You are on page 1of 2

KERTAS KERJA PROGRAM KAIN RENTANG KEMERDEKAAN SK KENYALANG

BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN TAHUN 2022

Anjuran Panitia Sejarah SK Kenyalang

1.0 PENDAHULUAN
Program membuat kain rentang kemerdekaan SK Kenyalang ini diadakan sebagai salah satu
pengisian aktiviti sambutan bulan kemerdekaan tahun 2022 di bawah anjuran Panitia Sejarah SK
Kenyalang. Program ini akan melibatkan murid tahap dua yang mengambil subjek wajib Sejarah
dan dikelolakan oleh Panitia Sejarah dengan bantuan warga sekolah. Di samping itu, program ini
juga memupuk semangat cintakan negara. Semoa aktiviti yang diadakan akan dapat memberi
manfaat dan pendedahan kepada murid selain sebagai pemankin untuk memupuk hubungan
mesra dan kerjasama di kalangan semua warga SK Kenyalang.

2.0 MATLAMAT
Untuk memupuk semangat cintakan negara dan menghargai erti kemerdekaan dan keamanan di
kalangan murid SK Kenyalang secara khususnya dan seluruh warga SK Kenyalang secara amnya.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Menanamkan semangat patriotisme di dalam jiwa murid-murid.
3.2 Mengalakkan keseronokan dan kreativiti dalam mempelajari subjek Sejarah.
3.3 Memupuk semangat kerjasama dan saling bantu-membantu dalam diri murid-murid untuk
melaksanakan sesuatu tugasan/projek.

4.0 TARIKH DAN MASA PELAKSANAAN


Tarikh : 23 – 25 Ogos 2022
Masa : berdasarkan masa subjek Sejarah kelas masing-masing

5.0 TEMPAT PELAKSANAAN


SK Kenyalang, Kuching.

6.0 SASARAN
195 murid Tahun 4 hingga 6, guru serta staf sokongan sekolah.

7.0 CADANGAN AKTIVITI


7.1 Persediaan tempat dan alatan.
7.2 Taklimat ringkas dan arahan pelaksanaan program.
7.3 Simbolik perasmian oleh Puan Teresa Pang, guru besar SK Kenyalang dengan
menurunkan cap tangan di atas kain rentang.
7.4 Murid-murid mengambil bahagian dengan menurunkan cap tangan masing-masing.
7.5 Menggantung kain rentang di sepanjang pagar koridor laluan masuk sekolah (pagar
hadapan sekolah).
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Harga Seunit x
Bil Perkara Jumlah (RM)
Kuantiti
1. Kain Putih 45 inci 3.50 x 10 meter 35.00
2. Cat Mural Pelaka / D’Arte (merah/biru/kuning) 25.00 x 3 75.00
3. Plastik Sampah (bagi tujuan melapik kain) 10.00 x 1 10.00
Jumlah Keseluruhan RM120.00

9.0 JAWATANKUASA KERJA

Penasihat : Pn Teresa Pang Su Eing (Guru Besar)


Pengerusi : En Arifin bin Safar (PK Pentadbiran / Guru Subjek Sejarah)
Setiausaha : Pn Ten Hui Nie (Ketua Panitia Sejarah SK Kenyalang)
Penyelaras : Pn Suraya bt Jamain
Peralatan : Pn Goh Pey Fang
Pn Imelda Wong
Fotografi : En Then Jit Kiong
Dokumentasi : Pn Chin Ngiong Lee
Pn Fong Mei Siang

10. PENUTUP
Diharapkan Program Kain Rentang Kemerdekaan SK Kenyalang ini akan dapat meningkatkan
minat murid terhadap pembelajaran subjek Sejarah di samping memupuk semangat cintakan
negara dan berusaha mengekalkan keamanan berbilang kaum. Selain itu, program ini juga
diharapkan dalam memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan peringkat sekolah pada tahun ini.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

___________________ ________________
(PN SURAYA BT JAMAIN) (PN TEN HUI NIE)
Penyelaras Program. Ketua Panitia Sejarah

Diluluskan oleh,

________________________
(PN TERESA PANG SU EING)
Guru Besar,
SK Kenyalang.

You might also like