You are on page 1of 3

Tajuk:KEMUDAHAN CUTI

Sebagaimana yang telah dimaklumi,kerajaan telah menyediakan kemudahan


cuti untuk dinikmati oleh anggota perkhidmatan awam dengan tujuan untuk
meningkatkan kualiti dan produktiviti pegawai awam di samping dapat
menyelesaikan urusan peribadi pegawai.Sungguhpun demikian,pemberian
kemudahan cuti yang diberikan oleh kerajaan kepada anggota perkhidmatan
awam bukanlah merupakan hak seseorang pegawai berkenaan tetapi ia
adalah satu keistimewaan atau kemudahan yang diberikan oleh kerajaan
sebagai pengiktirafan ke atas perkhidmatan yang diberikan.

Kemudahan cuti adalah sebarang tempoh pegawai itu dibenarkan


meninggalkan tugasanya dan peninggalan tugas itu tidak dikira sebagai putus
perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja.Cuti tidak dibenarkan secara
automatik dan memerlukan kelulusan daripada Ketua Jabatan atau Kuasa
Tertentu terlebih dahulu.Cuti merupakan satu keistimewaan dan boleh ditarik
(jika perlu)serta diberi atas tujuan dan syarat-syarat yang tertentu.
Kemudahan cuti yang diberikan adalah berdasarkan Perintah AM Bab C serta
peraturan-peraturan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.(A)CUTI
YANG DIBERI KERANA PERKHIDMATAN,JENIS-JENIS CUTI DALAM
PERKHIDMATAN AWAM,cuti rehat cuti separuh gaji dan cuti tanpa gaji.

Selain itu,(B)CUTI ATAS SEBAB PERUBATAN contohnya cuti sakit,cuti sakit


lanjutan,cuti kerantina,cuti bersalin,cuti kecerderaan,cuti tibi,kusta dan
barah.(C)CUTI TIDAK DIREKOD antaranya,cuti gantian,cuti latihan pasukan
sukarela,cuti menghadiri latihan/khemah tahunan pertubuhan/persatuan atau
kursus-kursus tertentu,cuti menghadiri latihan syarikat kerjasama,cuti untuk
masuk peperiksaan,cuti menghadiri mesyuarat persatuan ikhtisas.(D)CUTI
LAIN-LAIN KEMUDAHAN sebagai contoh cuti menjaga anak(cuti tanpa
gaji),cuti haji,cuti kerana berkursus,cuti tanpa gaji bagi pegawai yang
mengikuti pasangan bertugas/berkursus di dalam/atau luar Negara.
1
Seterusnya kelayakan cuti pengumpulan GCR rehat tahunan (maksimum)
35hari 15 hari . Kelayakan cuti rehat tahunan bagi lantikan mulai 1 Januari
(PP14/2008) : 25 hari 12 hari 10 hari.Bagi Kumpulan/Gred Pengurusan
Tertinggi (10tahun servis) :25 hari 25 hari.Cuti separuh gaji (CSG) atas sebab
kesihatan sanak saudara yang rapat,suami isteri,ibu bapa,adik beradik dan
merangkumi ibu bapa mertua.Selain itu, berdasarkan perkhidmatan yang
melayakkan dan mesti diluluskan oleh Ketua Jabatan bagi tempoh yang tidak
melebihi 14 hari dalam satu tahun.Diluluskan oleh Kuasa Tertentu bagi
tempoh yang selebihnya.

CUTI TANPA GAJI(CTG) atas urusan persendirian yang mustahak


berdasarkan perkhidmatan yang melayakkan(minimum 6bulan) telah
menghabiskan kesemua CR yang berkelayakan dan dicatat ke dalam Buku
Rekod Perkhidmatan(BRP).Bagi 30 hari yang genap setahun perkhidmatan
tidak melebihi 360 hari sepanjang tempoh perkhidmatan.(B)CUTI ATAS
SEBAB PERUBATAN jenis cuti tujuan dan syarat kadar 1.Cuti sakit (CS)
membolehkan pegawai berehat bagi memulihkan kesihatannya.Pegawai yang
disahkan tidak sihat untuk bertugasoleh Pegawai Perubatan,pengesahan
akan dibuat ke atas sijil sakit kepada Ketua Jabatan untuk kelulusan dan cuti
sakit itu dihabiskan di hospital atau di rumah jika itu ditetapkan oleh Pegawai
Perubatan.

Selain itu,bagi cuti bersalin,pegawai yang memerlukan masa berehat yang


panjang kerana tidak sihat untuk bertugas tetapi ada harapan untuk sembuh
bagi meneruskan perkhidmatannya.Pegawai
boleh memilih untuk menggunakan kemudahan cuti bersalin sama ada mulai
tarikh pegawai melahirkan anak atau pada bila-bila masa dalam tempoh 14
hari dari tarikh yang dijangka bersalin dan perlu mengemukakan dokumen
sokongan atau Perakuan Bersalin yang mengesahkan tarikh dijangka
bersalin.

Kesimpulannya,dengan ini semua guru dan kakitangan disarankan agar dapat


menggunakan kemudahan cuti yang diberikan sebaik mungkin dengan
mematuhi peraturan sedia ada yang berkuat kuasa.
2

You might also like