You are on page 1of 2

Refleksi Program Rahsia Namaku

WAJ 3131 Kokurikulum - Persatuan


Disediakan oleh: TSAI SIEW NYUK ( Ahli Jawatankuasa Program A)
Program Rahsia Namaku telah dijalankan pada 23 Julai 2015 di Ruang
Legar Blok Pentadbiran Baru IPG kampus Batu Lintang mulai jam 1:30 petang
sehingga 5:30 petang. Seramai 25 orang guru pelatih daripada kumpulan BC SK
telah terlibat dalam penganjuran program ini.
Pertama sekali , saya amat bersyukur kerana program ini telah berjalan
dengan lancar sekali. Saya berasa amat gembira kerana program ini mendapat
sambutan yang amat baik daripada warga IPG Kampus Batu Lintang. Kuata
perhiasaan kad nama yang kami sediakan juga berjaya diberikan kepada semua
orang yang berminat dalam program kami. Namun, terdapat juga sebahagian orang
yang hanya mendapat kad nama daripada program kami. Hal ini kerana perhiasan
yang telah kami sediakan tidak mencukupi pada saat-saat akhir program ini. Walau
bagaimanapun program ini telah dilaksanakan dengan baik sekali.
Menerusi program ini, saya telah mendapati sedikit sebanyak kelebihan dan
kelemahan dalam perlaksanaan program ini. Antara kelebihan program ini ialah
memupuk persefahaman antara kaum. Malaysia merupakan sebuah negara yang
berbilang kaum dan persefahaman antara kaum ini amat penting untuk
mengukuhkan perpaduan Negara kita. Program ini telah membuka peluang kepada
kaum lain untuk memahami cara kaum cina memberikan nama dan memahami
maksud nama-nama masing-masing mengikut Bahasa Cina. Dengan ini, orangorang yang berminat tentang nama cina mereka boleh mendapat satu nama cina
berdasarkan bunyi nama asal mereka dan juga mendapat satu perhiasan kad nama
yang cantik.
Dalam program ini, warga IPG yang berasal daripada pelbagai kaum telah
berkomunikasi dan menjalinkan hubungan yang baik antara satu sama lain. Saya
sebagai ahli jawatan kuasa Program A bertanggungjawab untuk memberikan nama
cina kepada orang-orang yang berminat. Saya telah menjelaskan cara pemberian
nama cina kepada mereka dan menjelaskan nama Cina mereka supaya mereka
memahami nama mereka masing-masing. Saya juga telah mengajar mereka untuk
menyebut nama cina mereka. Melalui program ini, saya telah melihat minat mereka
terhadap tradisi cina dan kegembiraan mereka semasa mereka mendapat nama cina
yang membawa maksud kebaikkan. Dengan komunikasi yang berkesan ini, saya
mendapati hubungan saya dengan warga IPG yang lain telah menjadi semakin rapat.

Jelaslah bahawa, program ini amat berkesan dalam memupuk persefahaman antara
kaum dan merapatkan hubungan antara warga IPG.
Namun begitu, saya juga mendapati sedikit kelemahan dalam perlaksanaan
program ini. Dalam perancangan kami, aktviti pemberian nama ini mungkin akan
lambat dalam stesen satu dan orang-orang yang inginkan nama cina akan
berkumpul dalam stesen satu. Namun, dalam perlaksanaan yang sebenarnya
kebanyakkan orang yang berkumpul di stesen dua. Hal ini menyebabkan mereka
terpaksa tunggu di stesen dua untuk proses pemilihan latar belakang kad nama dan
pencetakkan kad nama. Oleh itu, kumpulan kami yang bertugas di stesen satu perlu
melambatkan proses pemberian nama supaya stesen dua dapat mengikuti rentak
yang sepatutnya. Namun, kami tidak dapat berbuat demikian kerana orang ramai
duduk di depan dengan segera satu per satu. Hal ini merupakan satu kelemahan dari
segi perancangan. Semasa perancangan kami seharusnya membuat dua pelan.
Dalam keadaan yang sebenarnya, mungkin kami boleh tutup satu kaunter daripada
tiga kaunter sekiranya stesen dua tidak dapat mengikut rentak pemberian nama ini.
Selain itu, kami juga mempunyai kelemahan dalam komunikasi antara
jawatankuasa yang bertugas. Sebelum bermulanya, program ini kami telah
mendapat arahan bahawa pemberian nama cina ini tidak boleh melebihi tiga
perkataan. Hal ini telah mengakibatkan kami tidak tahu bagaimana untuk
memberikan nama kepada orang yang memerlukan empat perkataan dalam
namanya. Dalam hal ini, kami telah meminta orang tersebut untuk menggunakan
nama panggilan untuk pemberian nama bahasa cina ini. Namun, saya mendapati
terdapat sebahagian kecil orang yang tidak puas hati dengan tindakan kami. Saya
ingin mencadangkan mesyuarat terakhir sebelum program dijalankan supaya kami
dapat berbincang tentang masalah yang kami hadapi dan merancangkan cara
penyelesaian yang sesuai. Tuntasnya, komunikasi yang baik antara jawatankuasa ini
amat penting dalam menyempurnahkan lagi program kami.
Kesimpulannya, saya telah mendapat pengalaman yang amat berguna dalam
perlaksanaan program ini. Saya telah mempelajari pelbagai perkara yang perlu
dilakukan semasa menganjurkan sebuah program. Selain itu, saya juga dapat
memperbaiki kelemahan dalam diri saya semasa menganjurkan aktiviti dan dapat
memajukan diri saya dalam menjadi seorang guru yang cemerlang. Akhir sekali,
saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatan kuasa dan warga
IPG yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program kami. Sekian,
terima kasih.

You might also like