You are on page 1of 4

LAPORAN BIRO MULTIMEDIA & DOKUMENTASI

AHLI JAWATANKUASA BIRO

KETUA BIRO :

NAMA : MOHAMMAD SHAFIQ BIN AHMAD FUAD NO K/P : 920610-08-6713 NO. MATRIK : 0610/1726 KUMPULAN : PISMP SAINS SEMESTER 3

AHLI :

NAMA : RISKAN BIN SUTUH NO K/P : 921121-12-5421 NO. MATRIK : 0610/1729 KUMPULAN : PISMP SAINS SEMESTER 3

LAPORAN MULTIMEDIA & DOKUMENTASI

LAPORAN MULTIMEDIA & DOKUMENTASI


Bagi program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3/2013 ini, biro Multimedia & Dokumentasi telah berperanan merakam dan mendokumentasikan segala aktiviti dan perjalanan bermula daripada proses sebelum sehinggalah kepada proses selepas selesainya BIG. Laporan ini dibahagikan kepada 3 fasa utama yang merangkumi tugas biro kami bagi proses sebelum, semasa dan selepas BIG. SEBELUM Bagi fasa sebelum program BIG, beberapa siri mesyuarat antara ahli jawatankuasa biro telah diadakan bagi membincangkan pembahagian skop tugas dan gerak kerja sepanjang program BIG. Setelah selesai pembahagian skop tugas, masing-masing mula menjalankan tanggungjawab yang telah diberikan. Bagi fasa sebelum ini juga, kami telah mengambil beberapa keping gambar di samping merakam video semasa beberapa sesi mesyuarat dan aktiviti yang diadakan bagi tujuan pendokumentasian. Di samping itu, kami juga turut membantu tugas-tugas biro lain serta membantu rakan-rakan lain dalam menyiapkan aktiviti mereka. Bagi memastikan kelancaran gerak kerja sepanjang program, kami juga telah menyediakan segala alatan dan kelengkapan yang diperlukan seperti kamera digital, perakam video, laptop, pembesar suara dan lain-lain. SEMASA Seterusnya, bagi fasa semasa pula, biro kami telah memainkan peranan sepenuhnya dalam mengambil gambar dan merakam video sepanjang pelaksanaan pelbagai aktiviti melibatkan kanak-kanak di Taman Bimbingan Kanak-kanak Taman Ria, Sungai Petani. Tambahan, kami juga turut mengambil gambar dan merakam video semasa sesi bengkel bersama dengan guru tabika tersebut iaitu Puan Norzatulsyima. Bagi memastikan kelancaran perjalanan gerak kerja biro, kami telah membahagikan tugas antara kami. Saya bertanggungjawab untuk mengambil gambar manakala rakan saya pula bertanggungjawab untuk merakam video sepanjang pelaksanaan program BIG. Di samping itu juga, kami telah memainkan muzik latar yang terdiri daripada lagu kanak-kanak sepanjang pelaksanaan aktiviti bagi mewujudkan suasana yang ceria dan menarik.

LAPORAN MULTIMEDIA & DOKUMENTASI

SELEPAS Akhir sekali, bagi fasa selepas program pula, biro kami bertanggungjawab untuk mengumpulkan segala koleksi gambar dan video sepanjang pelaksanaan program bagi tujuan pendokumentasian. Kami juga telah menghasilkan sebuah video bagi merakam detik-detik dan kenangan manis sepanjang program sebagai bukti dan untuk tujuan pendokumentasian. Segala gambar dan video kemudian dimasukkan ke dalam cakera padat untuk dimasukkan dalam portfolio BIG serta diserahkan kepada mentor. Kami juga telah menghantar koleksi gambar dan video sepanjang program kepada guru tabika serta pihak-pihak lain yang terlibat untuk tujuan simpanan dan pendokumentasian. Sekian terima kasih. Laporan disediakan oleh, .......................................... (MOHAMMAD SHAFIQ BIN AHMAD FUAD) Ketua Biro Multimedia & Dokumentasi, Bina Insan Guru Fasa 3 /2013, IPG Kampus Perlis.

LAPORAN MULTIMEDIA & DOKUMENTASI

You might also like