You are on page 1of 9

TEKS PENGACARA KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK BUKIT TAMPOI (A)

PERKARA/PEMBACA PENGUMUMAN CATATAN


PENGUMUMAN KETIBAAN Mengumumkan ketibaan,

Yang Berhormat Tuan Adhif Syan bin Abdullah diiringi oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Bukit Tampoi (A), Yang Dipertua PIBG, barisan guru penolong kanan, dan ahli jawatankuasa
PIBG Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A).

KATA ALU-ALUAN Melati tumbuh kuntum sekata,


Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
Salam sembah pembuka bicara.
Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali,
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu illahi

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Yang Berhormat
Tuan Adhif Syan bin Abdullah
Ahli Dewan Negeri Dengkil

Yang Berusaha,
Encik Mohd Fadzli bin Mansor
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Yang dihormati,
Encik Ilam bin Senin
Yang dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Barisan guru penolong kanan, para guru, tuan - tuan, puan - puan serta hadirin yang dikasihi
sekalian.

Selamat datang ke Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A) Kali ke-25
bagi Tahun 2022.
TEKS PENGACARA KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK BUKIT TAMPOI (A)

PERARAKAN MASUK Hadirin sekalian,


PERBARISAN RUMAH
SUKAN Marilah sama-sama kita berikan tumpuan kepada perarakan lintas hormat perbarisan rumah
sukan. Sebelum itu, dipersilakan Yang Berhormat Tuan Adhif Syan bin Abdullah diiringi oleh
Encik Mohd Fadzli bin Mansor, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A) untuk
menyempurnakan perarakan lintas hormat. Dipersilakan.

Perarakan lintas hormat ini diketuai dengan pembawa bendera kejohanan yang dipimpin oleh
Saudara ________________________________________.

Hadirin yang dihormati ,


Kontinjen pertama yang berarak masuk merupakan kontinjen dari rumah sukan Kuning dengan
moto
"____________________________________________________________________________"

*********
Menyusul di belakang ialah kontinjen dari rumah biru dengan moto
"_________________________________________________________________________"

************
Menyusul seterusnya adalah dari kontinjen rumah merah dengan moto
"________________________________________________________________________"

Majli merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Adhif Syan bin Abdullah
atas kesudian menyempurnakan perarakan lintas hormat sebentar tadi.

NYANYIAN LAGU Hadirin sekalian,


Marilah sama-sama berdiri bagi menyanyikan Lagu Negaraku.

Hadirin dipersilakan duduk.


BACAAN DOA Hadirin yang dihormati,

Marilah sama-sama kita merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan izin dan
TEKS PENGACARA KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK BUKIT TAMPOI (A)

inayahnya dapat kita bersama-sama menjayakan Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah


Kebangsaan Bukit Tampoi (A) kali ke-25 pada hari ini.

Dipersilakan Ustaz Ismail bin Ibrahim untuk memimpin bacaan doa.

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Ismail bin Ibrahim atas bacaan doa itu tadi.

MENAIKKAN BENDERA Hadirin yang dihormati,


KEJOHANAN DAN IKRAR Majlis diteruskan lagi dengan bacaan ikrar kejohanan
KEJOHANAN Seterusnya, dipersilakan saudara ______________________ untuk memimpin bacaan ikrar
kejohanan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada saudara


_______________________________atas pimpinan ikrar kejohanan sebentar tadi.

UCAPAN GURU BESAR


Hadirin yang dikasihi sekalian,

Mudik di sungai mendayung sampan


Sampan didayung ke laut dalam
Sudilah lah tuan memberi ucapan
Kata aluan pemanis kalam

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Encik Mohd Fadzli bin Mansor, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Bukit Tampoi (A).
Dipersilakan.

UCAPAN GURU BESAR

Majlis mengucapkan terima kasih.

