You are on page 1of 6

TEKS PENGACARAAN

PROGRAM KEM MOTIVASI PELAJAR TUISYEN RAKYAT


RISDA DAERAH KLUANG TAHUN 2022
11 DISEMBER (AHAD)

TIME CUE ANNOUNCE

‫ِبسْ ِم هَّللا ِ الرَّ حْ َم ِن الرَّ حِيم‬


Ke Pekan Kuala Membeli Bingka,
Burung Merbah di Pohon Cemara,
Majlis Di Mula Tirai Dibuka,
Assalamualaikum Pembuka Bicara.

Assalamualaikum W.B.T,

Yang Berbahagia, Pn Siti Mudhirah Binti Ahmad


Penyelaras Unit Pengembangan dan Pemindahan Teknologi
RISDA Negeri Johor

Yang Berusaha En Abdul Rahim Bin Rosdi,


03.30 pm SALUTASI Timbalan Pegawai RISDA Daerah Kluang

Yang Berusaha En Azman Bin Kosnan,


Penyelaras Unit Pengembangan dan Pemindahan Teknologi
RISDA Daerah Kluang

Yang Di hormati, _______________________________


Selaku Penceramah Motivasi pada hari ini

Pegawai-pegawai kanan Pejabat RISDA Negeri juga Daerah,

Barisan guru-guru pengiring,

Serta pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.

1
TEKS PENGACARAAN
PROGRAM KEM MOTIVASI PELAJAR TUISYEN RAKYAT
RISDA DAERAH KLUANG TAHUN 2022
11 DISEMBER (AHAD)

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T kerana


dengan limpah kurnia dan inayahnya dapat lah kita bersama-
sama pada pagi ini dalam PROGRAM KEM MOTIVASI
PELAJAR TUISYEN RAKYAT RISDA DAERAH KLUANG
BAGI TAHUN 2022. Majlis mengucapkan selamat datang
kepada semua hadirin hadirat sekalian.

Orang Jawa berdagang ke kota,


Singgah di Acheh membeli gamat,
tangan dirafak, restu dipinta,
Doa diamin moga selamat.

Bagi tujuan tersebut, Majlis menjemput dan mempersilakan


BACAAN DOA Encik Mohd Zulhafizi Bin Abd Jalil, bagi mengetuai bacaan
doa.

...............................................................................................

Terima Kasih diucapakan kepada Encik Mohd Zulhafizi Bin


Abd Jali di atas kesudian mengetuai bacaan Doa itu tadi.

Hadirin Sekalian,

UCAPAN Bukan rumput sebarang rumput,


ALUAN Rumput penghias tepi halaman,
Bukan Jemput sebarang jemput,
Jemput memohon kata aluan

2
TEKS PENGACARAAN
PROGRAM KEM MOTIVASI PELAJAR TUISYEN RAKYAT
RISDA DAERAH KLUANG TAHUN 2022
11 DISEMBER (AHAD)

Bagi tujuan tersebut, majlis mempersilakan Tuan Timbalan


Pegawai RISDA Daerah Kluang Encik Abdul Rahim Bin
Rosdi untuk memberikan ucapan aluan. Dipersilakan.

..................................................................

Terima Kasih diucapkan kepada Tuan Timbalan Pegawai


RISDA Daerah diatas Ucapan Aluan itu tadi.

Hadirin Hadirat sekalian,

Daun semulur di pekan sari,


Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.
UCAPAN
PENYELARAS
Majlis menjemput dan mempersilakan Pn Siti Mudhirah
PENGEMBANG
Binti Ahmad , Penyelaras Unit Pengembangan dan
AN : PN SITI
Pemindahan Teknologi RISDA Negeri Johor bagi memberi
MUDHIRAH
ucapan sekaligus merasmikan KURSUS MOTIVASI
BINTI AHMAD
PELAJAR TUISYEN RAKYAT RISDA DAERAH KLUANG
BAGI TAHUN 2022. Dipersilakan

.................................................................

Terima Kasih diucapkan kepada Pn Siti Mudhirah di atas


ucapan perasmian itu tadi.

3
TEKS PENGACARAAN
PROGRAM KEM MOTIVASI PELAJAR TUISYEN RAKYAT
RISDA DAERAH KLUANG TAHUN 2022
11 DISEMBER (AHAD)

4
TEKS PENGACARAAN
PROGRAM KEM MOTIVASI PELAJAR TUISYEN RAKYAT
RISDA DAERAH KLUANG TAHUN 2022
11 DISEMBER (AHAD)

Hadirin hadirat yang dimuliakan,

Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan


mempersilakan Pn Siti Mudhirah Binti Ahmad diringi En
Abdul Rahim Bin Rosdi untuk menyampaikan cederahati
kepada Penceramah Motivasi kita pada hari ni

Di Persilakan
1) En
PENYAMPAIAN
2) En
HADIAH &
3) Pn
CENDERAHATI

Seterusnya, bagi menghargai kesudian Pn Siti Mudhirah


meluangkan masa hadir dan merasmikan Program pada hari
ini. Di Jemput En Abdul Rahim untuk menyampaikan
Cenderahati kepada Pn Siti Mudhirah.

Terima Kasih di ucapakan kepada Pn Siti Mudhirah dan En


Abdul Rahim di atas penyampaian itu tadi

Seterusnya, di jemput Pn Siti Mudhirah dan dif-dif untuk


Sessi bergambar dengan Pelajar-pelajar sekalian.
SESSI
BERGAMBAR

5
TEKS PENGACARAAN
PROGRAM KEM MOTIVASI PELAJAR TUISYEN RAKYAT
RISDA DAERAH KLUANG TAHUN 2022
11 DISEMBER (AHAD)

Dengan Penyampaian itu tadi, majlis kita telah sampai ke


penghujungnya. Saya bagi pihak majlis mengucapkan
setinggi penghargaan kepada Perasmi Program, Pn Siti
Mudhirah, di atas kesudian meluangkan masa menghadiri
majlis pada hari ini. Saya juga mewakili Ahli Jawatankuasa
PROGRAM KEM MOTIVASI PELAJAR TUISYEN RAKYAT
RISDA DAERAH KLUANG TAHUN 2022 ingin megucapkan
jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program
pada hari ini. Akhirnya saya akhiri dengan serangkap pantun.
PENUTUP
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Sekian Wabilahitaufikwalhidayah Assalamualaikum


warahmatullahiwabarokatuh.

Semua tetamu dan pelajar dipersilakan untuk menjamu


selera dengan juadah yang telah disediakan oleh pihak
urusetia.

You might also like