You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI LEMBING

26200 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR

MINIT MESYUARAT BIL . 1 TAHUN 2018

TARIKH : 8 JANUARI 2018


HARI : ISNIN
MASA : 2:05 PETANG
TEMPAT : BENGKEL RBT SKSL
PENGERUSI : EN. MOHD SHAHRUL RIDZUAN B. YAHAYA ( KETUA PANITIA )

KEHADIRAN :
1. EN. MOHD SHAHRUL RIDZUAN BN YAHAYA (PENGERUSI)
2. PN. NOR AZNIERA BT ISMAIL ( SETIAUSAHA )
3. EN. EN. AZARUDIN BIN ABDULLAH (AJK)
4. PN FAZLIYATUL NADIAH BT MOHD FISSALLUDDIN (GURU SAINS )

TIDAK HADIR: -
1. PUAN RAZANA BT SHAMSUDDIN (AJK)

1. KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru di atas kehadiran mereka.
1.2 Beliau juga mengucapkan terima kasih kerana hadir pada masa yang telah ditetapkan.

2. POST MORTEM PAT 2017

2.1 En. Azarudin, En. Shahrul dan Pn. Azniera membentangkan analisis PAT 2017.

2.2 GPS untuk setiap kelas adalah seperti berikut:

- TAHUN 1 (2.67) ( 100% menguasai)


- TAHUN 2 (3.17) ( 72.41% menguasai)
- TAHUN 3 (4.13) (50%menguasai )
- TAHUN 4 (2.27) ( 100% menguasai)
- TAHUN 5 (4.40) ( 40% menguasai)

2.3 Melihat kepada keputusan murid, kebanyakan murid masih lemah dalam:
- sifir
- Soalan berbentuk penyelesaian masalah.
- Soalan berbilang operasi
- Soalan berbentuk jadual
2.4 Kelemahan ini adalah berpunca daripada:
- Murid tidak mengurus masa dengan betul semasa menjawab soalan.
- Murid belum menguasai kemahiran asas Matematik.
- Murid kurang mahir dalam penukaran unit Matematik.
- Murid lemah dalam soalan berbilang operasi.

Tindakan: Ahli Panitia

3. PROGRAM INTERVENSI

3.1 Beberapa langkah telah dirancang untuk mengatasi kelemahan murid dalam
Matematik iaitu:

3.1.1 Murid didedahkan dengan cara menjawab soalan mengikut masa yang
ditetapkan.
3.1.2 Murid didedahkan dengan jadual asas Matematik dan sesi soal jawab berkaitan
rumus asas Matematik dilakukan sebelum bermulanya PdPc.
3.1.2 Bagi mengatasi masalah murid dalam menjawab soalan berbentuk penyelesaian
masalah, ‘Model Polya’ bagi memberi lebih kefahaman kepada murid dalam
menyelesaikan soalan tersebut.
3.1.3 Memperbanyakkan latih tubi mengikut kemahiran.
3.1.4 Mengadakan sesi soal jawab sifir secara tidak formal
3.1.5 Memperbanyakan info-info berkaitan Matematik terutamanya istilah dan rumus
Matematik pada papan kenyataan
3.1.6 Aktiviti Matematik semasa perhimpunan.

Tindakan: Ketua Panitia

4. PELAN STRATEGIK / PROGRAM PANITIA 2018

4.1 Pengerusi membentangkan secara ringkas program-program panitia yang dirancang


bagi tahun 2018 iaitu:

4.1.1 Bijak Sifir


4.1.2 Fakta Asas Matematik
4.1.3 Pembimbing Rakan Sebaya (PRS )
4.1.4 Kelas Bimbingan
4.1.5 Aktiviti perhimpunan (persembahan murid)
4.1.6 Pecutan Akhir UPSR
4.2 Bengkel Kemahiran menjawab soalan matematik akan dijalankan pada penggal
kedua persekolahan.