UCAPAN PERASMIAN Tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin yang dikasihi,


TEKS PENGACARA KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK BUKIT TAMPOI (A)

Daun semulur di pekan sari


Batang jerami rebah ke bumi
Madah dihulur sembah diberi
Kata perasmi hajatnya kami

Seterusnya, dipersilakan Yang Berhormat Tuan Adhif Syan bin Abdullah untuk menyampaikan
ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan
Bukit Tampoi (A) kali ke-25.

Dipersilakan.

GIMIK PERASMIAN Begitulah tadi simbolik perasmian Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Bukit
Tampoi (A) Kali ke-25 Tahun 2022. Majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada
Yang Berhormat Tuan Adhif Syan bin Abdullah Ahli Dewan Negeri Dengkil atas kesudian
merasmikan majlis pada hari ini.

PERARAKAN KELUAR Hadirin yang dihormati,


PERBARISAN
Acara seterusnya adalah perarakan keluar kontinjen perbarisan.
PERSEMBAHAN MURID Hadirin sekalian,
Kelihatan di atas padang, pasukan gogorama sedang bersiap sedia untuk membuat
persembahan.
Marilah sama-sama saksikan persembahan Gogorama murid Sekolah Kebangsaan Bukit
Tampoi (A). Dipersilakan.

PERSEMBAHAN MURID (GOGORAMA)

Syabas dan tahniah diucapkan atas persembahan gogorama itu tadi.


Berikan tepukan gemuruh sekali lagi buat pasukan gogorama sekolah atas persembahan yang
menarik itu tadi.

Untuk makluman hadirin, persembahan gogorama sebentar tadi telah dipimpin oleh Cikgu
TEKS PENGACARA KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK BUKIT TAMPOI (A)

Nurbakyah binti Salihan.

ACARA 1 : PRASEKOLAH Hadirin sekalian,

Seterusnya, mari sama-sama saksikan acara pertama. Sukaneka murid prasekolah.

PENYAMPAIAN HADIAH Hadirin sekalian,


ACARA 1
Seterusnya adalah acara penyampaian hadiah bagi acara sukaneka murid prasekolah.

Untuk itu, pihak majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat Tuan Adhif Syan bin
Abdullah diiringi oleh Encik Mohd Fadzli, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)
untuk menyempurnakan acara penyampaian hadiah.

(Nama pemenang)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Yang Berhormat menyampaikan hadiah
sebentar tadi.

PENYAMPAIAN Tuan-tuan dan puan-puan,


CENDERAMATA KEPADA
PERASMI Burung Nuri dipandang dara,
Hingga di beranda di tengah laman,
Cenderamata diberi seikhlas jiwa,
Sebagai tanda buat kenangan.

Seterusnya, sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, dipersilakan Encik Mohd Fadzli bin
Mnasor, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A) untuk menyampaikan cenderamata
kepada Yang Berhormat Tuan Adhif Syan bin Abdullah, Ahli Dewan Negeri Dengkil. Dipersilakan

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Adhif Syan bin Abdullah atas
kesudian menerima cenderamata sebentar tadi.

Majlis juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Encik Mohd Fadzli bin
TEKS PENGACARA KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK BUKIT TAMPOI (A)

Mansor atas penyempurnaan penyampaian cenderamata itu tadi.

JAMUAN MAKAN Hadirin sekalian,

Terbang rendah burung merbah,


Hinggap berdua di pohon ara,
Penganan mulia terletak sudah,
Dijemput tuan menjamu selera.

Dipersilakan Yang Berhormat Tuan Adhif Syan bin Abdullah, Ahli Dewan Negeri Dengkil diiringi
oleh tuan guru besar, Yang Dipertua PIBG, barisan guru penolong kanan dan tetamu kehormat
untuk menikmati juadah yang telah disediakan.
Dipersilakan.

