You are on page 1of 7

MAJLIS PERASMIAN

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBUBABA DAN GURU


KALI KE 17 TAHUN 2020

TEKS PENGACARA
MESYUARAT AGUNG PIBG SK BANDAR PENAWAR 2 2020

BIL. QUE TEKS CATATAN

Aluan Assalamualaikum dan Salam Sejahtera diucapkan kepada


Sebelum semua hadirin. Mewakili pihak JK PIBG SKBP2, kami
Majlis mengalu-alukan kedatangan dan kehadiran Tuan-tuan dan
puan-puan ke majlis pada pagi ini. Dijemput para hadirin
sekalian mengambil tempat masing-masing.

Makluman Dan Sila ambil perhatian :


Hebahan 1. Sila pastikan telefon bimbit dan telefon pintar anda
ditukarkan kepada MOD GETARAN atau
DIPADAMKAN.
2. Apabila diumumkan ketibaan masuk VVIP, hadirin
diminta untuk berdiri dan diberikan tepukan gemuruh.
3. Sila hadkan pergerakan anda sepanjang majlis
berlangsung khasnya ketika VVIP sedang berucap.
4. Hadirin diminta untuk mengambil tempat masing-
masing kerana majlis akan bermula minit dari
sekarang.

Pengumuman ***MAINKAN LAGU LATAR SEPANJANG VVIP Usher akan


Ketibaan VVIP BERJALAN MENUJU KE KERUSI*** bagi que
VVIP
Mengumumkan ketibaan; masuk
dewan.
Yang Berbahagia,
Cikgu Hajah Bibi Sakinah Binti Haji Harun Khan,
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Laksamana, Kota Tinggi Johor

Diringi oleh;
Tetamu-tetamu jemputan.

#berikan tepukan gemuruh buat tetamu kita

1
MAJLIS PERASMIAN
MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBUBABA DAN GURU
KALI KE 17 TAHUN 2020

Nyanyian Lagu *** APABILA SEMUA VVIP BERADA DI KERUSI Multimedia


Bangsa Johor MASING*** terus
dan Negaraku mainkan 2
Nyanyian Lagu: lagi bila
1. Lagu Bangsa Johor VVIP ada di
2. Lagu Negaraku kerusi.

Salutasi ***APABILA SEMUA VVIP DUDUK***

Selasih Tumbuh Dirimba Permai


Selasih Dimakan Si Anak Kera
Ucapan Salam Pembuka Tirai
Mohon Izin Mulakan Bicara

1. YANG BERBAHAGIA,
CIKGU HJH BIBI SAKINAH BINTI HAJI HARON KHAN,
GURU BESAR,
SEKOLAH KEBANGSAAN LAKSAMANA, KOTA TINGGI

2. YANG BERUSAHA,
CIKGU SININ BIN MOKREH,
GURU BESAR,
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PENAWAR 2.

3. YANG DIHORMATI,
TUAN HAJI ABDUL RAZAK BIN BUDU ,
NAIB YANG DIPERTUA,
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU,
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PENAWAR 2.

4. YANG DIHORMATI,
BARISAN GURU-GURU PENOLONG KANAN,
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PENAWAR 2.

5. BARISAN AHLI-AHLI JAWATANKUASA


PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PENAWAR 2

6. BARISAN PENDIDIK, GURU-GURU, PARA IBU-BAPA SERTA


HADIRIN YANG DIKASIHI SEKALIAN

2
MAJLIS PERASMIAN
MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBUBABA DAN GURU
KALI KE 17 TAHUN 2020

Aluan
Pengacara ASSLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

SELAMAT DATANG KE
MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE-17
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PENAWAR 2

Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini, dengan izin serta


limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam Mesyuarat
Agung PIBG kali ke-17 bagi tahun 2020.

Pihak majlis serta seluruh warga kerja Sekolah Kebangsaan


Bandar Penawar 2, merakamkan ucapan terima kasih yang
tidak terhingga kepada seluruh hadirin dan hadirat khususnya
kepada Yang Berbahagia, Cikgu Hajah Bibi Sakinah Binti Haji
Haron Khan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Laksamana
Kota Tinggi, kerana sudi meluangkan masa bagi merasmikan
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-17 yang kita rencanakan pada
hari ini.

Bacaan Doa Kalau Pergi Ke Tanjung Keramat


Anak Manis Jangan Diangkat
Bersama Kita Memohon Rahmat
Moga Majlis Mendapat Berkat

Hadirin yang budiman,

Bagi memberkati majlis kita yang penuh berbahagia ini,


marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan
bacaan doa yang akan dipimpin oleh :

Ustaz Shahrul Anuar Bin Hadison


Ketua Panitia Bahasa Arab.
Sekolah Kebangsaan Bandar Penawar 2

Dipersilakan.

3
MAJLIS PERASMIAN
MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBUBABA DAN GURU
KALI KE 17 TAHUN 2020

Aluan ***SELEPAS PEMBACA DOA TURUN DARI PENTAS***


Pengacara
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa
sebentar tadi. Semoga majlis ini berlangsung dengan
lancar dan sempurna dengan izinNya.

