You are on page 1of 4

TEKS PENGACARA MAJLIS WATIKAH IMAM REMAJA DAN SAIYIDATUN NISA`

SMK DATO SYED ESA TAHUN 2022

7.20 pelajar masuk ke surau


7.30 Ucapan Aluan Makdis Sekolah
 7.45 ucapan pelancaran (pengetua)
8.00 watiqah perlantikan (pemakaian kopiah dan buku)
8.10 bacaan ikrar
8.15 nasyid
8.20 sesi bergambar
8.30 pulang ke kelas

DIUMUMKAN KETIBAAN YANG BERBAHAGIA EN MOHD FUAD BIN MOHD SARMIN


Pengetua SMK DSE …. sama-sama kita berselawat…..

UCAPAN ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS


BismilLahirRahmanirRahim.
Assalamu `alaikum Wa RahmatulLahi wa Barakatuh.
Alhamdulillahi robbil ‘alamin...........

Yang BERBAHAGIA EN MOHD FUAD BIN MOHD SARMIN, Pengetua SMK Dato Syed Esa
Yang BERBAHAGIA CIKGU MAZLINA BINTI MOHD ZIN GPK HEM SMK DSE
Yang BERBAHAGIA CIKGU ABD MALEK BIN GPK KURIKULUM
Yang BERBAHAGIA CIKGU RAHMAT BIN RAZALI, GPK KOKO SMK DSE
Yang BERUSAHA USTAZ HAJI NORDIN BIN MOHAMAD pengerusi Makdis SMK DSE, Yang
Berusaha, barisan pentadbir, guru-guru kanan, barisan rakan rakan guru seterusnya anak-anak
pelajar yang dirahmati Allah SWT sekalian..

Hadirin dan Hadirat sekalian,


Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan pada Allah SWT di atas limpah
kurnia dan kasih sayangnya mengumpulkan kita pada hari ini bagi menjayakan Majlis
WATIKAH IMAM REMAJA DAN SAIYIDATUN NISA SMK DATO SYED ESA TAHUN
2022.
7.30 UCAPAN ALUAN MAKDIS SEKOLAH
Muslimin Muslimat Yang Dihormati,

Tanpa melengahkan masa, marilah kita sama-sama mendengar kata alu aluan dari
pengerusi Makdis SMK SDE yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Amir
bin Mohtaram. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan…

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Ustaz Amir bin Mohtaram atas kata
alu-aluan sebentar tadi,

7.45 UCAPAN PELANCARAN (PENGETUA)


Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmian pelancaran watikah Imam Remaja SMK
DSE tahun 2022. Majlis dengan segala takzimnya mempersilakan YANG BERBAHAGIA
EN MOHD FUAD BIN MOHD SARMIN Pengetua SMK DSE untuk menyampaikan
ucapannya dan seterusnya merasmikan pelancaran WATIKAH IMAM REMAJA DAN
SAIYIDATUN NISA` SMK DSE 2022. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan…..

Terima kasih diucapkan kepada YANG BERBAHAGIA EN MOHD FUAD BIN MOHD
SARMIN Pengetua SMK DSE di atas ucapan perasmian sebentar tadi.

8.00 WATIQAH PERLANTIKAN (PEMAKAIAN KOPIAH DAN BUKU)


Hadirin yang dirahmati sekelian
Tibalah masanya untuk penyampaian Watikah Perlantikan kepada AHLI JAWATAN
KUASA TERTINGGI IMAM REMAJA DAN SAIYIDATUN NISA` SMK DSE.

majlis mempersilakan yang berbahagia ustaz Nordin bin Mohamad mengiringi yang
berbahagian En MOhd Fuad bin MOhd Sarmin Pengetua SMK DSE bagi menyampaikan
watikah perlantikan. Dipersilakan…

- IMAM REMAJA
- SAIYIDATUN NISA`
- WAKIL IMAM REMAJA (SESI PETANG)
- WAKIL SAIYIDATUN NISA` (SESI PETANG)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih yang berbahagia EN MOHD FUAD BIN MOHD
SARMIN PENGETUA SMK DSE diatas kesudian untuk menyampaikan watikah IMAM
REMAJA dan SAIYIDATUN NISA sebentar tadi.

8.10 BACAAN IKRAR


Sidang hadirin sekelian
Seterusnya majlis mempersilakan wakil IMAM REMAJA SMK DSE tahun 2022 IMAM
REMAJA HAIKAL HAKIMI BIN MOHD TAUFIK (5 ZAHRAWI) untuk membacakan
IKRAR. Mohon semua IMAM REMAJA DAN SAIYIDATUN NISA untuk berdiri bagi
menjayakan bacaan IKRAR Bersama-sama….

Dengan bacaan ikrar tadi maka ………………


Majlis mengucapkan tahniah kepada semua IMAM REMAJA DAN SAIYIDATUN NISA
diatas bacaan ikrar tadi.

8.15 NASYID TEMA IMAM REMAJA DAN SAIYIDATUN NISA


Majlis diteruskan dengan Nasyid Tema IMAM MUDA dan SAIYIDATUNNISA SMK DSE.

Tahniah dan terima kasih kepada semua para IMAM REMAJA DAN
SAIYIDATUNNISA atas semangat yang ditunjukkan…

8.20 PENUTUP DAN SESI BERGAMBAR


Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di penghujung majlis.

Majlis berbesar hati kepada YANG BERBAHAGIA EN MOHD FUAD BIN MOHD SARMIN
Pengetua SMK DSE di atas kesudian untuk hadir bagi menjayakan program kita pada
hari ini. Jazakallah cikgu…
Pada kesempatan ini,  saya mewakili  PANITIA PENDIDIKAN ISLAM memohon ampun
dan maaf seandainya terdapat sebarang kekurangan sepanjang majlis ini berlangsung.

Terima kasih sekalung budi kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak
langsung dalam majlis yang penuh bermakna ini.
INSYA ALLAH SELEPAS MAJLIS ADA SESI BERGAMBAR KEPADA IR DAN SN
BERSAMA PENGETUA DAN PENTADBIR SMK DSE.

Kita tanggunkan majlis kita dengan bacaan tasbih kaffarah dan surah al asr.
Saya akhiri majlis dengan lafaz yang mulia wassalam mualaikum warohmatullahhi
wabarokatuh.........

You might also like