You are on page 1of 11

nurulhafizakamal/teksmc

bil.4/2021

SMK UNGKU AZIZ, JALAN RAJA CHULAN,


45200 SABAK BERNAM, SELANGOR

TEKS PENGACARA MAJLIS

NAMA PROGRAM :

HARI ANUGERAH KUALITI 2020


SECARA ATAS TALIAN

TEMPAT PROGRAM :

ATAS TALIAN (YOUTUBE)

TARIKH PROGRAM :

9 NOVEMBER 2021

HARI / MASA:

SELASA / 2.00 PETANG

ANJURAN :

MAJLIS KOKURIKULUM, SMK UNGKU AZIZ

DENGAN KERJASAMA :
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SMK UNGKU AZIZ

1
CUE (panduan bagi
ANN 0 (announcement – pengumuman yang perlu dibaca
Masa membuat
oleh pengacara majlis)
pengumuman)
2.00 Maklumkan Sebelum meneruskan majlis, mohon guru- guru, ibu bapa
petang berkenaan dan para pelajar untuk mengisi kehadiran menerusi pautan
pendaftaran
pendaftaran google form yang disediakan. Terima kasih di
GS kehadiran dalam
link kehadiran yang atas kerjasama yang diberikan.
disediakan

2.05 Ketibaan barisan Pihak majlis mengalu- alukan kehadiran seluruh warga
Petang pentadbiran SMK SMK Ungku Aziz secara dalam talian Langsung dari
Ungku Aziz, guru-
Youtube TVPSS SMKUA.
GS guru, ahli
jawatankuasa
pelaksana dan para Yang Berhormat Dato’ Hj Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh,
pelajar Ahli Parlimen Malaysia Kawasan Sabak Bernam
merangkap Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SMK Ungku Aziz, barisan pentadbiran SMK Ungku Aziz,
guru- guru, dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

Masa CUE ANN 1

2
2.10 Nyanyian lagu : Hadirin sekalian,
petang
Lagu Negaraku
Acara petang ini dimulakan dengan nyanyian lagu
GS Lagu Negeri
Selangor NEGARAKU dan lagu NEGERI SELANGOR

********** (video nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri


Selangor)

Masa CUE ANN 2

3
2.13 Bacaan Doa Bunga mawar cantik tersemat
petang Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
GS
Moga Majlis sentiasa diberkati

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati majlis pada hari yang penuh bermakna ini,


marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan
bacaan doa yang akan dipimpin oleh : Al Fadil Ustaz Elias
bin Mamat

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** (video doa)

Amin… Amin… Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al Fadil


Ustaz Elias bin Mamat atas bacaan doa sebentar tadi.
Semoga majlis kita diberkati dan berjalan dengan lancar

4
Masa CUE ANN 3

2.15 Ucapan Alu- aluan Melayang serindit di atas permatang


petang oleh
Pengerusi Majlis Merbah berkicau di hujung muara
GS Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi


wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Yang Berhormat,
Dato’ Hj Mohd Fasiah bin Hj. Mohd Fakeh
Ahli Parlimen Malaysia Kawasan Sabak Bernam
merangkap Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SMK Ungku Aziz,

Yang Berusaha,
Pn. Siti Rusilawati binti Samsudin,
Pengetua SMK Ungku Aziz

Yang Berusaha,
Tn. Hj Azman bin Ali,
Penolong Kanan Pentadbiran SMK Ungku Aziz,

Yang Berusaha,
Tn. Hj Rosli bin Othman,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Ungku Aziz,

Yang Berusaha,
Tn. Hj Ismail bin Kosman,
Penolong Kanan Kokurikulum SMK Ungku Aziz,

Yang Berusaha,
Tn. Hj Muhammad Azmi bin Mohd Yusof
Penolong Kanan Petang SMK Ungku Aziz

Yang Berusaha,
Pn. Azliza binti Awang,
Penolong Kanan Pendidikan Khas SMK Ungku Aziz,

Guru- guru kanan mata pelajaran, guru- guru, ibu bapa,


jawatankuasa majlis seterusnya para pelajar yang dikasihi
sekalian serta warga maya yang bertamu di sini.

