You are on page 1of 3

1.

0 NAMA PROGRAM : HARI KANTIN 2016

2.0 PENGENALAN :

Adalah menjadi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melahirkan murid-murid


yang kreatif dan kritis serta mempunyai kemahiran dalam bidang perniagaan dan
keusahawanan sebagai persediaan awal dan pengaplikasian mereka terhadap dunia sebenar.

Program seperti ini juga diadakan bagi memberikan pendedahan dan pengalaman kepada
murid-murid dalam bidang perniagaan serta dapat mencungkil bakat yang terpendam
menerusi aktiviti dan pertandingan yang dijalankan sepanjang karnival ini berlangsung.
Pengisian program seperti ini dapat memberikan kesan yang terbaik khususnya kepada
murid-murid yang lemah dalam bidang akademik untuk menonjolkan dan melibatkan diri
secara aktif. Selain itu, hubungan ukhuwah di kalangan guru-guru, ibu bapa dan murid-murid
dapat disemai dan dipertingkatkan dengan lebih baik.
3.0 OBJEKTIF PROGRAM :

Perlaksanaan Projek Hari Kantin ini diharapkan memberi peluang kepada guru-guru dan
murid-murid untuk:
 Mendapat pengetahuan dan pengalaman baru dalam bidang perniagaan dan
keusahawanan.
 Memberi kesedaran kepada murid-murid untuk melaksanakan tanggungjawab yang
diamanahkan dengan lebih baik demi kecemerlangan dalam akademik dan sahsiah.
 Mewujudkan hubungan kekeluargaan, hormat-menghormati dan menghargai di antara
guru-guru, ibu bapa dan murid-murid.
 Melahirkan murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial
sekali gus melahirkan insan yang cemerlang dalam hidup.

4.0 PENYERTAAN/KUMPULAN SASARAN :

Semua guru, ibu bapa, pihak pentadbiran sekolah dan murid-murid SK Asahan

5.0 ANJURAN
Unit Kokurikulum SK Asahan
6.0 TEMPAT PERLAKSANAAN PROGRAM :

Sekolah Kebangsaan Asahan

7.0 TARIKH, HARI DAN MASA PROGRAM :

Berikut adalah butiran program yang dirancang :-


Tarikh : 9 Ogos 2016
Hari : Selasa
Masa : 7.30 Pagi – 1.00 Tengah hari
8.0 JAWATANKUASA PROGRAM :

AHLI JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : En Daud bin Md Nasir (Guru Besar)


Naib Pengerusi : 1. Pn Roziah bt Abd Wahab (GPK Kokurikulum )
2. En. Md Nor bin Mattah (GPK Pentadbiran)
3. Pn Limah bt Hassan (GPK Hal Ehwal Murid)
Setiausaha Program : Pn Jalila bt Abdul Razak
Naib Setiausaha Program : Pn Rosnani
Bendahari Program : Pn Noorazean bt Kanil@Konil
Penyelaras Program : En Shahrulniza bin Yaacob

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


Urusetia/ Jualan Kupon:
1. Pn Sirah Nasriah bt Mohd Tajuddin
2. Pn Jalila bt Abdul Razak
3. Pn Salmiah bt Mokhtar
4. Pn Siti Amira bt Mokhtar

Siaraya:
1. En Yazid bin Ab Kader
2. En Zafero Efendi bin Che Mat

Pengurus Gerai Jualan


Unit Pengakap Unit TKRS Unit PBSM Unit Puteri Islam
Gerai Makanan Gerai Aiskrim Gerai Makanan Segera Gerai Minuman
Gerai Buah-buahan Gerai Barang Terpakai Gerai Dessert
1. Pn Juliawati 1. Pn. Masni 1. Pn. Zainun 1. Pn Sirah Nasriah
2. Pn. Noraida 2. Pn Jalila 2. Pn. Zainah 2. Pn. Juwita
3. Pn. Rozidah 3. Pn. Aisaah 3. Pn. Rosnani 3. Pn. Norini
4. Pn. Mariah 4. En. Kamalruzaman 4. En Shahrulniza 4. Pn. Siti Khatijah
5. En. Asraq 5. Pn. Salmiah 5. En Yazid 5. Pn. Noorazean
6. En. Zafero 6. En. Zamzuri 6. Pn Maimunah 6. Pn. Zaharah
7. Pn Mazila 7. Pn Siti Amira 7. Cik Hamizah
8. Pn Norain

Brosur
Pn Jalila bt Abdul Razak

Persiapan Tempat/Alatan (Sebelum & Selepas)


Semua guru mengikut unit Uniform masing-masing.

Kebersihan
En Mansor bin Adal
Pekerja SK Asahan

Jurugambar/Dokumentasi
En Mohd Asyraq bin Mohd Yusoff (Jurugambar)
Pn Jalila bt Abdul Razak ( Dokumentasi)

Keselamatan/Disiplin
Semua Guru SK Asahan
9.0 TENTATIF PROGRAM :

Tentatif Hari Kantin 2016


( 9 Ogos 2016)

07. 30 Pagi : Perhimpunan Pagi


08.00 Pagi : Ucapan alu-aluan Pengacara Majlis
08.30 Pagi : Ucapan Perasmian Hari Kantin oleh Tuan Guru Besar
09.30 Pagi : Penyediaan Barangan Jualan mengikut Unit Uniform
10.30 Pagi : Jualan dan Pameran/Demonstrasi
1.00 Tengah hari : Program tamat
*Tentatif program tertakluk kepada pindaan dan perubahan dari semasa ke semasa.

10.0 PENUTUP
Program seperti ini perlu didedahkan kepada semua guru, murid dan ibu bapa.Ini kerana
aktiviti dan pengisian sepanjang program ini merupakan salah satu medium yang terbaik untuk
membentuk insan yang cemerlang. Semoga dengan adanya program ini akan dapat mengeratkan lagi
hubungan di antara semua guru, ibu bapa dan murid-murid SK Asahan dengan lebih akrab.
Diharapkan program ini dapat berjalan dengan lancar dan sempurna serta mendapat kerjasama dari
semua pihak.

Disediakan oleh :-

............................................
(JALILA BT ABDUL RAZAK)
Setiausaha Program.
Hari Kantin 2016

Disahkan oleh :-

.........................................
( DAUD BIN MD NASIR )
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Asahan,
77100 Asahan ,
MELAKA.

You might also like