4.3 Semua guru diharap dapat memberi kerjasama dalam program Bijak Sifir dalam
memantau dan menyemak kemahiran sifir murid.

Tindakan: Ahli Panitia

5. TARGET PANITIA

5.1 Untuk UPSR 2018, target untuk murid mendapat A bagi mata pelajaran Matematik
ialah 5 orang.

5.2 Murid-muridnya adalah seperti berikut:

1. Siti Nursyafiqah
2. Noor Zulieyana
3. Nur Qismina Balqis
4. Muhammad Irfan
5. Adam Haris

5.3 Bagi Pentaksiran Berasakan Sekolah (PBS), Panitia telah menetapkan tahap
penguasaan minimum bagi murid adalah tahap penguasaan ( TP) 3.

5.4 Guru-guru perlu membuat pentaksiran dan merekodkan tahap penguasaan murid
sepanjang tahun. Borang templet offline perlu dilengkapkan bagi sesi pertengahan
tahun dan akhir tahun.

Tindakan:- Ahli Panitia

6. PERNYEDIAAN DSKP & RPT

6.1 RPT dan DSKP perlu diselesaikan seawal minggu pertama persekolahan.
6.2 RPT perlu dibina berdasarkan 37 minggu PdPc seperti yang telah ditetapkan dalam
mesyuarat kurikulum..
6.3 DSKP boleh dimuat turun melalui laman web BPK.
6.4 Guru-guru boleh menyediakan RPH sama ada secara linear atau modular mengikut
kesesuaian PdPc.

Tindakan: Ahli Panitia


7. KECUKUPAN LATIHAN

7.1 Bilangan latihan murid ditetapkan mengikut kumpulan keupayaan murid iaitu:
7.1.1 Tahap 1
- Kumpulan A: 10 latihan
- Kumpulan B: 8 latihan
- Kumpulan C: 5 latihan

7.1.2 Tahap 2
- Kumpulan A: 15 latihan
- kumpulan B: 10 latihan
- kumpulan C : 6 latihan

7.2 Sekiranya ada murid yang tidak menyiapkan latihan, guru yang terlibat perlu
merekodkan dalam buku salahlaku murid.

Tindakan: Ahli Panitia

8. LINUS

8.1 Berdasarkan keputusan saringan 2 Linus 2017, murid yang masih belum menguasai
Numerasi bagi Tahun 1, Tahun 2 dan tahun 3 adalah seramai 7 orang iaitu:

Tahun 1
i) Nur Shamimi Batrisha bt Hirlri
Masalah: - Kerap tidak hadir ke sekolah
- Kurang fokus dalam PdP
- kurang menguasai konsep dan kemahiran asas operasi tambah dan tolak.

ii) Nur Amna Sumaiyah bt. Abdullah


- Kurang fokus dalam PdP
- Kurang menguasai konsep dan kemahiran asas operasi tambah dan tolak.
- kurang motivasi untuk belajar.

iii) Nur Airiana Balqis bt. Mohd Airdil


- Kurang fokus dalam PdP
- Kurang menguasai konsep dan kemahiran asas operasi tambah dan tolak.

Tahun 2
i) Nur Arisa Sofea bt Razali
- Masalah: - Masalah pembelajaran
- Kurang fokus dalam PdP
- Kurang menguasai kemahiran membilang nombor hingga 100.
- kurang menguasai konsep dan kemahiran asas operasi tambah dan tolak.
ii) Muhammad Iskandar b. Noor Israfidi
- Masalah: - Mudah lupa
- Kurang fokus dalam PdP
- Kurang menguasai konsep dan kemahiran operasi asas Matematik.
- kurang motivasi untuk belajar.

iv) Nasrul Saifuddin bin Abdullah


- Masalah: - Mudah lupa
- Kurang fokus dalam PdP
- Kurang menguasai konsep dan kemahiran operasi asas Matematik.
- kurang motivasi untuk belajar.