Selamat datang ke ”Hari Anugerah Kualiti 2020 SMK

5
Ungku Aziz”. Untuk makluman, anugerah kualiti pada hari
ini dianjurkan oleh Majlis Kokurikulum SMK Ungku Aziz
dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
serta disokong erat barisan kempimpinan SMK Ungku
Aziz.

Alhamdulillah setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke


hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmatNya pada hari
yang penuh barakah ini kita diberi kesempatan untuk sama-
sama berkumpul secara atas talian bagi meraikan ”Hari
Anugerah Kualiti 2020 SMK Ungku Aziz”.

Buat pengetahuan hadirin sekalian, majlis ini diadakan


sebagai satu cara untuk menghargai kejayaan pelajar-
pelajar SMK Ungku Aziz dalam pencapaian akademik,
sahsiah dan kokurikulum. Ia bertujuan bagi memberi
semangat dan contoh terbaik kepada pelajar- pelajar SMK
Ungku Aziz untuk meningkatkan prestasi dan motivasi diri
dalam bidang akademik, sahsiah dan juga bidang
kokurikulum.

6
Masa CUE ANN 4

2.18 Ucapan Pengetua Hadirin seluruh warga maya yang dikasihi sekalian,
petang SMK Ungku Aziz
Bagi meneruskan majlis pada hari ini, mari kita dengarkan
GS (Pn. Siti Rusilawati
ucapan dan nasihat penuh hikmah daripada
binti Samsudin)
Pn. Siti Rusilawati binti Samsudin, Pengetua SMK Ungku
Aziz.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

********** (Video ucapan Pengetua SMK Ungku Aziz)

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Siti Rusilawati binti


Samsudin atas ucapan yang telah disampaikan sebentar
tadi.

7
Masa CUE ANN 5

2.23 Ucapan Perasmian Pergi ke pantai mencari lokan,


petang YDP PIBG Rehat berteduh di pohon jati,
Ucapan perasmian kita nantikan,
GS (Yang Berhormat
Dato’ Hj. Mohd Mari bersama kita hayati.
Fasiah bin Hj. Mohd
Fakeh, Ahli Hadirin yang dikasihi sekalian,
Parlimen Malaysia
Kawasan Sabak Majlis kita akan diteruskan dengan ucapan perasmian ”Hari
Bernam merangkap Anugerah Kualiti 2020 SMK Ungku Aziz”. Untuk itu,
Yang Dipertua
majlis dengan berbesar hati menjemput Yang Berhormat
Persatuan Ibu Bapa
dan Guru SMK Dato’ Hj Mohd Fasiah bin Hj. Mohd Fakeh, Ahli Parlimen
Ungku Aziz) Sabak Bernam merangkap Yang Dipertua Persatuan Ibu
Bapa dan Guru SMK Ungku Aziz untuk menyampaikan
ucapan, seterusnya merasmikan ”Hari Anugerah Kualiti
2020 SMK Ungku Aziz.” Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

********** (Ucapan Perasmian, Yang Berhormat Dato’ Hj


Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh)

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang


Berhormat Dato’ Hj Mohd Fasiah bin Hj. Mohd Fakeh di
atas kesudian memberi ucapan dan perasmian ”Hari
Anugerah Kualiti 2020 SMK Ungku Aziz”pada hari ini.

8
Masa CUE ANN 6

2.28 Penyampaian Terbang tinggi si burung helang,


petang Anugerah Berkicau kenari sambil berterbangan,
Cemerlang 2020 Sekolah gemilang pelajar terbilang,
GS
Anugerah diberi tanda kecemerlangan.
(Program
Pendidikan Khas
Integrasi PPKI) Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Acara yang ditunggu- tunggu telah pun tiba. Majlis pada hari
ini diteruskan lagi dengan pengumuman penerima
ANUGERAH DAN TOKOH HARI ANUGERAH
KUALITI SMK UNGKU AZIZ TAHUN 2020

Kita mulakan dengan pengumuman PENERIMA


ANUGERAH CEMERLANG PROGRAM PENDIDIKAN
KHAS INTEGRASI PPKI. Berikut adalah pelajar
cemerlang mengikut tingkatan, pencapaian terbaik
PPKI bagi bidang akademik, kokurikulum dan
sahsiah, Anugerah Mata Pelajaran Terbaik PPKI
dan Anugerah Tokoh PPKI 2020.

