You are on page 1of 6

2.

HURAIAN TUGASAN
Dalam kursus yang diambil ini iaitu Pengurusan Organisasi pelajar ,Saya

selaku

ahli

jawatan

kuasa

pengangkutan

bertugas

untuk

menyediakan

pengangkutan kepada semua ahli kami untuk sampai ke detinasi yang hendak
dituju bagi memastikan program berjalan dengan lancar. Dalam kursus ini kami
mengadakan satu program yang bertemakan aspirasi permata di sekolah rendah
kebangsaan sacred heart sabah. Kami selaku AJK pengangkutan menyediakan
pengangkutan kepada semua ahli kami untuk sampai ke sekolah sacred heart untuk
menjalankan program tersebut.
Sebelum program ini dijalankan kami ajk pengangkutan memohon bas UMS di
JPP ums melalui surat kelulusan oleh PKPP. Dalam tempoh permohonan kami
sentiasa mengemas kini status permohonan untuk kelulusan bas tersebut. Kami ajk
pengangkutan begilir-gilir untuk pergi ke JPP untuk menanyakan status permohonan
Bas ums. Selain itu, kami juga memastikan bahawa bas yang digunakan adalah
selamat dan selesa serta dapat menumpang kesemua ahli pengurusan Organisasi
POP. Oleh kerana ahli kami yang ramai iaitu 31 orang dan termasuk alatan yang
hendak dibawa, kami AJK pengangkutan memohon Bas UMS yang besar yang boleh
memuatkan 40 orang.
Apabila status permohonan pengangkutan telah diluluskan kami segera
memaklumkan kepada semua ahli Pengurusan Organisasi Pelajar(POP) bahawa
tempat untuk berkumpul dan masa yang dipersetujui dengan pihak JPP. Dengan ini,
kami AJK pengangkutan telah berjaya menyediakan pengangkutan kepada semua
ahli POP untuk menuju ke tempat program.

3.0

Bidang Tugas.
Dalam bidang tugas sendiri iaitu ajk pengangkutan saya memberikan

komitmen sepenuhnya untuk menyediakan pengangkutan seperti yang dihuraikan


di dalam huraian tugasan. Semasa program dijalankan kami ajk pengangkutan
memastikan bahawa semua ahli adalah cukup dan tidak kurang. Kami mengira
bilangan ahli pop yang ada di dalam bus perlu mencukupi untuk mengelakkan
semua ahli tidak tercicir atau tertinggal. Sama juga keadaan semasa kami pulang,
AJK pengangkutan mengira bilangan kesemua ahli di dalam bas.
saya telah melibatkan diri Dalam bidang ajk lain kerana kakitangan ahli ajk
lain yang kurang. Semasa aktiviti ini dijalankan saya membantu ajk aktiviti untuk
menjalankan aktiviti. Saya membantu mengurus murid-murid tahun empat semasa
aktiviti senam robik dan mewarna dijalankan. selain itu, saya juga membantu AJK
Protokol untuk menyusun kerusi dalam persediaan untul majlis penutupan. Saya
juga membantu AJK teknikal untuk mengawal sistem pembesar suara dalam majlis
penutupan.
Dengan ini, saya dengan seihklas hati membantu ajk lain dalam melicinkan
perlaksanaan program ini. Kesemua ahli jawatan kuasa telah menunjukkan
komitmen yang tinggi dalam menjayakan program ini dengan memberikan
kerjasama yang tidak terhad.

4.0

MASALAH DAN CABARAN SEPANJANG PROJEK DIJALANKAN.


program yang dijalankan setelah dikaji mempunyai beberapa kelemahan dan

kekurangan akibat daripada cabaran yang dihadapi. Antara masalah yang kami
hadapi ialah apabila tolakan daripada program pertama membuatkan kami terpaksa
lambat untuk membuat permohonan pengangkutan di JPP. Oleh hal demikian, pihak
JPP juga terpaksa memberikan respon yang lambat kepada kami dan ini
menyukarkan kami jika bas ini tidak diluluskan. Apabila pengangkutan tidak
diluluskan,

ajk

pengangkutan

sukar

untuk

berbincang

dengan

jpp

untuk

menggunakkan alternatif lain sedangkan masa yang terhad diberikan. Kerana masa
untuk keputusan kelulusan permohonan bas UMS dikeluarkan selang satu hari
sebelum program aspirasi ini dijalankan. Walaubagaimanapun cabaran yang
ditempuhi , namun tugas kami berjalan dengan baik apabila bas UMS diluluskan.

5.0

Cadangan Penyelesaian Masalah


Halangan yang telah kami hadapi iaitu lambat membuat permohonan

pengangkutan akibat daripada petukaran program pertama kepada program lain.


Hal ini disebabkan tolakan oleh pihak mereka kerana tidak meluluskan program
kami dijalankan di program tempat mereka. Oleh itu, saya mencadangkan untuk
mengatasi masalah ini ialah kami sepatutnya membuat lebih daripda satu program
di kertas kerja supaya tolakan program pertama boleh disokong oleh program lain.
Contohya, apabila POP mempunyai tiga perancangan program maka apabila berlaku
tolakan daripada program pertama akan terus beralih ke program kedua dan
apabila program kedua juga ditolak maka terus beralih ke program ketiga. Hal ini,
mengambarkan bahawa apabila program ditolak maka tidak perlu mengambil masa
untuk merangka program baru. Secara tuntasnya, perlulah membuat lebih banyak
alternative untuk mengelakkan masalah yang tidak dijangka.
3

6.0

LAMPIRAN

You might also like