You are on page 1of 3

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PEMSEKOLAH KEBANGSAAN

TAMAN MIDAH 2 , SESI AKADEMIK 2023 / 2024

ATUR CARA SKRIP PENGACARA


Indah berarak si awan petang,
UCAPAN ALUAN Berarak di celah pepohon ara,
PENGACARA MAJLIS Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara

Bismillahurrahmanirrahim
Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh

Yang Berusaha En. Md Faisal bin Mohd Salih (Guru Besar SK Taman
Midah 2)

Yang Dihormati Sarjan Mejar Mohd Shahir Bin Shafiin (Pegawai


Perhubungan Sekolah)

Yang Dihormati En. Mohd Nasir bin Ramli (Guru Penolong Kanan
Pentadbiran),

Yang Dihormati En. Ishak bin Bidin (Guru Penolong Hal Ehwal Murid),

Yang Dihormati Pn. Mazlah binti Ab. Kadir (Guru Penolong Kanan
Kokurikulum),

Yang Dihormati En. Irwan bin Mokhtar (Guru Penolong Kanan Pendidikan
Khas)

Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Berlari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana dengan


limpah dan kurniannya dapat kita bersama-sama dalam MAJLIS
PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN MUDA
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MIDAH 2 , SESI AKADEMIK
2023/2024 pada pagi ini.

Kalau pergi Tanjung Keramat,


BACAAN DOA
Anak manis Jangan diangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita
menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh
MUHAMMAD ADAM HARRAZ BIN MOHD REFINDE

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

(BACAAN DOA)

Amin amin ya rabbal alamin


Majlis merakamkan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

UCAPAN GURU BESAR Hadirin dan hadirat yang dihormati,


Majlis pada pagi ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang
Berusaha En. Md. Faisal bin Mohd Salih (Guru Besar SK Taman Midah 2.
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

(UCAPAN GURU BESAR)

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada En.Md Faisal bin Mohd Salih atas
ucapan beliau sebentar tadi.
Seterusnya, majlis menjemput Sarjan Mejar Mohd Shahir Bin Shafiin
UCAPAN PERASMI
(Pegawai Perhubungan Sekolah)untuk menyampaikan ucapan sekaligus
merasmikan MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN
PEMIMPIN MUDA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MIDAH 2 ,
SESI AKADEMIK 2023/2024 .
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

(UCAPAN SARJAN MEJAR) * Minta Sarjan kekal dipentas untuk gimik


“Jom Ke sekolah”

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Sarjan Mejar Mohd Shahir
Bin Shafiin (Pegawai Perhubungan Sekolah) atas ucapan sebentar tadi
tersebut.

Majlis diteruskan lagi dengan UPACARA PENYERAHAN WATIKAH


PENYERAHAN SIJIL
PELANTIKAN PEMIMPIN MUDA. Dengan ini, majlis sekali lagi
PELANTIKAN PEMIMPIN
mempersilakan Yang Dihormati Sarjan Mejar Mohd Shahir Bin Shafiin
MUDA
(Pegawai Perhubungan Sekolah)

diiringi En. Md Faisal bin Mohd Salih bagi menyempurnakan upacara


penyampaian watikah pelantikan.

Dengan segala hormatnya, mempersilakan.


Penyerahan watikah pelantikan dimulai dengan Pengawas
(Turutan penyerahan)
1. Pengawas PPKI
2. Ketua & Penolong Ketua kelas PPKI
3. Pengawas Sekolah
4. Pengawas Pusat Sumber Sekolah
5. Skim Pinjaman Buku Teks
6. Pembimbing Rakan Sebaya
7. Bridged Bestari
8. Ketua Kelas Tahun 1-5 ( wakil aliran)
9. Penolong Ketua Kelas Tahun 1-5 ( wakil aliran)
10. Tahun 6 AL-Biruni ......................
Mempersilakan..

(PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN MUDA)

Terima kasih diucapkan kepada Sarjan Mejar Mohd Shahir atas kesudian
menyempurnakan penyerahan watikah pelantikan sebentar tadi.

Pengumuman Exco Tertinggi


Majlis diteruskan dengan mengumumkan Exco Tertinggi Pengawas bagi sesi
menandatangani watikah
akademik 2023/2024. Untuk itu, majlis mempersilakan calon-calon Exco
Pelantikan
Tertinggi untuk tampil berdiri di hadapan ..
Dipersilakan ...
(Umum 7 jawatan Biro/Exco dahulu diikuti )
Ketua Pengawas bagi sesi akademik 2023/2024, dipersilakan....
Penolong Pengawas 1, dipersilakan .....
Penolong Pengawas 2, dipersilakan .....

Dijemput Ketua Pengawas, Penolong Pengawas 1, Penolong Pengawas 2


untuk naik ke pentas bagi menandatangani watikah pelantikan. Untuk
menyempurnakan upacara ini, dijemput bersama Sarjan Mejar Mohd Shahir
bin Shafiin (Pegawai Perhubungan Sekolah), En. Md Faisal bin Mohd Salih
(Guru Besar SK Taman Midah 2) dan barisan pentadbir untuk turut bersama
exco tertinggi bagi menyempurnakan upacara menandatangani watikah
pelantikan. Dipersilakan.

Ikan haruan di dalam sawah,


Bacaan ikrar
Ditangkap juga lumpur ditempuh,
Kalau tuan memegang amanah,
Bagai menjaga kaca nan rapuh.

Bagi meneruskan majlis, dijemput


_____________________________________ Ketua Pengawas Sekolah
Kebangsaan Taman Midah 2 untuk mengetuai bacaan ikrar.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.


(bacaan ikrar aku janji)

Terima kasih diucapkan kepada semua pemimpin muda atas ikrar sebentar
tadi.

Majlis diteruskan dengan sesi bergambar. Untuk itu cikgu serahkan semula
Sesi Fotografi
majlis kepada Cikgu Marilyn.
Bunga seroja di atas para
Bersurai
Jatuh ditimpa buah berangan
Andai katatersilap bicara
Maaf jua kami pohonkan

Dengan kata-kata ini maka

Selesailah sudah majlis penyampaian watikah pelantikan pemimpin muda

Pihak majlis juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru,


murid-murid serta pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak
langsung dalam mengadakan majlis pada hari ini.

Akhir kata, saya bagi pihak majlis memohon maaf jika terdapat sebarang
kesilapan sepanjang mengendalikan majlis ini.
Saya sudahi majlis dengan wassalamualaikum warahmatullah hi wabaratuh.

Dengan ini majlis bersurai.

You might also like