You are on page 1of 3

LAPORAN AJK PERHUBUNGAN LUAR (BIG) PROGRAM BINA INSAN

GURU FASA 3 2013


ANJURAN PISMP 3A MAJOR SEJARAH
BERSAMA UNIT KOKURIKULUM IPG KAMPUS BAHASA MELAYU.

Perjumpaan mesyuarat kali pertama adalah perlantikan ahli jawatankuasa bagi Program
Bina Insan Guru fasa III yang dilaksanakan di Zoo Negara. Saya Siti Haridah Binti AJi Jaapar
dan Nurul Huda Binti Maha Liddin telah dilantik untuk menjadi ahli jawatankuasa perhubungan
luar iaitu menghubungi pihak Zoo Negara bagi memaklumkan kepada mereka tentang tujuan
lawatan kami ke Zoo Negara adalah untuk menjalankan khidmat masyarakat iaitu dengan
menjadi sukarelawan.
Sebelum kami melaksanakan program tersebut, saya dan Nurul Huda selaku ajk
perhubungan luar mencari alamat dan nombor talian bahagian sukarelawan di laman web Zoo
Negara iaitu (http://www.zoonegaramalaysia.my/volunteerprogram.html) melalui laman web
tersebut kami memperoleh maklumat-maklumat untuk berhubung dengan pihak zoo dan
mengetahui jadual serta masa yang sesuai untuk melaksanakan khidmat masyarakat dengan
menjadi sukarelawan. Selepas memperoleh nombor talian pihak zoo, saya dan Nurul Huda
menghubungi pihak zoo dengan segera untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang
berkaitan dengan pihak zoo dan memaklumkan tujuan pelajar dari IPGKBM iaitu kelas 3A untuk
menjalankan program khidmat masyarakat di Zoo Negara. Setelah mendapat persetujuan
tentang tarikh pelaksanaan program tersebut hasil daripada mesyuarat bersama keseluruhan
ahli jawatankuasa maka tarikh yang dipilih adalah 12 April 2015 bersama seramai 21 orang
pelajar Pismp 3A dan 2 orang pensyarah pengiring. Maka saya dan Nurul huda telah
melaksanakan beberapa perkara antaranya ialah memberikan tarikh untuk melakukan aktiviti
khidmat masyarakat di Zoo Negara dan memastikan bahawa kami dapat menempah dengan
lebih awal agar kouta untuk menjadi sukarelawan adalah terhad. Selain itu, kami juga turut
bertanyakan tentang peralatan yang perlu dibawa kesana serta yuran bayaran yang dikenakan
oleh pihak Zoo adalah sebanyak RM10 seorang. Tambahan lagi, semasa menghubungi pihak
Zoo kami turut menyatakan sama ada boleh membawa makanan atau tidak, pihak Zoo
membenarkan kami untuk membawa makanan dengan syarat jangan menggunakan polisterin.
Waktu yang diperuntukkan pula bagi menjalankan aktiviti tersebut adalah bermula dari pukul 8
pagi sehingga 12 tengah hari.

Setelah mendapat persetujuan antara kedua-dua pihak, dalam sesi mesyuarat kali
kedua yang dilaksanakan iaitu pembentangan setiap ajak mengenai perkembangan tugas-tugas
yang dilaksanakan. Kami sebagai ajk perhubungan memberikan makluman seperti yang
diperoleh daripada pihak Zoo iaitu dari aspek tarikh, peraturan dan masa yang ditetapkan.
Walau bagaimanapun, terdapat perubahan tarikh yang diminta oleh pensyarah disebabkan
ketiadaan pensyarah untuk menjadi guru pengiring semasa melaksanakan aktiviti tersebut dan
tarikh perubahan tersebut adalah pada 16 April 2015. Setelah mendapat makluman tersebut,
ajk perhubungan sekali lagi menghubungi pihak Zoo untuk membuat penukaran tarikh. Namun
respon yang diberikan oleh pihak Zoo adalah tidak setuju kerana pada tarikh tersebut orang lain
sudah menempah terlebih dahulu. Maka disebabkan masalah tersebut, tarikh BIG tersebut
dilaksanakn iaitu pada 12 April 2015 dan tiada perubahan.
Semasa Kami telah bertolak dari institut perguruan adalah pada jam 7.20 pagi dan
sampai di Zoo Negara pada jam 7.40 pagi. Sesampainya kami ke Zoo Negara, kami
dikehendaki berkumpul di hadapan bahagian Education. Ajk perhubungan pergi ke bilik
bahagian Education sukarelawan bagi berjumpa dengan pegawai yang bertugas untuk
menyerahkan boring sukarelawan beserta senarai nama pelajar yang mengikuti aktiviti khidmat
masyarakat tersebut. Setelah memperoleh pelekat yang diberikan oleh pegawai tersebut, ajk
perhubungan menyampaikan maklumat yang diberikan oleh pegawai tersebut supaya
membahagikan kepada beberapa kumpulan, kumpulan dan bahagikan kepada 4 kumpulan
mengikut tugasan yang diberikan. Tambahan lagi selepas mendengar maklumam sedemikian
ajk perhubungan memaklumkan kepada bendahari agar membayar yuran kemasukan yang
dikenakan kepada setiap pelajar iaitu sebanyak RM10 di kaunter tiket.
Akhir sekali, selepas melaksanakan aktiviti tersebut mengikut pembahagian kumpulan
yang diberikan oleh pihak Zoo. Setelah selesai melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat,
maka kini tiba sesi penyampaian cenderahati kepada mentor kami iaitu datin padlon dan Encik
Mustafa Kamal setelah selesai menlaksanakan aktiviti tersebut. Setelah selesai melaksanakan
aktiviti tersebut, setiap ajak dikehendaki membuat laporan mengikut tugas masing-masing dan
dihantar pada 17 April 2015 untuk pemarkahan dan laporan tersebut hendaklah dihantar.
Laporan tersebut diserahkan kepada setiausaha untuk melengkapkan fail BIG yang kami
laksanakn.
Secara keseluruhannya, aktivit khidmat masyarakat amat penting dalam merapatkan
hubangan silaturrahim antara ahli kumpulan. Walaupun terdapat banyak masalah yang sebelum

melaksanakan aktiviti tersebut iaitu perubahan tarikh dan sebagainya. Namun sebagai ajk
perhubungan pun, masalah tersebut kami jadikan sebagai panduan kepada kami untuk
bersikap profesional dalam melaksanakan kerja dan mengambil teguran yang diberi untuk
membuat penambahbaikan dengan segera. Harapan kami sebagai ajk perhubungan pada
masa akan datang, tambahan tersebut pengalaman ini juga dapat kita aplikasikan di sekolah
kelak.

Disediakan oleh
____________________
SITI HARIDAH AJI JAAPAR
AJK PERHUBUNGAN PROGRM BIG
FASA III PISMP 3A
IPG KBM 2015

You might also like