You are on page 1of 6

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PERPISAHAN CIKGU AZLINA BINTI NASIR

YANG BERUSAHA,
PUAN ROZILA BINTI WAHIDIN,
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN,
SMK(FELDA) SERI SENDAYAN

YANG DIHORMATI,
TUAN HAJI ROJAHAN BIN ABDULLAH,
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID,
SMK(FELDA) SERI SENDAYAN

YANG DIHORMATI,
PUAN MAS AYU BINTI MUSTAPA,
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM,
SMK(FELDA) SERI SENDAYAN

YANG DIRAIKAN,
PUAN AZLINA BINTI NASIR,

YANG DIHORMATI,
BARISAN GURU KANAN MATA PELAJARAN,
KAUNSELOR SEKOLAH,
GURU-GURU,
SETERUSNYA ANAK-ANAK PELAJAR YANG DIKASIHI SEKALIAN.

ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA.

1
SELAMAT DATANG KE MAJLIS PERPISAHAN GURU YANG KITA
SAYANGI, CIKGU AZLINA BINTI NASIR.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis dengan ini menjemput
____________________________________ bagi memimpin bacaan doa.

BACAAN DOA

Amin, amin ya rabal a’lamin. Semoga majlis kita pada pagi ini dilimpahi
rahmatNya dan ukhwah yang terjalin akan terus utuh.

Hadirin sekalian,

Tahun 2022 menyaksikan ramai guru yang kita sayangi meninggalkan kita
sama ada berpindah ke sekolah yang lain atas kenaikan pangkat dan juga
keperluan keluarga. Tidak ketinggalan juga yang menamatkan perkhidmatan
mereka dengan persaraan pada tahun yang lepas. Pada hari ini, kita
kehilangan seorang lagi guru yang telah banyak membawa kejayaan kepada
sekolah kita terutamanya dalam bidang kokurikulum iaitu Cikgu Azlina binti
Nasir ke SMK Panchor atas keperluan perkhidmatan. Diharapkan majlis pada
hari ini dapat menyemarakkan hubungan kita dan meninggalkan kenangan
yang terindah di SMK(FELDA) Seri Sendayan.

2
Bagi meneruskan lagi majlis kita pada pagi ini, majlis diteruskan dengan
ucapan daripada wakil pelajar. Untuk itu, majlis menjemput anakanda
_____________ _______________________________dari kelas
__________________untuk menyampaikan ucapan buat guru yang disayangi.
Dipersilakan.

UCAPAN WAKIL PELAJAR

Terima kasih diucapkan kepada


_____________________________________ atas ucapan sebentar tadi.

Majlis kita diteruskan lagi dengan menjemput ENCIK FAIRUS BIN ABDUL
AZIZ, PENGERUSI BADAN AMAL GURU DAN STAF SMK(F) SERI
SENDAYAN untuk menyampaikan ucapan sebagai mewakili semua guru.
Majlis mempersilakan.

UCAPAN WAKIL GURU

Terima kasih diucapkan kepada ENCIK FAIRUS BIN ABDUL AZIZ atas
ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Tidak lengkap majlis kita pada hari ini tanpa mendengar ucapan daripada
barisan pentadbiran SMK(F) Seri Sendayan. Untuk itu, majlis dengan segala
hormatnya menjemput YANG BERUSAHA, PUAN ROZILA BINTI WAHIDIN,

3
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN, SMK(F) SERI SENDAYAN untuk
menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.

UCAPAN PK PENTADBIRAN

Begitulah tadi ucapan yang telah disampaikan oleh PUAN ROZILA BINTI
WAHIDIN, mewakili barisan pentadbiran SMK(F) Seri Sendayan.

Sepanjang berkhidmat di SMK(F) Seri Sendayan, sudah tentu terpahat seribu


satu kenangan. Kenangan bersama sahabat seperjuangan, kenangan
bersama anak-anak didik tersayang dan sudah tentu kenangan yang tidak
dapat dilupakan.

Marilah sama-sama kita mengimbau kenangan-kenangan itu dalam layar


montaj sisipan gambar sepanjang Puan Azlina binti Nasir berkhidmat di
sekolah ini. Saksikanlah montaj yang disediakan.

TAYANGAN MONTAJ

Begitulah tadi montaj yang telah disediakan oleh AJK Montaj yang diketuai
oleh Puan Norazekin binti Muazz.

TIAP PERTEMUAN PASTI ADA PERPISAHAN, ITU ADAT, ITU LUMRAH


KEHIDUPAN, BEGITULAH RENTETAN PERJALANAN, WALAU SUKAR
UNTUK DITELAN, TAPI KAKI TETAP MENGORAK JALAN, SELAGI HAYAT
DIKANDUNG BADAN.

4
Tibalah waktu yang kita nanti-nantikan, iaitu ucapan daripada guru yang
diraikan pada hari ini. Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan Puan
Azlina Binti Nasir bagi menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

UCAPAN PUAN AZLINA BINTI NASIR

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


Puan Azlina Binti Nasir atas ucapan sebentar tadi. Suara itu akan kita rindui,
suara itu akan kita kenang setiap hari, lewat mimpi dan dini hari.

Hadirin, warga dewan sekalian,

Majlis kita diteruskan lagi dengan penyampaian cenderamata dan hadiah


penghargaan kepada Puan Azlina binti Nasir daripada warga sekolah. Untuk
itu, dijemput Puan Azlina binti Nasir tampil ke hadapan untuk menerima
cenderamata kenang-kenangan daripada warga SMK(F) Seri Sendayan.

PENYAMPAIAN CENDERAMATA DAN HADIAH PENGHARGAAN

Terima kasih diucapkan kepada warga SMK(F) Seri Sendayan atas


cenderamata dan hadiah penghargaan yang telah disampaikan buat Puan
Azlina binti Nasir.

Hadirin sekalian,

SUDAH BIASA KITA DENGARI,


PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI,
NAMUN TAK SAMA DENGAN YANG INI,
TAK MUNGKIN ADA GALANG GANTI.

5
MALAM HARI BERLAGU UNGGAS,
MEMECAH KESUNYIAN DI DALAM HUTAN,
WALAUPUN TERPISAH TEMPAT DAN TUGAS,
BUDIMU CIKGU LIN DALAM INGATAN.

Majlis kita telah sampai ke penghujungnya.

Buat Puan Azlina binti Nasir, terima kasih atas segalanya. Semoga pertemuan
kita tidak berakhir di sini. Segala kenangan dan memori akan kami semat di
hati.

Mewakili ahli jawatankuasa majlis pada hari ini, memohon seribu kemaafan
sekiranya terkasar bahasa tercanggung bicara. Terima kasih diucapkan
kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
menjayakan majlis pada hari ini.

Sehingga berjumpa lagi, wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh. Sekian, terima kasih.

You might also like