You are on page 1of 4

CONTOH KERTAS KERJA/KONSEP/PROJEK SM KEBANGSAAN PERAI 1. Nama Projek : 2. Ketua Guru Penasihat : 3. Guru Penasihat : 4. Pengerusi Projek : .. 5.

5. Naib Pengerusi Projek : . 6. Setiausaha Projek : . 7. Naib Setiausaha : .. 8. Bendahari Projek : ... 9. AJK Projek : 10. Bilangan peserta projek : Lelaki .. Perempuan 11. Tarikh Projek : hingga .. 12. Tempat Projek : . 13. Matlamat Projek : 14. Objektif Projek : .. 15. Kewangan Projek : .. 16. Anggaran Perbelanjaan : . 17. Pengangkutan : 18. Program/jadual atur cara projek : Sila lampirkan

Sila nyatakan senarai semak Tarikh MasaTindakan Contoh: Melawat tapak perkhemahan - 18 Jan 2010 - Ketua Projek & Guru Penasihat

19. Tarikh,Tandatangan dan nama AJK yang menyediakan kertas projek. 20. Pengesahan dan semakan guru penasihat.

Dimajukan melalui Guru Penasihat sekurang-kurangnya 4 minggu sebelum tarikh pelaksanaan kepada Pengetua/GPKK.

FAIL PENGERUSI Maklumat ahli Senarai ahli jawatankuasa dan senarai penasihat Perlembagaan kelab Minit mesyuarat FAIL SETIAUSAHA Minit mesyuarat Surat-surat berkaitan kelab Buku-buku panduan kelab Perlembagaan kelab Maklumat ahli Senarai ahli jawatankuasa dan guru penasihat

Laporan Mingguan (Lampiran I) FAIL BENDAHARI Penyata kira-kira kewangan kelab Bil-bil pembelian/baucer pembelian JAWATANKUASA KOKURIKULUM 1) Merancang aktiviti kokurikulum sekolah : rancangan jangka panjang / jangka pendek. 2) Mengadakan mesyuarat dari semasa ke semasa. 3) Menentukan peraturan kokurikulum sekolah. 4) Menentukan takwim dan jadual aktiviti. 5) Memastikan penglibatan pelajar secara menyeluruh. 6) Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat zon / negeri / kebangsaan. 7) Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual kokurikulum. 8) Menentukan tarikh Temasya Sukan Sekolah dan lain-lain kegiatan kokurikulum sekolah. 9) Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan. 10) Membuat anggaran perbelanjaan / peruntukan kewangan yang akan digunakan. 11) Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing. PENYELARAS SUKAN/PERMAINAN,UNIT BERUNIFORM & KELAB/PERSATUAN 1) Mengatur dan menyedia perjalanan persatuan akademik / kelab / badan beruniform/sukan & permainan 2) Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat 3) Menyelaraskan semua aktiviti. 4) Menentukan laporan aktiviti, surat menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik. 5) Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan diadakan setiap tahun pada tarikh yang telah ditetapkan. 6) Memastikan peraturan / perlembagaan direkod dan difailkan. 7) Menguruskan buku-buku kokurikulum. 8) Mengumpulkan rancangan tahunan pada awal tahun untuk edaran / rujukan / rekod. 9) Mengumpulkan laporan tahunan untuk edaran / rujukan / rekod. 10) Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian kokurikulum sekolah. TUGAS GURU PENASIHAT KELAB/UNIT/PERSATUAN/PERMAINAN 1) Membentuk AJK persatuan / kelab / badan beruniform . 2) Memastikan aktiviti-aktiviti selaras dengan objektif sekolah. 3) Memastikan adanya peraturan / perlembagaan. 4) Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti yang dicatat dalam Perlembagaan. 5) Merancang aktiviti tahunan bersama pelajar dan menyerahkannya kepada Penyelaras. 6) Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan. 7) Merancang strategi untuk peningkatan persatuan / kelab / badan beruniform . 8) Membuat anggaran pendapatan / perbelanjaan.

