You are on page 1of 3

KERTAS KERJA MENAIK TARAF SURAU SK ALOR GAJAH 1

PENGENALAN

Sejarah Islam menunjukkan bahawa surau memainkan peranan penting sebagai


pusat ibadat, pembangunan ilmu, pembinaan keperibadian dan peradaban Islam secara
menyeluruh. Surau SK Alor Gajah 1 menjadi satu tempat untuk warga sekolah dan pegawai
PPD Alor Gajah mendirikan solat ,beribadah dan menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
Namun begitu terdapat beberapa kekurangan yang perlu diambil perhatian agar
ianya dapat digunakan dengan semaksimum mungkin sebagai sebuah institusi yang
memberi manfaat kepada warga sekolah. Ketiadaan ruang pengasingan untuk solat bagi
jamaah lelaki dan perempuan menyulitkan warga sekolah untuk melaukan ibadah solat di
ruangan yang terbuka.
Sehubungan itu, Panitia Pendidikan Islam bercadang untuk menaik taraf surau
sekolah yang sedia ada kepada keadaan yang lebih baik, selesa dan berinformasi kepada
semua murid khususnya melibatkan mata pelajaran dan aktiviti kerohanian Pendidikan
Islam di sekolah.

OBJEKTIF

1. Memberikan keselesaan kepada murid, guru serta kakitangan sekolah untuk


mengerjakan solat.
2. Memberikan keselesaan kepada murid untuk menjalani amali solat serta aktiviti
pengajaran dan pembelajaran semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
3. Mengasingkan jamaah lelaki dan wanita untuk ruangan solat dengan meletakkan
penghadang pemisah.
4. Menambah baik prasarana dan kemudahan sekolah iaitu surau sekolah yang
telah sedia ada kepada yang lebih baik.
5. Menjadikan surau sekolah lebih bersih, ceria dan selamat serta selesa untuk
digunakan.

CADANGAN NAIK TARAF SURAU SEKOLAH

1. Memasang penghadang pemisah ruangan solat lelai dan perempuan (partition


divider sepanjang 6.65 meter).
2. Sebarang kerja penambahbaikan yang dirasakan perlu.
CADANGAN TARIKH NAIK TARAF SURAU SEKOLAH
Tarikh Mula Naik Taraf : 29 Jun 2020

AHLI JAWATAN KUASA SURAU SK ALOR GAJAH 1

Pengerusi : Pn. Roshayati binti Abd Rahim, Guru Besar

Naib Pengerusi 1 : Pn. Maimunah binti Hasan, GPK Pentadbiran

Naib Pengerusi 2 : En. Mohd Akasyah bin Daud, GPK Hal Ehwal Murid

Naib Pengerusi 3 : En. Syaharum bin Abdullah, GPK Kokurikulum

Penyelaras : Ustaz Rosli bin Hashim, KP Pendidikan Islam

Setiausaha : Ustazah Azilawati binti Omar

Bendahari : Ustazah Zubaidah binti Hussin

AJK : Ustazah Maria binti Abd Malek


Ustazah Marina binti Abu Bakar
Ustazah Ruqayyah binti Abdullah
Ustaz Mohd Khalid bin Mohd Isa
Ustazah Nor Azima binti Abd Azis
Ustazah Norain binti Idris

ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil Perkara Kuantiti Jumlah (RM)

1 Divider Partition Kayu ( 6.65 meter ) 3 buah x RM 500.00 RM 1500.00

2. Awning Ruangan Wuduk 1 set RM 2000.00

3. Almari Cermin ( Al-Quran) 1 buah x RM 400.00 RM 400.00

4. Almari ( Telekung & Sejadah) 1 buah x RM 350.00 RM 350.00


JUMLAH RM 4250.00

SUMBER KEWANGAN
1. PIBG SK Alor Gajah 1
2. Lain-lain sumbangan
PENUTUP

Semoga perlaksanaan kerja penambahbaikan dan pengubahsuaian surau sekolah


ini dapat memberikan keselesaan yang lebih baik kepada semua murid, guru dan kakitangan
sekolah ini.

Diharapkan juga perlaksanaan projek ini dapat menjadikan kemudahan surau sekolah lebih
bersih, ceria dan selamat untuk digunakan. Sokongan dan sumbangan daripada semua pihak
amat diharapkan dalam melancarkan lagi kerja-kerja penambahkan surau.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………………………. …………………………………………….
(USTAZ ROSLI IBN HASHIM) (PN. MAIMUNAH BT. HASAN)
Ketua Panitia Pendidikan Islam, GPK Pentadbiran,
SK Alor Gajah 1 SK Alor Gajah 1

Disahkan oleh,

……………………………………………..
(PN. ROSHAYATI BT. ABD RAHIM)
Guru Besar,
SK Alor Gajah 1

You might also like