You are on page 1of 1

REFLEKSI

Bina Insan Guru (BIG) WAJ3114 adalah merupakan salah satu kursus wajib yang perlu dilaksanakan dalam Program Pensizwazahan Guru (PPG) ini. Salah satu tugasan dalam dalam WAJ3114 ini ialah kami perlu melaksanakan satu program yang melibatkan pihak ketiga seperti rakan sejawat, murid-murid atau komuniti. Untuk tugasan ini kami (Wan Zakaria, Faizal dan Azwari) telah bersetuju untuk melaksanakan satu program motivasi kepada calon-calon UPSR 2013. Kami telah memilih SK Teluk menara sebagai lokasi program kami. Sepanjang melaksanakan tugasan ini, kami telah mempelajari pelbagai pengalaman baru dalam pelaksanaan sesuatu program. Walaupun kami telah berkhidmat sebagai guru lebih sepuluh tahun dan telah terlibat dalam pelbagai penganjuran program, namun tugasan ini tetap menjadi keutamaan kami. Sebelum pelaksanaan program, kami telah berjumpa dengan pihak pengurusan SK Teluk Menara bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan program di sekolah itu. Pelbagai prosedur rutin telah kami lakukan sebelum melaksanakan sesuatu program. Bagi melicinkan pelaksanaan program kami telah memonon kebenaran dari pihak pengurusan SK Teluk menara bagi menggunakan kepala surat (letterhead) sekolah tersebut bagi tujuan surat menyurat kepada beberapa agensi tertentu. Sebelum melaksanakan program ini, kami telah berhubung dengan beberapa agensi yang berkaitan seperti pihak polis, klinik kesihatan, JKKK Kampung Teluk Menara dan beberapa agensi lain. Pengalaman berkolaborasi bersama agensi-agensi ini dapat menberikan pengalaman baru kepada kami. Walaupun nampak remeh, namun surat makluman progran perlu dihantar kepada agensi-agensi tersebut sebagai langkah-langkah keselamatan atau Standard Of Procedure (SOP). Walaubagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang perlu ditambahbaik dalam program ini. Antaranya penyediaan peralatan untuk program terutama sistem siaraya. Sebagai sekolah luar bandar, pihak pengurusan mengalami masalah untuk menyediakan sistem siaraya yang berkualiti. Kami terpaksa berbincang dengan pihak konsaltan bagi menggunakan sistem siaraya milik syarikat mereka walaupun pada awalnya kami telah bersetuju untuk menggunakan sistem siaraya sekolah. Perubahasn pada saat-saat akhir sedikit sebanyak menimbukan kerumitan kepada pihak konsaltan bagi menyediakan sistem siaraya mereka. Kesempatan yang diberikan oleh pihak IPG dan sekolah untuk melaksanakan program ini amat kami hargai. Kerjasama yang padu telah diberikan oleh guru-guru SK Teluk Menara sangat kami hargai kerana tanpa kerjasama pihak sekolah, sudah pasti kami tidak dapat laksanakan program ini dengan sempurna. Sekalung penghargaan kepada Pejabat Pembangunan DUN Manir melalui pegawainya En. Yusof B. Awang Hitam atas sumbangan bayaran kepada pihak konsaltan untuk program ini.

You might also like