kecederaan haba yang paling tinggi. Biasanya, badan
umumnya menyesuaikan diri dengan persekitaran yang panas selama beberapa hari
menggunakan mekanisme seperti pengekalan garam dan peningkatan rembesan cecair
melalui kelenjar peluh. Jadi, strok haba dan keletihan haba berlaku apabila mekanisme
termoregulasi ini tidak mencukupi.

V. Cara mengawal pesakit yang menghidap strok haba.

Rawatan diluar hospital


Pastikan pesakit berada ditempat yang teduh dan tidak terdedah dengan persekitaran yang
berhaba tinggi. Pakaian pesakit haruslah ditanggalkan dan lindung pesakit dengan kain
yang direndam atau gunakan kipas untuk membantu penyejatan. Sebaiknya, rendam
pesakit dalam tab mandi dengan keadaan kepala, tangan dan kaki pesakit berada diluar
tab mandi tersebut.

Rawatan dihospital
Pastikan pesakit ditempat ke dalam bilik berhawa dingin. Pertama sekali, tahap hidrasi
pesakit perlu dikawal dengan memasukan air ke tubuh badan pesakit 1 liter pada 1 jam
pertama kebiasaannya. Tahap hidrasi pesakit perlu dikawal selanjutnya mengikut
anggaran kekurangan air dalam tubuh badan pesakit tersebut. Pesakit harus diberikan
diazepam jika berlaku kekejangan dan phenytoin jika pesakit menghidap sawan yang
tidak berhenti. Ubat-ubatan bagi mengurangkan suhu badan seperti parasetamol tidak
bagus kerana termostat hipotalamik tidak ditetapkan semula pada pesakit-pesakit ini. Ini
kerana, ubat-ubatan ini mungkin berbahaya dan meninggalkan kesan buruk pada hati dan
buah pinggang. Berikan antibiotik kepada pesakit.
Ulasan kritis artikel

Penambahbaikan yang boleh dibuat terhadap artikel ini adalah menambah info mengenai
apakah langkah mencegah sebelum penyakit berkaitan haba seperti strok haba ini
berlaku. Antaranya adalah :

 Elakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas terutama di waktu
puncak jam 11 pagi hingga 3 petang. Banyakkan minum air sebelum, semasa dan
selepas bersenam walaupun anda tidak berasa dahaga

 Pakai pakaian yang diperbuat daripada kapas kerana material itu membenarkan
penyejatan peluh yang maksimum.

 Anda juga dinasihatkan supaya mengelak daripada mengambil minuman yang


mengandungi kafein, alkohol atau kandungan gula yang tinggi. Minuman
mengandungi kafein bersifat diuretik, yang akan membuatkan anda lebih banyak
buang air kecil.

 Pantau warna urin atau air kencing anda. Jika warnanya gelap dan jumlahnya
sedikit, ia menandakan badan anda kekurangan air. Jadi anda perlu minum
sehingga air kencing bertukar menjadi kuning cair.

 Pakai topi daripada bahan kapas kerana lebih 40 peratus kehilangan haba berlaku
di bahagian kepala.

Kesimpulan

Kesimpulannya, strok haba merupakan penyakit yang paling serius dan merbahaya tanpa
kita sedari. Walaupun isu strok haba ini dipandang remeh oleh sesetengah pihak, namun
ianya mampu menyebabkan kesan buruk dan kematian kepada individu dan masyarakat.
Kepanasan global yang melampau kebelakangan ini boleh menjejaskan kesihatan dan
menjadi punca kepada penyakit strok haba tersebut jika mereka terlalu lama terdedah
kepada cuaca panas. Oleh yang demikian, semua rakyat dinasihatkan agar berwaspada
terhadap tanda-tanda penyakit ini supaya dapat mencegah daripada mengalami strok haba
yang boleh menyebabkan kematian dan perkara-perkara yang tidak diingini.

You might also like