You are on page 1of 3

TEKS PENGACARAAN

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN
KEJOHANAN PETAQUE PENDIDIKAN KHAS
DAERAH MUAR
TAHUN 2022
Pembukaan / Assalammualaikum warahmatullahhibarakatuh, Salam sejahtera
Aluan dan salam Muafakat Johor.

Yang Dihormati, Encik Samion Bin Simirthy


Yang Di Pertua PIBG Sk Orangkaya Ali,
Yang Berusaha Puan Hajah Siti Mowlina binti Haji Mashadi
Guru Besar SK Orangkaya Ali
...........................................................................................................
...........................................................................................................
...........................................................................................................
...........................................................................................................
Yang Dihormati,
Ahli-ahli  jawatankuasa Kejohanan,
Pasukan-pasukan yang bertanding
serta hadirin dan hadirat sekalian.

Lenggang bertapak seni memandang


Silat sendeng menyusun jari
Salam Sembah selamat datang
Sudi Tuan ke majlis kami.

Alhamdulillah. Dipanjatkan kesyukuran, kerana dengan izin serta


limpah rahmat Nya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam
Majlis Perasmian  Penutupan Kejohanan Petaque Pendidikan Khas
Daerah Muar untuk Tahun 2022. Semoga majlis ini menjadi
bertambah meriah, penuh cemerlang dan membawa seribu makna
kepada kita semua.

Hadirin hadirat sekalian,

Kalau pergi Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Bacaan Doa
Sebelum majlis bermula, moleklah kiranya kita bersama-sama
menadah tangan memohon limpah rahmat dan barakah daripada
Yang Maha Esa. Jesteru, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan
Encik .........................................................................untuk
memimpin bacaan doa . Dengan limpah takzimnya, majlis
mempersilakan.

****************************BACAAN DOA*************************

Amin ya rabbal alamin..Majlis merakamkan jutaan terima kasih


kepada Encik ................................................ di atas bacaan doa itu
tadi. Semoga dengan kalimah doa ini, diberkati hendaknya, segala
hasrat yang direncana...insyaAllah.

Ucapan Perasmi Duduk sekawan si burung unta,


Tepi keramat di waktu malam;
Pada mu tuan kami meminta,
Kata azimat penutup kalam.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Dihormation


Encik Samion Bin Simirthy Yang Dipertua PIBG Sk Orangkaya Ali,
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya menutup dengan
rasminya Kejohanan Pentaque Pendidikan Khas Daerah
Muar. Dipersilakan.

Penyampaian Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan penutup oleh
Hadiah Yang Dihormati encik Samion bin Simirthy Yang Dipertua PIBG SK
Orangkaya Ali

Majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah kepada para


pemenang. Secara keseluruhannya, Kejohanan pada kali ini telah
disertai oleh ................................................. sekolah rendah
dan ...................................... sekolah menengah.

Berkebaya batik berwarna merah


Diserikan dengan permata berlian
Tibalah masa penyampaian hadiah
Pasukan teruja menunggu giliran

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Puan Hajah Siti


Mowlina binti Hj Mashadi guru besar sk orangkaya ali, untuk
menjemput dan mengiringi Yang Dihormati Encik Samion bin
Simirthy ke tempat penyampaian hadiah.
______________________________________________________
Ucapan Terima Terima kasih di ucapkan kepada Yang Dihormati Encik Samion bin
Kasih Simirthy kerana sudi menyempurnakan upacara penyampaian
hadiah sebentar tadi.

Penutup Banyak keluk ke penarik,


Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini

Majlis berakhir di sini. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada para


pemenang. Bagi pihak pengajur mengucapkan ribuan terima kasih
dan mohon maaf andai ada kesilapan sepanjang kejohanan ini
berlangsung.

Dari Rokan ke Indragiri,


Membawa tinta ke Kuala Linggi;
Baliklah tuan rehatkan diri,
Esok lusa bersua lagi.

Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

You might also like