Tahun 3
i) Noor Ramadhan Hakimie b. Abdullah
- Masalah: - Mudah lupa
- Kurang fokus dalam PdP
- Kurang menguasai kemahiran membilang nombor hingga 100.
- kurang menguasai konsep dan kemahiran operasi asas Matematik.

8.2 Penyelesaian yang dicadangkan ialah:


i) Memberi motivasi dan bimbingan kepada murid.
ii) Memberi lebih penekanan kepada konsep dan kemahiran operasi asas
Matematik.
iii) Memberi lebih pendedahan berkaitan fakta asas Matematik.

Tindakan: Ahli Panitia

9. PROFESIONAL LEARNING COMMUNITY ( PLC )

9.1 PLC akan dijalankan diperingkat Panitia dua kali setahun ( sesi pertama dan sesi kedua
persekolahan).

9.2 Ketua Panitia akan berbincang dengan penyelaras LADAP bagi menentukan tarikh dan
tempat serta untuk tujuan perekodan aktiviti LADAP.

9.3 Guru-guru dalam panitia perlu berbincang untuk membina Rancangan Pengajaran
Harian (RPH).

9.4 RPH yang telah dibina akan dibincangkan dengan pihak pentadbir dan kemudian
seorang guru akan dipilih untuk melaksanakan PdP di dalam kelas.

Tindakan: Ahli Panitia


10. SUDUT KHAS PANITIA

10.1 Sudut khas Panitia berada di sepanjang laluan ke kantin.

10.2 Ketua Pantia akan menyediakan jadual penyediaan info/bahan di sudut Matematik
untuk guru-guru Matematik bagi memastikan info disampaikan kepada murid
sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa.

10.3 Papan putih “Info Matematik” juga akan disediakan di lorong menunggu di mana
murid tahun 6 ditugaskan untuk mengemaskini info-info Matematik setiap hari.

10.4 Guru-guru perlu menyelia sudut Matematik di setiap kelas yang diajar. Pastikan
setiap sudut ditampal info-info Matematik dan hasil kerja murid.

Tindakan: Ahli Panitia

10. PERBELANJAAN PANITIA 2018

10.1 Stok Panitia Matematik yang ada setakat ini ialah:


a. Alat penimbang besar (1 unit)
b. Alat penimbang kecil (3 unit)
c. Alat penimbang digital ( 1 unit )
d. Penyukat cecair ( 4 set )
e. Pembaris pelbagai bentuk besar (1 set)
f. Duit contoh ( 2 set )
g. Abakus besar (1 unit)
h. Abakus kecil ( 20 unit)
i. Mini white board (4 unit)
j. White board gulung ( petak ) ( 3 unit )

10.2 BBM tersebut ada dalam simpanan Ketua Panitia.

10.3 Guru yang ingin menggunakan BBM boleh memaklumkan kepada Ketua Panitia.

10.4 Senarai inventori Panitia ada direkodkan didalam buku stok panitia. Buku stok
disimpan di pejabat.

10.5 Buku stok akan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa.


10.6 Perbelanjaan yang dirancang bagi tahun 2018 ialah:
10.6.1 Buku nota kecil Fakta Asas Matematik ( RM2:00 X 50 BUAH = RM100.00 )
10.6.2 Kad Bijak Sifir ( RM0.50 X 100 = RM50.00 )
10.6.3 Bahan bantu mengajar ( RM 250.00 )

Mesyuarat telah di tangguhkan pada pukul 3:20 petang dan akan disambung semula pada
suatu tarikh dan masa yang akan ditetapkan semula.

Disediakan oleh:

................................................
( AZNIERA BT ISMAIL )
Setiausaha
Panitia Matematik 2018
SK Sungai Lembing

Disemak oleh: Disahkan oleh:

..................................................... ...................................
( MOHD SHAHRUL RIDZUAN B. YAHAYA ) ( AZMI BIN LATEH )
Pengerusi Guru Besar
Panitia Matematik 2018 SK Sungai Lembing
SK Sungai Lembing

You might also like