You are on page 1of 3

PERLEMBAGAAN 1M1S

PERMAINAN BOLA JARING

TAHUN 2016

1. BUTIR-BUTIR PERMAINAN

1.1 Nama Permainan : Bola Jaring


1.2 Alamat : Sekolah Kebangsaan LOndah,
73400 Gemas, Negeri Sembilan
1.3 Tarikh Dirubuhkan : 04 Januari 2016
1.4 Penaung : Pn Rosnaini Bt Ab Latiff
1.5 Penyelaras/Setiausaha : En Mohd Nasseri Bin Ibrahim
1.6 Panel Jurulatih : i) Pn Ayu Liza Binti A Aziz
ii) Pn Norhana Binti Sada
iii) Pn Ruzita Binti Yahya
iv) Pn Noor Yuhana Binti Afandi

2. KEAHLIAN

2.1 Keahlian terbuka kepada murid tahun 4,5 dan 6.


2.2 Pengagihan murid dibuat berdasarkan minat dan kebolehan murid.
2.3 Sekiranya pengagihan di atas tidak dapat dilaksanakan, jawatankuasa
kokurikulum atau pihak sekolah akan menentukan kuota.

3. MASA DAN TEMPAT

3.1 Masa : 7.40 8.40 petang setiap Khamis


3.2 Tempat : Gelanggang Bola Jaring SK Londah

4. OBJEKTIF

4.1 Meningkatkan prestasi sekolah dalam permainan bola jarring di peringkat


zon, daerah, negeri dan kebangsaan.
4.2 Mengasah bakat dan kebolehan yang ada pada murid dan
memperkembangkan kemahiran-kemahiran permainan dari peringkat
awal.
4.3 Memenuhi keperluan jasmani iaitu keperluan pertumbuhan dan
kesempurnaan tubuh badan murid.
4.4 Memupuk semangat kerjasama, tolak ansur, semangat kesukanan dan
perasaan kekitaan dikalangan murid.
4.5 Melahirkan ahli-ahli sukan yang berkebolehan yang akan memenuhi
keperluan Negara pada masa akan datang.
4.6 Mencapai taraf disiplin yang tinggi.
4.7 Menjadikan suasana di sekolah sebagai satu tempat yang lebih menarik
dan menggembirakan murid.

5. PERANCANGAN TAHUNAN

5.1 Panel Jurulatih wajib menyediakan perancangan dan program yang


lengkap dengan mengambil takwim sekolah.

6. PELUNJURAN

6.1 Panel Jurulatih juga perlu menetapkan target pencapaian.

7. PELAN BERTINDAK

7.1 Panel Jurulatih harus merancang taburan kegiatan dan mesyuarat kelab
sepanjang tahun.

8. STRATEGI PELAKSANAAN

8.1 Panel Jurulatih perlu merangka strategi yang sesuai untuk menjalankan
kegiatan / latihan mingguan dengan licin dan teratur.
8.2 Mengatur kegiatan mengikut kebolehan dan ketahanan fizikal murid-
murid.
8.3 Memastikan ada kesinambungan antara satu latihan dengan latihan yang
lain.

9. KEWAJIPAN

9.1 Semua ahli mempunyai hak sama dalam semua kegiatan kelab.
9.2 Semua ahli wajib hadir setiap kali latihan diadakan dan perlu menepati
masa.
9.3 Semua ahli wajib memakai pakaian yang sesuai yang ditetapkan oleh
pihak sekolah semasa menghadiri latihan.
9.4 Semua ahli wajib mematuhi peraturan-peraturan sekolah.

10. TANGGUNGJAWAB JURULATIH

10.1 Jurulatih wajib hadir setiap kali latihan/kegiatan dijalankan.


10.2 Semasa mesyuarat/latihan kelab perlu dicatatkan dalam Buku Laporan
Kokurikulum.
10.3 Memastikan buku laporan dihantar ke pejabat pada hari yang berikutnya
dan selewat-lewatnya sebelum rehat.
10.4 Jurulatih wajib berada bersama ahli semasa sesi latihan. Murid-murid
tidak dibenarkan menjalani latihan tanpa pengawasan jurulatih.
10.5 Keselamatan ahli-ahli kelab semasa latihan dijalankan perlu diutamakan.
10.6 Jurulatih wajib memastikan prasarana sentiasa selamat digunakan.

You might also like