You are on page 1of 4

LATAR BELAKANG PROJEK

Sekolah Kebangsaan Taman Scientex di buka pada 1 Jun 2016. Pada waktu itu
sejumlah 1,362 orang murid ditempatkan di sekolah ini. Kini sekolah telah memiliki
murid seramai 2,661 orang dan Pra Sekolah seramai 100 orang murid dan 71 buah
kelas.

Pertambahan murid semakin hari semakin meningkat. Surau yang ada di aras
4 tidak dapat menampung kebanjiran murid khususnya pada sesi petang. Murid-
murid terpaksa berhimpit-himpit dan menunggu giliran untuk melaksanakan solat
fardhu berjamaah. Malahan, tahun ini surau tersebut telah digunakan sebagai bilik
darjah. Oleh itu, pihak pentadbiran sekolah bersama barisan guru-guru Sekolah
Kebangsaan Taman Scientex mencadangkan sebuah surau dibina bagi menampung
bilangan murid. Sabda Rasulullah SAW “Barang siapa yang membangunkan sebuah
masjid kerana mengharapkan keredhaan Allah, maka Allah akan membangunkan
pula untuknya sebuah mahligai di Syurga”. (Bukhari & Muslim)

2. OBJEKTIF

Mewujudkan tempat ibadah dan ruang solat yang selesa, kondusif dan menepati
fasiliti kemudahan surau sekolah terkini bagi murid-murid melakukan solat
berjemaah, kem bestari solat dan aktiviti berbentuk keagamaan dan ilmiah
khususnya, dan program-program lain amnya.

3. RASIONAL

3.1 Menjadi tempat pengajian dan praktikal berkaitan Pendidikan Islam dan ibadah.

3.2 Menjadi tempat murid solat berjemaah khususnya untuk sesi petang yang
semakin bertambah bilangan pelajar.

3.3 Tempat untuk menjalankan aktiviti rehlah minda, keagamaan dan aktiviti
sekolah.

3.4 Surau sedia ada telah dijadikan bilik darjah.


3.5 Lokasi surau yang tidak strategik menyukarkan murid dan guru untuk melakukan
aktiviti keagamaan.

3.6 Kemudahan asas seperti capaian air, tandas dan tempat mengambil wudhu tidak
mencukupi dan terhad.

3.7 Ruang yang sempit menyukarkan aktiviti solat dan keagamaan dilaksanakan.

4. ANGGARAN KOS

Bagi melengkapkan sebuah bangunan Surau Satu Tingkat yang lengkap dengan
pendawaian elektrik, ruang solat utama lelaki, perempuan, mehrab serta tempat
wuduk lelaki, perempuan, dan kelengkapan yang sewajarnya dianggarkan kos
terlibat sebanyak RM80,000.00 (Ringgit Malaysia : Lapan Puluh Ribu Sahaja)

Bil Brif Projek Anggaran (RM)


1. Pendawaian elektrik
2. Perkakasan elektrik
3. Sistem perpaipan 80,000.00
4. Bahan-bahan binaan
5. Kelengkapan lain

5. KEWANGAN

Sumber kewangan yang dicadangkan adalah melalui peruntukan kerajaan melalui


Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang, Adun dan Ahli Parlimen, Lembaga Zakat
Johor dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta individu secara sistem wakaf tapak
sebagai galakan.

Disediakan oleh,
______________________

(Siti Norsuhada Binti Rosli)


Penyelaras Kem Bestari Solat Sesi Petang,
SK Taman Scientex.

Disemak oleh,

______________________

(Mohamad Syuhill bin Soid)


Ketua Panitia Pendidikan Islam,
SK Taman Scientex

Disahkan oleh,

______________________

(En. Mohd. Jaafar bin Abdul Rahim)


Guru Besar,
SK Taman Scientex
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SCIENTEX

CADANGAN
PEMBINAAN
SURAU SEKOLAH

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM


SK TAMAN SCIENTEX

You might also like