You are on page 1of 14

PROJECT BASED LEARNING

NAMA GURU: 1.PUAN ANITA BINTI JAMHARI


2. PUAN NORHAFIZA BINTI JAMALUDDIN
3. PUAN NURDIANA BINTI MOHAMED
NAMA AHLI KUMPULAN: 1. SITI NURSIFA AZIAH BINTI MUHAMMAD SYUKRI
2. NURFATIN AMEERA BINTI MOHAMMAD AZMIR
3. NUR AISHA BIHA BINTI MOHD NOOR
NAMA SEKOLAH: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PENGKALAN HULU
KANDUNGAN
1. PENGHARGAAN
2. BAHAN-BAHAN
3. CARA-CARA MEMBUAT BAJA DAN PASU
4. MAKSUD BAJA KOMPOS
5. KELEBIHAN BAJA ORGANIK
6. KESAN PENGGUNAAN BAJA ORGANIK
7. KESIMPULAN
8. SUMBER
PENGHARGAAN
Assalamualaikum wbt
Pertama sekali, kami bersyukur ke hadrat ilahi yang telah memberi rahmat dan limpah
kurnianya kami dapat menyiapkan projek ini dengan jayanya. Kami mengucapkan jutaan
terima kasih kepada guru matapelajaran Sains iaitu, Cikgu Anita, guru Pendidikan Seni Visual,
Cikgu Diana dan guru Bahasa Melayu iaitu Cikgu Norhafiza kerana telah membantu kami
untuk menyiapkan dan menghasilkan tugasan "Project Based Learning (PBL)" atau dalam
bahasa melayu ialah Pembelajaran Berasakan Projek. Tanpa tunjuk ajar mereka kami tidak
akan dapat menyiapkan projek ini. Ibu bapa juga tidak ketinggalan untuk kami mengucapkan
terima kasih kerana telah banyak menolong dan memberi dorongan serta sokongan kepada
kami.
Tidak lupa juga kepada ahli-ahli kumpulan yang sanggup meluangkan masa dan memberi
kerjasama dalam merealisasikan projek ini. Di samping banyak memberikan idea yang bernas
semasa projek ini dijalankan.
KOS BAHAN BAJA
BAHAN-BAHAN KOS BAHAN

Balang RM 00.00
Yis RM00.00
RM 00.00
Kulit pisang RM00.20
Air
CARA-CARA MEMBUAT
BAJA
Langkah yang pertama, sediakan bahan-bahan
untuk membuat baja. Bahan-bahannya terdiri
daripada balang,yis, kulit pisang, gunting dan
air.
Selepas itu, masukkan kulit pisang dan yis
ke dalam balang tersebut.
Kemudian, masukkan air ke dalam balang yang berisi
kulit pisang dan yis.
Seterusnya, tutupkan balang itu dengan penutupnya dan
biarkan baja itu selama beberapa bulan.

Akhir sekali, baja telah siap untuk digunakan.


MAKSUD BAJA KOMPOS
Baja kompos ialah bahan organik yang telah terurai dan dikitar semula sebagai baja dan pinda tanah.
Kompos adalah bahan utama dalam pertanian organik. Asasnya, pengkomposan memerlukan hanya
timbunan buangan di kawasan luar dan menunggu bahan-bahan tersebut terurai dari enam minggu
atau lebih. Kaedah pengomposan moden menggunakan beberapa langkah proses, dipantau dengan
teliti dengan kemasukan air, udara, dan bahan yang kaya dengan karbon dan nitrogen.
KELEBIHAN BAJA ORGANIK
1. Baja organik mampu meningkatkan keupayaan tanah untuk
menampung air dan nutrien dalam tanah dengan lebih cekap
2. Baja dapat membentuk persekitaran yang bermanfaat dan habitat
kepada cacing tanah dan hidupan mikro yang bertindak menjadikan
tanah lebih subur.
3. Melepaskan nutrien perlahan-lahan dan sistematik.
4. Tidak akan membakar dan memusnahkan tanaman
5. Tidak mencemarkan air bawah tanah.
KESAN PENGGUNAAN BAJA
ORGANIK
1. Tanah menjadi lembut, subur, tidak masam,akar baru pokok akan keluar, membebaskan
baja atau tanah yang tersangkut di dalam tanah dan dapat dimanfaatkan okeh pokok.
2. Pokok akan tumbuh lebih besar, hidup lebih lama, hasil lebih tinggi dan mengurangkan
penggunaan racun serangga.
3. Memberikan kebaikan jangka masa panjang pada tanaman atau tanah.
KESIMPULAN
Baja kompos banyak memberikan kebaikan dan kelebihan kepada manusia dan
persekitaran. Oleh sebab itu, kita boleh membuat baja kompos dengan
menggunakan bahan yang terdapat di kawasan persekitaran atau berhampiran
dengan kita. Kesimpulannya, baja kompos banyak memberikan kesan yang
sangat baik kepada tanaman. Pokok akan menjadi subur dan tahan daripada
terkena serangan daripada serangga perosak.
SUMBER
1. http://greenfoliarasia.blogspot.com
2. http://mistercompost.weebly.com
3. http:// www.scribd.com

You might also like