You are on page 1of 1

LAPORAN AJK PENGANGKUTAN BINA INSAN GURU (BIG)

FASA 2/2014

Untuk program BIG fasa 2 ini, Ahli Jawatankuasa Pengangkutan untuk Bina
Insan Guru (BIG) 2014 ini terdiri daripada saya, Dahrshini A/P Muralee sebagai
ketua ajk pengangkutan. Sebelum program bermula lagi, kami telah membuat
permohonan untuk memohon van IPG untuk lawatan ke rumah kanak-kanak Taman
Bakti yang hanya disertai oleh para pensyarah, para mentor dan ahli-ahli tertinggi
dalam jawatankuasa BIG kali ini. Kami juga telah memohon sebuah bas IPG untuk
memuat dua kumpulan guru pelatih iaitu dari kelas TESL dan PM.
Pada hari kami bertolak ke rumah kanak-kanak Taman Bakti iaitu pada 23
Ogos 2014, saya telah memastikan perjalanan bas mengikut perancangan awal.
Saya juga telah memberi taklimat kepada peserta tentang pembahagian kenderaan.
Sebelum semua guru pelatih menaiki bas, kami telah bertungkus lumus
memasukkan barang-barang yang ingin di bawa ke dalam bas. Selepas itu, semua
guru pelatih dibenarkan memasuki kenderaan yang telah ditetapkan. Kami bertolak
ke rumah kanak-kanak Taman Bakti kira-kira jam 7.30 pagi dan kami bertolak ke
maktab dari rumah kanak-kanak Taman Bakti kira-kira jam 2.30 petang.

Yang menjalankan tugas,


.......................................
(DAHRSHINI A/P MURALEE)
AJK Pengangkutan,
BIG FASA 2/2014

You might also like