You are on page 1of 1

REFLEKSI

Khidmat masyarakat yang telah saya laksanakan ialah bertempat di kawasan rekreasi Taman Desa
Cemerlang yang telah dilaksanakan pada 13 Julai 2018. Saya memilih untuk melaksanakan tugasan ini
kerana saya diberi peluang untuk memilih program khidmat masyarakat yang ingin
dilaksanakan. Sesungguhnya program yang dilaksanakan berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan.

Kekuatan program ini ialah saya dan ahli kumpulan dapat melaksanakan program ini mengikut
perancangannya. Apa yang saya dapat daripada program khidmat masyarakat ini ialah saya diberi
pendedahan tentang pengurusan, perancangan dan pengelolaan sesuatu tugasan. Malahan, dapat berbincang
sesama ahli kumpulan untuk bekerja mengikut tugas yang diberikan. Selain itu, saya dapat membina
hubungan baik di antara ahli kumpulan saya. Malahan saya juga turut didedahkan dengan cara dan prosedur
berkaitan pengurusan apabila bekerja dalam sesebuah kumpulan.

Seperti yang kita tahu tidak semua yang dirancang mengikut kehendak, begitu juga yang dialami
oleh saya. Kami telah merancang untuk membersihkan kawasan rekreasi. Namun, barang yang diminta tidak
sampai mengikut senarai dan terpaksa menggunakan warna yang ada sahaja. Malahan kebanyakan daripada
kami ialah perempuan, justeru kami tidak cukup orang untuk mengemas bilik ini kerana kebanyakan alatan
dan bahan yang terdapat dalam bilik ini amat berat sekali.

Manakala, dari segi kelemahan pula ialah masa yang diperuntukan amat singkat. Seharusnya
program seperti khidmat masyarakat ini seharusnya dilaksanakan melibatkan oleh semua ahli Bulan Sabit
Merah. Bahkan program seperti ini perlu dirancang lebih awal supaya tidak bertindih dengan aktiviti Institut
Pendidikan Guru seperti bertindih dengan minggu Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS).

Penambahbaikan yang boleh saya laksanakan ialah saya seharusnya bijak menguruskan masa dalam
melaksanakan program seperti ini. Selain itu, saya dan ahli kumpulan hendaklah bijak untuk mengatasi
permasalah yang timbul seperti ketiadaan cat yang disenaraikan. Selain itu program ini hendaklah
melibatkan semua ahli Bulan Sabit Merah Malaysia IPG Kampus Ilmu Khas.

Pada kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan
seperjuangan di dalam kelas serta pensyarah pembimbing Encik Mutalib dan Encik Chia kerana banyak
membantu dan membimbing saya dalam menghasilkan laporan ini. Walaupun banyak perkara yang perlu
saya dahulukan dan masalah yang dihadapi namun saya cuba untuk atasinya satu persatu sehingga saya dapat
menyelesaikan tugasan ini. Pengalaman yang terbaik dapat saya perolehi daripada menjalankan tugasan ini.

Sekian, Terima kasih.

You might also like