9) Mengurus kewangan dan hartabenda / peralatan persatuan / kelab / badan beruniform . 10) Menentukan minit mesyuarat dan laporan kegiatan disediakan dan difailkan. 11) Melaporkan kegiatan kepada Penolong Kanan Kokurikulum. 12) Bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menjayakan aktiviti / hari khas kokurikulum dan lain-lain. 13) Menguruskan surat menyurat dan segala keperluan untuk kegiatan luar sekolah. 14) Menentukan papan kenyataan digunakan dengan sepenuhnya. 15) Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli. 16) Mencadangkan nama ahli-ahli yang layak menerima sijil kepada JK. TUGAS GURU RUMAH SUKAN 1) Memastikan adanya senarai ahli rumah sukan yang lengkap (guru dan pelajar) 2) Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan. 3) Menjalankan mesyuarat agung & pemilihan AJK rumah sukan ; meliputi olahraga & permainan . 4) Menentukan guru rumah untuk menjadi pengadil / pengawas dalam pertandingan peringkat sekolah. 5) Sentiasa berbincang dengan Setiausaha Sukan / Penyelaras Rumah Sukan / Penyelaras Permainan / PK Kokurikulum . 6) Memastikan laporan aktiviti rumah sukan untuk edaran / rujukan / rekod. 7) Melaporkan pencapaian cemerlang pelajar untuk dicalonkan sebagai wakil sekolah. 9) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa . SETIAUSAHA KOKURIKULUM 1. Mengatur rancangan / jadual sekolah yang sesuai dengan rancangan PPD, JPN dan KPM sepanjang tahun. 2. Membahagikan murid mengikut KELAB, UNIT BERUNIFORM dan PERSATUAN 3. Membantu Pengetua dan GPK Ko-kurikulum menetapkan guru penasihat kelab/persatuan serta membahagikan tugas kelab/persatuan kepada guru. 4. Menyelaraskan kegiatan latihan dan pertandingan antara kelab/persatuan dan sekolah supaya sesuai dengan hari, masa dan tempat. 5. Menentukan tempat dan keperluan untuk acara-acara anjuran sekolah ,daerah dan negeri. 6. Mengatur rancangan lengkap untuk Program utama kelab dan persatuan seperti Hari Kokurikulum, Perkemahan Unit Beruniform dan sebagainya. 7. Membantu menyediakan anggaran perbelanjaan aktiviti kelab dan persatuan untuk tahun berkenaan. 8. Membantu dan menyelaras penyertaan sekolah dalam kegiatan-kegiatan koakademik dan badan beruniform yang dianjurkan oleh sekolah yang lain. 9. Mengawal dan menjaga alat kelab / persatuan/ badan beruniform dengan keadaan yang baik. 10. Mengemaskini buku stok kelab/persatuan/badan beruniform. 11. Mengatur guru pengiring, pengangkutan dan kenaikan untuk pasukan sekolah sekiranya perlu. 12. Menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi kelab / persatuan / badan beruniform sekolah. 13. Membantu GPK Kokurikulum memantau perjalanan aktiviti kokurikulum sekolah. 14. Memastikan segala aktiviti kokurikulum direkod. 15. Memastikan maklumat penyertaan murid dalam aktiviti anjuran sekolah, daerah, negeri direkod. 16. Mencadangkan peralatan-peralatan dan kemudahan-kemudahan yang patut dibeli dan diperbaiki oleh

sekolah mengikut keutamaan. 17. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua/GPKK dari masa ke semasa. 18. Menjadi setiausaha bagi setiap mesyuarat berkaitan dengan kokurikulum . SETIAUSAHA SUKAN

Menyelaras semua aktiviti sukan sekolah. Menyediakan takwim dan jadual aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti MSSD/Zon, MSSPP, MSSM. Membantu Pengetua mengagih tugas guru dalam olahraga dan permainan. Menetapkan pelajar dalam rumah sukan Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan. Menyelaras penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah. Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah. Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan. Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan sekolah dan luar sekolah untuk edaran , rujukan dan rekod. Sentiasa berbincang dengan Pengetua/Penolong Kanan/Penolong Kanan HEM/Penolong Kanan Kokurikulum untuk kepentingan sukan sekolah.

Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah dalam Buku Rekod Pencapaian Sukan Sekolah.

You might also like