ACARA 2 : BALAPAN Hadirin sekalian,


PRASEKOLAH & TAHAP 1
Seterusnya, marilah kita tumpukan perhatian kepada acara yang akan berlangsung sebentar
sahaja lagi iaitu acara balapan prasekolah dan tahap 1.
 50 meter prasekolah (P) & (L)
 80 meter Tahun 1 (P) & (L)
 80 meter Tahun 2 (P) & (L)
 80 meter Tahun 3 (P) & (L)

PENYAMPAIAN HADIAH Hadirin sekalian,


ACARA 2
Seterusnya adalah acara penyampaian hadiah bagi acara 50 meter prasekolah dan 80 meter
tahap 1.

Untuk itu, dipersilakan


____________________________________________________________________
untuk menyempurnakan acara penyampaian hadiah.

(Nama pemenang)
TEKS PENGACARA KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK BUKIT TAMPOI (A)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian _______________________


menyampaikan hadiah sebentar tadi.

ACARA 3 : 100 M TAHAP 2 Hadirin sekalian,

Seterusnya, marilah kita tumpukan perhatian kepada acara yang akan berlangsung sebentar
sahaja lagi iaitu acara balapan 100 meter Tahap 2
 100 meter Tahun 4 (P) & (L)
 100 meter Tahun 5 (P) & (L)
 100 meter Tahun 6 (P) & (L)

PENYAMPAIAN HADIAH Hadirin sekalian,


ACARA 3
Seterusnya adalah acara penyampaian hadiah bagi acara 100 meter tahap 2.

Untuk itu, dipersilakan


____________________________________________________________________
untuk menyempurnakan acara penyampaian hadiah.

(Nama pemenang)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian _______________________


menyampaikan hadiah sebentar tadi.

ACARA 4 : SUKANEKA Hadirin sekalian,


TAHAP 1 & TAHAP 2
Seterusnya, marilah kita tumpukan perhatian kepada acara yang akan berlangsung sebentar
sahaja lagi iaitu acara sukaneka Tahap 1 dan Tahap 2.
TEKS PENGACARA KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK BUKIT TAMPOI (A)

PENYAMPAIAN HADIAH Hadirin sekalian,


ACARA 4
Seterusnya adalah acara penyampaian hadiah bagi acara sukaneka tahap 1 dan tahap 2.

Untuk itu, dipersilakan


____________________________________________________________________
untuk menyempurnakan acara penyampaian hadiah.

(Nama pemenang)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian _______________________


menyampaikan hadiah sebentar tadi.

ACARA 5 : SUKANEKA IBU Hadirin sekalian,


BAPA & GURU
Seterusnya acara sukaneka ibu bapa dan guru.

PENYAMPAIAN HADIAH Hadirin sekalian,


ACARA 5
Seterusnya adalah acara penyampaian hadiah bagi acara sukaneka ibu bapa dan guru.

Untuk itu, dipersilakan


____________________________________________________________________
untuk menyempurnakan acara penyampaian hadiah.

(Nama pemenang)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian _______________________


menyampaikan hadiah sebentar tadi.

MAJLIS PENUTUP DAN


PENYAMPAIAN HADIAH Hadirin yang dihormati,
TEKS PENGACARA KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK BUKIT TAMPOI (A)

Sebentar lagi tibalah acara penutupan dan penyampaian hadiah bagi acara yang telah
dipertandingkan. Untuk itu semua murid diminta berhimpun ke tengah padang untuk meneruskan
acara. Dipersilakan.

PENUTUP Hadirin yang dihormati,

Seterusnya, adalah penyampaian hadiah utama bagi pertandingan khemah terbersih, perbarisan
terbaik, tokoh olahragawati, tokoh olahragawan dan johan keseluruhan rumah sukan.

Tuan-tuan dan puan-puan,


Majlis kita pada hari ini telah sampai ke penghujungnya.
Kami mewakili pihak majlis dengan rendah hati memohon ampun dan maaf atas segala
keterlanjuran bicara, tutur dan tingkah.

Sekian, terima kasih

You might also like