You are on page 1of 5

TEKS MAJLIS PERASMIAN MINGGU AKADEMIK 2022

HARI : RABU

TARIKH : 28 SEPTEMBER 2022

MASA : 7.30 am – 8.30 am

PENGACARA MAJLIS: PUAN ERNY MARDIA & SALSABILA (4 INOVATIF)

BIL AGENDA TEKS


1. Sebelum  Semua murid, sila masuk ke Dewan Wawasan
perhimpunan sekarang.
bermula murid-  Murid-murid yang masih berdiri di Dewan Wawasan
murid diberikan sila duduk dengan segera di dalam barisan kelas
peringatan masing-masing, sila penuhkan ruang kosong dan
*gunakan masa letak beg di sisi.
sebelum 7.15 pagi  Semua murid diminta untuk bertenang dan senyap
sepanjang perhimpunan berlangsung
2. Memastikan semua  Para guru dipersilakan untuk mengambil tempat
guru mengambil kerana majlis akan bermula sebentar sahaja lagi dan
tempat sekali lagi diingatkan semua murid untuk bertenang
dan berhenti bercakap.
3. Ketibaan PKP Mengumumkan ketibaan Puan Hanimah binti
(SALSABILA) Muhammad, Penolong Kanan Tadbir dan
Kurikulum diiringi oleh barisan para pentadbir masuk
ke dalam dewan.

Hadirin diminta untuk berdiri.


4. Nyanyian Lagu Hadirin diminta untuk bersedia bagi menyanyikan lagu
(SALSABILA) Negaraku dengan penuh semangat.
5. Time break Hadirin sekalian dipersilakan duduk.
(SALSABILA) **Jika murid bising – Semua murid diminta senyap.

Yang Berusaha, Puan Hanimah binti Muhammad,


6. KATA ALUAN
Penolong Kanan Pentadbiran.
(PN ERNY)
Yang Dihormati, Pn. Norzihan binti Idris, Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid.

Pn. Azlina binti Muhammad, Penolong Kanan


Kokurikulum.

@ERNY MIQAELA Page 1


TEKS MAJLIS PERASMIAN MINGGU AKADEMIK 2022

Barisan Guru Kanan Mata pelajaran,


Kaunselor-kaunselor,
Ketua-ketua Panitia dan Penyelaras Mata Pelajaran,
Rakan guru yang disayangi,
dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Burung merbah di pohon cemara,
Majlis bermula tirai dibuka,
Assalamualaikum pembuka bicara.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Selamat pagi dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, Syukur ke hadrat ilahi dapat kita sama-


sama berkumpul pada pagi ini bagi menjayakan Majlis
Perasmian Minggu Akademik SMK Setapak Indah bagi
tahun 2022.

7. BACAAN DOA BUNGA MAWAR CANTIK TERSEMAT


DIPETIK GADIS DI TEPI TITI
(SALSABILA)
DOA DIBACA MEMOHON RAHMAT
MOGA MAJLIS SENTIASA DIBERKATI

BAGI MENAMBAH KEBERKATAN MAJLIS KITA PADA HARI INI,


MARILAH SAMA-SAMA KITA MENADAH TANGAN
MENGAMINKAN BACAAN DOA YANG AKAN DLAFAZKAN OLEH
USTAZ LUQMANUL HAKIM BIN FARIS TAMTHIL

MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN.

8. SALSABILA AMIN, AMIN YA RABBIL ALAMIN.

MAJLIS MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH KEPADA


USTAZ LUQMANUL HAKIM BIN FARIS TAMTHIL ATAS BACAAN
DOA ITU TADI. SEMOGA MAJLIS KITA AKAN MENDAPAT
KEBERKATAN ILAHI.

9. Hadirin sekalian,
TAKLIMAT AKTIVITI
@ERNY MIQAELA Page 2
TEKS MAJLIS PERASMIAN MINGGU AKADEMIK 2022

MINGGU AKADEMIK Melalui tema ”KREATIF DAN INOVATIF KE ARAH


(PN. ERNY) TRANSFORMASI PENDIDIKAN CEMERLANG” selari
dengan Misi Kementerian Pelajaran Malaysia
“Membangunkan Potensi Individu Melalui
Pendidikan Berkualiti” mendorong pihak Unit
Kurikulum SMK Setapak Indah mengambil
inisiatif melaksanakan “Minggu Akademik”.
Program ini disusun untuk mengembangkan
minat murid dalam meningkatkan pemahaman
mereka terhadap mata pelajaran yang diajar di
sekolah,seterusnya membudayakan cinta akan
ilmu pengetahuan dalam kehidupan seharian.

Oleh itu, pihak sekolah melalui usaha gigih para


guru telah merancang pelbagai aktiviti kearah
mencapai matlamat tersebut. Sehubungan dengan
itu, aktiviti ini adalah selaras dengan
pelaksanaan kegiatan kokurikulum di
semua sekolah.

10. SALSABILA Hadirin sekalian,

Bagi meneruskan majlis kita pada pagi ini, dijemput Pn.


Che Suriyati binti Che Awang selaku Guru Kanan
Bahasa bagi memberikan taklimat dan informasi
tentang aktiviti-aktiviti yang akan berlangsung
sepanjang Minggu Akademik 2022 ini. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

11 SALSABILA  Majlis merakamkan ucapan Terima Kasih kepada


Pn. Che Suriyati binti Che Awang di atas
informasi tentang aktiviti yang akan dijalankan
@ERNY MIQAELA Page 3
TEKS MAJLIS PERASMIAN MINGGU AKADEMIK 2022

sepanjang Minggu Akademik 2022. Semoga


rakan-rakan semua sama-sama menyertai dan
mendapat manfaat dalam Aktiviti Minggu
Akademik 2022 ini.

12. Ucapan Perasmian Hadirin sekalian,


Penolong Kanan
Tadbir dan
Tirai ucapan pada pagi ini diteruskan dengan ucapan
Kurikulum
Perasmian daripada Puan Hanimah binti
Muhammad, Penolong Kanan Tadbir dan
(PN. ERNY)
Kurikulum. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

 Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


Yang Berusaha Puan Hanimah binti
Muhammad, Penolong Kanan Tadbir dan
Kurikulum atas kesudian menyampaikan
ucapan perasmian sebentar tadi.

12. GIMIK PERASMIAN Hadirin sekalian,

Majlis seterusnya, mempersilakan Pn. Hanimah binti


(SALSABILA)
Mohammad, diiringi oleh barisan pentadbir untuk
menyempurnakan Gimik Perasmian Minggu
Akademik SMK Setapak Indah tahun 2022 yang
akan dilaksanakan dengan Kerjasama Bidang Teknik
dan Vokasional bersama Bidang Sains dan
Matematik . Dengan segala hormatnya dipersilakan.

13 PENUTUP
Terima kasih diucapkan atas kesudian Puan
Hanimah binti Mohammad dan barisan pentadbir
(SALSABILA)
kerana menyempurnakan Gimik Perasmian sebentar
@ERNY MIQAELA Page 4
TEKS MAJLIS PERASMIAN MINGGU AKADEMIK 2022

tadi.

PN. ERNY Dengan gimik perasmian itu tadi, maka, berakhirlah


sudah majlis perasmian kita pada hari ini.

Bagi meneruskan aktiviti Minggu Akademik pada pagi


ini, di jemput Puan Junainah binti Hanif dan Puan Siti
Khalijah binti Yusof bagi mengendalikan Kuiz Spontan
Matematik dan Kuiz Spontan Sains yang akan
dilaksanakan pada hari ini. Dipersilakan.

@ERNY MIQAELA Page 5

You might also like