Hadirin sekalian,

Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak adalah aset


yang amat bernilai dalam sesebuah keluarga. Lantaran itu,
permuafakan antara ibu bapa dan guru adalah tunjang
utama sebagai pemangkin kepada kejayaan dan
kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan dalam usaha
menjana modal insan yang berdaya saing dalam
menelunsuri kehidupan yang semakin mencabar ini.

Justeru, kerjasama dan komitmen yang dicurahkan oleh


guru dan ibu bapa, amat penting dalam usaha melahirkan
murid yang berketerampilan dan hebat bukan sahaja dalam
bidang akademik serta kokurikulum, bahkan pembinaan
sahsiah diri yang cemerlang.

Ucapan Aluan Terhidang setalam kuit pelita,


NYDP Buat santapan untuk pahlawan;
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan


mempersilakan:

Yang Dihormati
Tuan Haji Abdul Razak Bin Budu
Naib Yang Dipertua
Persatuan ibu Bapa Dan Guru
Sekolah Kebangsaan Bandar Penawar 2

Untuk menyampaikan ucapan aluan, Dengan segala


hormatnya dipersilakan.

4
MAJLIS PERASMIAN
MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBUBABA DAN GURU
KALI KE 17 TAHUN 2020

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Haji


Abdul Razak Bin Budu, Naib Yang Dipertua PIBG atas
ucapan itu tadi.

Ucapan Hadirin sekalian,


Perasmian
Majlis perasmian kita pada pagi ini amat bermakna kerana
perasmi jemputan kita adalah orang sangat berwibawa dan
mempunyai cara kepimpinannya yang tersendiri.

Sebelum kami menjemput perasmi kita, mohon izin laluan


untuk saya membacakan sedikit latar belakang Perasmi
kita pada hari ini.

*(Rujuk Teks Latar Belakang)

Untuk itu, Majlis dengan ini menjemput dan


mempersilakan,

Yang Berbahagia,
Cikgu Hajah Bibi Sakinah Binti Haji Harun Khan
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Laksamana.

Bagi menyampaikan perkongsian bertajuk “Sekolah


Penyayang Dan berbudaya Kreatif” dan seterusnya
merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-17 Tahun
2020.

Dengan penuh takzimnya, dipersilakan Yang Berbahagia


Bonda.

Aluan ***SELEPAS BONDA SELESAI BERUCAP***


Pengacara
Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih
atas perkongsian amalan terbaik dan perasmian oleh yang
berbahagia bonda sebentar tadi.

5
MAJLIS PERASMIAN
MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBUBABA DAN GURU
KALI KE 17 TAHUN 2020

Hadirin sekalian,

Seorang pemimpin yang hebat, menjadi penyuluh dalam


gelita, menjadi penawar dikala duka, menjadi penenang
dikala gundah, menjadi penyejuk dikala marah.

Semoga perkongsian amalan terbaik yang telah


disampaikan oleh Yang Berbahagia Bonda tadi dapat kita
semua ambil untuk dijadikan inspirasi dan galakan serta
dorongan untuk kita membantu sekolah dalam usaha
meningkatkan prestasi dan kemenjadian anak-anak kita
semua. Terima kasih sekali lagi bonda.

Penyampaian ***SELEPAS BONDA DUDUK DI KERUSI***


Cenderahati
Perasmi Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan,

Yang Dihormati,
Tuan Haji Abdul Razak Bin Budu
Naib Yang DiPertua
Persatuan Ibu Bapa Dan Guru SKBP 2

Untuk menyampaikan Cenderahati kepada Perasmi kita.

Majlis sekali lagi menjemput dan mempersilakan,

Yang Berbahagia
Cikgu Hajah Bibi Sakinah Binti Haji Harun Khan

Untuk menerima cenderahati atas kesudian Yang


Berbahagia Bonda meluangkan masa bersama kami pada
pagi ini.

Aluan Penutup Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang


Dihormati Tuan Haji Abdul Razak bin Budu atas
penyampaian cenderahati kepada Yang Berbahagia
Bonda.

6
MAJLIS PERASMIAN
MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBUBABA DAN GURU
KALI KE 17 TAHUN 2020

Dengan berakhirnya sesi penyampaian Cenderahati


sebentar tadi, maka Majlis Perasmian Mesyuarat Agung
PIBG Sekolah Kebangsaan Bandar Penawar 2 kali ke 17
tahun 2020 hampir melabuhkan tirainya.

Dari mana asalnya, usah diusul


Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.

Madah Diungkap Santun Bicara,


Pantun Di Lantun Mengusik Hati,
Salah Dan Silap Tutur Bicara,
Pohon Diampun Seikhlas Hati.

Kami mewakili AJK PIBG dan warga Sekolah Kebangsaan


Bandar Penawar 2, merakamkan penghargaan terima
kasih kepada Yang Berbahagia Cikgu Bibi Sakinah Binti
Haji Harun Khan atas kesudian meluangkan masa pada
pagi ini untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-
17.

Majlis menjemput Yang Berbahagia Cikgu Bibi Sakinah


Binti Haji Harun Khan untuk bergerak melawat gerai jualan.

Dipersilakan Yang Berbahagia Bonda.

Hadirin diminta untuk kekal ditempat masing-masing


kerana kita akan meneruskan agenda tersembunyi dengan
Mesyuarat Agung PIBG SK Bandar Penawar 2 Kali ke -17
sebentar lagi…

You might also like