________________________________________________

Hadirin yang dikasihi sekalian,


(Majlis Akademik)

Penyampaian Kita teruskan dengan PENERIMA ANUGERAH MAJLIS


Anugerah AKADEMIK. Berikut adalah Pelajar Cemerlang Sijil
Cemerlang SPM Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 dan Anugerah
2020 & Anugerah Pencapaian Cemerlang Panitia tahun 2020.
Pencapaian
Cemerlang Panitia
...............................(slide)...................................................

Buat pengetahuan hadirin sekalian, Mata pelajaran yang


dianugerahkan Sijil Penghargaan adalah berdasarkan
kriteria berikut ;

1. Peratus kelulusan mata pelajaran meningkat pada


tahun 2020 berbanding tahun 2019 ATAU

2. Gred Purata (GP) mata pelajaran meningkat pada


tahun 2020 berbanding tahun 2019 ATAU

3. Mencapai peratus kelulusan 100% pada tahun 2020.

9
________________________________________________

(Majlis Hadirin warga maya yang saya kasihi,


Kokurikulum)
Kita teruskan majlis kita dengan PENERIMA ANUGERAH
Penyampaian MAJLIS KOKURIKULUM. Berikut adalah Anugerah
Anugerah Murid
Murid Terbaik Persatuan Akademik, Sukan dan
Terbaik mengikut
Unit, Pencapaian Permainan serta Pasukan Badan Unit Berunifom.
Kokurikulum Seterusnya, Anugerah Pencapaian Kokurikulum
Terbaik (Kategori Terbaik Kategori Guru, Anugerah Khas
Guru), Anugerah
Kokurikulum 2021, Anugerah Khas Guru Harapan
Khas Kokurikulum
2021 Kokurikulum dan Anugerah Khas Kokurikulum.
Anugerah Khas Mari sama-sama kita saksikan.
Guru Harapan
Kokurikulum,
Anugerah Khas
Kokurikulum

______________________________________________

Hadirin sekalian,

(Majlis Hal Ehwal


Beralih kita ke PENERIMA ANUGERAH MAJLIS HAL
Murid)
EHWAL MURID. Berikut adalah Anugerah Ketua
Penyampaian Murid dan Penolong Ketua Murid tahun 2020,
Anugerah Ketua Anugerah Sahsiah Terpuji serta Anugerah Tokoh
Murid, Penolong
Ketua Murid,
Pelajar 2020.
Anugerah Sahsiah
Terpuji, Anugerah
Tokoh Pelajar 2020

Syabas dan tahniah diucapkan kepada para penerima


anugerah di atas pencapaian yang cemerlang Semoga
dengan penyampaian anugerah ini akan meningkatkan lagi
semangat guru- guru dan para pelajar untuk terus mencapai
kejayaan yang lebih cemerlang pada masa- masa yang
akan datang.

10
Masa CUE ANN 7

4.00 Penutup Hadirin yang dikasihi sekalian,


petang
Kita telah pun berada di penghujung acara. Kami mewakili
GS jawatankuasa pelaksana mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua guru- guru, ibu bapa dan para pelajar yang
terlibat dalam memastikan ”Hari Anugerah Kualiti 2020
SMK Ungku Aziz” berjalan dengan lancar. Tidak lupa juga
kepada warga maya di atas kesudian menonton dan
meraikan majlis pada hari ini. Bagi pihak jawatankuasa
pelaksana, ampun dan maaf andai terkasar bahasa tersasar
bicara dalam mengendali majlis pada petang ini
sesungguhnya yang sempurna adalah pencipta dan yang
lemah adalah yang dicipta.

Walaupun penat terasa lelah


Senyum masih berseri-seri
Walaupun majlis berakhirlah sudah
namun, tahun depan insyaallah kita akan berjumpa lagi.

Wabillahi taufiq wal hidayah assalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh.

GS – Green Screen

11

You might also like