You are on page 1of 3

Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat SK Belimbing Tahun 2022

Aluan pengacara Bismillahirahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi..


majlis
Yang berusaha, tuan guru besar, Encik Zol Kefely bin Hussin,
Yang dihormati, guru penolong kanan pentadbiran, Encik Zamri bin Zaini
Yang dihormati, guru penolong kanan Hal Ehwal Murid, Puan Rahilah binti Ontong
Yang dihormati guru penolong kanan kokurikulum, Encik Abdullah bin Yunus,
Barisan guru dan rakan-rakan yang disayangi sekalian…

Alhamdulillah, dengan limpah dan kurnianya dapat kita berkumpul pada pagi yang indah ini untuk
meraikan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah Kebangsaan Belimbing
bagi tahun 2022.

Bacaan doa Memulakan majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-sama menadah tangan dan mengaminkan
doa yang akan dibacakan oleh rakan saya iaitu __________________________________________
Majlis mempersilakan..

**************
Aamiin aamiin ya rabbal alamin.. Terima kasih diucapkan kepada _____________________________
Atas bacaan doa sebentar tadi..

Nyanyian lagu Meneruskan majlis pada pagi ini, semua hadirin diminta berdiri dan bersedia untuk nyanyian
rasmi Nasyid asma ul husna, lagu Negaraku, Lagu Allah Selamatkan Sultan Kami dan lagu sekolah

Ikrar Seterusnya, dijemput rakan saya _______________________________________________________


untuk mengetuai bacaan ikrar rukun negara dan ikrar sekolah. Majlis mempersilakan..

***********************
Terima kasih diucapkan kepada ________________________________________ atas bacaan ikrar
sebentar tadi

Ucapan Meneruskan majlis pada pagi ini, majlis menjemput dan mempersilakan Cikgu Siti Aisyah binti Abdul
penyelaras Hamid selaku penyelaras program Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah Kebangsaan
Belimbing untuk memberikan ucapan… Dipersilakan..

***************
Terima kasih diucapkan kepada CIkgu Siti Aisyah atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan Seterusnya, majlis menjemput dan mempersilkan tuan guru besar, Encik Zol Kefely bin Hussin untuk
pelancaran guru memberikan ucapan dan seterusnya melancarkan Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah
besar Kebangsaan Belimbing bagi tahun 2022..
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan..

******************
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan guru besar atas ucapan pelancaran sebentar
tadi.
Gimik perasmian Meneruskan acara kita pada pagi ini, hadirin sekalian dipersilakan untuk ke Dataran Perhimpunan
untuk gimik pelancaran…

***************
Majlis mempersilakan Encik Zamri bin Zaini, guru penolong kanan pentadbiran untuk mengiringi tuan
guru besar, Encik Zol Kefely bin Hussin untuk upacara gimik pelancaran…

***************
Terima kasih diucapkan kepada tuan guru besar atas kesudian melancarkan Sambutan Bulan
Kebangsaan peringkat Sekolah Kebangsaan Belimbing bagi Tahun 2022

Nyanyian lagu Seterusnya, hadirin diminta bersedia untuk nyanyian lagu tema sambutan Bulan Kebangsaan bagi
patriotik tahun ini. Mari kita sama-sama nyanyikan dengan penuh semangat..

Terima kasih diucapkan kepada semua hadirin atas nyanyian sebentar tadi..

Persembahan Hadirin dipersilakan duduk…


prasekolah
Untuk menceriakan lagi majlis kita pada hari ini, majlis diteruskan lagi dengan persembahan tarian
joget Pahang oleh adik-adik prasekolah Kasih.. majlis mempersilakan…
***************
Majlis mengucapkan terima kasih kepada adik-adik prasekolah atas persembahan sebentar tadi..

Sesi bergambar Majlis kita pada hari ini ditamatkan dengan surah al asr dan tasbih kafarah…

*************
Semua guru dan murid diminta naik ke pentas untuk sesi bergambar.

You might also like