You are on page 1of 5

Sekolah Kebangsaan Desa Pandan, Kuala Lumpur.

Kokurikulum

KEGIATAN KOKURIKULUM

A. TUGASAN

1. Kegiatan Kokurikulum adalah wajib bagi semua guru. Tugasan dalam bidang ini adalah
tugasan rasmi dan setiap guru adalah dikehendaki mematuhi jadual Kokurikulum yang
ditetapkan pihak sekolah.

2. Setiap guru diperuntukkan masa kegiatan Kokurikulum sekurang-kurangnya 2 jam dalam


seminggu dan dikehendaki mematuhi masa tersebut.

3. Kedatangan guru haruslah menepati masa yang telah ditetapkan dan kehadiran
hendaklah dicatat dalam buku kedatangan rasmi di Pejabat Sekolah.

4. Tugasan Kokurikulum ini ditakrif sebagai tugasan rasmi, guru yang tidak dapat hadir oleh
sebab-sebab tertentu seharusnya mengambil tindakan sewajarnya untuk makluman dan
perhatian Guru Besar.

5. Sebarang pindaan kepada masa yang ditetapkan dalam jadual berkenaan adalah tidak
benarkan bagi mengelakkan kesulitan murid dan ibubapa.

6. Guru hendaklah menyusun rancangan tahunan Persatuan dan Kelab, Unit Beruniform
dan Permainan.

7. Guru hendaklah menyemai minat murid-murid dalam bidang berkenaan dan menyemai
nilai-nilai murni, taat setia kepada peraturan,disiplin sekolah dan sebagainya.Guru
seharusnya menggunakan kebijaksaan dan kreativiti masing-masing bagi menggalakkan
penyertaan dan minat murid dalam bidang-bidang tertentu.

8. Laporan aktiviti mestilah dicatat oleh guru yang mengendalikan di dalam buku rekod dan
semua rekod aktiviti disimpan dengan baik dan kemaskini.

9. Kawalan disiplin dan keselamatan murid-murid yang menghadiri aktiviti berkenaan


adalah tanggungjawab guru-guru yang bertugas.

Panduan Am Pengurusan dan Pentadbiran 2018/SKDP


Sekolah Kebangsaan Desa Pandan, Kuala Lumpur.
Kokurikulum

PANDUAN MENGURUS DAN MENGELOLAKAN KEGIATAN


KOKURIKULUM

1. Tanggungjawab Setiausaha Kokurikulum

1.1 Mengatur rancangan / jadual sekolah yang sesuai dengan rancangan PPD, JPN dan
KPM sepanjang tahun.
1.2 Membahagikan murid mengikut KELAB dan PERSATUAN..
1.3 Membantu Guru Besar dan GPK Ko-kurikulum menetapkan guru penasihat
kelab/persatuan serta membahagikan tugas kelab/persatuan kepada guru.
1.4 Menyelaraskan kegiatan latihan dan pertandingan antara kelab/persatuan dan
sekolah supaya sesuai dengan hari, masa dan tempat. 
1.5 Menentukan tempat dan keperluan untuk acara-acara anjuran sekolah ,daerah dan
negeri.
1.6 Mengatur rancangan lengkap untuk Program utama kelab dan persatuan seperti
Hari Kokurikulum, Perkemahan Unit Beruniform dan sebagainya.
1.7 Membantu menyediakan anggaran perbelanjaan aktiviti kelab dan persatuan untuk
tahun berkenaan.
1.8 Membantu dan menyelaras penyertaan sekolah dalam kegiatan-kegiatan ko-
akademik dan badan beruniform yang dianjurkan oleh sekolah yang lain.
1.9. Mengawal dan menjaga alat kelab / persatuan/ badan beruniform dengan keadaan
yang baik.
1.10 Mengemaskini buku stok kelab/persatuan/badan beruniform.
1.11 Mengatur guru pengiring, pengangkutan dan kenaikan untuk pasukan sekolah
sekiranya perlu.
1.12 Menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi kelab / persatuan /
badan beruniform sekolah.
1.13 Membantu GPK Kokurikulum memantau perjalanan aktiviti kokurikulum sekolah.
1.14 Memastikan segala aktiviti kokurikulum direkod.
1.15 Memastikan maklumat penyertaan murid dalam aktiviti anjuran sekolah, daerah,
negeri direkod.
1.16 Mencadangkan peralatan-peralatan dan kemudahan-kemudahan yang patut dibeli
dan diperbaiki oleh sekolah mengikut keutamaan.
1.17 Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.
1.18 Menjadi setiausaha bagi setiap mesyuarat berkaitan dengan kokurikulum .

Panduan Am Pengurusan dan Pentadbiran 2018/SKDP


Sekolah Kebangsaan Desa Pandan, Kuala Lumpur.
Kokurikulum

2. SETIAUSAHA SUKAN
2.1 Merancang kegiatan sukan.
2.2 Sentiasa berhubung dengan Guru Besar untuk memanggil mesyuarat Majlis Sukan
Sekolah, guru-guru rumah dan guru-guru permainan.
2.3 Menyediakan anggaran untuk perbelanjaan sukan.
2.4 Menyediakan jadual latihan untuk semua permainan dan olahraga.
2.5 Menyelaraskan semua acara untuk kejohanan Olahraga sekolah sebelum dan
sehingga hari kejohanan.
2.6 Menguruskan tempat-tempat permainan dan pertandingan.
2.7 Bertanggungjawab menyimpan semua alatan sukan, membaiki dan
memperbaharui mana-mana alat yang perlu serta menyelenggarakan stok.
2.8 Menyelaraskan semua permainan dan olahraga: a) antara rumah, b) antara
sekolah c) antara zon d) antara negeri
2.9 Menyimpan rekod yang lengkap semua jenis perlawanan yang disertai oleh murid-
murid disemua peringkat seperti 2.8
2.10 Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

