You are on page 1of 4

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI (14/8/2015)

TIME CUE ANNOUNCE

8.10 pg KETIBAAN VIP Mengumumkan ketibaan

Yang Berhormat
Dato Abd Razak Bin Ab Said
Ahli Dewan Undangan Negeri Gemas

Yang dialu-alukan
Dr Mohd Ali Halim Bin Sirat
Pegawai Perhubungan Mesra Sekolah
Wakil PPD Tampin

Yang Berusaha
En Jasmin Bin Hussain
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Londah

Yang Berusaha
En Fadzil Bin Arifin
Yang Dipertua PIBG SK LOndah

Yang Dihormati
Pn Siti Khadijah Binti Norani
Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SK LOndah

Yang Dihormati
En Zamri Bin sulaiman
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Londah

Yang dihormati
En Nasruddin Bin Nayan
Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK londah`

Barisan Guru SK Londah, AJK PIBG SK Londah, Staf Pengurusan


SK Londah,serta anak didik yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatu

8.25 pg ALU-ALUAN MC Bersongkok bersampin segak berseri,


Berbaju kurung anggun jelita;
Majlis Aidilfitiri meriah sekali;
Bersama kita meraikannya

1
TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI (14/8/2015)

Majlis berbesar hati mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-


puan ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah, SK
Londah bagi tahun 2023.

10.15 pg UCAPAN GURU Hadirin sekalian,


BESAR
Baju Melayu baju Kebaya,
Bersulam emas puteri rupawan;
Ucapan tuan persis mutiara;
Pinta kami buat pesanan

Seterusnya, kita akan mendengar ucapan yang akan disampaikan oleh

En Jasmin Bin Hussain


Guru Besar SK Londah

Dengan segala hormatnya, majlis menjemput dan mempersilakan.

-selesai ucapan-

Majlis mengucapkan terima kasih kepada En Jasmin Bin Hussain atas


ucapan sebentar tadi.

Baiklah, kita akan teruskan majlis kita pada hari ini dengan
Pertandingan PAkaian Beragam bertemakan Hari Raya.

Diminta peserta bersedia untuk memperagakan pakaian hari raya


masing-masing dengan gaya tersendiri.
Pertandingan Pakaian Beragam

Tahniah kepada peserta pakaian beragam yang mempamerkan aksi-


aksi tersendiri.

Kita tunggu pemenangnya di akhir majlis nanti ye.

Juadah dan makanan dah tersedia, `perut pun dah mula


berbunyi….dengan ini dijemput semua tetamu `jemputan, hadirin

2
TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI (14/8/2015)

sekalian serta `murid-murid SK Londah untuk sama-sama menjamu


selera dengan hidangan yang telah disediakan.

Sebelum itu`, ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua


penyumbang yang menghulurkan sumbangan dalam menjayakan
program ini.

Selepas Jamuan

Persembahan Nyanyian Lagu Raya

Seterusnya kita akan menyaksikan persembahan Nyanyian lagu raya


daripada murid Tahun 1 hingga 6.

Persembahan yang pertama

Dipersilakan Murid-murid Tahun ________

Persembahan yang Kedua

Dipersilakan Murid-murid Tahun ________

Seterusnya….

Tuan-tuan dan puan-puan,

Wajik dodol tradisi kita,


Ketupat rendang pembuka selera;
Tangan dihulur maaf dipinta;
Agar ukhuwah terjalin mesra

Pergi ke kedai membeli halia,


Terlihat laman adanya cinta;
Ziarah menziarahi amalan mulia;
Eratkan hubungan antara kita

Saya _____________________ dan saya


_______________________ingin mengucapkan Selamat Hari Raya
Aildilfitri , maaf zahir dan batin buat semua warga SK LOndah.

3
TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI (14/8/2015)

Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan tuan pengarah


diiringi tetamu jemputan untuk meninggalkan majlis dan menikmati
hidangan yang telah disediakan.

Dipersilakan.

You might also like