You are on page 1of 5

MAJLIS BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT

UPSR 2018

SK DATOK KERAMAT 2, 54000 KUALA LUMPUR

1. MUQADDIMAH
Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat diadakan atas kesedaran bahawa usaha- usaha
untuk mencapai kecemerlangan seharusnya seiring dengan doa dan pengharapan
kepada Allah SWT. Hakikatnya melalui program tersebut usaha-usaha untuk
memupuk kejituan harapan dari ibubapa, guru dan pelajar untuk mencapai
kecemerlangan dapat direalisasikan.

2. RASIONAL
i) Program ini dapat memberi kekuatan rohani kepada murid untuk menghadapi
UPSR.
ii ) Program ini dapat menyatu dan mengeratkan lagi hubungan serta sefahaman
antara pihak sekolah, PIBG, ibu bapa dan murid.

3. OBJEKTIF
i) Menyemai tabiat taabudiyyah kepada Allah SWT untuk memohon hajat sama
ada berbentuk duniawi atau ukhrawi setelah berusaha dan berikhtiar.
ii ) Memupuk ukhuwwah dan kerjasama antara ibu bapa, guru dan pelajar untuk
mencapai kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar di sekolah.
iii ) Melahirkan pelajar-pelajar yang pintar, berakhlak mulia, berwawasan serta
boleh menjadi Qudwah Hasanah kepada generasi yang akan datang dan boleh
memimpin Ummah untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.

4. MATLAMAT
Meningkatkan pencapaian kecemerlangan akademik dalam UPSR, sahsiah dan
personaliti pelajar-pelajar di SK Datok Keramat 2.
5. PENGANJUR
Panitia Pendidikan Islam, Sk Datok Keramat 2

6. URUSETIA
Guru-guru SK Datok Keramat 2

7. KEWANGAN
Duit aktiviti agama.

8. TARIKH DAN TEMPAT

Tarikh : 20 September 2018

Masa : 7:30 pm – 9.30 pm

Tempat : Masjid Al-Akram, Kg. Datok Keramat

Anggaran kehadiran:

Guru, ibu bapa, PIBG, pelajar = 150 orang

9. KUMPULAN SASARAN
i) Murid-murid SK Datok Keramat 2
ii ) Guru-guru SK Datok Keramat 2
iii ) AJK PIBG
iv ) Ibu / bapa / penjaga murid

10. PELAKSANAAN MAJLIS


i) Ajk Panitia Pendidikan Islam mengadakan mesyuarat khas untuk pelaksanaan
majlis dan perangkaan jawatankuasa kerja.
ii ) Mengedarkan surat makluman kepada ibu / bapa / penjaga murid.
iii ) Mengutip keratan jawapan kehadiran dari murid untuk memastikan kehadiran
pada hari tersebut.
iv ) Mengadakan taklimat kepada semua guru.
v) Pihak sekolah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap disiplin dan
keselamatan pelajar semasa di sekolah dan masjid.
vi ) Pelajar-pelajar sangat digalakkan untuk datang bersama ibu / bapa / penjaga
masing-masing.
vii ) Jamuan akan diadakan selepas selesai majlis di dewan sekolah.
viii ) Pihak sekolah bertanggungjawab menyediakan makanan kepada murid dan
ibu / bapa / penjaga / AJK PIBG yang hadir.
ix ) Pimpinan Majlis :
Bacaan Yasin dan Solat Hajat akan dipimpin oleh imam yang bertugas.

11. ANGGARAN PERBELANJAAN

1) Nasi Dan Air RM 5 X 150 RM 750


JUMLAH RM 750

1) Sagu hati imam RM 100 RM100


T0TAL RM850

ANGGARAN PENDAPATAN JUMLAH (RM)


1) BBTP RM250
2) PIBG RM600
12. PENUTUP

Program ini adalah usaha murni pihak sekolah amnya dan pihak Panitia Pendidikan
Islam khasnya untuk membantu dari segi kerohanian. Diharapkan agar program ini
dapat berjalan dengan lancar dan mendapat sokongan dari semua warga SK Datok
Keramat 2.

Disediakan oleh:

…………………………………………..

(MUNIRAH MUHAMED )
Guru Pendidikan Islam,
Sk Datok Keramat 2,
54000 Kuala Lumpur.

Disahkan oleh :

…………………………………

(HALIM BIN KHAMIS)


Guru Besar,
Sk Datok Keramat 2,
54000 Kuala Lumpur.
KERTAS CADANGAN PELAKSANAAN BACAAN

YASSIN DAN SOLAT HAJAT TAHUN 6 2018

SK DATUK KERAMAT 2

54000 KUALA LUMPUR

TARIKH : 20 SEPTEMBER 2018

TEMPAT : MASJID AL-AKRAM

You might also like