3. GURU PERMAINAN
3.1 Memajukan kemahiran murid-murid dalam permainan yang dijaganya dengan:
a. Melatih mereka mengikut jadual yang telah ditetapkan atau pada waktu
-waktu lain dengan persetujuan Setiausaha Sukan.
b. Menyusun seberapa banyak perlawanan persahabatan dengan pasukan lain.
Membentuk pasukan sekolah mengikut kumpulan umur untuk pertandingan
MSSWP.
3.2 Menyediakan pengadil untuk sesuatu perlawanan persahabatan.
3.3 Menguruskan pengangkutan untuk pasukannya bagi perlawanan di luar sekolah.
3.3 Mengiringi dan menjaga disiplin murid-murid dalam sesuatu perlawanan.
3.4 Bertanggungjawab atas kehadiran pemain-pemain pada masa latihan dan
perlawanan.
3.5 Menguruskan surat kebenaran daripada ibubapa dan penjaga.
3.6 Menguruskan pakaian/jersi dan alatan permainan pasukannya dan
bertanggungjawab atas keselamatan barang – barang tersebut.
3.7 Menyimpan rekod-rekod perlawanan secara kemaskini.
3.8 Mengesyorkan alatan yang perlu dibeli kepada setiausaha sukan.
3.9 Menyimpan gambar-gambar yang berkaitan untuk disimpan dalam album sekolah.
3.10 Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

Panduan Am Pengurusan dan Pentadbiran 2018/SKDP


Sekolah Kebangsaan Desa Pandan, Kuala Lumpur.
Kokurikulum

4. GURU RUMAH SUKAN


4.1 Mengadakan mesyuarat rumah sukan bagi melantik Jawatankuasa rumah dan
mengendalikan semua mesyurat jawatankuasa berkenaan.
4.2 Menentukan daftar ahli-ahli rumah disimpan dengan baik dan kemaskini.
4.3 Mengendalikan latihan-latihan permainan mengikut jadual yang disediakan oleh
pihak sekolah.
4.4 Kedatangan murid-murid bagi setiap latihan yang diadakan diambil dan
direkodkan.
4.5 Senarai nama murid yang kerap tidak hadir bagi aktiviti atau latihan hendaklah
disampaikan kepada Setiausaha Sukan atau Guru Besar untuk perhatian dan
tindakan selanjutnya.
4.6 Bertanggungjawab atas keselamatan ahli-ahli rumah semasa latihan atau aktiviti
rumah.
4.7 Menggalakkan sikap taat setia terhadap rumah dan semangat bertanding dalam
usaha mencapai kejayaan kepada rumah
4.8 Menjadi pengurus / jurulatih kepada pasukan rumahnya dalam pertandingan
antara rumah.
4.9 Menjadi pengadil / pegawai pertandingan dalam perlawanan-pelawanan antara
rumah mengikut jadual tugas yang disediakan.
4.10 Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke
semasa.

5. GURU PERSATUAN DAN KELAB


5.1 Menentukan jawatankuasa Persatuan dan Kelab dan membimbing jawatankuasa
dalam merancang dan menggerakkan aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab.
5.2 Menghadiri setiap perjumpaan persatuan dan kelab mengikut hari dan masa yang
ditetapkan dalam jadual Kokurikulum.
5.3 Mengelolakan semua kegiatan Persatuan dan kelab dan menyimpan rekod kegiatan
dengan sempurna dan kemaskini.
5.4 Menyimpan dan mendaftar semua ahli Persatuan dan kelab dan menyimpan rekod
kehadiran dan kegiatan ahli.
5.5 Menyelaraskan kegiatan-kegitan antara persatuan dan kelab di sekolah.
5.6 Mencungkil dan mengasah bakat murid bagi diketengahkan dalam pertandingan-
pertandingan baik di peringkat sekolah atau peringkat antara sekolah.
5.7 Mengiringi murid-murid ke pertandingan di luar sekolah dan menjaga keselamatan
mereka.
5.8 Menguruskan surat kebenaran daripada ibubapa dan penjaga.
5.9 Melaporkan perkembangan-perkembangan persatuan dan kelab kepada Guru Besar
apabila diperlukan.

Panduan Am Pengurusan dan Pentadbiran 2018/SKDP


Sekolah Kebangsaan Desa Pandan, Kuala Lumpur.
Kokurikulum

5.10 Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.
6. GURU BADAN BERUNIFORM
6.1 Menubuhkan jawatankuasa Badan Beruniform dan membimbing jawatankuasa
dalam merancang dan menggerakkan aktiviti unit.
6.2 Menghadiri setiap perjumpaan unit mengikut hari dan masa yang ditetapkan dalam
Jadual kokurikulum.
6.3 Mengelolakan semua aktiviti unit dan menyimpan rekod dengan sempurna dan
kemaskini.
6.4 Mendaftar semua ahli di peringkat negeri.
6.5 Menyelaraskan aktiviti antara unit.
6.6 Mencungkil dan mengasah bakat ahli.
6.7 Mengiringi ahli dalam perkhemahan di dalam dan luar sekolah dan menjaga
keselamatan mereka.
6.8 Menguruskan surat kebenaran daripada ibubapa/penjaga.
6.9 Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

Panduan Am Pengurusan dan Pentadbiran 2018/SKDP

You might also like