You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SULAIMAN, JALAN ANUAR, 28700

BENTONG, PAHANG.

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PANITIA PENDIDIKAN JASMANI


DAN KESIHATAN BILANGAN 2 / 2020

Tarikh : 2020

Masa : 1.40pm-3.15pm

Tempat : Bilik Akses

Kehadiran :
Bil Nama
1. En. Alakari
2. En. Azam
3. En. En.Zakiyamani
4. Ustat Al-Hisyam
5. Pn. Yogheswary

Urus Setia Mesyuarat :


1. Puan Yogheswary A/p Ambigabadi Setiausaha Panitia Pendidikan Jasmani

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab, Al-Fatihah


dan mengalu-alukan kehadiran semua AJK Panitia Pendidikan Jasmani.
1.2. Pengerusi berharap agar semua AJK dapat menjalankan tugas dengan
cemerlang dan dapat berkongsi idea dalam memartabatkan mata pelajaran
Pendidikan Jasmani di sekolah

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Minit mesyuarat AJK Induk Bilangan 1/2018 disahkan tanpa pindaan.

Cadangan : En.Azam
Sokongan : En. Zakiyamani
3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT:

3.1. Pengerusi meminta agar guru-guru tahap 1 mengambil murid-murid


tahap 1 di kelas bagi memastikan kelancaran dan keselamatan sesi
pembelajaran dan pengajaran
Tindakan: Ketua Panitia

4 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/ ISU/ LAPORAN

4.1. Ujian SEGAK


4.1.1 Pengerusi meminta semua guru Tahap 2 agar bersedia untuk
menjalankan ujian SEGAK

4.1.2 Selepas menjalankan ujian segak, guru perlu mengisi markah ujian
SEGAK dalam aplikasi SEGAK yang disediakan

Tindakan: Ketua Panitia

4.2. Pengajaran dan Pembelajaran ( PdP ) sempena bulan ramadhan


4.2.1. Aktiviti luar bilik darjah ditangguhkan sepanjang bulan puasa.
4.2.2. Sesi PdP akan dilaksanakan dalam kelas
4.2.3. Permainan dalaman juga boleh dilaksanakan di dalam kelas
Tindakan: Ketua Panitia

4.3. Perancangan strategik

4.3.1. Aktiviti Mengemas Stor Sukan. Pengerusi memaklumkan alatan


sukan akan dipindahkan ke stor di padang. Guru-guru perlu
bekerjasama dalam proses mengemaskini stor sukan.

4.3.2 Fail Panitia. Pengerusi mengingatkan guru-guru yang baru mengajar


subjek Pendidikan Jasmani untuk mengisi biodata melalui dokumen
yang dimasukkan dalam aplikasi telegram Panitia Pendidikan Jasmani
untuk dimasukkan dalam fail.

4.3.3 Sukan Tahunan


Guru-guru Pendidikan Jasmani Tahap 1 perlu menjalankan latihan
Aktiviti Sukaneka sebagai persediaan menghadapi Sukan Tahunan yang
akan berlangsung penghujung April.

.Tindakan : Ketua Panitia

5 HAL-HAL LAIN
.
5.1. Pengerusi memohon kerjasama guru-guru untuk menjaga kebersihan stor
sukan

5.2. Guru diminta mengambil dan menyimpan sendiri alatan sukan.

5.3. Sebarang cadangan dan usul boleh diajukan untuk memantapkan lagi panitia.
6. PENUTUP

6.1 Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada AJK atas


sumbangan idea dan komiten sepanjang mesyuarat dan berharap segala
keputusan yang telah dicapai dapat dilaksanakan sebaik mungkin.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1:10 t/hari.

Urus Setia
Panitia Pendidikan Jasmani
Sekolah Kebangsaan
Sulaiman

Tarikh : 14 January 2020

You might also like